Wajah Feminin & Ayu Wanita Ini Pasti Buat Lelaki Jatuh Hati, Tapi Itu Sebelum Mereka Melihat Bahagian Tubuhnya

Share

Bertubuh muscular pastinya jadi idaman buat lelaki. Namun, bagi wanita pula jika tubuh mereka seakan-akan tegap, berketul malah lebih menonjol dari lelaki, pastinya akan menimbulkan persepsi yang berbeza.

Seperti gadis ini, wajahnya yang feminin dengan rambutnya yang panjang mengurai sudah pasti dapat menawan hati ramai jejaka bila pertama kali melihatnya.

Ditambah pula dengan kulitnya yang gebu, bibirnya yang mungil dan senyumannya yang manis, sudah cukup menggoda.

 

Tetapi, ramai lelaki yang bakal patah hati setelah melihat lengannya yang sasa itu.

Wanita yang berasal dari Korea Selatan ini dikenali sebagai Yeon Woo Jhi ini sebenarnya merupakan seorang jurulatih peribadi yang cukup terkenal di sana.

Bagi sesetegah lelaki, wajah cantik yang dipadankan dengan otot-otot lengannya yang besar itu sudah cukup memadai.

Tetapi apa yang lebih menghampakan apabila Yeon sebenarnya sudah pun mendirikan rumah tangganya.

Seperti dirinya, suami Yeon merupakan seorang lelaki sado yang turut memiliki saiz otot yang besar dan mereka gemar menghabiskan masa bersenam di gimnasium setiap hari bersama-sama.

Jika di luar negara, pertandingan bina badan wanita tidak asing lagi (dengan gelaran Binaragawati). Malah, ada dari mereka yang bertubuh lebih maskulin dari lelaki

. Jika di pasaran tempatan, wanita muscular kebanyakkanya terdiri dari jurulatih kecergasan mahupun ahli sukan. Namun, benarkah wanita kategori ini bukan dambaan lelaki?

 

IKLAN