ZONTES S310 PESAING BARU BMW G310R- TEMBUSI PASARAN EROPAH DALAM MASA TERDEKAT

Share

Pengeluar automotif China kini cuba menembusi pasaran luar. Setelah BMW Motorrad memperkenalkan model G310R, nampaknya model berkenaan bakal mempunyai pesaing baru iaitu Haojiang S310.

Motosikal yang menggunakan jenama Zontes itu bakal menempusi pasaran Eropah dalam masa terdekat ini menerusi model Zontes S310.

Buat masa ini, tiada maklumat terperinci dikeluarkan dan difahamkan spesifikasi lengkap hanya akan didedahkan pada pameran CIMAMotor

di China.

Zonte S310 dijana oleh enjin 312cc satu silinder penyejukan air

yang mampu menghasilkan kuasa 35hp. Difahamkan model berkenaan lebih berkuasa berbanding G310R walaupun memiliki jana kuasa yang sama.

Bagi mendapat keluluasan memasuki pasaran Eropah, produk dari China itu perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan senarai peralatan yang perlu dipatuhi boleh dikatakan cukup banyak.

Antaranya Zontes S310 dilengkapi dengan sistem ABS Bosch dan mematuhi emisi Euro4. Melalui imej berkenaan, model tersebut tampil dengan fairing lebih besar di bahagian depan. Ini menyerlahkan penampilan yang gagah.

Buat pengetahuan anda, model berkenaan pernah muncul dalam bentup prototaip sebelum ini.

Zontes S310 akan diperkenalkan oleh pengimport asal Perancis, dan pengeluar tersebut telah mendaftarkan ia di bawah senarai produk 2018.

Harga jualan model itu dikhabarkan sekitar €4,590 (RM23, 020) seunit.

 

GALERI

IKLAN