Bertubuh muscular pastinya jadi idaman buat lelaki. Namun, bagi wanita pula jika tubuh mereka seakan-akan tegap, berketul malah lebih menonjol dari lelaki, pastinya akan menimbulkan persepsi yang berbeza.
Seperti gadis ini, wajahnya yang feminin dengan rambutnya yang panjang mengurai sudah pasti dapat menawan hati ramai jejaka bila pertama kali melihatnya.
Ditambah pula dengan kulitnya yang gebu, bibirnya yang mungil dan senyumannya yang manis, sudah cukup menggoda.
Ads
Tetapi, ramai lelaki yang bakal patah hati setelah melihat lengannya yang sasa itu.
Wanita yang berasal dari Korea Selatan ini dikenali sebagai Yeon Woo Jhi ini sebenarnya merupakan seorang jurulatih peribadi yang cukup terkenal di sana.
Ads
Bagi sesetegah lelaki, wajah cantik yang dipadankan dengan otot-otot lengannya yang besar itu sudah cukup memadai.
Tetapi apa yang lebih menghampakan apabila Yeon sebenarnya sudah pun mendirikan rumah tangganya.
Ads
Seperti dirinya, suami Yeon merupakan seorang lelaki sado yang turut memiliki saiz otot yang besar dan mereka gemar menghabiskan masa bersenam di gimnasium setiap hari bersama-sama.
Jika di luar negara, pertandingan bina badan wanita tidak asing lagi (dengan gelaran Binaragawati). Malah, ada dari mereka yang bertubuh lebih maskulin dari lelaki. Jika di pasaran tempatan, wanita muscular kebanyakkanya terdiri dari jurulatih kecergasan mahupun ahli sukan. Namun, benarkah wanita kategori ini bukan dambaan lelaki?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pasti tiap hari kita akan mengunakan dapur untuk memasak makanan namun berapa kali korang servis dapur tu? Serpihan karat yang melekat pada dapur pasti akan membuatkan api dapur menjadi perlahan da melambatkan kerja memasak.
Jadi apa kata kita cuba tip dan langkah seperti yang dikongsikan oleh saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari ini.
Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.
Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?
Sesekali jom kita bersihkan dapur tu dan tolong pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.
1.Playar
2.Paku saiz seinci setengah
3.WD-40 (Spray anti karat)
4.Pisau
1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)
2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)
3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)
5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)
Sharelah jika bermanfaat pada uolss��.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Impian untuk melihat penampilan rumah atau kediaman menjadi lebih cantik boleh berkecai dalam sekelip mata jika tanggungjawab yang anda berikan kepada kontraktor tidak dipenuhi dengan jujur.
Sebenarnya kes scam renovation atau penipuan renovasi rumah bukanlah satu perkara baru. Bahkan ia telah banyak kali dilaporkan terutamanya di laman media sosial. Tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa ada sahaja kenalan anda yang pasti pernah menjadi mangsa.
Itulah betapa seriusnya masalah ini pada masa sekarang. Lebih malang jika anda kehilangan wang yang sudah dikeluarkan puluhan ribu ringgit dan apatah lebih mengharukan jika wang itu pula datang dari pinjaman peribadi anda dengan bank.
Bukan sahaja marhaen seperti kita malah selebriti terkenal juga sudah banyak kali jadi mangsa scam seperti ini. Puncanya mungkin sedikit khilaf dalam mempercayai kontraktor yang mengambil kesempatan.
Lebih menyakitkan hati jika buat kerja separuh jalan, bayaran pula sudah diberikan sepenuhnya. Tapi kerja tak siap tergantung di tengah jalan. Aduhai, memang kasihan betul jika ia berlaku seperti ini.
MASKULIN tertarik dengan perkongsian dari saudara Ahmadkhairul Sabirin Ahmad Rosli menerusi satu hantara di Facebook. Menerusi hantaran itu beliau bnerkongsi beberapa jenis scam renovation.
Jelasnya antara scam renovation yang biasa berlaku ialah;
1. Bayar deposit, kontraktor tak masuk-masuk buat kerja. Lepas tu bluetick saja.
2. Bayar lain, buat kat site lain.
3. Bayar lamsam, ingat semua benda masuk. Rupanya ini tak masuk, itu tak masuk.
4. Bayar dah nak 90%, progress kat site tak sampai 50%. Bila kontraktor takda modal nal sambung kerja, lari.
Melihatkan masalah beliau yang juga merupakan seorang arkitek dan interior designer berkongsi beberapa tip bagaimana nak tapis kontraktor yang boleh dipercayai.
Ikuti perkongsian darinya di bawah;
Nak cari kontraktor ni tak mudah. Nak cari yang boleh PERCAYA, itu lagi susah. Tapi tak bermakna mustahil.
Hari ni saya nak cerita cara saya tapis kontraktor. Berdasarkan pengalaman dan pernah juga terkena awal-awal dulu.
Kontraktor desperate jenis pagi bagi quotation, tengah hari update tanya on x on. Pening juga. Tak bagi peluang klien nak bernafas sikit. Tak dapat duit, follow up memang menggila. Dah dapat duit, follow up seminggu sekali baru update. Cari lah kontraktor yang tenang-tenang sikit.
Ini 50-50. Yang ada lesen pun menipu juga. True story. Tapi lebih baik ada lesen dari tak ada. At least boleh check kalau ada apa-apa jadi.
Kita tengok FB, IG tiktok dia ni macam bagus. Tunggu. Contact dan kalau boleh pergi tengok work in progress kontraktor ni. Lebih baik begitu. Kalau pergi site terjumpa klien dia, ha elok lah berbual supaya lebih mudah nak tahu prestasi kerja dia macam mana.
Ok ini ada 2. Kita ni jenis cepat kasihan. Bila orang recommend ahli keluarga or kawan kontraktor. Kita cepat percaya. Pasal orang dekat kan. Takkan nak buat hal tapi yang recommend orang dekat ni la yang banyak kontraktor buat hal.
Kalau orang lain recommend kontraktor dan dia kata itu bagus, itu cerita lain. Banyak sangat kes kontraktor buat hal bila ikut recommend dari orang dekat. Kita tak check pula hasil kerja, main percaya saja.
Ingat, kawan or keluarga, buat due diligence. Duit hilang tak mengira suku sakat ya.
Kontraktor sekalian, bila dah ambil duit orang, klien call tu angkat lah. Biasa lah kalau ada komen atau dia tanya update. You gain their trust, you get more business. Ini yang mudah cakap tapi tak tahu kenapa susah mereka nak buat.
Dah dapat duit, punya susah nak angkat call or be responsive. Bila job tak masuk, salahkan kerajaan. Amende. Kalau jenis message hari ni, lagi 3 4 hari reply, sila potong awal-awal. Takut sekali message dia terus blue tick dan hilang di awangan terus, sekali dengan duit anda.
Ada satu lagi lah sebab tambahan kenapa kontraktor lari.
Ini maaf cakap, kadang klien ingat kontraktor ini hamba. Call tengah malam, tak kira masa. Kontraktor dia ingat bila dia dah bayar, dia boleh maki sesuka hati. Dia ingat kontraktor semua penipu jadi dia layan teruk-teruk. Bro sis, what you give, you get back. Ini saja tambahan.
Dalam hal ni, engage lah arkitek untuk check kerja kontraktor. Fee arkitek bergantung pada nilai kerja, benda boleh bincang. Kos yang kita nak jimat itu lah kadang kala buat kita rugi lagi besar. Dah ada legal framework dah untuk kerja-kerja construction ni. Follow saja. Jangan cut corner.
—————————————————————–
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda semua. Jangan jadi mangsa scam ya!
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Nama Bruce Lee tidak akan pernah padam dalam sejarah seni mempertahakan diri dan juga filem aksi. Jika masih hidup legenda hebat ini memasuki usia 80 tahun. Bersempena dengan itu, Casio menerusi jenama jam popularnya, G-SHOCK memperkenalkan edisi khas dan terhad.
Jan G-SHOCK MRF-G2000BL dihasilkan menampilkan rekaan khas dengan ciri-ciri karakter dan semangat Bruce Lee. Dari segi luaran ia dibina dengan ketahanan fizikal, struktur dan bahan berkualiti tinggi.
Warna hitam dan kuning merupakan warna yang cukup ikonik dengan Bruce Lee. Sehingga kini tracksuit berwarna kuning dan hitam pasti akan dikaitkan dengan namanya. Keseluruhan rekaan jam pula mengambil inspirasi filosofi Jeet Kune Do dan juga idea falsafah Bruce Lee.
Lebih menarik lagi ia hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit sahaja di seluruh dunia. Dan terbaru di Malaysia ia turut menjadi item yang menjadi lelongan. Majlis lelongan yang dilakukan secara di atas talian tersebut dianjurkan oleh Cortina Watch.
Ia merupakan acara lelongan amal diadakan untuk peminat serta penderma yang berminat mendapatkan jam tangan eksklusif ini. G-Shock MRG x Bruce Lee telah berjaya dilelong pada harga RM48,888!
Selepas menolak harga jualan, lebihannya akan disalurkan kepada Pertubuhan Penganut Bodkhiksetra Vihara Kuala Lumpur, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menjaga kebajikan warga emas, anak yatimd an juga mereka yang kelainan upaya.
Kejayaan lelongan ini sedikit-sebanyak telah mampu membantu badan NGO tersebut untuk meneruskan kerja-kerja amal mereka.
Namun tiada maklumat tentang siapakah yang membida jam tangan tersebut pada harga tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang