Selepas lebih sedekad menjadi wajah utama kandungan bertemakan pengembaraan dan kemahiran hidup di YouTube, Outdoor Boys akhirnya mengucapkan selamat tinggal buat sementara waktu kepada lebih 15 juta pengikut mereka di seluruh dunia.
“Ini Video Terakhir Saya Buat Masa Ini”
Dalam satu video berdurasi lima minit yang dimuat naik ke saluran YouTube Outdoor Boys, pengasas dan peneraju utamanya, Luke Nichols, mengumumkan bahawa beliau akan berehat daripada menghasilkan kandungan baharu buat sementara waktu.
“Hai semua, ini akan menjadi video terakhir daripada saya untuk seketika. Saya telah pun menghasilkan video untuk tempoh hampir 11 tahun. Kali pertama menerusi saluran Catfish and Carp, dan hari ini dengan saluran Outdoor Boys,” katanya.
Menurut Luke, sepanjang tempoh itu, beliau telah menghasilkan lebih 1,110 video satu pencapaian luar biasa yang turut menyaksikan keluarganya menjadi sebahagian besar daripada perjalanan tersebut.
Antara Dedikasi dan Pengorbanan
Luke turut berkongsi betapa besarnya komitmen yang telah diberikan untuk menghasilkan kandungan selama ini, termasuk berkhemah dalam keadaan sakit dan membina kabin walaupun cedera.
Walaupun begitu, beliau mengakui pengalaman ini telah memberi peluang untuk menjana pendapatan sambil mencipta memori indah bersama isteri dan anak-anaknya.
Ads
Namun, Luke mengakui bahawa segala yang baik, jika berlebihan, boleh menjadi beban.
Beliau kini merasakan sudah sampai masanya untuk berhenti seketika sebelum tekanan dan perhatian yang diterima menjejaskan kehidupan peribadi mereka.
Foto : Malaysia Tribune
Tontonan Berbilion, Perhatian Melampau
Dalam tempoh 18 bulan terakhir sahaja, saluran Outdoor Boys telah menambah 12 juta pelanggan baharu, dengan jumlah tontonan mencecah 2.8 bilion di YouTube.
Namun begitu, Luke mendedahkan bahawa terdapat banyak kes di mana kandungannya dicuri dan dimuat naik semula ke platform lain, menjadikan jumlah tontonan tidak rasmi terhadap dirinya dan keluarganya melebihi 4 bilion tontonan.
Ads
“Perhatian daripada orang ramai yang mahu bergambar, berbual dan menghubungi kami kini terasa agak melampau,” ujarnya.
Keselamatan Keluarga Jadi Keutamaan
Keputusan untuk berhenti ini bukan sekadar kerana keletihan fizikal atau mental, tetapi lebih kepada kebimbangan terhadap keselamatan dan privasi keluarga.
“Saya dan isteri risau tentang apa yang boleh berlaku jika saluran ini terus berkembang tanpa batasan. Jadi kami fikir lebih baik berhenti sekarang sebelum keadaan menjadi tidak terkawal,” jelas Luke.
Beliau juga menegaskan bahawa walaupun dia masih mencintai aktiviti luar dan suka menghasilkan video, fokus utama kini adalah pada keluarga, terutamanya anak-anak yang semakin membesar.
Ads
Fokus Baharu Ialah Bina Masa Depan Anak
Antara perancangan Luke selepas ini ialah membantu anak sulungnya, Tom, membina dan mengembangkan saluran YouTube miliknya sendiri.
“Selama ini saya banyak fokus pada diri sendiri dan perniagaan. Kini tiba masanya untuk beri perhatian kepada anak-anak saya yang akan menjadi remaja dan dewasa tidak lama lagi,” katanya dengan nada penuh harapan.
Sebagai seorang pemain bola sepak profesional penglibatan dalam pertukaran dan penghijrahan ke kelab lain adalah satu asam garam yang normal dan perlu diikuti dengan penuh profesional.
Itulah yang dilalui oleh pemain muda muda yang mempunyai potensi cukup luar biasa, Luqman Hakim. Terbaru, pemain berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini telah disahkan menyertai sebuah kelab profesional dari Liga Iceland iaitu UMF Njardvík.
Menurut Astro Awani, penyertaan Luqman ke kelab Iceland tersebut adalah secara pinjaman dari kelab asalnya berpangkalan di Belgium, KV Kortrijk. Berita perpindahan secara pinjaman tersebut diumumkan oleh UMF Njardvík menerusi laman media sosial mereka.
Foto: Sinar Harian
“Njardvík telah mencapai kata sepakat dengan KV Kortrijk untuk meminjam Luqman Hakim selama semusim sehingga saingan 2023 tamat.
“Berasal dari Malaysia, Luqman merupakan pemain di bahagian serangan dengan jumlah dua penampilan bersama Malaysia dan banyak penampilan bersama pasukan junior,” jelas kenyataan dari kelab tersebut.
Tambah mereka lagi, Luqman juga merupakan seorang pemain cukup berkaliber selepas tersenarai di antara 60 pemain muda berpotensi pada tahun 2019.
Luqman Hakim til liðs við Knattspyrnudeild Njarðvíkur að láni frá K.V. Kortrijk í Belgíu.
“Luqman telah tiba di negara ini dan kami tidak sabar untuk melihat beliau beraksi. Kami mengucapkan selamat datang kepada Luqman,” tambah kenyataan kelab itu lagi.
Dalam sebuah video yang dimuat naik laman media sosial UMF Njardvík menunjukkan simbolik pesawat MAS mendarat di Iceland. Ia dikuti dengan paparan Luqman sedang menimang bola dalam kondisi padang dipenuhi salji.
Iceland merupakan negara yang sentiasa terdedah dengan musim sejuk sepanjang tahun. Jadi amat menarik untuk melihat bagaimana Luqman Hakim menyesuaikan diri dan beraksi dalam kondisi yang sejuk seperti ini.
Selamat maju jaya buat Luqman dari kami di MASKULIN. Buktikan anak Malaysia mampu beraksi dalam apa jua kondisi!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit: Astro Arena
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penangan sosial media jangan dibuat main, gara-gara menghina anggota polis yang sedang bertugas seorang remaja perempuan telah dihadapkan ke mahkamah dan perlu membayar denda sebanyak RM10,000 terpaksa menjalani dua bulan lagi hukuman penjara.
Itu lah nasib yang dilalui adik Nurshahira apabila mahkamah memutuskan denda yang perlu dilaluinya. Namun, bapa kepada Nurshahira mengaku tidak mampu membayar denda tersebut.
Bagaimanapun ada seorang lelaki sanggup membantu membayar denda tersebut. Lelaki tersebut adalah Muhammad Azlan Al-Amin, menerusi Facebook lelaki ini perlu melalui beberapak sekatan jalan raya untuk tiba ke Mahkamah Tinggi Alor Star bagi proses membayar denda serta permohonan ikat jamin serta merayu diringankan hukuman.
Menyentuh perasaan apabila melihat dan membaca posting-postingnya. Malah lebih sedih apabila melihat dia cuba menenagkan perasaan sorang bapa yang menahan sebak di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Alor Star kerana permohonan untuk pengantungan hukuman sementara menunggu proses rayuan bagi kes remaja perempuan hina polis telah ditolak oleh mahkamah.
Namun semangat yang dibawa Azlan, tidak terhenti di situ. Dia berjanji akan berusaha sedaya membatu gadis itu bebas dari hukuman.
<center
Setakat ini, kes Nurshahira masih lagi di dalam perbicaraan, diharapkan perkara seperti ini menjadi iktibar kepada anak muda yang lain supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.
Sekiranya anda ingin mengikuti kes perkembangan ini, anda boleh lah ikut Facebook Muhammad Azlan Al-Amin kerana dia sentiasa update perkembangan sesama kes ini.
Filem terbaru ‘Soloz : Game of Life’ bakal membawa peminat dunia gaming ke sebuah pengalaman epik yang tidak pernah disaksikan sebelum ini!
Kisah ini mengangkat perjalanan Mohd Faris bin Zakaria, atau lebih dikenali sebagai Soloz, dalam usahanya menjadi seorang pemain e-sukan profesional yang disegani.
Kisah Benar Perjuangan Soloz
Foto : IMDB
Diinspirasikan daripada pengalaman sebenar Soloz, filem ini tidak hanya memaparkan kehebatan beliau dalam arena Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), tetapi juga kisah penuh emosi tentang cabaran, pengorbanan dan persahabatan yang terjalin dalam dunia e-sukan.
Ia menjanjikan perspektif unik tentang kehidupan seorang gamer, dari detik-detik kejatuhan sehingga momen kejayaan besar.
Bagi peminat MLBB, filem ini bakal memberikan rasa dekat dengan perjalanan Soloz.
Namun, bagi mereka yang kurang familiar dengan dunia gaming, ini adalah peluang untuk memahami usaha keras dan cabaran di sebalik tabir yang sering dipandang remeh.
Gabungan Animasi Gempak dan Visual Hebat Arahan Syafiq Yusof
Di bawah arahan pengarah berbakat Syafiq Yusof, filem ini menampilkan elemen animasi dan kesan visual yang mengagumkan.
Syafiq yang dikenali dengan karya blockbuster seperti “Abang Long Fadil” sekali lagi mengambil pendekatan berani untuk menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain.
Dengan teknologi animasi terkini, Soloz: Game of Life menjanjikan pengalaman sinematik luar biasa yang akan memukau penonton.
Setiap aksi, suasana pertandingan dan perjalanan Soloz divisualkan dengan penuh keaslian, menjadikan filem ini antara karya tempatan yang bakal diingati.
Filem ini bukan sekadar hiburan kosong. Ia juga membawa mesej penting untuk mengubah persepsi masyarakat tentang permainan video dan industri e-sukan.
Menurut Syafiq Yusof, “Kami mahu membuka mata masyarakat bahawa dunia gaming bukan sekadar membuang masa. Ia adalah sebuah industri yang berkembang pesat dengan potensi besar sebagai kerjaya untuk generasi muda.”
Melalui Soloz: Game of Life, stigma negatif terhadap video game diharap dapat dihapuskan.
Filem ini menyerlahkan sisi positif e-sukan, termasuk kepentingan kerjasama, pengorbanan, dan usaha gigih yang diperlukan untuk mencapai kejayaan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini di pawagam sekarang!
Sumber : ohbulan!
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.