Ramai yang tertanya-tanya, bolehkan kita melakukan senaman sepanjang bulan puasa?
Jawapannya, mengapa pula tidak boleh!
Melakukan senaman sepanjang bulan Ramadan ketika berpuasa tidaklah semudah yang kita bayangkan. Namun, jika kita mengikuti panduan dan langkah yang baik diikuti dengan objektif serta tahap kemampuan diri, ia boleh memberikan kesan sangat baik.
Salah satu faktor yang paling penting ialah mengetahui bilakah waktu yang paling sesuai untuk melakukan senaman di bulan puasa.
Waktu terbaik melakukan senaman ialah satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Dan bila tiba waktu berbuka, minumlah air yang tidak berlakori atau berkalori rendah sahaja.
Ads
Lakukan senaman intensiti rendah dengan kadar degupan jantung tidak melebihi 65% kadar maksimum. Untuk mengetahui anda berada pada paras itu perhatikan sama ada anda berasa lega dan boleh bercakap dengan baik tanpa rasa tercungap-cungap.
Antara senaman yang baik dilakukan ialah slow jog, brisk walk (ikut kemampuan individu), sukan kasual dan sebagainya. Anda perlu tahu bahawa setelah seharian berpuasa dan kehabisan glycogen, badan terpaksa membakar lemak untuk sumber tenaga senaman.
Ads
BAGAIMANA PULA SENAMAN INTENSITI TINGGI?
Sesetengah penggemar senaman yang sudah biasa dengan bentuk intensiti tinggi pasti teringin melakukan perkara sama di bulan Ramadan. Tapi ia sebenarnya tidak digalakkan untuk diamalkan ketika berpuasa.
Latihan intensiti tinggi seperti HIIT, tabata dan senaman kardio high instensity perlu dielakkan. Senaman-senaman ini jika dilakukan tanpa air boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Ads
Antaranya ialah risiko kecederaan otot, pengsan, serangan jantung dan masalah kesihatan lain yang tidak berbaloi untuk kita menanggung risikonya.
Oleh itu lakukanlah senaman yang sederhana dan sesuai dengan tahap kemampuan diri di sepanjang bulan Ramadan.
Stay home & stay safe!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mineral adalah nutrien penting yang sering diabaikan, walaupun ia memainkan peranan besar dalam mengekalkan kesihatan tubuh.
Gaya hidup moden dan diet berasaskan makanan diproses menyebabkan ramai rakyat Malaysia kekurangan mineral penting seperti magnesium, zink dan selenium.
Ketiga-tiga mineral ini menyokong fungsi tubuh seperti kesihatan jantung, sistem imun dan perlindungan sel, menjadikannya penting untuk diberi perhatian dalam diet harian.
Magnesium adalah salah satu mineral yang sering diabaikan tetapi memainkan peranan penting dalam kesihatan tubuh.
Ia membantu mengawal fungsi otot, sistem saraf dan kesihatan jantung.
Kekurangan magnesium sering berlaku kerana gaya hidup moden yang bergantung kepada makanan diproses dan kurang sayur-sayuran.
Ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak mendapatkan keperluan magnesium yang mencukupi setiap hari.
Magnesium boleh didapati dalam makanan seperti bayam, kacang badam, biji labu dan bijirin penuh.
Dengan pengambilan magnesium yang mencukupi, ia dapat membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung, dan memperbaiki kualiti tidur anda.
Zink adalah mineral penting untuk menguatkan sistem imun, mempercepat penyembuhan luka dan menyokong pertumbuhan sel.
Walaupun penting, ramai orang tidak menyedari bahawa mereka kekurangan zink dalam diet harian mereka.
Makanan seperti tiram, daging merah dan bijirin penuh adalah sumber utama zink, tetapi ia jarang diambil dalam jumlah yang mencukupi oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
Bagi mereka yang mengamalkan diet vegetarian atau jarang makan makanan haiwan, risiko kekurangan zink adalah lebih tinggi.
Zink bukan sahaja membantu melawan jangkitan tetapi juga menyokong kesihatan rambut, kulit dan kesuburan.
Selenium adalah mineral yang kurang dikenali tetapi sangat penting untuk kesihatan tubuh.
Ia bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan dan tekanan oksidatif.
Selain itu, selenium juga penting untuk memastikan fungsi tiroid berjalan lancar.
Debaran semakin dirasakan khususnya buat peminat yang mengikut rapat perkembangan atlet sukan Muay Thai muda dan sensasi negara, Johan Ghazali atau mesra disapa dengan ‘Jojo’.
Kurang 24 jam, Jojo bakal turun ke gelanggang di Denver, Amerika Syarikat bagi perlawanan ONE 168: Denver.
Menerusi temu bual eksklusif MASKULIN Bersama Jojo sebelum ini juga dia turut melaungkan keyakinan yang cukup tinggi untuk menewaskan Josue Cruz, petarung dari Mexico yang 10 tahun lebih tua.
Ingin melupakan kekalahannya dalam pertarungan lalu menentang Nguyen Tran Duy Nhat, Jojo berazam untuk menamatkan perlawanan dengan KO.
Mungkin ia kedengaran akan terlalu yakin tetapi itulah semangat yang dibawa oleh Jojo yang pastinya tidak mahu pulang dengan satu lagi kekalahan.
Apatah lagi jika menang dalam pertarungan yang berlangsung esok, petarung dari Rentap Muaythai Gym ini berpeluang membawa pulang bonus berjumlah USD50 ribu!
Dalam satu temu bual Bersama Sportskeeda, Jojo berkata dalam setiap pertarungan dia merancang untuk menang dengan KO.
“Jika anda tanya saya empat atau lima tahun lalu, adakah saya layak berada di sini, pasti saya akan jawab SUDAH SEMESTINYA!
“Semua ini adalah hasil kerja keras yang saya telah lakukan dengan konsisten. Jadi memang saya menjangkakan saya berada di tahap sekarang,” tambahnya lagi.
Selain itu, Jojo juga turut berbangga membawa nama Malaysia ke pentas pertarungan antarabangsa.
Kemunculannya baru-baru ini dalam satu sesi siding media berlangsung di Amerika Syarikat, Jojo tampil segak menggayakan baju Melayu lengkap bersampin dari jenama terkenal tempatan, Bulan Bintang.
Kemunculannya yang segak dengan baju Melayu itu turut dikongsikan oleh Jojo menerusi laman media social kendalian.
Rata-rata pengikutnya terutama rakyat Malaysia cukup teruja dan berbangga dengan Jojo yang membawa pakaian tradisional Melayu ke pentas antarabangsa.
Menurut Jojo, dia sentiasa bersemangat tinggi setiap kali menggalas cabaran untuk Malaysia di pentas antarabangsa.
“Inilah yang saya sentiasa perjuangkan dan lakukan. Setiap kali saya dalam kesukaran dan hampir berputus asa, saya hanya fikirkan peminat iaitu rakyat Malaysia. Mewakili Malaysia adalah segala-galanya bagi saya,” katanya.
Selamat berjuang buat Jojo dari tema MASKULIN. Let’s go!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
UMUM MENGETAHUI, KEBANYAKAN LELAKI MEMPUNYAI MASALAH KEGUGURAN RAMBUT PADA USIA MUDA MEMANG MEMBERI KESAN TERHADAP KETERAMPILAN SERTA KEYAKINAN DIRI. MALAH IA MENUNJUKKAN SESEORANG LELAKI ITU TAMPAK JAUH DEWASA ATAU TUA SEDANGKAN BELUM LAGI MENCECAH USIA 40 TAHUN.
Ada pelbagai sebab kehilangan rambut, tapi untuk lelaki 95 peratus punca masalah rambut disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon Dihydrotestosterone (DHT). Hormon DHT dihasilkan di bahagian kelenjar adrenal. Ia adalah hormon seks lelaki dan semua lelaki menghasilkannya.
Melihat pada konteks masalah keguguran rambut, hormon DHT mengganggu akar rambut. ini akan menyebabkan akar rambut gagal menyerap nutrisi dari kulit kepala. ia menyebabkan rambut terbabit menjadi tidak sihat dan gugur.
PUNCA
Penggunaan bahan kimia berlebihan seperti mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut juga cenderung kepada masalah ini. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya rambut gugur terjadi.
Kalau golongan wanita pula, perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambut mereka gugur disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan hormon yang tidak stabil di dalam badan boleh menyebabkan kepada rambut gugur.
Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama. Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita atau lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
Mempunyai masalah angin badan yang serius juga boleh menyebabkan masalah rambut gugur selain perangai selalu menarik rambut. Ada juga lelaki dan wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.
Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut kamu di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut selain gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
PENYELESAIANNYA
Selain menggunakan pelbagai produk rambut yang disarankan di pasaran, segala macam formula kononnya untuk menguatkan akar rambut bagi mengelakkan masalah rambut gugur tidak salah kamu mencuba juga cara tradisional yang mungkin lebih berkesan.
Antaranya ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkan selama dua minggu. Seterusnya kamu ambil santan untuk menyuburkan rambut kamu. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik.
Jangan cepat hendak membasuh rambut kamu sebaliknya perapkan rambut kamu dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkan selama dua bulan bagi melihat perubahannya.
Ataupun kamu boleh mencuba mengambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama satu jam. Lakukan dua kali seminggu. Kamu akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.
Gunakan kulit buah tembikai. Setiap kali kamu makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala kamu. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit.
Selepas itu barulah kamu cuci rambut kamu sebersih-bersihnya. Jika kamu ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan ‘shower cap’ atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur kamu. Kamu hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.
Tak pun ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, dan lendir pokok litup bumi. Semua daun tersebut dimasukkan ke dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.
Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala kamu dengan tuala selama satu malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut kamu. Amalkan petua ini empat kali seminggu.
Paling mudah juga bagi kamu yang pemalas untuk menumbuk bawang merah sehingga halus dan campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan seperti biasa.
AMALKAN PETUA SELALU
Petua lain pula dengan mengambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan dua kali seminggu. Rambut kamu akan kekal kuat dan hitam semula jadi.
Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga elakkan mengikat rambut dengan getah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang