Terdapat dua jenis supplement protein yang ada di pasaran iaitu Whey dan Casein. Dua-dua diperbuat daripada susu. Malah kedua-duanya mengandungi sebatian bioaktif yang berbeza bagi keperluan pada waktu yang berbeza.
Casein dicernakan dengan perlahan, menjadikannya baik diambil sebelum tidur. Sementara Whey pula berfungsi untuk mencernakan dengan cepat dan sangat sesuai untuk senaman dan pertumbuhan otot.
Walau bagaimanapun, Whey dianggap sebagai protein lengkap kerana ia mengandungi semua 9 asid amino penting dan rendah kandungan laktosa.
Ads
Kedua-dua sumber protein ini dapat membantu meningkatkan jisim otot, mengurangkan penurunan berat badan dan meningkatkan sistem imun bagi pesakit asthma.
Ads
Waktu terbaik untuk menikmati Whey protien adalah sebelum senaman, namun ada juga yang mencadangkan pengambilan antara 15-60 minit selepas bersenam.
Namun, pengambilan Whey protein sebenarnya ada kesan sampingan terutamanya terhadap pesakit buah pinggang jika diambil secara berlebihan dan juga bagi yang mengalami lactose intolerant.
Jika anda berasa letih atau cepat penat, apa kata anda cuba bangun awal pagi. Melaksanakan rutin ini bukanlah suatu perkara mudah memandangkan tubuh manusia memerlukan sekurang-kurangnya 7 hingga 8 tidur untuk kesihatan lebih sempurna. Jadi anda perlu ke kamar tidur lebih awal iaitu pada jam 10 malam atau pun selewat-lewatnya jam 11 malam.
Berikut kelebihan bangun awal pagi;
Positif di tempat kerja
Jika anda berasa bosan di tempat kerja dan merasakan aura negatif di pejabat, segeralah mengubah cara hidup anda. Apabila berasa bosan, kemungkinan anda mudah mengalami sakit badan dan tulang belakang. Keadaan dan kesihatan diri akan terjejas jika ia berterusan selama lebih enam bulan.
Oleh itu, cara terbaik untuk mengatasinya adalah dengan melakukan senaman ringan di kerusi pejabat anda serta menceriakan diri dengan berkelakuan positif. Mutu dan hasil kerja anda akan bertambah baik, sekali gus tahap kesihatan diri juga menjadi lebih baik.
Tip terbaik menjaga hati
Sebagai organ terbesar di dalam tubuh badan manusia, hati mempunyai lebih daripada 500 fungsi utama untuk hampir keseluruhan sistem badan. Kerosakan hati boleh membawa maut kepada anda.
Jagalah kesihatan hati anda dengan mengurangkan pengambilan makanan segera dan daging proses, jauhi pengambilan alkohol dan banyakkan makan sayuran segar serta buah-buahan. Pengambilan sayur-sayuran segar dan buah-buahan dapat mengelakkan daripada menghidap kanser hati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dunia larian baru-baru ini dikejutkan dengan gegaran kelajuan yang luar biasa di ibu kota Jepun, Tokyo. ASICS telah menganjurkan acara ASICS Tokyo: Speed: Race yang menyaksikan 125 atlet elit dari seluruh dunia berkumpul.
Mereka semua hadir dengan satu matlamat – mencabar diri ke had kelajuan terbaik dengan kasut larian terbaru ASICS METASPEED™ Tokyo Series. Apa yang lebih membanggakan, wakil dari Malaysia turut serta, membuktikan kemampuan atlet tempatan di pentas global.
Acara yang diperakui oleh World Athletics ini telah melakar sejarah dengan catatan rekod yang menakjubkan. Sebanyak tiga Rekod Area, 10 Rekod Kebangsaan, dan 48 Catatan Masa Peribadi Terbaik (PB) telah dipecahkan di tengah-tengah bandaraya Tokyo.
Ini bukanlah sekadar perlumbaan biasa, ia adalah bukti nyata betapa pentingnya teknologi dan latihan keras dalam mencapai potensi maksimum.
Kita melihat prestasi luar biasa dari atlet antarabangsa, seperti Nadia Battocletti dari Itali yang mencatat Rekod Eropah dan Rekod Kebangsaan Itali dalam acara 5km. Atau Isobel Batt-Doyle dari Australia yang meraih Rekod Area dan Rekod Kebangsaan dalam 10km.
Pelari-pelari dari Uganda, Kenya dan Ethiopia pula menunjukkan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila menguasai senarai pemenang.
Berikut keputusan perlumbaan;
Di barisan permulaan elit, Malaysia diwakili oleh pelari terkemuka termasuk Vimal Govendarajoo dan Duta Jenama ASICS Malaysia, Allison Yee.
Vimal, pelari utama Malaysia berusia 30 tahun yang berasal dari Matang, Taiping, telah memberikan persembahan yang mantap.
Dia berjaya mencatat masa 32:40 dalam kategori 10km Lelaki Elit, satu pencapaian yang membanggakan berhadapan dengan persaingan elit dunia.
Sementara itu, Allison Yee, dalam kategori 5km Umum, telah menandakan penampilan sulungnya di jarak ini dengan catatan masa peribadi terbaik yang sangat mengagumkan, 20:09.
Pencapaian ini bukan sahaja memberikannya tempat ke-3 dalam kategori tersebut, malah turut menonjolkan bakat dan potensi yang ada dalam komuniti larian tempatan.
Kehadiran dan persembahan cemerlang Vimal dan Allison di Tokyo bukan sahaja mempamerkan perkembangan larian di Malaysia, tetapi juga menjadi sumber inspirasi yang kuat.
Mereka membuktikan bahawa dengan dedikasi dan sokongan yang betul, pelari Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan mendorong generasi atlet tempatan akan datang untuk berani mengorak langkah di pentas dunia.
Tidak dapat dinafikan, peranan teknologi larian terkini, iaitu kasut ASICS METASPEED™ Tokyo Series, turut menjadi faktor penyumbang kepada banjir rekod PB dalam perlumbaan ini.
Selaras dengan falsafah reka bentuk ASICS, pembangunan kasut seperti METASPEED™ RAY, METASPEED™ SKY TOKYO, dan METASPEED™ EDGE TOKYO meletakkan keutamaan pada keperluan dan ‘perasaan’ atlet.
Hasilnya adalah kasut perlumbaan premium yang direka melalui proses penyelidikan dan ujian yang ketat, melibatkan Institut Sains Sukan ASICS serta atlet elit dari seluruh dunia.
“Tokyo : Speed : Race adalah acara menarik di mana atlet dari semua peringkat berkumpul untuk menolak had kelajuan mereka.
“Perkongsian berterusan kami dengan ASICS sekali lagi telah mencipta acara yang menonjolkan kekuatan larian dan komitmen bersama untuk mengembangkan sukan ini, jelas CEO World Athletics, Jon Ridgeon.
Kejayaan ASICS Tokyo: Speed: Race, terutamanya dengan penyertaan membanggakan dari Vimal Govendarajoo dan Allison Yee, menggarisbawahi potensi sukan larian di Malaysia.
Ia adalah bukti bahawa atlet kita mempunyai keupayaan untuk bersinar di pentas dunia. Semoga kejayaan ini terus membakar semangat lebih pelari Malaysia untuk menyarung kasut larian, menetapkan matlamat peribadi dan mungkin, satu hari nanti, mengikuti jejak langkah Vimal dan Allison untuk mewakili negara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tanya sahaja mana-mana lelaki. Anggota badan manakah yang mereka ingin nampak lebih sasa dan kuat? Mungkin sejak ratusan tahun lamanya anggota badan lengan iaitu bisep dan trisep menjadi salah satu simbol kelelakian sejati.
Maka tak hairanlah pelbagai produk alat bantuan senaman diperkenalkan untuk memantapkan bisep dan trisep!.
Tidak kurang juga dengan bentuk senaman bisep dan trisep yang ada cukup banyak sekali.
Bagi MASKULIN sendiri, kami banyak amalkan worout seperti berikut. And pun boleh cuba!
Bagaimana nak lakukan gerakan ini? Bertenang, gerakan curls ini dapat membentuk otot lengan dengan anda menggunaka barbel atau dumbel. Untuk permulaan, mulakan dengan beban yang ringan.
Pastikan posisi barbel pada kedua sisi tubuh, lalu gerakkan beban ke arah dada. Ketika mengangkatnya sila jangan gerakkan siku. Pastikan juga siku tetap berada di sisi tubuh. Lakukan gerakan ini sebanyak 12 kali. Selain itu, gerakan ini dapat divariasikan dengan curls yang lain. Caranya dengan menekuk siku, lalu menarik beban ke bahagian dada. Ulanginya juga sebanyak 12 kali.
Pilih barbell berat antara 2 atau 3 kilogram. Posisikan badan anda mendepakan ke dua belah tangan dengan beban barbel. Angkat satu kaki ke belakang sambil condongkan tubuh ke depan.
Tahan posisi tubuh sejajar dan lurus dari kepala hingga kaki. Selepas itu buat gerakan seperti burung gerakkan sayap sebanyak antara 10 ke 15 kali.
Ini senaman paling asas dalam senaman namun mempunyai impak yang sangat baik. Ia bukan hanya mampu membakar kalori, tetapi ia juga menjadi salah satu cara untuk anda membesarkan otot lengan dengan efektif.
Dalam keadaan badan anda berlutut dengan posisi tangan menyentuh lantai sejajar bahu dan lutut sejajar pinggul. Angkat kaki kiri lurus ke belakang dan gerakkan lengan kanan lurus ke depan. Tahan selama lima saat kemudian lakukan gerakan sama dengan kaki kanan dan lengan kiri. Ulang kira-kira 15 kali.
Mula-mula posisikan badan anda seperti hendak melakukan plank dengan kedua telapak tangan serta jari-jari kaki menyentuh lantai. Kemudian letakkan kedua siku ditekuk untuk menopang tubuh dalam posisi lurus. Naikkan sedikit pinggul dan dan lengan lurus. Ketika menaikkan pinggul cuba pastikan tapak kaki menyentuh lantai. Cuba tahan selama beberapa saat kemudian kembalikan kepada posisi asal seperti plank. Anda boleh ulang gerakan ini sebanyak 10 kali.
Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk saksikan pelbagai video workout dan subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.