Bagi pengguna telefon pintar sekarang kelajuan capaian Internet dan melayari laman sesawang dengan lancar buka lagi satu masalah. Ini kerana setiap pengeluar telefon pintar menyediakan peranti mengandungi pemproses dan cip berkelajuan tinggi terutama pada segmen flagship.
Disebabkan itulah daya penarik yang lain menjadi begitu penting kepada pengguna seperti kamera. Di pasaran sekarang terdapat lambakan telefon pintar dengan segala macam bentuk kamera yang tersedia di dalam produk mereka.
Namun Xiaomi mengambil satu langkah yang lebih kehadapan dengan memperkenalkan inovasi yang sebelum ini berada di luar jangkauan pemikiran kita. Semalam, Xiaomi mengumumkan pelancaran dan pengenalan model Mi Note 10.
Ia merupakan telefon pintar flagship terkini mereka yang diperkenalkan di pasaran Malaysia dan Singapura. Menariknya Mi Note 10 merupakan telefon pintar pertama di dunia dilengkapi dengan 108 megapiksel penta kamera dan tampil dengan rekaan premium serta bateri yang sangat besar dengan kapasiti 5260mAh.
BACA: Kesan Buruk Menggunakan Telefon Pintar Sambil Berbaring Dengan Lama
Menurut Pengurus Jenama Xiaomi Malaysia dan Simgapura, Allen An, pihaknya cukup berbangga dengan produk terbaru mereka dan ia merupakan indikasi usaha inovasinya untuk memberikan kepuasan pengalaman fotografi terbaik kepada pengguna.
“Kami yakin peminat produk Xiaomi iaitu Mi Fans dapat menikmati pengalaman yang luar biasa hebat dengan telefon pintar terbaru ini. Pada masa yang sama ia juga lengkap dengan penambahbaikan yang lebih menarik dan berkualiti tinggi,” jelasnya lagi.
Mi Note 10 Pro yang dilengkapi sebanyak 8 lensa kamera, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB juga turut diumumkan.
Secara luarannya Mi Note mengandungi sebanyak lima lensa utama iaitu 108MP wide lens, 5MP telefoto lens, 12MP telefoto lens, 20MP ultra-wide lens dan 2MP macro lens.
Bagi paparan skrin pula Mi Note 10 dilengkapi dengan skrin sesentuh 6.47 inci Curved AMOLED dengan kemasan edge-to-edge bersama beels yang lebih nipis. Di bahagian belakang pula ia menggunakan 3D glass yang memberikan cengkaman lebih baik serta perlindungan Corning Gorilla Glass 5.
Note 10 Mi akan mula dipasarkan pada 7 Disember dan kedua-dua peranti ini boleh didapati menerusi Lazada, Shopee dan juga kesemua outlet rasmi mereka iaitu Mi Store di seluruh negara.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI