MASKULIN yakin masih ramai lelaki yang amat jarang menggunakan pencuci muka atau skrub untuk membersihkan wajah. Malah mungkin masih ramai lagi yang mengamalkan cuci muka dengan menggunakan sabun atau gel mandian.
Stop it!
Usahlah terlalu kedekut untuk membelanjakan sedikit wang anda untuk membeli pencuci muka yang baik. Anggap ia adalah satu pelaburan yang baik bagi menjamin penampilan. Jika mempunyai kulit wajah yang baik semestinya peratusan faktor kacak anda itu akan meningkat bukan?
Di pasaran sekarang terdapa tpelbagai pilihan yang boleh anda cuba. Kalau rasa tidak pasti, jom MASKULIN kongsi 8 pencuci muka yang murah dan mampu memberikan perlindungan yang baik buat.
GATSBY Clear Whitening
GATSBY Clear Whitening
Mempunyai 6 multi-fungsi untuk membantu mencerahkan kulit dan nampak lebih segar. Membantu membuang kulit mati, mengurangkan keratin pada kulit wajah dan mengurangkan penghasilan melanin di dalam kulit. Selain itu didatangi rasa sensasi sejuk dengan Extra Cold.
L’OREAL Men Expert White Activ
Ads
LOREAL Men Expert
Bagi anda yang mempunyai kulit wajah yang sentiasa berminyak, inilah antara pencuci muka yang sesuai anda gunakan. Ia juga efektif untuk membuang sel-sel kulit mati terutamanya buat anda yang sering terdedah dengan kondisi luaran yang berhabuk dan berdebu.
NIVEA MEN Anti-Acne Oil Control Volcanic Mud Foam
NIVEA MEN
Anda seorang yang sentiasa tumbuh jerawat? Mungkin sebelum ini anda menggunakan produk pencuci muka yang tak bersesuaian dengan kulit. Pencuci muka yang dihasilkan dengan sumber lumur gunung berapi ini dihasilkan khusus untuk melawan kondisi kulit wajah yang rosak disebabkan jerawat. Ia dikatakan efektif membantu membunuh bakterua dan kotoran halus.
NANO MEN Oil Control Perfect Clay Cleanser
Ads
NANO MEN
Satu lagi produk pencuci muka pilihan MASKULIN yang mampu mengawal kulit wajah yang berminyak. Ia boleh membantu anda membuang sisa-sisa ‘minyak’ pada wajah dan membantu memdapatkan tekstur kulit yang lebih sihat dan bersinar.
GARNIER MEN Turbolight Oil Cooling Foam
GARNIER MEN
Produk dari Garnier ini sedikit berbeza dengan yang lain. Ini kerana ia lebih menggunakan fungsi buih menyejukkan untuk membantu anda mencuci muka daripada kesan kotoran, minyak berlebihan dan juga meredakan kuit yang stres.
BADLAB Deep Cleansing Facial Cleanser
Ads
BADLAD
Buat anda yang memiliki wajah yang agak kering, pencuci muka BADLAB ini mampu mengembalikan kelembapan wajah. Selian itu ia juga mempu membuang kotoran degil yang melekat di dalam liang-liang kecil pada kulit wajah.
DASHING Whitening Scrub Facial Cleanser
DASHING
Pencuci muka yang juga berfungsi sebagai skrub dari DASHING ini merupakan produk harian yang mampu membuang kotoran dan membantu anda mengekalkan kulit wajah yang berseri dan putih. Ia juga mengandungi khasiat daripada garam laut yang mempunyai fungsi memutih.
MARO Body & Face Cleansing Soap
MARO
Bagi anda yang miliki kulit wajah biasa dan normal mungkin boleh cuba produk pelbagai guna ini. Selain boleh digunakan sebagai sabun badan ia juga boleh dipakai sebagai pencuci muka. Mampu mengembalikan kesegaran badan dan wajah, dua dalam satu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baik lelaki atau wanita, pisau cukur adalah salah satu peralatan grooming yang wajib ada. Tanpanya, banyak bulu yang tidak diperlukan tumbuh melata hingga merosakkan penampilan terutamanya pada wajah.
Walaupun begitu, masih ada lagi yang tidak mengambil berat terhadap penjagaan pisau cukur hingga ia boleh merosakkan wajah. Pisau cukur diperbuat daripada besi dan jika tidak disimpan dengan baik, ia akan berkarat dan menjemput banyak bakteria.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin menerangkan bagaimana menjaga pisau cukur agar ia tahan lama sekali gus boleh menjimatkan duit.
Ramai orang tidak menggunakan krim pencukur ketika mencukur. Ia amat penting untuk membuatkan bulu-bulu yang akan dicukur berada dalam keadaan lembab sekali gus memudahkan proses mencukur. Ia juga penting untuk mengelakkan pisau cukur daripada tergores dengan kulit hingga mengakibatkan kecederaan dan lebih teruk meninggalkan kesan parut.
2. Bersihkan pisau cukur dengan teliti
Percaya atau tidak, ramai orang selepas bercukur suka tinggalkan pisau begitu sahaja tanpa membersihkannya. Penjagaan paling mudah adalah dengan melalukan air di setiap celah-celah garis pisau. Selain itu, bulu yang tertinggal pada mata pisau boleh mengakibatkan kesan luka kerana ia amat tajam. Jadi, pastikan pisau cukur anda bersih dan bebas daripada bulu lama yang telah dicukur.
3. Keringkan setelah digunakan
Air yang tertinggal pada pisau cukur akan membuatkan ia berkarat. Pisau yang berkarat bakal membuatkan banyak bakteria hinggap di situ. Lebih teruk lagi, jika anda menggunakan pisau cukur yang mempunyai kesan karat, kulit muka anda akan mengalami kegatalan dan timbul tanda kemerahan kerana dijangkiti bakteria.
4. Simpan di tempat yang kering
Walaupun sudah kering, tidak bermakna anda boleh meninggalkan pisau cukur di dalam bilik air. Persekitaran bilik air yang lembab boleh mempengaruhi pisau cukur dan membuatkan ia berkarat. Carilah tempat yang kering untuk anda menyimpannya.
Untuk memastikan mata pisau cukur sentiasa tajam, asahkan ia menggunakan seluar jeans yang tidak digunakan lagi. Caranya adalah dengan mengalur gerak pisau tersebut sama seperti anda bercukur. Anda boleh mengasah ia apabila anda merasakan mata pisau tersebut tidak tajam seperti biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lihat dari jauh penampilan sangat segak dan kacak. Rambut panjang yang kemas dibuai angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Namun apabila berada dekat dengannya terpaksa menutup hidung kerana bau busuk yang datang dari kepala.
Memang agak sayang bukan. Wajah elok dan kacak tapi rambut pula bermasalah dan ada bau kurang enak. Ramai lelaki tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah ini. Apa tidaknya mereka sudah terbiasa dengan bau yang ada pada diri sendiri.
Masalah rambut dan kulit kepala berbau sebenarnya cukup sinonim dan bukanlah perkara berlaku di kalangan lelaki. Jika dibiarkan berlarutan ia boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja dari segi keyakinan diri malah hubungan dengan orang lain.
Bagi mengatasi masalah ini kita terlebih dahulu perlu kenal pasti apakah punca rambut dan kulit kepala jadi berbau.
PELUH DARI KULIT KEPALA
Boleh dikatakan punca utama rambut berbau adalah disebabkan peluh yang keluar dari kulit kepala. Apabila melakukan aktiviti aktif seperti senaman anda akan mengeluarkan peluh dengan baik. Jika tidak dicuci dengan baik atau secara konsisten ia akan meninggalkan bau busuk dalam masa beberapa hari.
CUCIAN TIDAK SEMPURNA
Teknik cucian yang tidak betul juga boleh menyababkan rambut dan kulit kepala menjadi berbau. Apatah lagi jika tidak melakukan cucian dalam tempoh beberapa hari secara berturut.
Cucian rambut yang ditinggalkan selama beberapa hari boleh menyebabkan minyak berkumpul di atas kulit kepala dan rambut. Dan itulah punca mengapa ia mengeluarkan bau busuk.
Faktor pemakanan juga boleh menjadi penyumbang kepada masalah ini. Jika anda memakan makanan yang mempunyai elemen bau yang kuat seperti bawang putih, kulit kepala akan memberikan reaksi terhadapnya.
Pengambilan yang banyak akan menyebabkan kulit kepala mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
PENCEMARAN
Selain faktor dalamam faktor luaran juga boleh menjadi punca kepada masalah ini. Apabila terdedah kepada pencemaran alam sekitar ia boleh menyebabkan rambut dan kulit kepala memberikan reaksi kurang baik.
Elemen pencemaran dalam udara bercampur dengan sebum dan minyak di kulit kepala menyebabkan bau tengik dan tidak enak terjadi.
HORMON & STRES
Jika anda selalu stres ia boleh menyababkan kulit kepala anda berpeluh dan mengeluarkan minyak berlebihan. Selain itu ia juga boleh menyebabkan kegatalan kulit kepala!
Berfesyen biarlah kena dengan tempat dan masa. Jika selalu memakai topi bukalah sekali-sekala. Ini merupakan antara punca uatama lelaki mempunyai rambut dan kulit kepala berbau.
KONDISI KULIT KEPALA
Setiap individu mempunyai jenis kulit kepada tersendiri. Bagi anda yang berdepan masalah kelemumur yang banyak mungkin turut berdepan masalah ini. Rawatlah dengan menggunakan syampu dan juga tonik sesuai untuk rambut.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini lebih mantap!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin bagi kebanyakan lelaki mereka lebih selesa ada rambut. Dengan adanya rambut lelaki dapat mengekspresikan diri dan personaliti menerusi potongan serta gaya rambut yang dipilih.
Mungkin disebabkan itu juga ada ramai terutamanya yang tidak mempunyai rambut atau botak rasa sedikit rendah diri. Namun keyakinan diri itu sebenarnya bukanlah terletak pada rambut!
Lelaki yang botak patut bangga dengan penampilan diri. Tahukah anda segelintir wanita memang mempunyai citarasa dan suka kepada lelaki botak kerana mereka ini penampilan yang mampu menggetarkan jiwa serta ada auranya yang tersendiri.
Sebabkan itu, MASKULIN ingin kongsikan antara sebab spesis ini dilihat memiliki keistimewaan tertentu dari sudut pandangan wanita seperti :
LEBIH MASKULIN
Segelintir wanita biasanya akan tertarik kepada bentuk kepala lelaki yang licin kepalanya. Lagi-lagi kalau jenis kepala yang ‘bersinar’, ramai wanita jatuh cinta.
TARIKAN MISTERI
Ada kalanya, segelintir wanita itu tidak tahu kenapa mereka sukakan lelaki yang berambut seperti itu. Yang mereka rasa, kelibat lelaki botak sangat mendebarkan hatinya.
BELANJA LEBIH JIMAT
Wanita anggap lelaki seperti ini dapat jimat berbelanja terutamanya dari segi pengurusan rambut kerana lelaki botak tidak perlu pening cari syampu yang sesuai.
RINGKAS DAN KEMAS
Lelaki berambut kosong dilihat sebagai ringkas dan kemas. Paling menarik di mata wanita, golongan lelaki berkepala sebegini lebih cepat bersiap untuk keluar ke temu janji.
KEYAKINAN TINGGI
Biarlah apa orang nak kata, lelaki botak lebih percayakan diri sendiri dan mampu pergi ke mana-mana dengan selesa sekali gus menunjukkan tiada sikap hipokrit.
Jadi jika anda seorang jejaka yang botak berbanggalah dengan diri sendiri. Anda juga mampu tampil kacak seperti orang lain!
Ikuti tip fesyen menarik di YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.