Sempena musim cuti, jenama produk penjagaan kulit wajah The Ordinary meraikannya dengan set hadiah yang khusus mengikut keperluan kulit tertentu.
Penjagaan kulit wajah boleh menjadi sesuatu perkara yang rumit oleh kerana setiap kulit tidak mempunyai keperluan yang sama.
Oleh itu, The Ordinary tampil dengan pilihan set hadiah yang boleh dibeli begitu sahaja atau boleh ditambah dengan produk lain sesuai keperluan kulit masing-masing.
The Clear Set
Set ini merangkumi tiga langkah penjagaan kulit wajah untuk anda yang mempunyai kulit berjerawat.
Produk yang dimuatkan ke dalam set ini merupakan Glucoside Foaming Cleanser 50ml, Salicylic Acid 2% Solution 30ml dan Natural Moisturizing Fators + Beta Glucan 50ml.
Ads
Ketiga-tiga produk ini boleh didapati dengan harga RM95.00 satu set.
The Cleanser Discovery Set
Bagi anda yang belum pasti pencuci muka manakah yang sesuai dengan keperluan kulit anda, set ini adalah pilihan terbaik bagi anda.
The Cleanser Disvovery Set memuatkan tiga jenis pencuci muka bersaiz kecil.
Ads
Dengan ini, anda berpeluang mencuba ketiga-tiganya sehinggalah anda boleh menentukan pencuci muka manakah yang berbaloi untuk anda beli saiz penuhnya.
Glucoside Foaming Cleanser, Glycolipid Cream Cleanser dan Squalane Cleanser, ketiga-tiga nya boleh didapati dengan saiz 30ml.
Ads
The Most-Loved Set
Set ini merupakan koleksi mini untuk beberapa produk The Ordinary yang paling digemari ramai.
Antara produk kegemaran ramai yang dimuatkan di dalam set ini adalah Niacinamide 10% + Zinc 1% 15 ml, Hyluronic Acid 2% + B5 15ml dan Caffein Solution 5% EGCG 15 ml.
Dengan harga RM90, set ini sangat sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan penjagaan kulit wajah atau mereka yang baru mencuba jenama ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain wajah, tangan dan kaki juga sama pentingnya untuk dijaga agar sentiasa bersih, tak berkerak dan cerah. Jangan hanya wajah sahaja yang nampak cerah tapi kulit tangan kusam.
Tidak perlu produk mahal, seorang wanita bernama Eina Shukry berkongsi rahsianya miliki kulit tangan dan kaki cerah dalam masa singkat hanya menggunakan dua bahan iaitu Krim Safi dan Vaseline. Ingin cuba? jom ikuti perkongsiannya.
Ini dua bahan utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki memandangkan dah berkerak sangat. Duk sental-sental hilang daki kejap je, putihnya tidak kekal mana. Boleh juga pakai dekat seluruh badan, tapi saya lebih fokus dekat tangan je sebab tangan dah kontra dengan kulit muka. Kulit muka bertona-tona cerah sejak amalkan produk kecantikan.
Saya amalkan losyen Vaseline dengan Krim Safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnya. Itu pun saya pakai setiap hari sebelah malam je. Siang harinya tak boleh sebab ade anak kecil, sikit-sikit basuh tangan, rugi losyen nanti. Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang. Lebih cepat kesan dia.
Gambar atas mungkin selepas dua minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi dua minggu penggunaan. Lebih kurang sebulan. Sebelum ni tangan tak la sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi tak la teruk. Jadi saya polish setiap malam, maka itulah hasilnya.
Calit-calit dulu Krim Safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, barulah sapu losyen.
1. Pastikan losyen tersebut dari Vaseline/Nivea.
2. Krim Safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang warna hijau (Krim Kecantikan).
3. Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembap. Ramai yang salah beli.
Bagi yang berminat mahu mencerahkan atau memutihkan kulit tangan dan kaki atau di mana-mana anggota badan yang lain boleh la mencubanya sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi sesetengah lelaki, jambang hanyalah soal penampilan. Ada yang membiarkannya tumbuh kerana mengikut trend, ada pula yang merasakan wajah mereka kelihatan lebih matang dan maskulin.
Namun tahukah anda, tarikan terhadap lelaki berjambang sebenarnya bukan sekadar soal fesyen?
Selama lebih sedekad, beberapa kajian psikologi dan biologi evolusi mendapati jambang boleh mempengaruhi bagaimana seseorang lelaki dinilai dari segi daya tarikan, kematangan, dominasi malah kebolehan sebagai pasangan dan bapa.
Menariknya, keputusan kajian tidak menyatakan semakin lebat jambang, semakin tinggi tahap kekacakannya. Sebaliknya, terdapat keseimbangan tertentu yang dianggap paling menarik oleh kebanyakan wanita.
Salah satu kajian paling terkenal mengenai topik ini diterbitkan dalam jurnal Evolution & Human Behavior oleh penyelidik dari University of New South Wales, Australia.
Dalam kajian yang melibatkan lebih 350 wanita dan 170 lelaki, peserta diminta menilai gambar lelaki dalam empat keadaan berbeza iaitu bercukur licin, stubble ringan, jambang sederhana dan jambang penuh.
Hasilnya cukup menarik.
Jambang sederhana (heavy stubble) menerima penilaian paling tinggi dari segi daya tarikan keseluruhan.
Menurut ketua penyelidik, Dr. Barnaby Dixon, jambang sederhana dilihat menawarkan keseimbangan antara ciri maskulin dan kematangan tanpa kelihatan terlalu agresif.
“Heavy stubble yang agak lebat dinilai sebagai yang paling menarik secara keseluruhannya,” jelasnya.
Dalam bahasa mudah, jambang yang dijaga rapi lebih cenderung dianggap menarik berbanding wajah yang terlalu licin atau berjambang terlalu lebat.
Dari sudut biologi evolusi, jambang merupakan salah satu ciri seksual sekunder lelaki yang dipengaruhi hormon testosteron.
Apabila akil baligh berlaku, peningkatan hormon ini merangsang pertumbuhan bulu muka.
Sebab itu jambang sering dikaitkan dengan kematangan seksual, kekuatan fizikal dan dominasi.
Menurut ahli psikologi evolusi, Dr. David Perrett dari University of St Andrews, manusia secara semula jadi sering membuat penilaian pantas terhadap wajah seseorang bagi menganggarkan usia, kesihatan dan kekuatan fizikal.
Jambang menjadi salah satu isyarat visual yang membantu proses tersebut.
Walaupun ia tidak semestinya mencerminkan tahap testosteron semasa seseorang lelaki, persepsi masyarakat terhadap jambang masih banyak dipengaruhi faktor evolusi.
Selain dianggap lebih matang, lelaki berjambang juga sering dilihat memiliki aura misteri.
Sebabnya cukup mudah. Jambang menutup sebahagian struktur wajah.
Rahang, dagu dan bentuk sebenar muka menjadi kurang jelas, menyebabkan otak manusia cenderung “melengkapkan” maklumat yang tidak dapat dilihat.
Fenomena psikologi ini dikenali sebagai ambiguity effect, iaitu manusia cenderung berasa lebih ingin tahu terhadap sesuatu yang tidak dapat dijelaskan sepenuhnya.
Tidak hairanlah ramai pelakon Hollywood seperti Keanu Reeves, Jake Gyllenhaal, Chris Hemsworth atau Idris Elba sering tampil dengan jambang sederhana kerana ia memberi karakter yang lebih matang dan sukar dijangka.
Menariknya, jambang bukan sahaja mempengaruhi persepsi romantik.
Kajian oleh Dr. Dixon turut mendapati lelaki berjambang penuh sering diberikan skor lebih tinggi apabila peserta diminta menilai potensi mereka sebagai seorang bapa.
Dalam kajian tersebut, jambang penuh dikaitkan dengan sifat penyayang, lebih matang serta mempunyai keupayaan menjaga keluarga.
Walaupun ia hanyalah persepsi visual, dapatan ini menunjukkan bagaimana penampilan boleh mempengaruhi tanggapan awal seseorang.
Sudah tentu, kemampuan menjadi seorang bapa yang baik tidak bergantung kepada jambang semata-mata.
Namun dari sudut psikologi sosial, rupa fizikal sering menjadi asas kepada first impression.
Walaupun jambang mempunyai banyak kelebihan dari sudut persepsi, ini tidak bermaksud semua wanita menyukai lelaki berjambang tebal.
Kajian yang sama mendapati kebanyakan wanita masih memilih heavy stubble berbanding jambang penuh apabila diminta memilih pasangan romantik.
Penyelidik berpendapat jambang sederhana memberikan keseimbangan antara sifat maskulin dan kebersihan diri.
Ia menunjukkan seseorang menjaga penampilannya tanpa kelihatan terlalu kasar.
Ini mungkin menjelaskan mengapa gaya jambang pendek yang kemas kekal menjadi pilihan ramai lelaki moden.
Pakar dermatologi turut mengingatkan bahawa jambang yang tidak dijaga boleh memberi kesan sebaliknya.
Kulit di bawah jambang masih memerlukan pembersihan, pelembapan dan penjagaan bagi mengelakkan kelemumur jambang (beard dandruff), kegatalan serta pertumbuhan bakteria.
Selain itu, penggunaan minyak atau beard balm membantu melembutkan bulu serta menjadikan jambang kelihatan lebih kemas.
Pendandan rambut selebriti, Jason Schneidman, pernah menjelaskan bahawa jambang yang dijaga rapi memberi imej lebih sofistikated berbanding jambang yang dibiarkan tumbuh tanpa bentuk.
Dengan kata lain, bukan panjang jambang yang menjadi penentu, tetapi bagaimana ia dijaga.
Walaupun pelbagai kajian menunjukkan jambang boleh meningkatkan persepsi terhadap daya tarikan seseorang lelaki, ia bukan formula ajaib untuk kelihatan lebih menarik.
Faktor seperti keyakinan diri, kesihatan kulit, gaya rambut, postur badan, cara berpakaian dan personaliti tetap memainkan peranan yang jauh lebih besar.
Jambang hanyalah pelengkap kepada keseluruhan imej.
Jika dijaga dengan baik dan sesuai dengan bentuk wajah, ia mampu menyerlahkan struktur rahang, memberikan karakter yang lebih matang serta menambah aura maskulin.
Mungkin sebab itulah sehingga hari ini, jambang terus menjadi antara gaya yang tidak pernah benar-benar hilang daripada dunia lelaki.
Kerana bagi ramai orang, lelaki berjambang bukan sahaja kelihatan lebih kacak. Mereka juga tampak lebih matang, lebih berkarisma dan meninggalkan sedikit misteri yang membuatkan orang ingin mengenali mereka dengan lebih dekat.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setelah seharian bekerja, wajah anda pasti akan terdedah dengan debu dan sinaran matahari yang melampau bukan? Kulit muka merupakan bahagian paling penting untuk dijaga setiap hari. Jika anda seorang yang pembersih, memakai pencuci muka yang banyak bukan satu kemestian, namun anda hanya perlu memakai sejenis pencuci muka dan ia akan memberi keselesaan pada rongga kulit muka anda dan terus kelihatan bersih sepanjang masa. Ini antara beberapa pencuci muka yang bagus untuk anda:
Pencuci muka ini paling basic untuk lelaki dan wanita. Ia tidak mampu untuk membuatkan kulit anda cerah dan licin jika anda tidak makan makanan yang berkhasiat, namun jika anda memakai secara harian, jangan terkejut kalau satu hari nanti kulit muka anda akan lembut dan cerah!
Ia dapat membantu untuk mengecilkan pori-pori muka anda dan membersihkan wajah anda yang berminyak tu. Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki.
Ia mengandungi bahan-bahan semulajadi untuk membolehkan kulit anda bernafas setelah dibersihkan dan menjadikan kulit muka anda licin dan bersih. Ramai yang mencadangkan pencuci muka ini untuk para lelaki di luar sana.
Kalau anda malas sangat nak cuci muka, sebab anda malas nak berhadapan dengan air. Apa kata anda cuba wet tissue ni. Balik saja dari kerja, terus gunakan tisu ini untuk membasmi kotoran degil pada wajah anda. Ia juga sangat senang untuk dibawa ke mana-mana saja. Simpan dalam bag pack anda dan jika anda ternampak wanita cantik dihapadan, lap muka anda terus dengan tisu ni untuk buang muka anda yang berkilat tu.
Ini juga senang dan mudah untuk anda gunakan. Ia bagus untuk muka anda yang berminyak tu. Boleh dipakai oleh seisi keluarga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lebih 7,500 peserta menyertai Toyota Start Your Impossible Outrun 2026, sekali gus berjaya mengumpul RM200,000 bagi membantu National Cancer Society of Malaysia.