Untuk pengguna tegar YM atau Yahoo Massenger, kami ada berita buruk untuk anda. Aplikasi yang telah berjaya mengeratkan hubungan rakan-rakan, ahli keluarga mahupun kenalan baharu seluruh dunia bakal menamatkan perkhidmatannya pada 17 Julai ini!
Buat anda yang masih mempunyai mesej-mesej kenangan manis dalam aplikasi itu, anda boleh muat turun mesej tersebut ke dalam komputer peribadi anda sehingga November ini.
Tentunya mereka yang menggunaka YM ini merupakan anak muda 90 ke atas. Pastinya, ramai yang tidak akan dapat melupakan emoji Yahoo! Messenger untuk menggambarkan emosi ketika sedang berinteraksi chat room YM.
Ads
Emoji ‘smiley’, ‘lovestruck’, ‘call me’, ‘hug me’, ‘blushing’, ‘clown’ dan ‘surprise’ begitu ikonik!
Yahoo dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menghargai pengguna Yahoo! Messenger sejak awal penubuhannya pada tahun 1997.
Ads
Oleh kerana landskap komunikasi yang kian membangun, pihak Yahoo lebih memfokuskan untuk mencipta dan memperkenalkan rekaan aplikasi terbaharu yang lebih memenuhi kehendak pengguna.
Ads
Tambahnya, penghentian operasi Yahoo! Messenger tidak akan menjejaskan servis aplikasi lain seperti Yahoo Mail dan Yahoo Fantasy.
Sumber: AstroAwani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam tempoh 15 minit, hampir separuh puding dan kuih-muih jualan Dayang Senandung atau nama sebenarnya, Zarima Zakaria yang berusia 34 tahun habis terjual. Gerai beliau yang terletak di Bazar Ramadan Garden Homes, Seremban dikatakan antara produk kuih paling dicari oleh orang ramai. Menurut sumber Harian Metro.
Ini merupakan tahun keenam dia berniaga di bazar Ramadhan. Tidak perlu menjual makanan lain seperti nasi ayam atau makanan berat kerana saya tahu juadah ini pasti laris. Beliau juga berkata setiap kali Ramadan, puding dan kuih-muih dijual di gerainya menjadi pilihan ramai pelanggan tetap sejak mula berniaga pada 2012.
Katanya, dia turut menjual sebanyak 20 jenis puding dan kuih tradisional antaranya kole kacang, nona manis, tepung pelita, popiah sire, puding cendol dan puding marble. Antara kuih yang mendapat sambutan hangat ialah tepung pelita, nona manis, dan kole kacang. Katanya, setiap hari dia menjual 1,000 biji kuih dan puding di mana kebiasaannya habis terjual dalam masa sejam.
*sumber Harian Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Macam mana nak smart, kalau cara berpakaian anda pun salah? Tak kisahlah nak pakai baju murah atau mahal, paling penting pastikan cara berpakaian anda itu betul kerana ia melambangkan imej dan keperibadiaan diri anda.
Rupanya ramai lelaki tak sedar yang mereka telah melakukan kesalahan ketika berpakaian. Sebelum berpakaian, pastikan anda semak dahulu perkara-perkara ini. Pastikan anda tak buat 10 kesalahan berpakaian ini.
Bagi yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu jam. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.
Jika anda ingin menyarungkan jaket di luar, pastikan anda memilih t-shirt kosong dan tanpa corak. Sebenarnya memakai t-shirt bercorak dengan jaket di luar menampakkan penampilan anda lebih serabut.
Cuba anda lihat cara James Dean berpakaian? Cara Dean berpakaian sentiasa kelihatan klasik dan ringkas. Malah t-shirt kosong yang disarungkan bersama jaket walaupun nampak ringkas tetap menyerlahkan imej lelaki anda. Jadi tidak hairanlah jika Lana Del Rey menyanyikan, “Jeans biru, baju putih” dalam lagu hitnya.
Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita. Untuk lelaki adalah lebih baik untuk memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja.
Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.
Jangan memakai tali pinggang dan suspenders dalam masa yang sama kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.
Sesungguhnya tugas seterika pakaian bukanlah pekerjaan yang menyenangkan tetapi ia adalah keutamaan, jika anda ingin kelihatan kemas.
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri anda. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!
Tidak seperti kemeja atau t-shirt, sut tidak boleh dibeli sembarangan di kedai pakaian. Sebaiknya jika anda hendak membeli sut, pergilah berjumpa dengan tukang jahit supaya sut yang anda tempah betul-betul sepadan dengan saiz tubuh anda.
Jangan butang kesemua jaket atau kot anda, melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.
Sesetengah lelaki masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit dan dompet dalam poket mereka.
Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk menyimpan barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag. Elak meletakkannya di dalam poket supaya ia tidak nampak membonjol di kiri kanan paha anda.
Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubalah memakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.
Sumber: Bright Side
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama pakaian kerja dan gaya hidup ternama, G2000, baru-baru ini melancarkan gedung terbarunya di The Exchange TRX, Kuala Lumpur sebuah destinasi beli-belah yang menawarkan pengalaman gaya hidup mewah.
Lebih menarik acara pembukaan gedung ini dimeriahkan dengan kehadiran dua selebriti terkemuka dari Hong Kong, China, iaitu Kenneth Ma dan Karl Ting, yang hadir untuk berkongsi momen istimewa bersama peminat dan pencinta fesyen.
Pelancaran ini turut dimeriahkan dengan kehadiran penggemar yang cukup teruja dan berharap dapat menyaksikan dua selebriti ini memperkenalkan koleksi terbaru G2000 Musim Semi/Musim Panas 2024, yang menampilkan gaya bisnes formal dan kasual.
G2000 dikenali dengan komitmennya untuk menyediakan pilihan pakaian yang sesuai dengan selera dan kebutuhan penggemar fesyen si Asia, serta perluasannya ke berbagai wilayah di Asia dan Timur Tengah.
Jenama ini turut menonjolkan dengan kepelbagaian gayanya, memastikan setiap individu menemukan citarasa tepat, sambil terus menginovasi dan menetapkan trend dalam industri fesyen.
Butik terbaru G2000 ini hadir dengan konsep rekaan yang moden dan elegan, meliputi ruangan seluas 2,300 kaki persegi yang dihiasi dengan skema warna yang menawan, menciptakan suasana yang nyaman dan mengundang.
Acara pembukaan tersebut diawali dengan sambutan dari Vivienne Oon, yang berhasil menetapkan suasana yang hangat untuk seluruh kegiatan.
Upacara pemotongan pita yang dilakukan oleh Kenneth Ma, Karl Ting, dan YH Cheong, General Manager G2000 Malaysia, menandakan secara rasmi dibukanya gedung terbaru mereka. Selain itu, pertunjukan tarian singa yang merupakan simbol kemakmuran dan keberhasilan juga turut memeriahkan acara.
Tak hanya itu, kehadiran beberapa tokoh terkenal lainnya yang mengenakan pakaian G2000, seperti Shaza Bae, Tong Bingyu, Zhen Ning, Jay Song, Lisha Ho, dan Eros Erfe, menambah kesan elegan dalam acara tersebut.
Pelanggan eksklusif juga turut serta, dimanjakan dengan sesi foto bersama Kenneth Ma dan Karl Ting, yang pastinya menjadi momen yang tak terlupakan bagi semua yang hadir.
Acara pembukaan ini tidak hanya tentang perayaan sebuah gedung baru, tetapi juga tentang bagaimana G2000 terus berinovasi dan menyediakan pakaian yang tidak hanya bergaya namun juga nyaman dan sesuai untuk setiap kesempatan, baik di tempat kerja maupun di waktu luang, khususnya bagi lelaki yang menghargai gaya dan kualiti.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.