Pasti anda hairan kenapa bil elektrik boleh melambung tinggi, padahal anda gunakan alat elektrik secara minimum dan jarang-jarang ada di rumah. Hakikatnya tanpa anda sedar mungkin ada alat elektrik yang tidak digunakan tapi masih terpasang di soket.

Untuk pengetahuan anda, elektrik masih boleh berjalan walaupun alat elektrik tersebut tidak digunakan.

Di sini kami kongsikan 5 jenis alat elektrik yang masih ‘menelan’ tenaga walaupun tidak digunakan selagi mana plug masih bersambung dengan soket.

Jadi lepas ini, anda perlulah lebih kerap untuk mencabut plug alat elektrik tersebut jika tidak digunakan, tambah-tambah lagi jika anda ingin meninggalkan rumah untuk tempoh masa tertentu.

1. Pengecas telefon

Walau Jarang Di Rumah, 5 Alat Elektik Ini Boleh Buat Bil Melambung. Ini Sebabnya!

Ini adalah antara alat elektrik yang sering digunakan kerana pada hari ini, hampir sukar mencari orang yang boleh ‘hidup’ tanpa telefon di tangan. Jadi sudah tentulah ia menjadi alat elektrik yang paling banyak dibiarkan ‘melekat’ pada soket elektrik di rumah anda.

Pengecas telefon menelan tenaga sebanyak 1.2 Wattage (W) sehari walaupun ia tidak digunakan. Kecil nilainya, bukan? Namun cuba anda darabkan dengan 365 hari (setahun) dan darabkan dengan jumlah berapa tahun sudah anda menggunakan telefon. Terkejut?

2. Komputer

Walau Jarang Di Rumah, 5 Alat Elektik Ini Boleh Buat Bil Melambung. Ini Sebabnya!

Tidak kiralah sama ada komputer mahupun komputer riba, kedua-duanya memang menggunakan tenaga yang sangat banyak terutamanya komputer. Kami sangat yakin, plug komputer anda tidak pernah dicabut daripada soket eletrik. Tak percaya? Tengoklah komputer masing-masing jika anda memilkinya.

IKLAN

Kedua-dua alat elektrik tersebut menelan tenaga sebanyak 96 W sehari. Banyaknya! Memang membazir sangat-sangat. Malah, jumlah tenaga yang dibazirkan akan bertambah 1.5 kali jika anda meninggalkan komputer dalam keadaan Mod Sedia.

Jadi lepas ini, kalau anda dah tak gunakan komputer atau komputer riba, ringan-ringankanlah tangan tu untuk menanggalkan plug dari soketnya, ok.

3. Dekorder televisyen digital

Walau Jarang Di Rumah, 5 Alat Elektik Ini Boleh Buat Bil Melambung. Ini Sebabnya!

Jika anda melanggan perkhidmatan TV berbayar, pasti anda tahu apa itu dekorder TV. TV dan manusia memang tidak dapat dipisahkan kerana dari dahulu lagi ia menjadi medium utama untuk berhibur.

Sudah tentu ada yang malas mahu menutup plug dekorder kan? Nanti senanglah anda nak buka TV, hanya perlu capai alat kawalan jauh sahaja.

IKLAN

Tahukah anda, dekorder yang tidak ditutup walaupun TV tak dibuka menggunakan tenaga sebanyak 22 W sehari.

Jumlah yang agak tinggi sebenarnya, maka tidak hairanlah bil elektrik anda masih melambung tinggi walaupun anda jarang menonton televisyen.

4. Televisyen

Walau Jarang Di Rumah, 5 Alat Elektik Ini Boleh Buat Bil Melambung. Ini Sebabnya!

Yang ini adalah TV itu sendiri sebab kalau anda ada dekorder, sudah tentulah anda juga ada TV.

Jumlah elektrik yang dibazirkan setiap hari jika anda tidak menanggalkan plug TV daripada soket adalah 24 W sehari.

IKLAN

Cuba campur dengan jumlah tenaga yang dibazirkan oleh dekorder tadi. Dan renung-renungkanlah bila kali terakhir anda menanggalkan plug kedua-dua peralatan tersebut.

5. Alat elektrik dengan fungsi pemasa

Walau Jarang Di Rumah, 5 Alat Elektik Ini Boleh Buat Bil Melambung. Ini Sebabnya!

108 W sehari? Mungkin bukan semua rumah mempunyai peralatan secanggih ini, tetapi bayangkanlah jumlah tenaga yang dibazirkan setiap hari yang mungkin boleh disalurkan untuk penggunaan yang lebih berfaedah.

Itu jika hanya ada satu alat elektrik dengan fungsi pemasa. Bayangkan jika hampir kesemua alat elektrik anda ada fungsi pemasa terutamanya alat di dapur. Jika anda membiarkan ia tidak ditutup walaupun tidak digunakan, jumlah yang dibazirkan anda boleh bayangkan sendri.

Mungkin ada yang berfikir bahawa jumlah-jumlah tersebut kecil tetapi dengan pembaziran secara kerap, ia bukanlah jumlah yang kecil. Malah ia bukan kerja yang sukar untuk anda menanggalkan plug alatan elektrik ini demi mengelakkan bil elektrik anda melambung tinggi.

Oleh itu pastikan anda menjadi seorang pengguna yang bijak dalam menggunakan alat elektrik di rumah.

Sumber: Bright Side

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI