Syafiq, salah seorang peserta Whos Your Bro, berkongsi pengalaman mereka menghadapi cabaran “King of the Hill” yang penuh mendebarkan.
“Basically, harini yes, we all do the challenge, tapi the biggest challenge is kita jumpa bros baru,” ujar Syafiq, menggambarkan kesukaran untuk membina chemistry dalam masa yang singkat dengan rakan sepasukan baharu.
Walaupun begitu, Syafiq tetap optimis dan tidak pernah memandang rendah terhadap keupayaan rakan sepasukannya, Nad.
“Saya tak underestimated langsung, bagi saya Nad sangat-sangat bagus,” tambahnya.
Kelebihan Nad, menurut Syafiq terletak pada kekuatannya menarik beban dari bawah ke atas.
Cabaran yang Menguji
Cabaran minggu ini, “King of the Hill,” memerlukan peserta melengkapkan tiga checkpoint dengan tahap kesukaran yang semakin meningkat dalam masa lima puluh minit.
Ads
Checkpoint pertama menguji koordinasi fizikal apabila peserta perlu berjalan dengan kaki diikat bersama dan mendaki kecuraman 45 darjah ke checkpoint kedua.
Di checkpoint kedua, mereka perlu mengikat timbunan guni seberat 25-30kg untuk ditarik ke atas.
Akhir sekali, di checkpoint ketiga, peserta perlu mendaki sejauh 80 meter dengan kecuraman 60 darjah sebelum menarik guni-guni tadi hingga ke garisan penamat.
Strategi yang Teliti
Menghadapi cabaran ini, Syafiq dan Nad merancang strategi yang rapi untuk memastikan mereka dapat menyelesaikan tugasan dengan baik.
Ads
“Strategi kami adalah, saya akan turun untuk letakkan guni pasir untuk tambah berat itu supaya Nad boleh standby tunggu saya naik dan tarik sama-sama,” jelas Syafiq.
Kerjasama ini menunjukkan betapa pentingnya komunikasi dan perancangan dalam menghadapi situasi mencabar.
Cuaca Panas Sebagai Halangan
Selain daripada cabaran membina keserasian, faktor cuaca turut menjadi penghalang utama.
“Tahap kesusahan cabaran daripada 1-10, saya bagi 8 sahaja sebab masalah utama adalah cuaca yang panas terik,” kata Syafiq.
Bahang matahari yang menyengat di atas kepala nyata melambatkan pergerakan mereka dan menambah tekanan sepanjang cabaran.
Meskipun berhadapan dengan pelbagai halangan, Syafiq dan Nad tetap memberikan yang terbaik dalam cabaran ini.
Kerjasama dan semangat juang mereka membuktikan bahawa dalam situasi paling sukar sekalipun, kekuatan mental dan strategi yang baik mampu membawa kejayaan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Program realiti kecergasan nombor satu di Malaysia, MASKULIN Who’s Your Bro (WYB), semakin memuncak dalam perjalanan penuh aksi dan inspirasi.
Dengan episod kelima baru sahaja disiarkan Jumaat lalu di Astro Ria, para “Bros” telah membuktikan bahawa semangat dan ketahanan mental adalah kunci untuk menempuh cabaran luar biasa. Jika anda terlepas, semua episod boleh ditonton semula di Astro Go.
Bayangkan mendaki Menara KL dengan membawa beban seberat 20kg, menolak beban di junkyard sehingga mencecah ratusan kilogram, dan berhempas pulas melawan pemain ragbi di sawah berlumpur.
Ini hanya secebis daripada apa yang telah dilalui oleh peserta WYB. Dalam episod terbaru, mereka sekali lagi diuji dengan cabaran fizikal ekstrem—mendaki bukit curam sambil menarik beban di bawah terik matahari.
Namun, di sebalik semua itu, ada segelintir yang lebih gemar mengkritik dari jauh. Sambil bersandar di sofa empuk, mereka melabelkan peserta ini sebagai “lembik” dan “tidak cukup kuat”. Hakikatnya, hanya mereka yang berada di medan cabaran tahu betapa peritnya perjuangan ini.
Peserta WYB: Respon Bijak Kepada Pengkritik
Seperti yang diluahkan oleh Theeban, salah seorang peserta, dalam satu hantaran Instagramnya – “Sangat mudah untuk mentertawakan kerja orang lain. Tidak perlu merendahkan orang lain hanya untuk menaikkan diri kita sendiri. Kita mempengaruhi belia hari esok. Bercakaplah dengan penuh tanggungjawab.”
Peserta lain turut menyuarakan pendapat mereka dengan penuh profesionalisme. Dr. Shazif mengingatkan agar setiap kritikan dibuat dengan tanggungjawab dan pilihan kata yang bijak.
Saddam, peserta WYB yang juga seorang atlet endurance berpengalaman, menyifatkan mereka yang menghina sebagai “zero”—ibarat tin kosong, bising tetapi tiada isi.
Komuniti yang Membina, Bukan Meruntuhkan
MASKULIN percaya bahawa komuniti yang kuat adalah mereka yang saling menyokong dan memperbaiki diri bersama-sama. Seperti kata Chee Wai kepada Theeban di ruangan komen, “We learn from each other and strive to be better together. Well said, Macha.”
Di sebalik kritikan negatif, semangat persaudaraan ini terus menjadi inspirasi kepada penonton dan peminat kecergasan di Malaysia. WYB bukan sekadar rancangan hiburan; ia adalah platform untuk menunjukkan erti sebenar kerja keras, ketahanan, dan solidariti.
Kami di MASKULIN ingin menegaskan bahawa apa yang dilalui oleh para peserta WYB adalah sesuatu yang luar biasa.
Tidak semua orang mampu melakukannya. Oleh itu, jadilah pengkritik atau penonton yang bijak. Jika ingin mengkritik, lakukan dengan adab dan niat untuk membina, bukan meruntuhkan.
Seperti dalam dunia hiburan, kecergasan, sukan, dan kehidupan seharian, kritikan adalah asam garam yang tidak boleh dielakkan. Tetapi pilihan untuk menyampaikan kritikan dengan tanggungjawab adalah milik kita semua.
Saksikan MASKULIN Who’s Your Bro, episod keenam pada 10 Januari 2025 di Astro Ria dan Sooka. Bersiaplah untuk menyaksikan cabaran baru yang bakal menguji batas fizikal dan mental para Bros!
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah anda bersedia untuk malam penuh aksi dan debaran? ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB) kini kembali dengan episod ketiga yang pastinya lebih mencabar, lebih mendebarkan, dan sudah tentu lebih mendominasi!
Selepas dua episod yang menguji had mental dan fizikal, para peserta kini bakal berentap di medan baru — hutan belantara dan sungai!
Kalau anda masih ingat, episod lalu menyaksikan cabaran unik Metal Mania di junkyard, di mana strategi menjadi kunci utama. Namun, ada kejutan besar!
Pasukan pilihan Saddam dan Asyraf terpaksa berundur apabila gagal menyempurnakan cabaran mereka. Sungguh tak dijangka, bukan? Kini, tinggal tiga pasukan utama yang bakal diumumkan malam ini untuk merebut gelaran Top 3 WYB.
Adakah Ikmal dan Hakimi mampu membuktikan mereka pasangan serasi? Atau Dr. Syazif dan Syafiq dengan kombinasi kecerdasan dan kehebatan fizikal? Atau mungkin Theeban dan Nad yang akan muncul sebagai kuasa luar biasa?
Cabaran Log Jam Challenge
Malam ini, para peserta akan dibawa ke tengah-tengah hutan belantara untuk menghadapi cabaran Log Jam Challenge — satu ujian ultimate endurance dan strength yang bukan hanya memerlukan kekuatan fizikal tetapi juga strategi, stamina, dan chemistry yang sempurna.
Seperti episod lalu, mereka dibahagikan secara berpasangan di dalam enam pasukan dan akan bertarung untuk membuktikan siapa paling layak bergelar Bro terunggul di WYB.
Cabaran ini bukan untuk mereka yang lemah semangat! Dengan rintangan yang direka untuk menguji kekuatan teras badan, peserta perlu menggunakan setiap inci tenaga mereka untuk menakluk setiap halangan. Namun, kekuatan sahaja tidak cukup — kerjasama adalah kunci kejayaan!
Semua persoalan akan terjawab malam ini, jam 9 malam di Astro Ria. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi epik dan strategi bijak dalam episod ketiga ini. Siapakah yang akan menjadi bro sejati, dan siapa pula yang akan menjadi lawan terkuat?
Log Jam Challenge menjanjikan bukan sahaja peluh, tenaga, dan kekuatan, tetapi juga drama dan kejutan! Jadi, bersiap sedia di hadapan skrin anda kerana ini adalah malam yang tidak akan anda lupakan.
Siapa bro, siapa lawan? Semuanya akan terbongkar malam ini! 🎥
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Di pentas MASKULIN Who’s Your Bro (WYB), bukan sekadar kekuatan fizikal yang diuji, tetapi semangat kerjasama dan kepimpinan menjadi elemen terpenting untuk mara ke hadapan.
Salah seorang peserta yang sering “low profile” namun tetap menunjukkan konsistensi ialah Dr. Shazif. Dalam episod keempat bertajuk Muddle Trouble, Dr. Shazif menjadi perhatian dengan keberanian dan penghargaan beliau terhadap kepimpinan kumpulannya.
True Leader
Episod ini mempertemukan para peserta dalam cabaran unik yang penuh aksi – membawa bendera dari poin A ke poin B sambil berdepan halangan pemain ragbi.
Dalam cabaran ini, kumpulan Saddam berjaya mencatat masa terpantas, membuktikan kehebatan strategi mereka dan sekaligus muncul juara cabaran utama.
Dr. Shazif, salah seorang anggota kumpulan Saddam, memuji gaya kepimpinan ketua kumpulannya yang dilihat sebagai elemen pemacu kejayaan mereka.
“Cabaran ini memang sukar, tapi kami ada true leader, Saddam,” ujar Dr. Shazif penuh semangat.
Katanya lagi, kepimpinan Saddam bukan sekadar kata-kata kosong tetapi hadir dengan tindakan yang membawa kesatuan dalam pasukan.
Brotherhood Sebagai Kunci Kejayaan
Bagi Dr. Shazif, semangat brotherhood adalah tulang belakang setiap cabaran. Dalam suasana tekanan yang tinggi, semangat kerjasama antara ahli kumpulan menjadi penentu.
“Saddam buktikan dia leader sebenar. Dia bawa kami ke arah kejayaan dalam cabaran episod ini. Kalau tak ada brotherhood dalam team, memang susah nak buat apa-apa cabaran di WYB. Jadi, semangat brotherhood memang sangat diperlukan,” tambahnya lagi.
WYB terus memecahkan kebiasaan dengan cabaran yang bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, tetapi juga ketahanan mental.
Dr. Shazif mengakui bahawa setiap tugasan di WYB benar-benar “di luar kotak” dan memerlukan fokus yang maksimum. Cabaran ini bukan sekadar tentang siapa yang paling kuat, tetapi siapa yang mampu membawa pasukannya bersama untuk berjaya.
Semangat atau Persaingan?
Namun, persoalannya kini, sampai bila semangat brotherhood ini dapat bertahan? Dalam medan persaingan seperti WYB, garis antara kawan dan lawan boleh menjadi kabur.
Bila tiba masa untuk bertarung individu, siapa sebenarnya “bro” dan siapa yang akan menjadi lawan terbesar?
Siapa bro, siapa lawan?
Buat para penonton yang mengikuti perjalanan WYB, jangan lupa untuk saksikan episod kelima yang penuh dengan aksi mendebarkan pada 27 Disember, 9 malam di Astro Ria.
WYB bukan sekadar rancangan – ia adalah simbol kekuatan lelaki, kepimpinan, dan semangat kerjasama yang luar biasa.
Nantikan drama, aksi, dan persaingan yang bakal meletup di episod seterusnya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.