Rsanya siapa tidak kenal dengan atlet seni mempertahankan diri Khabib Nurmagomedov sekarang. Selepas tidak lama dahulu dia ‘menyekolahkan’ Conor McGregor dan terlibat dalam kontroversi pergaduhan sejurus pertarungan epik berakhir, namanya kian mekar di bibir peminat. Sokongan yang diterimanya di peringkat global kini cukup luiar biasa.
Jadi tidak hairanlah apabila ada bintang sukan lain yang turut menjadi peminatnya. Cristiano Ronaldo menerusi satu sesi ‘live’ di laman media sosial secara terbuka memberikan sokongannya kepada Khabib Nurmagomedov.
Petarung yang tidak terkelah dari Dagestani ini bakal melakukan comebak dalam pertarungan terbesar tahun ini berdepan Justin Gaethje pada minggu ini.
Ia merupakan pertarungan yang cukup dinantikan oleh peminat Mix Martial Art (MMA) terutamanya bila melibatkan atlet luar biasa seperti Khabib.
Ads
PERSAHABATAN TERJALIN
Cristiano Ronaldo pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali bertemu pertama kali dengan Khabib pada tahun 2018 dengan menyerahkan jersi Real Madrid kepadanya. Bermula dari situ persahabatan antara dua atlet bertaraf bintang ini muncul.
Foto: Khabib Nurmagomedov
Menerusi sesi live tersebut Ronaldo meramalkan Khabib ‘The Eagle’ akan meneruskan rekod tanpa kalahnya dalam MMA dengan menjadi 29 kemenangan tanpa tewas. Sokongan yangh dinyatakannya cukup teruja dan bersungguh-sungguh sekali.
Itulah yang dituturkan oleh Ronaldo sekali gus membuatkan ramai peminat MMA terutamanya Khabib berasa teruja. Kemunculan Khabib cukup dinantikan ramai kerana corak pertarungannya yang agresif dan taktikal submission yang cukup berbisa.
Nantikan perlawanan hebat Khabib vs Gaethje pada 25 Oktober 2020. MASKULIN meramalkan Khabib akan menang dengan cukup bergaya.
Dapatkan barangan sukan seni mempertahankan diri pada harga menarik di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aq nk g spital. Lmbt ckit msk ofs. (Aku nak pergi hospital. Lambat sikit masuk pejabat.)
Demikianlah sebahagian bahasa basahan yang sering digunakan ketika berkomunikasi melalui pesanan ringkas atau laman sosial. Selain orang dewasa, langgam bahasa ini juga jadi kegemaran anak muda dan remaja. Alasan paling mudah yang mewajarkan mereka menggunakan bahasa sebegini, kerana “mahu cepat” dan “ruang terbatas di layar telefon”.
Apa pun, alasan “mahu cepat” dan “ruang terbatas” sangat tidak tepat. Sebenarnya, golongan yang menggunakan alasan ini sudah terbiasa (buat salah) dan sangat selesa dengan kesalahan itu sehingga tidak rasa bersalah apa-apa lagi apabila mengulangi kesalahan berulang kali.
Satu lagi aspek kesantunan yang semakin terabai hari ini adalah komunikasi bersemuka apabila ada kalangan kita tidak lagi pandai menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan dengan individu yang jadi lawan bercakap. Kata “tolong” (apabila kita memohon bantuan orang lain) tidak lagi jadi kebiasaan di mulut. Begitu juga perkataan “terima kasih” (sebagai menghargai bantuan orang lain) tidak lagi jadi amalan.
Adab sopan merangkumi banyak perkara, daripada pakaian yang membalut tubuh sehinggalah bahasa pertuturan. Sopan santun kita sebagai manusia banyak juga ditentukan oleh bahasa yang kita gunakan. Ini termasuklah bagaimana kita menggunakan bahasa dan bagaimana kita berbahasa apabila berkomunikasi dengan orang sekeliling, sama ada komunikasi secara bersemuka atau berperantaraan.
Sekarang ini, kita tidak sahaja berdepan masalah dalam komunikasi bersemuka tetapi juga komunikasi berperantaraan juga sering kali tidak menyenangkan. Anak-anak remaja kadangkala sesuka hati memanggil kawan-kawannya “beruk”, “babi” atau gelaran yang lebih jelek. Dalam laman sosial, kita memaki bagi melampiaskan rasa tidak puas hati. Kita rasa sakit hati kita terubat apabila memaki hamun orang lain. Kadangkala kita menggunakan bahasa dan ejaan yang salah, walaupun dengan orang yang tidak sepatutnya kerana sudah terbiasa dengan cara salah begitu.
Untuk mengubah manusia supaya menjadi lebih berbahasa dan bersopan, bukan kerja sehari dua. Selain kesedaran individu untuk berubah, adab kesopanan harus dijadikan cara hidup dan amalan seharian. Berikut beberapa perkara berkaitan etiket dan kesantunan yang perlu kita ketahui.
Bermula di rumah sendiri, biasakan dengan kalimah seperti “minta tolong” dan “terima kasih” dengan anggota keluarga terutamanya dengan pasangan, adik, anak atau anak saudara. Apabila mahu anak-anak kecil membantu, kita patut biasakan mulut dengan perkataan “tolong” dan akhiri dengan “terima kasih”.
Apabila menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, semolek-moleknya elakkan daripada marah. Memang kadangkala kita gagal menahan marah, terutamanya jika melihat kesalahan yang dilakukan berulang-ulang. Namun jika mengikut emosi dengan melampiaskan marah, biasanya akan menyebabkan bahaya yang lain pula. Apabila marah, macam-macam kata yang jelek seperti “bodoh” dan “bangang” boleh keluar, yang mungkin akan mencederakan perasaan orang lain.
Oleh itu, apabila hati rasa marah, kita patut bertenang dahulu. Apabila marah sudah reda, pilihlah masa yang sesuai untuk menegur. Teguran dengan nada yang lemah-lembut, tenang dan terkawal, biasanya akan lebih menusuk ke hati orang yang mendengar.
Santun dan beradab dalam berbahasa harus dipraktikkan. Biasakan menulis dengan bahasa yang betul dan ejaan yang betul hatta dalam pesanan ringkas atau mengemas kini status di laman sosial. Tidak perlu malu apabila menulis dengan bahasa dan ejaan yang betul kerana itu tandanya kita menghormati dan menghargai bahasa sendiri. Patutnya kita rasa malu kalau tidak berbahasa dengan betul kerana itu menunjukkan kita orang yang tidak ambil peduli dan cuai dalam hal yang sangat asas begitu.
Kadangkala orang dewasa sendiri tidak berbahasa dengan betul dan mengabaikan penggunaan ejaan yang betul. Malah ada segelintir guru yang Whatsapp menggunakan ejaan yang kucar-kacir. Jika orang dewasa dan golongan pendidik sendiri tidak pernah membetulkan apa yang salah, terlalu terbiasa dengan segala yang salah, maka adakah kita berharap golongan yang lebih muda dapat membetulkan kesalahan mereka?
Bagi anak-anak muda yang sering mengeja dan berbahasa sesuka hati ini sebenarnya tidak sukar untuk membetulkan mereka. Syaratnya, kita yang berkesedaran perlu terlebih dahulu berbahasa dengan betul apabila berkomunikasi dengan mereka, maka secara perlahan-lahan mereka akan mengikut cara kita. Yang lebih penting juga, pastikan mereka mengikut cara kita, bukan kita terpengaruh dengan cara mereka!
4.Etika & adab komunikasi berperantaraan
Komunikasi berperantaraan (menggunakan mesej, e-mel atau media sosial) memerlukan etika dan adab tersendiri. Apatah lagi jika kita berkomunikasi dengan orang yang lebih tinggi pangkatnya, lebih tua usianya, lebih berpangkat atau kita memerlukan sesuatu pertolongan daripada orang yang kita hubungi. Oleh itu, cara kita berbahasa haruslah santun dan sesuai.
Selalunya dalam komunikasi berperantaraan sering berlaku salah faham kerana bahasa yang digunakan sering tersilap. Bahasa adalah satu-satunya medium perantaraan dalam komunikasi melalui SMS, e-mel atau media sosial. Pemilihan kata yang tidak tepat boleh mendatangkan salah faham. Penggunaan ayat yang kucar-kacir boleh memberikan salah maklumat kepada penerima. Ejaan yang salah memberikan tanggapan bahawa kita orang yang tidak serius ketika melakukan kerja dan boleh menjadi suatu bentuk penghinaan kepada orang yang kita hubungi.
Cubalah kita hayati al-Quran, mukjizat yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad. Bahasa yang terkandung dalam al-Quran adalah bahasa Arab tinggi yang indah, penuh seni dan sangat memberi kesan kepada orang yang membaca dan faham apa yang dibaca. Malah indah dan seninya bahasa yang digunakan dalam al-Quran pernah cuba dibuat oleh orang Arab jahiliah untuk membuktikan bahawa mereka juga mampu menulis sebaik itu, tetapi yang pasti mereka gagal.
Pendek kata, banyak yang dapat diketahui oleh orang lain melalui gaya bahasa yang kita gunakan. Daripada gaya kita menulis, orang dapat menilai keperibadian kita, gaya hidup kita dan sikap kita terhadap kerja kita. Oleh itu, mulai sekarang eloklah kita belajar membetulkan yang salah dan membiasakan yang betul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak kira samada anda berbelanja di pasaraya untuk keperluan anda sendiri ataupun anda memberi makan untuk keluarga yang besar, bil tentunya akan meningkat.
Terutamanya jika anda sedang mencuba untuk memberikan menu yang sihat.
Namun masih ada beberapa pilihan lain yang turut menawarkan nutrisi yang lebih banyak tanpa memerlukan bajet yang banyak.
Ia adalah sumber protein yang baik dan bahan utama untuk hidangan dari jenis bergoreng, sebagai salad mahupun dijadikan stew.
Peha ayam bukan sahaja lebih murah dari dada ayam malah mereka lebih berperisa dan cukup mudah untuk dimasak kerana mereka tidak mudah menjadi kering.
Ikan sudah pun diketahui ramai kerana memiliki begitu banyak kebaikan untuk kesihatan namun kebanyakannya boleh menyebabkan meningkatnya bil makananbulanan anda.
Ikan kod lebih murah untuk anda ambil kerana ia juga cukup kaya dengan vitamin B12, iodin dan selenium.
Kebanyakan daripada kita lebih banyak mengutamakan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian kita dan cara alternatif yang menjimatkan adalah dengan pilihan sejuk beku.
Ia juga tidak akan ada pembaziran kerana ia boleh dibiarkan beku untuk masa yang lama tidak seperti kebanyakan sayuran segar yang lain.
Ia adalah sumber protein yang murah dan boleh menjadi alternatif yang sesuai untuk anda.
Malah kekacang yang ditinkan ataupun dikeringkan adalah baik untuk jantung anda dengan kajian baru-baru ini mendapati ia juga bagus untuk membantu menurunkan berat badan anda.
Ada pelbagai sebab untuk anda menggemari telur tidak kira samada ia dibuat telur dadar, direbus ataupun separuh masak.
Ia adalah sumber protein yang berkualiti tinggi dan cukup versatil dan yang paling penting ia adalah murah dan mudah untuk didapati.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita sudah pun tiba di penghujung tahun 2024. MASKULIN yakin ramai yang sudah memiliki rutin larian yang baik. Tidak kurang juga yang baru memasang azam untuk mulakan aktiviti ini pada tahun 2025. Salah satu aspek paling penting ialah kasut larian!
Untuk aktif sebagai seorang pelari, memiliki kasut larian latihan harian yang baik adalah kunci untuk memastikan anda kekal selesa dan mengelakkan kecederaan.
Kasut yang sesuai memberikan sokongan, penyerapan hentakan, dan cengkaman yang diperlukan untuk pelbagai jenis permukaan.
Walaupun anda baru bermula atau seorang pelari berpengalaman, memilih kasut yang sesuai dengan bajet tidak bermaksud mengorbankan kualiti. Berikut adalah senarai kasut larian harga mampu milik terbaik untuk 2024, bersama kelebihan dan kelemahannya.
Setiap kasut dalam senarai ini menawarkan ciri unik yang sesuai dengan keperluan dan bajet pelari.
Sama ada anda seorang pelari kasual atau mahukan kasut yang tahan lasak untuk latihan intensif, pilihan ini menyediakan variasi untuk semua. Pilih kasut yang paling sesuai dengan keperluan larian harian anda dan rasai perbezaannya.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.