memilih saiz badan khaki
Foto: cottonbro from Pexel

Selain jeans di antara jenis seluar yang wajib ada dalam almari dan koleksi pakaian seorang lelaki adalah seluar khaki atau chino. Penggayaan seluar ini jika mengikut panduan yang betul dapat menyerlahkan sisi tampan pemakainya.

Sama seperti pakaian yang lain memilih seluar khaki yang sesuai mengikut jenis bentuk badan sangat penting. Ia bagi memastikan gaya atau fit yang anda ingin paparkan tampak lebih kemas, bergaya dan segak. Dan memilih khaki sesuai ini tidak mengira peringkat umur.

Bagi anda yang tidak berapa jelas tentang khaki dan chino, ia merupakan sejenis seluar panjang yang kebiasannya diperbuat daripada fabrik cotton. Kebiasaannya ia tampil dengan warna kelabu, coklat cair atau pun navy.

Jadi apakah panduan memilih selua khaki yang sesuai mengikut bentuk saiz badan. Ikuti perkongsian MASKULIN pada kali ini.

PINGGANG DAN CAWAT

Sama seperti seluar anda yang lain, khaki yang anda ingin pilih haruslah memenuhi beberapa kriteria saiz yang sesuai. Ia harus mempunyai saiz pinggang yang sama padan dengan pinggang. Dalam erti kata lain ia tidak akan terlondeh jika dipakai bersama dengan tali pinggang.

Bagi seluar jenis khaki dan chino, kedudukan pinggangny lebih rendah berbanding seluar sut. Anda juga boleh memilih seluar yang pinggangnya sama seperti jeans yang selalu dipakai.

IKLAN
Panduan Memilih Seluar Khaki & Chino Sesuai Mengikut Bentuk Badan
Foto: The Lazy Artist Gallery from Pexels

Manakala di bahagian cawat pula anda harus pastika ia tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pastikan cawat seluar yang ingin dipilih memberikan ruang selesa di bahagian punggung. Jika ia kelihatan terlalu padat bermakna seluar itu ketat. Manakala jika ia terlihat ada banyak kedutan di bahagian punggung bermakna cawat seluar terlebih besar.

Jika perkara ini berlaku mungkin anda boleh turunkan setengah saiz seluar. Dan jika ia tidak berhasil juga anda boleh bawa seluar ke kedai tukang jahit untuk melakukan sedikit ubah suai.

BAHAGIAN PEHA & KAKI

Satu perkara anda harus ingat. Jangan jadikan seluar khaki atau chinos seperti skinny jenas. Sepasang seluar khaki hendaklah selesa dipakai dan tidak terlalu ketat. Kebanyakan jenis kain yang digunakan untuk hasilkan khaki bukanlah jenis mudah regang.

Berbeza dengan jeans, seluar khaki perlu ada sedikit ruang di bahagian peha. Jika ditarik ia seharusnya berukuran 1 inci dan tidak lebih 1.5 inci. Sama juga di bahagian kaki, jangan pakai seluar khaki yang terlalu ketat seperti skinny jeans.

IKLAN

LABUH SELUAR

Kita sebagai orang Asia selau berdepan masalah labuh seluar yang berlebihan. Ini terutamanya apabila membeli seluar khaki atau chinos jenama luar negara dari Eropah atau Amerika Syarikat.

Usah khuatir kerana kini semakin banyak jenama yang sudah cakna dengan saiz lelaki Asia. Dan jika ia terlalu labuh anda boleh bawa ke kedai tukang jahit dan dapatkan labuh yang sesuai.

Panduan Memilih Seluar Khaki & Chino Sesuai Mengikut Bentuk Badan
Foto: Hoang Loc from Pexels

Jika anda menggyakan kasut dengan gaya sockless, pakailah seluar khahi yang agak senteng dengan kedudukan labuhnya sedikit di atas buku lali. Jangan biarkan ia menjadi terlalu labuh kerana ia hanya mewujudkan lipatan yang tidak enak dipandang. Ingat, khakis bukan seluar jeans.

IKLAN

Manakala bagi gaya yang lebih konvensional pula labuh seluar perlu berada di atas buku lali. Jika anda terasa ia sedikir labuh, lipat kaki seluar tidak melebih dua kali.

Semoga perkongsian panduan gaya ini memberikan manfaat buat anda.

Jangan lupa untuk ikuti dan subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik tentang gaya hidup lelaki.

Panduan Memilih Seluar Khaki & Chino Sesuai Mengikut Bentuk Badan

https://www.youtube.com/watch?v=hZG-6TWE09w

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI