Ada sesetengah wanita menganggap lelaki sukar untuk menunjukkan emosinya secara luaran. Adakah disebabkan dengan karakter yang lagaknya seperti jantan menyebabkan lelaki menjadi begitu.
Walaupun wanita sering dianggap sebagai ‘manusia paling kompleks’ namun lelaki juga tidak kurang karenahnya. Kadangkala lelaki sukar untuk mengungkapkan kata-kata romantis dan sayang kepada pasangannya. Namu itu tak bermakna dia tak sayang.
Entri ini khusus buat wanita yang mungkin berteka-teki adakah lelaki itu sayang atau tak padanya. Ketahuilah jika dia mempunyai ciri-ciri yang MASKULIN kongsikan di bawah ini, maknanya kasih dan sayang lelaki itu memang benar!
1.
Tak memandang kecantikan semata-mata. Apa yang penting baginya ialah keikhlasan hati dan kasih sayang.
2.
Apabila muncul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
3.
Sering bertanya khabar menerusi WhatsApps atau laman media sosial. Walaupun kadangkala tak terbalas, namun dia tak kisa. Itu lelaki itu sentiasa memikirkan kekasihnya.
4.
Boleh menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat.
5.
Sentiasa boleh hiburkan hati teman wanita yang resah dan gundah. Dia juga sentiasa bersungguh melakukan apa jua untuk menggembirkan pasangannya.
6.
Wanita sering kali salah anggap bahawa pasangan mereka kaki bebel sedangkan dia hanya ingin memberi nasihat. Ingat, jika dia tegur itu bernmakna dia sangat sayang.
7.
Bila sudah sayang, fobia kehilangan pasangan pasti ada. Begitu juga lelaki, jia dia ada menyuarakan kebimbangan itu bermakna dia memang sangat sayang kepada pasangannya.
BACA: 5 Teknik Paling Berkesan Pujuk Pasangan Yang Sedang Merajuk
8.
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
9.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
10.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
11.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
12.
Kadangkala muncul sifat ingin mengongkong kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Tapi itu tak bermakna dia kaki mengonkong.
13.
Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
14.
Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
15.
Tak suka melihat pasangannya didekati lelaki lain. Apatah lagi orang yang langsung tak dikenalinya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI