Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.

Makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan menyumbang kepada obesiti.

Waktu Makan Malam Yang Baik Adalah Sekitar 6.30 Petang Sehingga 8.30 Malam Sahaja

FAKTOR MAKAN MALAM DIKAITKAN DENGAN MASALAH KEGEMUKAN TERMASUK:

  1. Makan malam beramai-ramai terutama keluarga akan mempengaruhi saiz hidangan dan seseorang makan lebih banyak berbanding makan sendirian.
  2. Sikap melangkau waktu makan pada siang hari menyebabkan kelaparan tidak terkawal sekali gus membuatkan seseorang makan berlebihan ketika malam.
  3. Tindakan menjadikan makan malam sebagai satu cara melepaskan tekanan turut mendorong masalah obesiti.
  4. Kecenderungan mengambil makanan tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek ketika menonton televisyen waktu malam turut dikaitkan dengan masalah kegemukan.

PANDUAN MAKAN MALAM YANG SIHAT:

IKLAN
  1. Utamakan makanan seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
  2. Hadkan pengambilan makanan bergoreng, berlemak dan berminyak.
  3. Ketahui saiz hidangan makan malam seharusnya membekalkan anda 400 hingga 500 kalori.
  4. Waktu makan malam paling sesuai 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya berasa lapar dan tidur lewat, pilih buahan, roti, biskut atau susu suam sebagai snek.
  5. Tidak digalakkan ambil makanan lewat malam.
  6. Elak makan malam sambil menonton televisyen.
  7. Elakkan teh atau kopi selepas makan malam kerana ia boleh mengakibatkan gangguan tidur.
  8. Jika menghadiri jamuan makan malam, makan secara sederhana dengan saiz hidangan kecil, pilihan makanan sihat, utamakan buah-buahan dan air kosong.

Waktu Makan Malam Yang Baik Adalah Sekitar 6.30 Petang Sehingga 8.30 Malam Sahaja

TOKSIN TERDIRI DARIPADA DUA JENIS

1.TOKSIN DARI LUAR (EKSOTOKSIN)

IKLAN

Disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga. Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestik seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.

2.TOKSIN DALAMAN (ENDOTOKSIN)

Berpunca daripada gangguan emosi, stres, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.

IKLAN

Kepentingan membuang toksin dalam badan

Waktu Makan Malam Yang Baik Adalah Sekitar 6.30 Petang Sehingga 8.30 Malam Sahaja

Kajian menunjukkan kandungan toksin yang banyak dalam badan akan mengurangkan kemampuan untuk mengimbangkan gula dan metabolisme kolesterol.  Ini adalah perkara yang serius apabila ingin mengurangkan berat badan dan kesihatan badan secara menyeluruh yang tidak diambil penting oleh ramai orang. Jika anda ingin membakar lebih lemak dan mengurangkan risiko mendapat diabetes, adalah lebih baik untuk anda membuang toksin di dalam badan terlebih dahulu.

Dalam dunia moden yang penuh dengan toksin  kini, adalah sangat mustahil untuk bebas toksin sepenuhnya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI