Tidak dinafikan peranan yang dibawa oleh aktor Hollywood yang memiliki bentuk badan yang tegap dan mantap banyak mempengaruhi penonton terutamanya lelaki yang mungkin mengimpikan bentuk badan seperti mereka.
Tapi ia sebenarnya tidaklah semudah yang disangka. Nama-nama pelakon yang terkenal dengan filem aksi atau adiwira seperti Ryan Reynplds, Chris Hemsworth dan pelakon muda. Tom Holland sebenarnya melalui rejim senaman, diet dan disiplin yang tinggi!
Benar, menjaga kecergasan dan diet adalah aspek penting dalam kehidupan seorang pelakon Hollywood, terutama ketika bersiap untuk peranan dalam filem.
Proses ini melibatkan kombinasi latihan fizikal intensif, diet yang ketat, dan kadangkala pengorbanan yang besar. Artikel ini akan meneroka bagaimana pelakon Hollywood memelihara kecergasan dan diet mereka untuk peranan filem mereka.
Latihan Fizikal
Pelakon Hollywood sering menjalani latihan fizikal yang intensif untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai dengan watak mereka.
Contohnya, untuk peranan sebagai superhero, pelakon mungkin perlu membina otot dan kekuatan. Ini melibatkan latihan beban, kardio, dan senaman kekuatan yang khusus.
Pelakon seperti Chris Hemsworth, yang dikenali dengan wataknya sebagai Thor, menghabiskan berjam-jam di gim untuk mendapatkan bentuk badan yang dikehendaki.
Ads
Latihan ini sering disesuaikan oleh jurulatih peribadi yang berpengalaman untuk memastikan bahawa pelakon mencapai matlamat kecergasan mereka dengan cara yang selamat dan berkesan.
Diet Ketat
Diet merupakan aspek penting dalam rutin kecergasan pelakon. Untuk mendapatkan bentuk badan yang diinginkan, mereka sering mengikuti diet yang sangat terkawal.
Ini termasuk mengambil jumlah protein yang tinggi untuk membina otot, serta membatasi pengambilan karbohidrat dan lemak. Pelakon juga sering dijadualkan makan dalam jumlah kecil tetapi kerap untuk menjaga metabolisme mereka aktif.
Diet ini sering dikawal oleh pakar diet atau ahli nutrisi untuk memastikan bahawa pelakon mendapatkan nutrisi yang cukup sambil mengekalkan berat badan atau bentuk badan yang dikehendaki.
Ads
Pengurusan Stres dan Rehat
Menjaga kecergasan bukan hanya tentang latihan fizikal dan diet. Pengurusan stres dan rehat yang cukup juga penting.
Pelakon sering menggunakan teknik seperti meditasi, yoga, dan terapi untuk menguruskan tekanan yang berkaitan dengan pekerjaan mereka.
Rehat yang cukup penting untuk pemulihan otot dan kesihatan mental. Ini membantu mereka tetap fokus dan berenergi untuk penggambaran yang panjang dan melelahkan.
Dedikasi dan Disiplin
Akhirnya, apa yang paling penting adalah dedikasi dan disiplin. Pelakon Hollywood sering menunjukkan tahap komitmen yang tinggi terhadap rutin kecergasan dan diet mereka.
Mereka mengorbankan banyak, termasuk masa peribadi dan keseronokan, untuk memastikan bahawa mereka mencapai dan mengekalkan bentuk badan yang diperlukan untuk peranan mereka.
Ads
Ini bukan tugas yang mudah, dan memerlukan tahap disiplin dan motivasi yang tinggi.
Persaingan Karier
Dalam industri hiburan yang sangat bersaing ini, pelakon Hollywood memahami betapa pentingnya menjaga kecergasan dan diet untuk kejayaan dalam karier mereka.
Melalui latihan fizikal yang intensif, diet yang terkawal, pengurusan stres, dan dedikasi yang tak tergoyahkan, mereka berjaya mengubah badan mereka untuk memenuhi keperluan watak yang mereka lakonkan.
Rutin ini bukan hanya tentang penampilan; ia juga tentang memelihara kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bau Ketiak Lelaki dikatakan mampu mengurangkan stres di kalangan wanita. Ini bukan kenyataan yang dibuat-buat tetapi merupakan satu hasil kajian yang bersumberkan Human Biology Department di University Pensylvania. Hasil dari kajian tersebut mendedahkan bahawa bau dari ketiak lelaki boleh membantu menurunkan tahap stres, mengatur peredaran haid dan membantu relaksasi.
Tapi, bagaimana bau ketiak lelaki boleh menurunkan stress wanita dan apa buktinya? Mengikut laporan dari Jurnal Biology of Reproduction America, bau ketiak lelaki yang asli dan tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan exsperimen dan ujikaji untuk membuktikan kaum wanita boleh tergoda dengan bau lelaki.
Hasil dari kajian yang dilakukan, perfume semulajadi ini (bau ketiak lelaki) disapukan pada bibir wanita seramai puluhan orang berumur dalam lingkungan 25-45 tahun. Mereka tidak diberitahu bahawa benda yang disapukan itu adalah bau ketiak / peluh lelaki sebaliknya mereka cuma diberitahu itu adalah satu ujikaji terhadap satu aroma perfume yang baru.
Selepas 6 jam, hasilnya adalah diluar dugaan apabila skala mood wanita-wanita berkenaan diukur. Hasilnya mendapati mood wanita-wanita berkenaan sangat bagus berbanding sebelumnya dan menyokong pendapat bahawa bau ketiak lelaki boleh mengurangkan stress wanita.
Oleh itu, para suami kenalah sentiasa jaga kebersihan ketiak dan memastikan tiada masalah ketiak hitam supaya isteri anda boleh amalkan untuk selalu mencium bau ketiak anda.
Amalan seperti merokok, minum alkohol secara berlebihan, dan kurang tidur memberi kesan besar terhadap kesihatan dalaman lelaki, termasuk prestasi dan keinginan seksual.
Merokok, contohnya, menyebabkan salur darah menjadi sempit, sekali gus mengganggu aliran darah ke organ reproduktif.
Ini boleh mengakibatkan masalah seperti mati pucuk jika tidak dikawal.
Pengambilan alkohol secara berlebihan pula merencat sistem saraf pusat, mengganggu keupayaan tubuh untuk bertindak balas terhadap rangsangan dan menurunkan kawalan ereksi.
Sementara itu, tidur yang tidak mencukupi atau tidak berkualiti mengganggu penghasilan hormon testosteron hormon penting untuk keinginan dan kekuatan seksual lelaki.
Kurang tidur juga menyebabkan keletihan berpanjangan dan kurang daya fokus, yang akhirnya menjejaskan kehidupan intim secara keseluruhan.
Lakukan senaman kardiovaskular seperti larian atau berbasikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk memperbaiki peredaran darah.
Pemain Australia, Cameron Smith mencatat pukulan tanpa bogey untuk mendahului pusingan pembukaan kejohanan golf Klasik CIMB yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan USD7 juta (kira-kira RM29.50 juta) di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara hari ini.
Pemain berusia 24 tahun itu, melakukan lima birdie pada sembilan lubang pertama, dan menambah tiga lagi birdie pada sembilan lubang kedua untuk mencatat lapan bawah par 64.
“Pukulan saya menjadi dan banyak melakukan pukulan yang baik. Pusingan yang baik bagi saya hari ini,” ujar Smith.
Smith berkata beliau akan mengekalkan corak permainannya itu pada baki tiga lagi pusingan.
“Perancangan yang sama esok. Mengekalkan rentak permainan dan melakukan pukulan yang baik,” katanya.
Sementara itu, pemain golf profesional, Danny Chia (gambar) muncul pemain terbaik Malaysia pada pusingan pembukaan Klasik CIMB 2017.
Selepas memulakan saingan dengan melakukan dua bogey pada dua lubang pertama, Danny yang mula beralih menjadi pemain profesional pada 1996, bangkit dengan mencatat lima birdie untuk catatan dua bawah par 70.
Mengakui sedikit gementar pada permulaan sebelum kembali menemui rentak, Danny secara keseluruhannya berpuas hati dengan pencapaiannya pada hari ini.
“Saya agak gementar pada permulaan, namun kembali menemui rentak dan secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi hari ini.
“Pada lubang pertama, saya membuat pukulan yang baik namun tiba-tiba pukulan kedua saya tersasar. Seperti tidak percaya, perkara yang sama berlaku di lubang kedua,” kata pemain berusia 44 tahun itu.
Danny kini berkongsi di kedudukan ke-23 bersama-sama 13 pemain lain termasuk juara bertahan Justin Thomas dari Amerika Syarikat dan pemain ranking ketiga dunia, Hideki Matsuyama dari Jepun.
Pemain Malaysia lain yang turut beraksi pada kejohanan berkenaan, Nicolas Fung pula mencatat par 72 untuk berkongsi berada di tempat ke-44 bersama-sama 16 pemain lain.
Kemeriahan Festival ULTRA5G U Mobile: Cara U Sabah yang berlangsung dari 6 hingga 8 Februari 2026 di Jetty DBKK, Kota Kinabalu lalu dimeriahkan barisan artis yang cukup hebat!