Tidak semua lelaki selesa dengan gaya botak kerana bagi lelaki, rambut masih lagi menjadi perkara penting. Dalam sedar tak sedar, rata-rata lelaki suka membuat empat tabiat ini. Ingat! Kalau tak kena gaya, boleh buat kepala anda cepat botak. Jadi sebelum rambut hilang sehelai demi sehelai, pastikan anda jaga-jaga dengan empat tabiat ini.
Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang berlakunya masalah kebotakan yang melanda lelaki antaranya faktor hormon. Selain itu, cara menyikat rambut juga boleh menyebabkan rambut lelaki semakin menipis sehingga akhirnya botak.
Menerusi laman merdeka.com yang memetik laporan daripada pakar transplan rambut bernama William D. Yates, terdapat beberapa gaya rambut yang boleh menyebabkan lelaki cepat botak terutamanya bagi mereka yang miliki lapisan rambut sedikit atau nipis.
Oleh itu, pastikan anda jauhi empat tabiat ini.
1. Pakai topi yang terlalu ketat
Ads
Tak dinafikan, topi jenis snapback, cap atau beanie membuatkan penampilan anda lebih menyerlah. Malah topi juga merupakan penyelamat kepada mereka yang mengalami masalah rambut gugur atau kebotakan kerana ia boleh menutupi bahagian yang botak itu.
Tanpa disedari pemakaian topi yang terlalu ketat, apatah lagi dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan berlakunya traction alopecia atau keguguran rambut secara berkala.
2. Gaya rambut Man Bun
Ads
Man bun adalah gaya rambut yang popular di kalangan lelaki berambut panjang. Sebenarnya tidak salah untuk mengikat rambut sebegitu, namun ikatan yang terlampau ketat dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan tekanan berlebihan kepada akar rambut.
Menurut Yates, ramai lelaki yang menerapkan gaya rambut man bun ini mengalami masalah rambut gugur yang serius.
3. Gaya rambut Man braid
Ads
Setelah man bun, giliran man braid pula yang menjadi trend di antara selebriti lelaki. French braid, cornrow, side plaits atau mini braids tidak dinafikan mampu membuatkan lelaki tampil edgy.
Tetapi gaya rambut seperti ini juga berisiko kepada rambut dan kulit kepala. Sama seperti man bun, gaya ini juga boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada batang rambut yang akhirnya menyebabkan rambut menjadi rapuh dan mudah gugur.
4. Semua gaya rambut menggunakan banyak bahan kimia
Seperti yang dipetik dari news.com, semua gaya rambut yang menggunakan bantuan styling product secara berlebihan boleh menyumbang kepada masalah kebotakan. Sisa bahan kimia akan berkumpul pada kulit rambut dan membentuk kotoran yang mengganggu keseimbangan pH di kulit kepala sehingga akibatnya, kulit kepala menjadi tidak sihat dan gagal mencengkam akar rambut dengan baik.
Oleh itu, tidak salah untuk anda bergaya tetapi anda haruslah tahu cara penggayaan yang betul. Longgarkan sedikit ikatan rambut dan pemakaian topi. Sesekali biarkan rambut anda lepas bebas serta kurangkan kekerapan menggunakan hair styling.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak semua hospital kerajaan di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan urologi sepenuhnya. Jika sakit anda makin teruk dan tiada pakar di hospital atau klinik terbabit, doktor anda mungkin akan rujuk kepada Pakar Urologi. Anda perlu berjumpa dengan Pakar Urologi jika mempunyai gejala-gejala yang menunjukkan anda mempunyai masalah dalam saluran kencing:
Air kencing mempunyai darah
Kerap membuang air kencing
Sakit di bahagian bawah belakang, panggul, atau sisi
Sakit atau pedih ketika buang air kecil
Masalah untuk membuang air kencing
Kebocoran air kencing
Aliran air kencing yang lemah atau dribbling
Anda ada masalah dengan zakar atau apa saja penyakit yang berkaitan lelaki? Ramai lelaki di luar sana tidak tahu kemana arah untuk mereka pergi, atau hospital mana yang patut mereka kunjungi jika mereka berasa sakit. Terdapat beberapa doktor pakar sakit tuan yang boleh anda jumpa jika anda punyai masalah berkaitan dengan lelaki. Ini antara pakar
Dr Ismail Tambi
Dr. Mohd Ismail Mohd Tambi mempunyai kepakaran dalam bidang Andrologi. Mempunyai kelayakan kedoktoran MBBS (S.India) di University of Madura, DRM (M’Sia) dan WHO Fellow In Clinical Andrology (Monash). Dr Mohd Ismail merupakan salah seorang daripada pakar andrologi di Malaysia. Beliau merupakan ketua jabatan lama di Pusat Penyelidikan Kemanusiaan Reproduktif Khas LPPKN. Beliau berkhidmat di Damai Service Hospital di Kuala Lumpur.
Prof Dr Zulkifli Md Zainuddin
Prof Dr Zulkifli menubuhkan Klinik Kesihatan Lelaki di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau yang juga merupakan Perunding Urologi di Unit Urologi, Jabatan Surgeri di pusat perubatan itu, mengambil inisiatif dengan menubuhkan Klinik Kesihatan Lelaki dan mula beroperasi sejak tahun 2005. Klinik ini mendapat sambutan menggalakkan dari kaum lelaki seluruh negara dan ada juga kaum perempuan yang berkunjung ke klink berkenaan.
Dr Dr. Ambikai Balan Sothinathan
Beliau seorang ahli Perunding Urologi di Pantai Hospital di Kuala Lumpur. Menerajui Jabatan Urologi di Hospital Alor Setar dan menyediakan khidmat rawatan tertiari kepada pesakit di Kedah, Perlis dan Langkawi. Mempunyai kepakaran khusus penyakit batu, gangguan fungsi prostat dan kelamin, hilang pengawalan urin, dan keganasan urologi. Beliau adalah pakar urologi yang pertama di dunia ini yang menyediakan prosedur Holmium Laser Enucleating of Prostate (HoLEP) untuk rawatan pembedahan penyakit prostat jinak di Hospital Umum Kuala Lumpur.
Dr. Ooi Chong Chien
Beliau berkhidmat di Gleneagles Penang Medical Center di Georgetown. Dr. Ooi berkelulusan dari Royal College of Surgeons of Edinburgh dan Urologi FRCS dari Royal College of Surgeons Glasgow. Kepakaran utamanya adalah penyakit batu, kesihatan lelaki (termasuk hiperplasia prostat jinak) dan uro-onkologi, yang termasuk kanser urologi seperti kanser prostat, kanser pundi kencing, kanser buah pinggang dan kanser testis. Beliau juga Perunding Urologi dan melakukan pembedahan terbuka atau pembedahan laparoskopi untuk gangguan pembedahan umum dan urologi.
Lihat beberapa lagi pakar sakit tuan di seluruh Malaysia di
Rasanya mustahil untuk kita membicarakan tentang fesyen atau kelengkapan outdoor tanpa menyebut jenama Timberland. Dengan pengalaman yang dimiliki jenamanya, maka tidak hairan kepercayaan yang diberikan oleh pengguna menyaksikan Timberland terus relevan dan gah dalam kategori ini.
Terbaru untuk koleksi Spring/Summer 2020, Timberland membina rekaan yang berasaskan alam sekitar dengan nilai-nilai pengembaraan relevan dengan gaya terkini. Ia juga meneruskan Nature Needs Heroes, kempen berterusan dari Timberland yang terus-menerus menyokong penggunaan bahan kitar, organik dan jupga bahan boleh guna semula.
Antara koleksi yang menjadi tumpuan ialah but ikonik 6 inci. Kali ini but ikonik Timberland diberi sentuhan terkini dengan menggabungkan gaya jalanan dan juga workwear menggunakan bahan tahan lasak.
Bersempena dengan pelancaran koleksi baru ini Timberland turut memperkenalkan duta terbarunya yang juga Asia Eco Hero, Yo Yang. Beliau merupakan antara individu penting dalam kempen alam sekitar seperti ‘Birthday Project’, sebuah inisiatif kitar semula yang dijalankannya sendiri.
Yo Yang turut secara langsung terlibat dengan projek penanaman semula pokok di Horqin Desert, China di mana setiap perserta menanam pokok bagi mengembalikan kehijauan hutan yang telah banyak terhapus dek pembangunan.
Selain itu, item pilihan koleksi ini ialah Mount Tecumseh Worker Jacket. Ia merupakan jaket double-breasted yang dihasilkan daripada tekstil campuran 85 peratus ReBOTL dan 15 peratus kapas.
Melengkapkan koleksi ini pula adalah but Brooklyn 6 inci yang menggabungjan teknologi Ortholite dan AeroCore Energy System. Kpl
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika wanita terkenal dengan beg tangan, lelaki juga ada aksesori wajib iaitu ‘Bum Bag’, pouch bag atau apa saja panggilannya.
‘Bum Bag’ sentiasa memudahkan lelaki untuk menyimpan kelengkapan asas seperti telefon bimbit, wallet, kunci kereta dan sebagainya.
Jika dahulu aksesori wajib bagi lelaki adalah clutch, beg yang anda kena pegang tapi kini dengan adanya bum bag ia lebih mudah kerana boleh dililit pada badan.
Di Amerika, panggilannya lebih kepada ‘Fanny Pack’ namun berlainan pula dengan panggilannya di UK yang digelar ‘Bum Bag’.
Fesyen item ini menawarkan fungsi yang tersendiri bagi lelaki yang inginkan kelainan dalam bergaya tetapi tidak mahu menyandang beg besar.
MASKULIN berikan serba sedikit tip pemakaian ‘Bum Bag’ dengan betul.
Elakkan menyumbat segala perkakasan yang anda bawa di dalam ‘Bum Bag’. Bila ia terlalu menggelembung sebab sarat dengan barang, stail anda akan musnah dan ‘Bum Bag’ itu adalah penyebabnya. Jadi, hanya bawa apa yang perlu sahaja seperti telefon bimbit, wallet, powerbank, kabel pengecas telefon dan kunci kereta.
2. Boleh buat sebagai tali pinggang
Item fesyen ini tidak terhad kepada lelaki sahaja. Wanita juga boleh menggayakan ‘Bum Bag’ ini mengikut keselesaan anda. Selain melilitkan di badan, anda boleh menjadikan ia sebagai tali pinggang.
Fesyen ini tiada sempadan. Anda bebas untuk bergaya mengikut pilihan dan keselesaan masing-masing. ‘Bum Bag’ boleh dililit pada badan, pada pinggang, sarung di celah lengan dan sebagainya.
4. Jaga keselamatan dalam berfesyen
Anda tidak digalakkan untuk melilit ‘Bum Bag’ di bahagian belakang badan tidak kira sama ada ia digayakan pada pinggang atau badan. Ini bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penyeluk saku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.