Amalan menyimpan duit sememangnya penting untuk keperluan di masa kecemasan. Namun tidak dinafikan, bukan mudah untuk kita konsisten menyimpan duit.

Sekiranya tiada kekuatan dan kesungguhan, impian untuk menyimpan duit itu akan terkubur begitu sahaja.

Tip menyimpan duit cara kreatif yang dikongsikan Shaira Mudzafar ini boleh anda jadikan panduan. Mendapat 17 ribu perkongsian di laman Facebooknya, cara menyimpan duit ini tidak membebankan sekiranya ia dilakukan secara berpasangan.

Semoga perkongsian ini membantu anda menyimpan duit setiap bulan.

BACA: Orang Gaji RM2500 Boleh Simpan RM750 Sebulan Kalau Guna Formula 30:60:5:5 Ini!

Tips simpan RM496 sebulan bermula dengan RM1.

Boleh buat dengan pasangan, adik-beradik atau member korang.

IKLAN

1. Amek balang kosong untuk simpan duit dan kalendar.

2. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil. Korang boleh guna cara alternatif nak osom ker undi lambung duit kerr.

3. Okay! Katakan korang buat dengan suami. Kalau suami korang pilih nombor ganjil jadi korang dapat nombor genap lah. Masukkan duit dalam balang ikut nombor dalam kalendar.

Wanita Ini Kongsi Tip Kreatif Menyimpan Duit Bermula RM1, Cukup Sebulan Dapat RM496!

IKLAN

BACA: Tip Simpan Duit Ribuan Ringgit Cara Sempoi, Orang Gaji Ciput Pun Boleh Try!

Cara-cara nak buat:

Pada 1hb setiap bulan suami korang masukkan RM1 dalam balang lepastu tanda pada tarikh tersebut.

Untuk 2hb pulak korang kena masukkan RM2 dalam balang lepastu tanda pada tarikh 2hb.

Kalau 7hb masukkan RM7, 17hb masukkan RM17, kalau 31hb masukkan RM31. Macam tulah seterusnya sampai habiss bulan.

IKLAN

1 BULAN dapat simpan RM496.
1 TAHUN dapat simpan RM5952.

Wanita Ini Kongsi Tip Kreatif Menyimpan Duit Bermula RM1, Cukup Sebulan Dapat RM496!

Senang jer kan? Jangan lupa pasangan a.k.a partner korang ?

#gengbop #tipssimpanduit

BACA: Lelaki Kongsi Tip Simpan Duit Cara Mudah & ‘Old School’ Elak Sengkek Hujung Bulan!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI