Nak pastikan coverage telco mana yang paling laju di kawasan rumah memang agak mencabar. Apatah lagi jika anda berpindah ke kawasan baharu, tidak mungkin anda akan membeli sim card setiap telco, bukan?
Sabar, jangan panik! Akram Zulkifli kongsi cara-caranya untuk anda check dan tahu coverage telco mana paling laju di kawasan rumah anda.
Langkah Pertama
Langkah kedua
Ads
Langkah ketiga
Ads
Langkah keempat
Ads
So lepas ni, anda tidak perlu risau lagi jika anda berpindah atau bertukar tempat tinggal.
Isu poligami memang tak pernah surut dan dianggap lelaki menyakiti hati wanita jika memadu kasih.
Namun begitu, ada juga yang reda dan ikhlas menerima kehadiran orang baharu dalam rumah tangga, malah meraih bahagia daripadanya seperti yang ditunjukkan oleh 5 selebriti Malaysia ini.
Ashraf Muslim
Meskipun dirinya pernah menjadi kecaman hebat ketika memaklumkan sudah beristeri dua, pelakon Ashraf Muslim kini dilabel sebagai ‘ikon poligami’ kerana tampil bahagia bersama dengan kedua-dua isterinya.
Ashraf pernah menggemparkan industri hiburan tempatan apabila dia bernikah dengan wanita pilihannya, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai 2013. Manakala dengan isteri pertama, Ashraf dan Noor Dayana telah mendirikan rumah tangga di Tanah Suci Mekah pada 30 Ogos 2011.
Rahim Sepahtu
Siapa tidak kenal pelawak terkenal Rahim Sepahtu yang dikenali sudah beristeri dua.
Rahim bernikah dengan isteri kedua yang dikenali sebagai Lily sekitar dua tahun yang lalu dan turut meluahkan rasa syukur kerana isteri pertama, Norazlin sanggup berkongsi kasih sayang bersama madu.
PU Abu
Pendakwah bebas dan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Abu mengenai status terkini rumah tangganya.
Malah, PU Abu atau nama lengkapnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi mendedahkan perkahwinan bersama kedua-dua isterinya berada dalam keadaan baik dan bahagia.
Salih Yaacob
Pelakon dan penyanyi ini sememangnya dikenali dengan kehidupan poligaminya yang memiliki empat orang isteri iaitu Noraha Hamat (bercerai), Norlizah Mamat, Norfarawahida Sulaiman dan Samihah Syeikh Ali.
Salih Yaacob yang kini bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isterinya turut dikurniakan 13 orang anak hasil daripada perkahwinan dan juga 6 orang cucu.
Salima Akademi Fantasia
Penyanyi kelahiran realiti TV Akademi Fantasia, Salima turut bergelar isteri kedua kepada pendakwah Ustazah Syed Abd Kadir pada 30 November 2013 yang lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak.
Kata Salima, hubungannya bersama isteri pertama berada dalam keadaan baik dan sering bertukar-tukar hadiah dan makanan apabila bertemu.
Zarina Zainuddin
Pelakon versatil Zarina Zainuddin telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar pada usia 22 tahun dan masih bergelar isteri kedua sehingga kini.
Tidak terlalu terbuka ketika menceritakan hal peribadi dan rumah tangga, Zarina kini bahagia dengan kehadiran 4 orang anak hasil daripada perkahwinan itu. Malah, Zarina mendedahkan bahawa dia sendiri bertemu isteri pertama suaminya, Datin Seri Noorhashimah Mohd Noor untuk memohon restu. Alhamdullilah, apa yang saya lakukan itu memberi kebahagiaan buat kami sekeluarga. Sudah 25 tahun, hubungan saya dan madu sentiasa dalam keadaan baik.
Ezlynn
Penyanyi Ezlynn mengakui sudah genap setahun menjalani kehidupan berpoligami yang bahagia selepas suaminya, Wan Mohd. Hafizam menikahi seorang doktor Mac tahun lalu.
Pemilik nama lengkap Azline Ariffin, 42, berkata, isteri kedua berusia 26 tahun asal dari Perlis itu adalah pilihan hati suaminya sendiri selepas pencarian wanita yang ingin menjadi madunya tidak mendapat respons.
*Ingat, cinta pada manusia hanya sementara, cinta pada Allah swt kekal selamanya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suatu ketika dahulu nama Arjen Robben cukup digeruni oleh pemain pertahanan lawan. Selain mempunyai sepakan kaki kiri yang cukup berbisa, Arjen Robben juga dikenali sebagai salah seorang pemain yang sangat pantas.
Kepantasan serta skil menggelecek menyaksikan dia berjaya menjaringkan 120 gol dengan mengguakan kaki kiri menjadikan dia sebagai salah seorang legenda bola sepak yang muncul dari bumi Belanda.
Selepas mengumumkan persaraannya daripada karier bola sepak profesional, Arjen Robben berjinak-jinak pula dalam aktiviti larian jarak jauh seperti maraton. Terbaru, dia telah berjaya melengkapkan dan menghabiskan larian Marathon Rotherdam pada semalam.
Lebih mengagumkan bekas pemain Chelsea dan Bayern Munich ini juga berjaya melakukan catatan larian yang cukup luar biasa.
Pada larian maraton tersebut, Arjen Robben berjaya melakukan catatan di bawah tiga jam. Ia satu angka yang sangat menakjubkan bagi pelari maraton.
Mencatatkan masa 2 jam 58.33 minit, Arjen Robben turut berkongsi bagaimana latihan jitu yang dilakukan olehnya membuatkan catatan tersebut menjadi realiti.
“Saya benar-benar letih, tetapi saya berjaya melakukannya,” kata Robben kepada penyiar NOS selepas menamatkan perlumbaan sejauh 42.195 kilometer.
“Bagi pelari pecut seperti saya, jarak sebegitu memang cukup jauh. Tetapi saya seorang yang suka dengan sukan dan sahut cabaran.”
Perlumbaan tersebut dimenangi oleh pelari bernama Bashir Abdi dari Belgium dengan masa 2:03:47 jam.
Arjen Robben telah pun mencuba untuk melengkapkan maraton yang sama di bawah tiga jam tahun lepas, tetapi tidak berjaya selepas selepas mencatatkan masa 3 jam 13:40 minit.
“Saya bukan lagi atlet terbaik, tetapi saya boleh katakan – saya fikir ia sesuatu yang luar boasa jika mampu berlari maraton dalam masa kurang dari tiga jam,” jelas Arjen Robben.
“Itu sangat hampir untuk memenangi gelaran bola sepak utama. Hebat, saya boleh berbangga dengannya.”
Robben menamatkan kerjaya bola sepak profesionalnya di kelab remajanya FC Groningen pada 2021. Dia bermain Bayern dari 2009 hingga 2019, antara lain meraih satu kejuaraan Liga Juara-Juara dan lapan gelaran Bundesliga bersama Bayern Munich.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan di Malaysia.
Beliau adalah pemilik dan Pengarah Urusan Weststar, sebuah syarikat yang terkenal dengan kepakaran dalam industri penerbangan dan automotif.
Kisah kejayaan beliau bukan sahaja menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia, malah menjadi bukti bahawa dengan usaha gigih dan keberanian, kejayaan boleh dicapai walau dari mana pun kita bermula.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim pernah berkidmat selama 13 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia sehingga mendapat pangkat Mejar. Anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini memulakan kerjaya awalnya sebagai seorang anggota tentera.
Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai. Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia.
Masa itu beliau tidak memiliki AP (Approbed Permit). Jadi, tidak boleh sesuka hati untuk import kereta luar dari Malaysia.
Namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.
Sejak dari itu, bisnesnya semakin maju & terkenal. Tetapi, apabila kerajaan mengumumkan dasar baru, Approved permit tersebut tidak dapat digunakan dan hanya Franchise Permit (FP) sahaja yang dibenarkan.
Bukan senang nak dapatkan FP ni. Hanya orang yang terpilih sahaja yang dapat menjadi pengedar. Akhirnya beliau dipilih utk menjadi salah seorang pengedar sah untuk Honda, Suzuki & Chevrolet.
Syed Azman pernah berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak dihabiskan di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.
Pada tahun 2003, Tan Sri Syed Azman menubuhkan Weststar Group, sebuah syarikat yang bermula dengan penjualan kenderaan. Namun, beliau tidak berhenti di situ sahaja. Melihat potensi dalam industri penerbangan, beliau memperluaskan sayap perniagaannya dengan menubuhkan Weststar Aviation Services, yang kini menjadi salah satu penyedia perkhidmatan helikopter terbesar di Asia Tenggara.
Weststar Aviation Services menyediakan perkhidmatan helikopter untuk industri minyak dan gas, serta perkhidmatan perubatan kecemasan. Kejayaan syarikat ini telah membawa Tan Sri Syed Azman ke persada antarabangsa, menjadikan Weststar sebuah jenama yang dipercayai dan dihormati dalam industri penerbangan.
Beberapa perniagaan yang telah dijalankan oleh syarikat itu termasuk industri pertahanan, hartanah dan pembinaan, insurans, makanan dan minuman, dan ICT. Ia belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan sebagainya.
Di bawah kepimpinan Tan Sri Syed Azman, Weststar telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau diiktiraf sebagai salah satu usahawan yang paling berjaya di Malaysia dan sering dijemput untuk berkongsi pengalaman serta pandangan beliau dalam forum-forum perniagaan.
Selain daripada kejayaan dalam perniagaan, Tan Sri Syed Azman juga dikenali sebagai seorang dermawan yang aktif dalam kegiatan kebajikan. Beliau sering menyumbang kepada pelbagai program komuniti dan pendidikan, serta membantu golongan yang memerlukan.
MASKULIN : Hebat tuan Syed! Pokok pangkal, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Paling penting, bila kaya tak perlu nak menunjuk-nunjuk dan membantulah orang yang memerlukan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Testimoni daripada pengusaha restoran dan sports bar yang menggunakan Astro BizOne sebagai pemangkin perniagaan untuk menarik pengunjung serta peminat sukan.