Hebat sungguh penangan demam jualan 11.11 yang berlangsung semalam kan. Mana tidaknya lebih 180,000 jenama dari China dan seluruh dunia menyertai acara beli belah itu.

ALIBABA Group (Alibaba) mencatatkan rekod baharu untuk acara ‘Satu Hari’, dengan jualan 213.5 bilion renminbi (RM128 bilion) dalam masa 24 jam acara beli-belah itu berlangsung. Angka tertinggi yang pernah dicapai Alibaba sepanjang 24 jam beroperasi serta peningkatan sebanyak 40% berbanding jualan Singles’s Day pada tahun lepas. Individu yang paling gembira mengenai berita ini sudah pastinya Jack Ma setelah syarikat beliau berjaya mencapai target $25 bilion dalam satu hari.

Wow! Alibaba Raih RM128 Bilion Dalam Masa 24Jam Pada Jualan 11.11

Wow! Alibaba Raih RM128 Bilion Dalam Masa 24Jam Pada Jualan 11.11

Evolusi ke arah ekonomi digital dan gaya hidup

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Zhang, berkata ini menunjukkan pertumbuhan 27 peratus berbanding 2017.

“Pembabitan keseluruhan ekosistem Alibaba membolehkan jenama kami dan rakan perniagaan berhubung dengan pelanggan seperti yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Untuk masa hadapan, Alibaba akan terus menerajui evolusi ke arah ekonomi digital dan gaya hidup,” katanya pada sidang media, di Shanghai yang diadakan sempena acara beli belah dalam talian itu yang juga dikenali sebagai gala beli belah 11 berganda (11.11).

IKLAN

Wow! Alibaba Raih RM128 Bilion Dalam Masa 24Jam Pada Jualan 11.11

Katanya, kumpulan berkenaan juga akan terus berinovasi menurut kehendak gaya hidup masyarakat yang akan berubah selaras pembangunan teknologi dan model baharu perniagaan.

Zhang percaya, dalam masa 5 dan 10 tahun akan datang, (acara) tahunan 11.11 akan berlainan dan Alibaba akan terus berinovasi untuk melaksanakan perubahan yang dibawa oleh teknologi baharu,” tambahnya.

IKLAN

Acara beli belah 24 jam dalam talian yang juga dikenali sebagai Singles’ Day (Satu Hari) itu merekodkan 69.3 bilion renminbi (RM41.7 bilion) GMV melalui Alipay hanya dalam masa satu jam dan 48 minit.

RM90 bilion Dalam Masa Satu Minit 25 Saat

Acara itu turut mencatatkan rekod baharu kerana 6.9 bilion renminbi (RM4.1 bilion) keseluruhan GMV dilunaskan melalui Alipay pada satu minit dan 25 saat pertama selepas dimulakan pada jam 12 tengah malam 11 November juga memecah satu lagi rekod kerana mencatatkan 150 bilion renminbi (RM90 bilion) daripada keseluruhan GMV dalam masa 12 jam 8 minit dan 40 saat berbanding tahun lepas (21 jam, 12 minit, 35 saat).

IKLAN

Pada festival 2018 itu, lebih 40 peratus pelanggan membuat pembelian jenama antarabangsa dan 237 jenama yang melepasti 100 juta renminbi GMV, termasuk jenama seperti Apple, Dyson, Kindle, Estee Lauder, L’Oreal, Nestle, Gap, Nike dan Adidas.

Lazada menyertai 11.11 sebagai sebahagian ekosistem Alibaba, membawakan festival itu kepada pelanggan di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

 

Sumber : Bernama

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI