Memiliki seorang anak autism membuatkan doktor selebriti Dr Say Shazril, atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin giat menyebarkan maklumat mengenai masalah itu demi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai autism.
Terbaharu, Dr Say berkongsikan salah satu cara untuk mengesan tanda-tanda autism pada bayi yang dikenali sebagai Autism Mirror Test.
Menerusi hantaran video di laman media sosialnya, Dr Say menunjukkan cara-cara menjalankan ujian itu dengan menggunakan anak ketiganya Zeqriel.
Untuk melakukan ujian ini, ibu bapa boleh mendukung bayi di hadapan cermin dan bermain agah-agah dengan pantulan di cermin.
Jelas Dr Say, salah satu tanda autism adalah apabila bayi itu tidak menunjukkan minat terhadap pantulan dirinya sendiri atau ibu bapanya di dalam cermin.
Ads
Sebaliknya, mereka lebih berminat terhadap objek-objek lain yang ada pada pantulan cermin berkenaan.
Perkara ini juga merupakan salah satu tanda yang dilihat ada pada anak sulungnya Aezriel, atau nama timangannya Ace suatu ketika dahulu, tambah Dr Say.
Penunjuk Yang Baik Walau Tidak 100% Tepat
Bagaimanapun, ujian Autism Mirror Test ini tidaklah mengesahkan autism secara 100 peratus tepat kerana ada banyak lagi tanda-tanda yang boleh menunjukkan potensi autism pada bayi.
Namun, Dr Say berkata ujian ini merupakan satu penunjuk yang baik untuk ibu bapa bersiap sedia agar dapat mengambil langkah sepatutnya seawal mungkin.
Ads
Oleh itu, Dr Say mengesyorkan ibu bapa untuk melakukan ujian mudah ini di rumah terhadap bayi masing-masing, terutamanya bagi ibu bapa yang sudah mengesyaki tanda autism pada bayi mereka.
Terdahulu, Dr Say mendirikan rumah tangga dengan Dr Azura Abas pada 2014 dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Aezriel, Sefriel dan Zeqriel, masing-masing dikenali dengan nama timangan Ace, Sef dan Zeq.
Aezriel mula menunjukkan tanda-tanda autism seawal usia enam bulan dan dikesan oleh Dr Azura, namun Dr Say bersikap menafikan kenyataan pada ketika itu.
Apabila pakar sudah mengesahkan yang Azriel adalah seorang kanak-kanak autism, barulah Dr Say menerima perkara itu, malah mengingatkan ibu bapa lain agar tidak bersikap sepertinya.
Ads
Memetik laman Autism Malaysia, autisme merupakan gangguan spektrum sepanjang hayat dan boleh dikenal pasti seawal usia 18 bulan.
Kanak-kanak yang mengalami gangguan autisme akan memperlihatkan tanda-tanda tertentu, antaranya ialah lambat bertutur apabila mencapai usia tertentu dan kesukaran untuk berkomunikasi walaupun secara bukan lisan.
Bagi kebanyakan daripada kita semua, mempunyai akses Internet yang stabil dan laju merupakan satu keperluan yang sangat penting. Apatah lagi sekarang ramai yang harus bekerja dari rumah berikutan penularan wabak Covid-19. Kelajuan Internet untuk melakukan tugasan kerja dari rumah memang sangat penting.
Namun bila berdepan situasi kelajuan Internet tidak seperti apa yang anda langgan dengan syarikat telekomunikasi, ia pastinya sangat mengecewakan. Lebih parah apabila masalah ini berlanjutan dalam tempoh masa yang lama.
Walhal setiap bulan anda membayar sejum;ah wang untuk servis kelajuan seperti yang dijanjikan. Akan tetapi apa yang diperolehi setiap hari berlainan sama sekali.
Jika masalah ini berlaku sekali-sekala mungkin kita boleh tutup sebelah mata. Tapi bagaiamana jika ia berlarutan. Komplen sudah dilakukan menerusi panggilan telefon tetapi ia masih tidak berubah.
Usah risau sebagai pengguna hak anda sebenarnya boleh dilindungi. Anda boleh lakukan aduan secara di atas talian kepada Suruhanjaja Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ikuti caranya di bawah:
Pertama sekali kita kenali dahulu sedikit sebanyak Sistem Aduan SKMM atau MCMC.
Sistem Aduan MCMC adalah satu saluran komunikasi menerusi Internet untuk pengguna membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya mengenai isu berkaitan sektor Komunikasi dan:
Telekomunikasi
Penyiaran
Perkhidmatan Pos/kurier
Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP)
LAMAN SESAWANG
Untuk melakukan aduan pertama sekali anda harus layari laman sesawang https://aduan.skmm.gov.my/. Di paparan hadapan, pilih ‘Aduan Baru’ dan tekan.
PILIH JENIS ADUAN
Selepas itu anda harus isikan pilihan ikut masalah dan jenis perkhidmatan yang digunakan. Sebagai contoh anda ingin membuat aduan atau komplen.
Pilih jenis aduan ‘Complaint’. Bagi perkhidmatan pula jenis talian Internet yang anda gunakan. Dalam kes ini mungkin anda menggunakan ‘High Speed Boradband’. Pilih nama pembekal talian Internet anda sekali.
Kemudian isikan maklumat peribadi anda berserta nombor kad pengenalan, nombor telefon, alat dan paling penting e-mel.
Huraikan masalah anda hadapi dengan baik diruangan yang disediakan. Aduan hendaklah padat dan jelas serta tidak meleret.
BUKTI SOKONGAN
Di bahagian akhir sekali, anda boleh muat naik bukti kelajuan Internet anda tidak seperti yang dijanjikan. Muat naik printscreen speed test yang anda lakukan di ruangan attachment.
Akhir sekali anda harus sahkan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan kemudian tekan butang Hantar/Submit.
Pihak SKMM akan hubungi anda dalam masa yang terdekat. Besar kemungkinan dalam tempoh 48 jam.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat anda semua.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau malas sangat nak keluar bersenam atau pun ke gym, mungkin anda boleh lakukan 7 senaman ini di rumah.
Hanya memerlukan sekeping exercise matt anda mampu membakar kalori yang banyak. Selagi ia melibatkan gerakan, ia akan membakar kalori . Jadi lemak degil pun akan menghilang.
Tetapi, ada kalanya, bukan malas yang menjadi punca utama mengapa ramai di antara kita yang gagal untuk memulakan senaman setiap hari, sebaliknya kekangan masa yang menjadi punca mengapa ramai yang masih gagal untuk memulakan senaman pertama mereka.
Namun, anda kini sudah boleh berazam untuk memulakan kehidupan yang sihat dengan melakukan senaman-senaman ini yang hanya akan memakan masa selama 10 minit sehari.
1. Plank
2. Push-up
3. Bird-dog
4. Squats
5. Dead bug
6. Down-dog
7. Wall-sit
Sumber : Taikotai
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebanyakan sukan yang ada di dunia ataupun yang dipertandingkan di Olimpik, semuanya akan mengeluarkan peluh. Semua sukan akan memberikan kelebihan dari segi kesihatan tak kira secara mental ataupun fizikal kan.
Contohnya bola sepak memang boleh dimainkan oleh semua peringkat umur cumanya kelebihan yang kita dapat, tidak terlalu optimum berbanding dengan sukan berenang, berkuda dan memanah. Ketiga-tiga sukan ini sebenarnya memberikan impak yang tinggi kepada kesihatan kita tidak kira dalam masa pendek ataupun untuk masa panjang.
Apakah impak yang terjadi pada badan kita apabila kita berenang, berkuda ataupun memanah?
Sukan Memanah Bagus Untuk Tumpukan Perhatian
Paling ketara dalam sukan ini adalah kemahiran yang tinggi untuk menumpukan perhatian pada satu sasaran. Secara tidak langsung ia akan membuatkan kita untuk belajar seimbangkan badan kita bagi menumpukan perhatian sebelum anak panah dilepaskan.
Untuk memastikan keadaan badan kita seimbang untuk fokus, kita perlu mengawal otak dan pengerakan jantung kita.
Selain itu, memanah boleh mempengaruhi perkembangan fizikal pada bahagian atas badan iaitu otot, dada, bahagian belakang serta tangan akan lebih kemas apabila menarik anak panah untuk melepaskan tekanan apabila ditujukan pada sasaran.
Menunggang Kuda Boleh Membakar Kalori Dengan Cepat
Jika anda perasan, biasanya biasanya kita tengok penunggang-penunggang kuda adalah berbadan ideal dan kurus. Jarang kita tengok yang menunggang kuda adalah obesiti kan. Ini kerana sukan berkuda boleh membakar kalori dalam badan dengan cepat walaupun hanya menapak. Bayangkan kalau memang laju semasa menunggang kuda bertambah tinggi kalori yang dibakarnya.
Dengan menunggang kuda, ia akan membantu kita membantu kita untuk mendapatkan postur badan yang menarik. Ini disebabkan tulang belakang kita memainkan peranan penting untuk menyimbangi di atas kuda. Pada masa yang sama, ia memberi tekanan pada perut kita. Tetapi perlu dilakukan secara konsisten yea.
Ada kajian yang dilakukan menunjukkan yang berkuda sebenarnya adalah memberi latihan kepada otak kita. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan potensi untuk mendapat penyakit Alzaimer ataupun hilang ingatan ketika umur semakin tua.
Paling penting dapat membina interaksi antara manusia dan binatang. Sikap ini jika dipupuk daripada kanak-kanak, ia akan membentuk satu tahap keyakinan diri yang tinggi dalam diri.
Sukan Berenang Boleh Melepaskan Tekanan Dan Merehatkan Minda
Berenang antara sukan yang memerlukan kita menggunakan keseluruhan badan untuk melakukan pergerakan. Daripada hujung jari kaki hingga ke kepala, pengerakan yang terhasil akan mempengaruhi dalaman badan tidak kira jantung, hati, otak ataupun seluruh saraf.
Apabila kita berenang, sejenis bahan kimia akan dirembeskan iaitu endorphin untuk melapangkan minda kita. Disebabkan itu, mereka yang selalu tertekan digalakkan berenang dan ia akan merehatkan otot-otot kita.
Secara tidak langsung, perjalanan darah ke seluruh badan akan lebih baik kerana jantung lebih kuat untuk mengepam. Ini mengurangkan potensi untuk mendapat diabetes, kolestrol dan penyakit asma. Pengerakan otot keseluruhan badan membantu untuk mereka yang mengidap arthiris.
Malah untuk ibu mengandung, sangat disarankan untuk melakukan aktiviti berenang tetapi jangan terlalu ekstrem.
Malah dalam Islam, ketiga-tiga jenis sukan ini sangat digalakkan. Sebab ia mempengaruhi kehidupan kita samada secara fizikal ataupun secara emosinya. Walaupun kos agak mahal dan dikatakan lebih kepada golongan elite, tetapi untuk ada juga yang menawarkan pada harga mampu. Yang penting kena konsisten yea.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Remaja 15 tahun, Jayboy Magdadaro dari Cebu, menjadi wira selepas menyelamatkan lebih 50 mangsa banjir ketika Taufan Tino. Keberanian luar biasa ini membolehkannya menerima biasiswa penuh sebagai pengiktirafan.