
Setiap bulan apabila tiba hari gaji, kita pasti akan segera membayar segala jenis bil serta komitmen untuk mengelakkan diri daripada terjerat kancah hutang.
Hutang bersama bank atau institusi berlesen tidak terlalu bahaya, namun kalau terjebak hutang dengan pinjaman wang tidak berdaftar, mungkin hidup anda resah.
Walaubagaimanapun, hidup & kerja kita bukanlah semata untuk membayar bil sahaja, kita juga sepatutnya boleh merasa sedikit hasil titik peluh yang selama ini diusahakan.
Oleh itu, seorang pengguna twitter iaitu Syafiq Mustafa telah berkongsi melalui twitter threadnya bagaimana untuk mempunyai simpanan sebanyak RM12K dalam masa 3 bulan.
Ikuti threadnya di bawah ini:
BACA: Selain Duit Boleh Melayang Sebab Lewat Tukar Minyak Hitam, Ini 3 Kesan Buruk Lain
Rahsia simpan RM12 ribu dalam masa 3 bulan
Kena set target & pastikan ada matlamat yang betul
Elak daripada kedekut dengan tabung
Setelah menyimpan, lupakan lokasi tabung untuk seketika (Nak buat anda tak mudah nak buka balik ambil duit)
BACA: ‘Dulu Saya Pernah Tercicir Duit Berniaga Sebanyak RM5K’, Bapa Ainul Kongsi Kisah Permulaan Keajaiban
Walaupun ada not RM50, simpan sahaja
Guna tabung kecil untuk naikkan semangat
Kena banyak berkorban & rajin
Target simpanan bergantung kepada kemampuan masing-masing
Rezeki lagi mudah datang bila berkahwin
Set tabung satu untuk not RM100/RM50, tabung untuk not RM10/RM20 dan tabung untuk not RM1/RM5
10 Panduan Agar Murah Rezeki, Ingat Rezeki Bukan Hanya Wang Semata!

Murah rezeki! Semua orang mahukan rezeki murah, terutamanya wang ringgit dan harta benda. Murah rezeki bermaksud rezeki yang senang diperoleh dan cukup buat menampung keperluan selepas berusaha bersungguh-sungguh dengan jalan halal. Rezeki tidak hanya dalam bentuk wang ringgit dan harta benda tetapi juga dalam bentuk kemakmuran termasuk kesihatan yang baik.
Dalam Islam, Allah dan Rasulullah telah memberikan banyak panduan kepada umatnya cara beroleh rezeki berkat dan murah rezeki. Panduannya terkandung dalam al-Quran dan sunah, terpulang pada kita untuk mengkaji dan menghayatinya.
1)Banyak dan selalu taubat
Taubat bermakna meninggalkan segala dosa, wajib ke atas setiap Muslim. Ini termasuklah meninggalkan dosa, menyesal kerana perlakuannya, berazam tidak mahu mengulanginya lagi. Tidak cukup dengan itu, kita wajib memulangkan segala yang hak jika berkaitan dengan hak manusia lain. Taubat bukan sekadar di mulut tapi mesti dihayati. Sayidina Ali pernah menyuruh seorang sahabat mengulang istighfarnya semula kerana istighfar yang dibuat sebelum itu dalam tergesa dan tiada penghayatan.
2) Takutkan Allah
Kita wajib memelihara diri daripada perbuatan yang mengakibatkan dosa. Dengan kata lain, mesti meninggalkan larangan Allah. Gagal mengawal diri bermakna akan terkeluar dari kalangan orang yang bertakwa. Bagaimana mahu tanamkan rasa takut pada Allah? Antaranya dengan sentiasa merasakan Allah melihat segala yang kita lakukan, yakin bahawa Allah maha mengetahui, merasakan malaikat sentiasa mencatat perbuatan kita dan bekerja bukan kerana takut ketua atau majikan tetapi kerana menganggap itu ibadah kepada Allah.
3) Sentiasa mengingati Allah
Mengingati Allah boleh sahaja dalam pelbagai bentuk amalan. Yang paling utama dengan menjadikan semua amalan ikhlas kerana Allah dan menepati syarak. Dalam Islam, amalan mengingati Allah lebih dilaksanakan dalam bentuk lisan. Ini termasuk zikir seperti al-Basmallah (Bismillahirahmanirrahim) atau beristighfar (Astaghfirullahalazim). Paling mudah adalah dengan mengamalkan Bismillah setiap kali memulakan sesuatu daripada hal sekecilnya sehingga urusan yang besar-besar.
4) Selepas berusaha, maka bertawakallah
Banyak kisah teladan yang dapat kita hayati berkaitan kisah tawakal. Isteri Nabi Ibrahim yang juga bonda Nabi Ismail, Hajar hanya mampu bertawakal ketika ditinggalkan bersama anaknya, Ismail, di padang pasir tandus. Dia tidak membantah kerana itulah perintah Allah kepada suaminya dan diyakini oleh suami bahawa Allah akan memelihara mereka berdua.
Ketika anaknya menangis dahaga selepas bekalan mereka habis, dia berlari antara Safa dan Marwah kalau-kalau terjumpa manusia supaya dapat meminta sedikit air. Sehingga akhirnya Allah turunkan rezeki air yang terpancar di bawah tapak kaki anaknya.
Rezeki itu melimpah-ruah sehingga menjadi telaga zamzam yang kita nikmati sehingga kini, malah lokasinya berkembang sebagai kota Mekah yang dikunjungi jutaan umat Islam saban tahun. Elakkan tawakal yang salah, iaitu mengharapkan bantuan semata tapi tak mahu berusaha langsung. Rezeki tidak jatuh dari langit begitu sahaja kecuali jika kita berusaha mendapatkannya.
5) Beribadat dengan sebenar-benarnya
Lakukan ibadat secara konsisten dan ikhlas kerana Allah. Walaupun bersungguh lakukan ibadah tapi tidak bermakna kita boleh mengabaikan aspek mencari rezeki. Harus seimbang kedua-duanya, malah menganggap bekerja itu juga satu ibadat. Rasulullah bersabda yang diriwayatkan Ma’qal b Yasar, “Allah berfirman, wahai manusia, beribadatlah kepada-Ku dengan bersungguh-sungguh agar Aku penuhi hatimu dengan rasa mencukupi (kaya jiwa) dan Aku penuhi tanganmu dengan rezeki. Wahai manusia, janganlah jauhi Aku jika tidak akan Aku penuhi hatimu dengan kemiskinan dan aku penuhi tanganmu dengan kesibukan.” (Riwayat Abu Hakim)
6) Menunaikan rukun Islam kelima
Haji adalah rukun Islam kelima, yang diwajibkan kepada orang yang berkemampuan. Memang ramai yang bertangguh untuk menunaikan haji walaupun diri berkemampuan atas alasan masih muda dan beranggapan biarlah buat haji apabila diri sudah tua. Hakikatnya ramai yang kurang sedar akan janji Allah betapa ibadat haji itu sebenarnya akan membuka lebih pintu rezeki buat kita.
Andainya belum berkemampuan, pasanglah niat mulai sekarang, insya-Allah, dimurahkan rezeki untuk sampai ke sana. Jika belum berpeluang menunaikan haji kerana belum tiba giliran, kita masih boleh menunaikan umrah bila-bila masa sahaja.
7) Hubungkan silaturahim
Silaturahim yang dimaksudkan adalah dalam kalangan kaum keluarga berhampiran. Silaturahim merujuk kepada amalan berbuat baik kepada kaum kerabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau perkahwinan. Bersilaturahim dalam ruang lingkup amat luas, sama ada dari segi membantu harta, bersikap baik atau mendoakan kesejahteraan mereka.
Banyak hadis yang mengaitkan mengenai menjaga silaturahim dengan murahnya rezeki. Antaranya yang diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim.” (Riwayat Bukhari)
Islam juga tidak melarang kita berurusan dengan kalangan ahli maksiat, sama seperti Islam tidak melarang kita daripada berhubungan dengan orang bukan Islam. Bersilaturahim dengan kalangan ahli maksiat bukanlah suatu kesalahan tetapi kita harus memastikan agar pergaulan itu tidak sama sekali mempengaruhi kita agar menjadi ahli maksiat seperti mereka.
8) Sedekah secara konsisten
Allah berfirman dalam surah Saba’: 39, “Dan apa ahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik Pemberi rezeki.” Tidak usah bimbang jika harta yang susah payah kita cari diberikan kepada orang lain. Perasaan takut miskin itu hanya tipu daya syaitan semata-mata. Sebaliknya jika kita yakin seperti yang dijanjikan Allah dan diceritakan Rasulullah seperti ini, pasti rasa bimbang itu akan tersingkir pergi.
9) Membantu fakir miskin
Sama ada kita sedar atau tidak, Allah akan menolong kita apabila kita menolong orang yang memerlukan. Rasulullah sendiri adalah seorang yang amat rapat dengan orang miskin. Banyak cara yang boleh kita laksanakan untuk membantu orang miskin, antaranya dengan mendampingi dan menziarahi mereka, memperuntukkan bantuan bulanan yang termampu buat mereka, selain berdoa agar kita terhindar daripada ditimpakan ujian seperti mereka.
10) Berhijrah mencari rezeki
Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah dalam usaha untuk mengembangkan dakwah, selain memperkukuhkan ekonomi orang Islam. Sahabat Rasulullah yang kebanyakannya adalah individu kaya, juga berhijrah ke Madinah tanpa rasa bimbang dengan nasib mereka di tempat baru.
Sahabat yang terkenal, Abd Rahman Auf seorang pedagang kaya meminta ditunjukkan pasar agar dia boleh berniaga di Madinah. Hasilnya, dia berjaya mengembalikan kekayaan yang ditinggalkan di Mekah dan itu dapat digunakan untuk membantu perjuangan orang Islam di Madinah.
Selain itu, berdasarkan sejarah juga, para pedagang dari Arab datang ke Asia untuk berniaga selain menggunakan peluang untuk berdakwah. Kedatangan mereka untuk meneroka peluang yang ada, selalunya berbekalkan tawakal dan natijahnya mereka berjaya membina empayar niaga tersendiri.
Ingin Kurangkan Kekejangan Otot, Ini Antara Makanan Yang Doktor Sarankan

Masalah kekejangan otot memang biasa berlaku terutamanya ketika anda sedang bersenam, bersukan, tidur dan sebagainya.
Apabila ia berlaku, anda akan mengalami kesakitan disebabkan oleh pengecutan otot.
Selain bahagian betis, ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain seperti paha, punggung, leher dan tangan.
Untuk mengurangkan terjadinya kekejangan otot, doktor menyarankan anda untuk mengambil senarai makanan ini sebagaimana yang dikongsikan Public Health Malaysia.
Artikel berkaitan: Jangan Silang Kaki Semasa Duduk, Ini Antara Pantang Larang Orang Tekanan Darah Rendah
Artikel berkaitan: Elak Kaki Cedera Masa Berlari, Ini Tip Penting Sebelum Membeli Kasut Sukan
Betis saya kerap kejang pada waktu tidur. Menjerit saya. Sakit sangat sampai menangis air mata. Suami tidak dapat tidur sebab terjaga dan tolong urut pakai minyak urut. Tapi sakit betis sampai ke pagi tidak hilang. Tidak tahan sakit tersebut, kami berjumpa dengan doktor pagi itu.
Doktor kata, kejang jangan dibiarkan lama. Kalau boleh, lakukan regangan secepat mungkin. Jika tidak, kesannya mungkin lebih lama nak sembuh.
Kaedah nak hilangkan kejang
Doktor kongsikan bagaimana nak hilangkan kejang tersebut pada ketika itu. Ambil tuala. Tarik tapak kaki dengan lembut. Anda akan rasakan betis anda ditarik. Ingat.
Jangan paksa atau terlebih. Cukup sekadar regangan terasa. Ulangi 3 kali setiap betis. Anda juga boleh amalkan setiap malam sebelum tidur. Ianya boleh mengurangkan episod kekejangan di waktu malam.
Ada lagi nasihat.
Selalunya, kejang disebabkan kurangnya pengambilan air.
Doktor sarankan beberapa makanan yang boleh mengurangkan kejang.
✅ Keledek
Terdapat kalsium, magnesium dan potassium yang membantu di dalam melegakan kekejangan.
✅ Tembikai
Membantu meningkatkan hidrasi otot. Ramai yang mengalami kekejangan otot biasanya tidak cukup hidrasi.
✅ Susu
protein dalam susu dapat membantu di dalam proses pemulihan tisu otot.
✅ Kekacang
Sumber magnesium yang baik. Magnesium diperlukan dalam perhubungan saraf dan otot. Jadi kekurangan Magnesium selalu dikaitkan dengan kekejangan otot.
✅ Sayur hijau berdaun gelap
Sumber kalsium dan magnesium. Kalsium yang rendah dalam darah berkait dengan kekejangan otot. Jadi selain susu, sayur hijau berdaun gelap seperti brokoli, kale, bayam, chard dan lain-lain.
✅ Jus oren & tomato
Meningkatkan hidrasi dan tinggi potassium. Selain kalsium dan magnesium, potassium juga penting untuk mencegah otot kejang. Ianya terlibat dalam hubungan saraf dari otak ke otot.
✅ Air putih
Membantu meningkatkan hidrasi otot dan badan. Pernah lihat orang berlari tiba-tiba kejang otot? Ianya boleh disebabkan kurangnya air dalam badan. Tanpa air yang mencukupi, anda berpotensi untuk kekejangan. Minumlah satu gelas sebelum tidur.
Begitulah cerita doktor kepada kami. Semoga ianya membantu. Boleh share tidak perlu minta kebenaran.
Subscribe dan tonton video fitness di Youtube MASKULIN
‘Hijau Di Luar, Putih Di Dalam’ – Ini Tip Pakai Topeng Mulut Paling Mudah

Sekarang ini macam-macam wabak yang ada, terbaharu wabak Coronavirus telah mengemparkan negara. Setakat ini 4 orang telah disahkan terkena jangiktan ini.
Oleh itu pemakaian topeng mulut di tempat keramaian atau awam sangat digalakan. Tetapi tahukah anda ada beberapa tip yang perlu anda tahu tentang pemakaian topeng mulut.
Topeng mulut atau dipanggil Surgical mask kebiasaannya dipakai oleh petugas kesihatan bagi melindungi diri dari dijangikit virus.
- Topeng mulut jenis fesyen tidak sesuai digunakan. Kerana ia mempunyai sifat meresap air, malah jika hari-hari dipakai anda boleh bayang berapa juta bakteria yang ada dekat topeng muka itu. Silap-silap ia akan mendatangkan penyakit lain pula.
- Pakai di atas paras hidung hingga ke dagu, bukannya menutup bahagain mulut ke bawah sahaja!
- Pastikan ‘tulang’ hidung yang terdapat di topeng mulut diletakankan dibahagian hidung. Tekan sedikit ‘tulang’ tersebut mengikut bentuk hidung anda.
- Ini yang selalu orang salah faham, pastikan topeng muka di bahagian hijau di luar dan bahagian putih di dalam. Ini kerana, bahagian luar topeng bersifat hydrophobic iaitu water repellent atau tidak menyerap air. Manakala bahagian dalam bersifat hydrophilic yang menyerap air kerana udara yang keluar dari paru-paru.
- Topeng mulut hanya boleh dipakai sekali sahaja. Apabila sudah dipakai, ambil topeng lipatkan ia dan buang ke dalam tong sampah. Jangan lupa basuh tangan selepas itu.
Oleh kerana permintaan topeng mulut ini semakin tinggi, kerajaan telah menegaskan larangan menaikkan harga yang tidak munasabah.
Biasanya topeng mulut jenis perubatan akan dijual harga runcit RM7.00 sekotak untuk 1 lapisan. Untuk 2 lapisan pula dijual RM8.00 dan RM0.20 seunit. Manakala untuk 3 lapisan RM 25.00 sekotak dan RM0.80 seunit.
Sama-sama kita menjaga serta mengawal diri dari terkena jakitan wabak.