Pasti pengguna terutama yang berkenderaan akan kecut perut menanti sama ada harga petrol naik atau tidak. Apabila keesokan harinya diisytiharkan harga petrol naik, maka berpusu-pusulah pemandu beratur di stesen minyak untuk mengisi penuh tangki kenderaan masing-masing.

Situasi ini sering terjadi dan isu harga minyak naik tidak pernah senyap. Mungkin ramai yang tidak tahu akan penyelesaiannya, jadi kali ini Maskulin berkongsi tip penjimatan minyak kenderaan dengan anda semua.

1.Isi Minyak Pada Waktu Malam
Mungkin ramai tidak mengendahkan tip mudah ini. Tetapi,ini adalah fakta. Sekiranya anda mengisi tangki minyak pada waktu malam atau ketika dalam keadaan sejuk, anda dapat menjimatkan wang untuk minyak. Sebaliknya jika anda mengisi petrol pada waktu siang atau dalam keadaan panas, kandungan gas adalah tinggi dan haba petrol akan bercampur dengan lebihan gas dalam kandungannya.

2.Penuhkan Tangki
Petrol juga boleh tersejat. Sekiranya tangki petrol penuh, ruang untuk petrol menyejat adalah kurang. Tetapi sekiranya ruang lebih besar, perkara sebaliknya akan berlaku. Untuk mengelakkan ruang dalam tangki menjadi kosong, anda perlu mengisi penuh tangki petrol kenderaan. Ini sekaligus membantu mengurangkan pembaziran kerana petrol yang tersejat atau meruap tidak akan dibakar oleh enjin. Janganlah tunggu meter petrol berada pada tanda “E” baru mahu isi.

3.Kurangkan Memecut
Had laju yang ditetapkan ada sebabnya. Pertama adalah untuk mengelak berlakunya kemalangan di jalan raya. Bagi para pemandu dan pemilik kenderaan, had laju yang ditetapkan seperti 60 atau 70 km/sejam sepatutnya digunakan sebagai sesuatu yang boleh memberi faedah kepada anda. Apabila memandu pada had laju yang tetap dan tidak memecut dapat menjimatkan petrol. Lagi laju anda memecut, lagi banyak petrol yang digunakan. Tetapi perlu diingatkan, memandu terlalu perlahan juga akan memberikan tekanan pada enjin sekaligus menyebabkan banyak petrol digunakan.

Isi Petrol Waktu Malam , Ini Trick Isi Minyak Untuk Anda

IKLAN

4.Selenggara Kereta Mengikut Jadual
Kereta merupakan jentera yang dicipta untuk bekerja. Oleh sebab itu ia seharusnya sentiasa diselenggara terutama di bahagian enjin. Dalam jangka masa yang ditetapkan, periksa kenderaan anda dan pastikan ia berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Penapis atau filter perlu sentiasa diperiksa dan jika perlu,gantikan dengan yang baru.

5.Periksa Tekanan Angin Tayar
Begitu juga dengan tekanan angin tayar. Periksa tayar kereta anda sekurang-kurangnya seminggu sekali. Sekiranya tekanan angin tayar kereta berada pada tekanan yang sesuai dan sepatutnya, cengkaman tayar lebih kukuh dan ini sekaligus memberikan penjimatan berganda pada penggunaan petrol.

Baca: Tukar Tayar Sebelum Terlambat, Ini 5 Cara Paling Mudah Pastikan Tayar Anda Selamat!

IKLAN

6.Kurangkan Penggunaan Penghawa Dingin
Untuk mengurangkan pembaziran penggunaan petrol, kurangkan penggunaan penghawa dingin ketika memandu. Guna apabila perlu sahaja iaitu ketika cuaca panas terik. Sekiranya anda memandu pada waktu pagi atau malam, buka tingkap dan bukan penghawa dingin. Tetapi awas! Jangan buka tingkap terlalu luas sehingga membahayakan nyawa anda dan penumpang jika ada.

Isi Petrol Waktu Malam , Ini Trick Isi Minyak Untuk Anda

7.Beban Terlalu Berat
Keluarkan semua barang-barang yang tidak perlu disimpan di dalam kenderaan seperti set golf ataupun bagasi besar. Anda perlu tahu dan ingat, beban yang terlalu berat akan menyebabkan penggunaan tenaga berganda. Sekaligus ini akan menyebabkan penggunaan petrol juga bertambah.

IKLAN

8.Elak Guna Gear Rendah
Mungkin jarang yang lakukan, tetapi sebaik-baiknya elak menggunakan gear rendah ketika memandu. Gunakan gear rendah pada tempat yang sepatutnya sahaja. Contohnya ketika mendaki, tetapi pada masa yang sama anda perlu tukar gear secepat mungkin. Untuk menuruni bukit atau melalui jalan rata pula, langkah penggunaan gear satu terus ke gear tiga atau empat. Sekiranya kenderaan yang dipandu menggunakan gear automatik, tingkatkan halaju dengan kadar segera.

9.Matikan Enjin Ketika Menunggu
Memang biasa kita lihat situasi ini. Kebanyakan daripada tidak mematikan enjin ketika menunggu walaupun dalam tempoh sekejap. Enjin sebenarnya tetap membakar petrol di dalam tangki walaupun ketika kenderaan anda tidak bergerak. Amat mudah, jika anda menunggu atau keluar dalam tempoh sekejap dari kenderaan anda, matikan enjin kenderaan anda itu. Ia mampu menjimatkan penggunaan petrol.

10.Pandu Untuk Perjalanan Jauh Sahaja
Kalau boleh pandu kenderaan anda hanya untuk perjalanan yang jauh sahaja. Sekiranya destinasi yang ingin dituju hampir dengan tempat tinggal, lebih baik anda berjalan kaki atau menunggang basikal. Ini bukan sahaja memberi penjimatan pada petrol kenderaan malah memberi faedah pada alam sekitar, sekaligus menyihatkan tubuh badan anda.

Ikuti kami di Youtube untuk dapatkan update dan info terkini berkaitan dengan info lelaki.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI