Jangan ingat wanita sahaja ada ciri-ciri lelaki idaman. Lelaki pun sama juga. Selain memandang rupa paras dan bentuk tubuh, lelaki sebenarnya menilai wanita lebih jauh. Senang cerita nak tawan hati lelaki ini tidak susah.

Lelaki akan menilai wanita untuk dijadikan isteri menerusi banyak faktor dan antaranya adalah seperti berikut, MASKULIN cuba bantu anda:

BACA: Isteri Pasti Suka Kalau Suami Mahir Beli Makanan Laut Tanpa Masalah, Ini 5 Tip Mudah

1. Senyuman manja

Wanita yang pandai melemparkan senyuman manja sering menjadi perhatian lelaki. Lelaki boleh jadi cair dan berebut-rebut mahu mendapatkannya. Lelaki yang berjaya mendapatkan wanita berkenaan akan dianggap sebagai hero.

2. Berpenampilan menarik

Kalau wanita tak suka lelaki berpakaian selekeh, begitu juga dengan lelaki. Kalau tak suka make up pun, paling kurang tudung dan baju digosok. Sembur minyak wangi sikit bagi menambah keharuman.

IKLAN

3. Pandai menggoda

Lelaki ini ada egonya lagi-lagi kalau sedang marah. Tetapi wanita harus tahu yang ego lelaki boleh runtuh dengan begitu mudah andainya wanita itu pandai menggoda. Terus jadi cair tanpa berkata apa-apa tau!

4. Tahu memasak

Salah satu tip untuk memikat bakal suami, rajin-rajinlah masak dan bagi lelaki yang ditarget tu rasa masakan anda. Kalau sedap, lelaki pasti akan puji dan kalau dia nak rasa lagi, ternyata anda dah berjaya tawan ‘perut’ dia.

5. Tak cepat melenting

Lelaki gemarkan wanita yang tak melenting. Untuk sebarang kesilapan atau masalah, wanita akan hadapinya dengan tenang dan masih boleh berfikir secara rasional. Selain itu, masing-masing mengharapkan penyelesaian yang terbaik.

IKLAN

6. Bijak buat keputusan

Benar lelaki cuma ada 1 nafsu dan 9 akal tetapi wanita ada 9 nafsu dan satu akal. Jika wanita itu hebat mengendalikan satu akal itu untuk mengawal dan mendidik 9 nafsu itu, percayalah.. susah lelaki nak lepaskan.

7. Kelakar

Sudahlah cantik, kelakar pula tu. Ternyata wanita ini satu dalam seribu. Bayangkan seperti Jihan Muse, cantik orangnya dan reti pula buat lawak. Pasti suami tak akan kering gusi dan segala stress pun boleh hilang.

IKLAN

8. Murah hati

Tak perlu jadi kedekut untuk tunjukkan anda kononnya ada kuasa dan semua orang lemah. Sekali sekala, jadilah bermurah hati dengan membantu atau memudahkan urusan orang lain. Anda bukan sekadar terima pujian malah lembutkan hati ramai lelaki.

9. Penyayang

Kalau belum ada anak, cukuplah sikap penyayang itu dapat dilihat ketika anda bermain dengan anak-anak kucing. Dari situ pun lelaki dah boleh detect anda itu seseorang yang penyayang atau bermuka-muka.

BACA: Selain Kentut Depan Pasangan Untuk Tingkatkan Rasa Cinta, Ada 5 Cara Lain Anda Boleh Buat

10. Tak suka pakai seksi

Memang lumrahnya lelaki suka memerhati bentuk tubuh wanita namun apabila wanita terlalu seksi sehingga ‘payung’ segala aset, anda sudah hilang kepercayaan di mata lelaki. Sebabnya lelaki suka yang bertutup dan kerana itulah Islam sarankan wanita menutup auratnya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI