Tidak rugi untuk anda nikmati kebaikan bahan dari alam semulajadi ini sebagai makanan kesihatan tambahan jika dah tahu banyak manfaat darinya.
Sejak beribu tahun dahulu orang-orang Greek dan Mesir telah menggunakan Cuka Apal sebagai makanan dan ubatan untuk diri sendiri dan haiwan peliharaan mereka. Ia mula popular setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal sebagai produk masakan yang sihat dan cuka epal diminum setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).
Menurutnya, cuka epal boleh dicampur dengan madu untuk membuat air yang dinamakan ‘honergar’ (madu + cuka epal).
Pengambilan cuka epal juga amat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.
1. Detox.
Detox berfungsi mengeluarkan toksin dan bahan berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.
Ads
2. Kuruskan Badan.
Berupaya memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol serta mengimbang tekanan darah dalam badan.
3. Diabetes & Kencing Manis.
Cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dan berupaya mencegah penyakit kencing manis serta arthritis.
4. Selsema & Sakit Tekak.
Meredakan selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.
Ads
5. Kulit.
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit. Cuka epal juga kaya dengan Potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi. Beta Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.
6. Badan & Bau yang kurang menyenangkan.
Menolong meneutralkan pH badan/ mulut dan membunuh kuman & bakteria penyebab terhasilnya bau busuk dan sesuai juga untuk masalah kaki berbau.
Ads
7. Keracunan Makanan.
Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit kerana bahan ini mengandungi kadar pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa (anti-diarrhea).
Pengambilan cuka epal juga amat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.
Banyak khasiat cuka cider ni, dah tahu apa lagi, Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Malang tidak berbau, siapa menyangka kita yang sihat dan bertenaga kini boleh terlantar kesakitan keesokkan harinya. Setiap kisah kehidupan punya jalan ceritanya yang tersendiri.
Januari tahun lalu mengubah kehidupan pasangan ini secara total. Hafiz sememangnya kuat berkerja. Setiap hari dia akan berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki motosikal. Masih segar diingatannya pada petang itu ketika pulang dari tempat kerja, hujan turun dengan lebatnya. Basah meredah hujan menjadi perkara biasa bagi penunggang motosikal sepertinya. Tapi Siapa menyangka air hujan menjadi penyebab dan asbab dia terbaring kesakitan sekarang.
Setiba di rumah , badannya menjadi lemah dan tubuh mula membengkak. Paling ketara di bahagian mata pada keesokkan paginya. Badan Hafiz juga panas seperti demam.
Doktor menyatakan beliau hanya demam dan elergi namun setelah memakan ubat, bengkaknya masih tidak surut. Ini membuatkan hati si isteri tidak sedap dan tidak keruan.
Selah dibawa ke HUKM, doktor di sana mengesahkan Hafiz mengalami kebocoran buah pinggang tahap empat. Hampir terduduk mendengar kenyataan tersebut mememandangkan selama ini Hafiz sihat sahaja dan tidak pernah mengadu sakit.
Bermula dengan lumpuh, beberapa bulan kebelakangan ini matanya pula makin menyusut fungsinya. Lebih menghibakan pada pemeriksaan doktor yang lepas, kedua belah matanya buta kerana saraf rosak.Namun Hafiz tetap berdoa agar ada keajaiban berlaku dan matanya kembali boleh melihat seperti sedia kala. Hatinya begitu teringin untuk menatap wajah sang isteri yang berpenat lelah setiap hari menguruskan keperluannya hingga tidak cukup rehat dan tidur.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Hafiz diberikan kesihatan yang baik.
Ia menyebabkan badan kita rasa cepat dan mudah letih. Fungsi otak juga akan turut terganggu menyebabkan kita berasa mudah lupa, pening, cepat mengantuk dan sukar untuk menumpukan perhatian.
Masalah susah tidur diwaktu malam atau insomnia ini sering berpunca daripada beberapa faktor. Pertama, ia mungkin disebabkan masalah gangguan pernafasan ketika tidur (sleep apnea). Kedua, mungkin akibat masalah kegatalan kulit yang paling ketara mengganggu ketika waktu malam. Ketiga, masalah kekejangan otot kaki dan sindrom kaki gelisah (restless leg syndrome) akibat masalah saraf kaki juga antara punca insomnia. Kesemua gangguan ini menyebabkan pesakit sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik, kerap terjaga diwaktu tidur malam dan berkecenderungan untuk lebih tidur pada waktu siang. Dan semua faktor ini melibatkan fungsi darah merah yang terganggu akibat masalah penyakit buah pinggang.
Antara tugas utama buah pinggang ialah mengawal keseimbangan mineral dalam tubuh. Ia melibatkan proses keseimbangan paras kalsium dan fosforus di dalam darah. Kekurangan kalsium dalam darah menyebabkan kelenjar paratiroid yang terletak dileher untuk merembeskan hormon paratiroid. Hormon ini bertindakbalas melakukan mekanisma menyerap kembali kalsium daripada komposisi tulang untuk disalurkan ke dalam darah. Paras hormon paratiroid yang tinggi ini dikatakan boleh menyebabkan masalah kulit kering dan kegatalan. Selain itu, kandungan fosforus yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan kesan yang sama.
Penyebab lainnya, bahan buangan atau toksin yang terkumpul dalam salur darah di bawah kulit juga juga adalah penyumbang utama masalah kulit kering dan gatal.
Secara normalnya, orang dewasa kencing 4 hingga 6 kali sehari dan kebanyakkannya di waktu siang. Masalah kencing terlalu kerap atau polyuria boleh berlaku disebabkan oleh punca minum banyak air atau tanda normal bagi wanita sedang mengandung. Namun, jika tidak disebabkan punca biasa di atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah buah pinggang. Kencing terlalu kerap di waktu malam dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang yang tidak dapat menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika aktif di waktu siang. Alternatifnya, ia dilakukan di waktu malam (rehat) dan menyebabkan tindakbalas perkumuhan urin yang kerap. Ataupun jika tidak, masalah kerap kencing ini mungkin juga disebabkan oleh petanda jangkitan pada pundi kencing atau masalah bengkak prostat. Oleh itu, saringan doktor amatlah penting untuk menganalisis kondisi masalah ini.
Buah pinggang yang sihat akan menapis darah untuk mendapatkan nutrien serta mineral. Ia juga mengekalkan sel darah merah tetap di dalam darah. Apabila berlaku kerosakan buah pinggang, mungkin sedikit kebocoran darah akan keluar bersama air kencing menyebabkan berlakunya kencing berdarah atau kencing kotor. Namun, Kencing kotor atau berdarah mungkin juga membawa petanda kewujudan tumor, batu karang atau jangkitan kuman yang berkaitan dengan buah pinggang.
Kencing berbuih juga berlaku akibat masalah sistem penapis buah pinggang bocor atau telah rosak; lebih dikenali sebagai nephrotic syndrome. buah pinggang yang sihat akan menapis dan membuang lebihan cecair serta bahan buangan tubuh yang terkandung di dalam darah, dan hanya mengambil protein serta nutrien penting. Kebocoran protein albumin akibat kerosakan penapis buah pinggang menyebabkan kepekatan air kencing meningkat dan ditandai dengan simptom kencing berbuih.
Pengumpulan bahan buangan dalam darah turut memberi kesan mulut yang berbau busuk seperti ammonia. Disamping itu, ia juga menyebabkan komplikasi deria rasa lidah yang kurang enak pada makanan. Secara tidak langsung, ia juga akan menyebabkan sindrom hilang selera makan. Lebih teruk lagi, ia menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan mencetuskan rasa loya dan kerap berasa hendak muntah
Masalah bengkak kaki atau edema adalah biasa bagi ibu mengandung. Namun bagi lelaki atau wanita yang tidak hamil, ia mungkin petanda masalah pada buah pinggang. Mereka yang mengalami masalah penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat menyingkirkan dengan sempurna lebihan cecair dan garam sodium yang terdapat di dalam darah. Justeru, tekanan aliran dalam salur darah meningkat pada kawasan tertentu tubuh. Terutamanya pada pergelangan kaki dan sekitar mata. Bagi masalah penapis buah pinggang rosak (nephrotic syndrome) pula, kekurangan protein albumin dalam darah menyebabkan kestabilan isipadu darah terganggu. Buah pinggang cuba bertindakbalas untuk mengawal isipadu darah dengan mengekalkan kandungan garam dalam darah. Akibatnya, lebihan cecair tubuh akan terkumpul dan mencetuskan edema.
Kekejangan otot atau “muscle cramp” adalah petanda biasa berkaitan penyakit buah pinggang. Ia menyerang secara berkala dalam masa beberapa saat atau beberapa minit. Kebiasaannya berlaku di bahagian belakang betis kaki.
Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dan elektrolit tubuh atau berlaku kerosakan saraf atau juga disebabkan masalah aliran darah. Kesemuanya melibatkan fungsi kerja buah pinggang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda adalah seorang yang aktif ke gym, anda perlu tambah kekerapan pengambilan makanan ada. Ini adalah kerana anda perlukan lebih banyak kalori untuk dibakar berbanding yang tidak aktif bersukan. Kekurangan pengambilan makanan akan membuatkan anda cepat penat dan otot anda menjadi kejang.
2. Susun jadual pemakanan
Ambil makanan anda sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda bersenam. Ia akan memberikan masa yang cukup untuk badan anda menghadam makanan yang diambil dan seterusnya membekalkan tenaga untuk anda bersenam. Selepas sesuatu sesi senaman atau latihan, ambil makanan dalam kuantiti yang kecil contohnya makan buah-buahan untuk menggantikan semula zat-zat yang hilang ketika anda bersenam.
3. Tingkatkan kadar karbohidrat dalam makanan
Karbohidrat memberi badan kita lebih banyak tenaga dan boleh menggantikan nutrien dan zat yang hilang ketika anda bersenam. Anda perlu ambil karbohidrat sebelum dan selepas sesuatu aktiviti fizikal yang anda lakukan.
4. Tingkatkan sumber protein dalam makanan
Untuk membina otot dengan cepat, anda perlu tambah sumber protein setiap hari. Ikan, daging dan ayam merupakan sumber protein yang baik untuk membina otot. Anda juga boleh mengambil protein shake untuk membina otot dengan cepat.
5. Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
Semua buah-buahan dan sayur-sayuran bagus untuk memberikan tubuh anda vitamin dan nutrien yang cukup ketika anda membuat senaman bina badan yang berat untuk mempercepatkan pembesaran otot.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.