Lumrah kita sebagai manusia tak kira lelaki atau wanita pastinya mahukan sesuatu yang sedap mata memandang.
Ya, mempunyai keyakinan tinggi itu merupakan satu elemen sangat penting bagi perempuan bila memilih lelaki akan tetapi bagaimana seseorang itu berpakaian dan menjaga kekemasan dirinya menjadi satru bonus.
Tapi tahukah anda apakah yang wanita sering perhatikan terhadap lelaki?
PENAMPILAN KEMAS
Walau apa jenis gaya fesyen yang anda gayakan, wanita akan perasan tentang tabiat kemas anda. Ini termasuklah di bahagian rambut, janggut, jambang, bulu badan, bau badan dan kebersihan secera keseluruhan.
Jangan sangka anda berimej rock tapi boleh tampil tak kemas ya. Begitu juga dengan mereka yang berambut panjang dan berjambang, jika dijaga dan trim dengan baik pasti anda nampak segak.
PILIHAN GAYA KASUT
Wanita memang sudah lumrah dalam hidup mereka untuk sentiasa jatuh cinta dengan kasut. Dan anda jangan silap mereka bukan sahaja perhatikan kasut untuk mereka sahaja tetapi juga lelaki.
Malah antara perkara pertama wanita perhatikan tentang pemakaian lelaki ialah pemilihan kasut. Jadi anda haruslah bijak memilih kasut dan mempunyai variasi berbeza mengikut acara. Pastikan kasut anda pilih sesuai dengan majlis dan kegunaannya. Jangan pula bila ke majlis makan malam anda sarung sneakers lusuh.
Ads
PADANAN T-SHIRT PUTIH & JEANS
Ada sesuatu yang luar biasa tentang kombinasi t-shirt putih dan jeans di mata wanita. Ia menyerlahkan sisi maskulin dan juga ikon bad boy yang pernah dipopularkan oleh James Dean.
Malah kombinasi ini juga bersifat klasik dan timeless, mampu menyerlahkan kejantanan anda sebagai lelaki. Tapi anda harus pastikan cutting t-shirt agar tak terlalu besar. Begitu juga dengan jeans, janganlah pilih yang mempunyai cutting lebar.
SEPASANG SUT
Ini agak bersifat agak optional kerana bergantung kepada kerjaya anda seharian. Jika bekerja sebagai eksekutif, anda sekurang-kurangnya perlu memiliki sepasang sut di dalam almari. Jika anda mengenakan sut yang bersaiz sesuai, wanita pasti akan menjeling.
CARA LIPAT LENGAN BAJU
Ads
Ya, perbuatan simple seperti melipat lengan baju juga sering diperhatikan oleh wanita. Tapi anda jangan pula ingat mereka ingin lihat lipatan baju itu, Sebaliknya jika anda melipat lengan baju maka terserlahlah lengan anda yang berotot serta berurat! Itulah yang akan menjadi sasaran anak mata mereka.
SELUAR CHINOS
Kalau asyik menggayakan seluar jeans pasti bosan juga, bukan begitu? Wanita juga suka bila lelaki menggayakan seluar chino yang dipadankan dengan kemeja fit. Ia menyerlahkan sisi kacak anda sebagai lelaki. Sama seperti sut, anda akan kelihatan segak hanya jika mengenakan saiz yang sesuai.
HENLEYS
Sekali imbas ia macam tiada beza dengan t-shirt biasa. Akan tetapi henleys sedikit berbeza kerana ia mempunyaim tiga butang dan juga berlengan panjang. Ia mampu menyerlahkan gaya sofistikated dan juga elegan.
Tapi dalam masa yang sama anda tampil santai apatah lagi jika dipadankan dengan sepasang jeans atau chinos. Wanita pasti taks senang duduk melihat anda bergaya segak seperti ini.
Ads
SWEATER KOLAR V
Mungkin di negara kita penggunaan sweater agak tidak praktikal. Tapi jika anda bekerja di dalam pejabat berhawa dingin, v-neck sweater adalah pilihan tepat.
Tapi dengan satu syarat, jangan pakai sweater ini sahaj tanpa kemeja di bahagian dalam. Pilihlah warna seperti solid grey atau olive. Padankan dengan kemeja berwarna berbeza.
PEMILIHAN AKSESORI
Wanita juga suka perhatikan lelaki menggayakan aksesori seperti jam tangan dan cuff link. Ia kini bukan sekadar berfungsi sebagai aksesori semata tetpai membawa simbol personaliti dan juga gaya sofistikated.
POTONGAN SELUAR
Mungkin tidak semua perempuan menganggap elemn ini seksi bagi lelaki. Namun trend seluar senteng yang menampakkan buku lali agak popular sejak kebelakangan ini. Dan menurut tinjauan wanita agak menyukai trend terbaru potongan seluar lelaki seperti ini.
Semoga tip gaya di atas dapat membantu anda mendapatkan keterampilan diri lebih menarik. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap tahun warga Amerika Syarikat berketurunan African American menyambut Black History Month bagi memperingati segala perjuangan, pengorbanan serta penderitaan yang dilalui oleh nenek moyang mereka pada suatu ketika dahulu.
Dan sebagai memperingati bulan cukup istimewa itu banyak jenama fesyen menampilkan koleksi eksklusif. Antara yang sering mengetengahkan koleksi edisi khas ialah Nike dan Converse.
Untuk koleksi tahun ini, Nike dan Converse baru sahaja mengumumkan koleksi yang menampilkan kasut Nike Air Force 1, Nike Air Max 95, Converse Chuck 70 dan Converse Pro Leather.
KOLEKSI NIKE
Rekaan dan pemilihan warna gabungan pada setiap kasut melambangkan kepelbagaian warisan budaya Afrika. Tampil dengan tema color-blocking ia merupakan satu penghormatan kepada tekstil pengaruh Afrika dan juga gaya trendy era 90-an.
KOLEKSI CONVERSE
Menariknya di setiap ‘lidah’ kasut terdapat cetakan ‘BHM’ yang membawa maksud ‘Black History Month’.
Koleksi dari Nike dan Converse ini dijangka berada di pasaran bermula pada bulan Februari tahun ini. Bagi collector kasut Nike dan Converse inilah koleksi edisi terhada yang tidak harus dilepaskan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebanyakan orang tidak akan memilih untuk memakai pakaian kegemaran mereka untuk berjoging. Sebagaimana mereka yang keluar malam bersama rakan-rakan tidak akan memakai kit larian mereka. Penggabungan sukan dan kehidupan seharian menjadi lebih mudah dan murah menerusi kasut, berbanding sebelum ini.
ASICS RoadHawk FF merupakan penambahan terbaharu kepada produk larian berprestasi jenama ini. Ianya menggabungkan manfaat teknikal larian yang terunggul dengan reka bentuk keremajaan, fungsinya sama seperti berjogging di taman atau berjalan kaki di sekeliling bandar. Dan kesemuanya pada titik harga yang sangat kompetitif.
Dari sudut teknikal, reka bentuk mesh Mono-Sock separuh yang halus memegang dan memberikan sokongan pada kaki dengan selesa sementara Ortholite sockliner menawarkan penyerapan unggul dan cepat kering. Ini memastikan pemakai sentiasa rasa disokong, kering dan selesa sepanjang larian mereka. Kasut ini juga menampilkan tapak tengah ASICS FlyteFoam yang penuh, kira-kira 55% lebih ringan daripada piawaian industri tapak tengah. Ini memberikan pelari penyerapan yang unggul, ketahanan bentuk yang tinggi dan rasa kelajuan yang tidak dapat ditandingi.
Kenji Oh, Pengarah Pemasaran Asia berkata: “Dengar sahaja ASICS dan ramai orang terus memikirkan kasut larian yang berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, kami juga memahami bahawa bukan semua yang memilih kasut untuk sukan. Oleh kerana itu, ASICS RoadHawk FF telah direka untuk pengalaman laju, responsif dan selesa untuk larian DAN cukup bergaya untuk dipakai dalam kehidupan seharian. Kami teruja untuk memperkenalkan kasut yang membuktikan kelajuan dan gaya boleh digabungkan.”
ASICS RoadHawk FF kini boleh didapati di butik ASICS dan butik khusus untuk larian. Ianya berharga RM 399 sepasang.
Di samping itu, pelari juga boleh memilih pelbagai pakaian lelaki dan wanita berprestasi daripada Koleksi Pakaian LITE-SHOW ASICS. Ini termasuklah pakaian larian yang bergaya, boleh bernafas serta sarung kaki yang selesa.
Setiap lelaki tidak kira apa bidang kerjayanya, pasti memiliki sepasang kasut kulit. Ia menambahkan seri kepada si pemakai apabila berkunjung ke acara rasmi atau majlis formal, selain ke pejabat.
Kasut kulit melambangkan penampilan yang profesional & berkredibiliti sebagai seorang lelaki yang berkerjaya.
Tidak dinafikan bukan mudah untuk menjaga kasut kulit kerana luaran kulitnya mudah rosak jika anda tidak menjaganya dengan baik.
Namun, jangan bimbang. Jika kena dengan cara penjagaannya, kasut kulit anda boleh dipakai dalam tempoh yang lama dan akan berada dalam keadaan yang baik.
1. Kilatkan kasut setiap hari
Ambil sedikit masa apabila pulang dari bekerja untuk mengilatkan kasut. Tidak lama, hanya 5-10 minit sahaja. Cuma apabila kasut kulit anda terkena hujan, proses membersihkan dan mengilatnya akan mengambil masa sedikit lama. Jika tidak dibersihkan, kotoran tersebut akan mengering hingga menjadi tompokan yang kekal dan boleh merosakkan kasut.
2. Elak memakai kasut yang sama setiap hari
Pastikan anda memiliki sekurang-kurangnya dua pasang kasut kulit agar memudahkan anda untuk memakainya berselang-seli. Masa yang sama, ia juga bertujuan untuk mengelakkan kasut kulit anda mudah mengembang dan bahagian kulitnya bercalar. Jika anda hanya bergantung kepada sepasang kasut kulit sahaja dan ia dipakai setiap hari, kasut akan mudah merekah dan warnanya cepat pudar.
3. Letakkan Shoe Tree apabila tidak menggunakan kasut
Alat ini kita selalu nampak di kedai kasut. Tanpa kita sedari, ia penting kerana ia digunakan untuk mengekalkan bentuk kasut agar selesa untuk memakainya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan kitaran udara yang baik pada kasut tersebut sekiranya ia tidak digunakan.
4. Jangan biarkan stoking lama di dalam kasut
Ramai berpendapat adalah normal untuk kasut berbau stoking tanpa anda mengetahui bahawa bau tersebut sebenarnya datang daripada bakteria yang sudah membiak lama di dalam kasut. Kesan bau busuk ini akan terperap di dalam kasut dan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan pada kaki apabila anda menyarung kasut tersebut. Jadi, jangan biarkan stoking berada lama di dalam kasut. Keraplah menukar stoking setiap hari dan semburkan pewangi khas untuk kasut.
5. Elakkan kasut daripada terkena air
Apabila tibanya musim hujan, lebihkan perlindungan terhadap kasut kulit anda. Kasut kulit amat sensitif terhadap air. Jika sudah terkena air, segeralah mengeringkan kasut kulit anda. Ini kerana keadaan kasut kulit yang basah akan mempercepatkan lagi proses rekahan pada kulit kasut tersebut.
6. Jangan biar kasut kulit terkena sinaran matahari
Cahaya matahari yang terik boleh merosakkan sambungan antara kulit dan tapak getahnya. Jika terlalu lama terdedah menyebabkan kasut mudah rosak dan tidak tahan lama.
7. Guna uncang teh untuk buang bau busuk
Jika anda tidak mampu untuk membeli penyegar kasut, anda boleh menggunakan uncang teh sebagai alternatif yang lebih mudah dan murah untuk menyingkirkan bau busuk yang ada di dalam kasut.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.