Mudah letih, marah dan cepat berasa lelah sedangkan melakukan kerja tidak seberapa. Itu antara gejala barah pankreas yang menjadi kanser keempat penyebab penderitaan seumur hidup dan kematian. Ia pembunuh dalam senyap!. Secara umumnya, kita ketahui bahawa pankreas merupakan organ penting dalam menghasilkan hormon insulin dan glukagon serta bertugas merembeskan enzim pencernaan di dalam tubuh manusia. Jika berlalu ketumbuhan pada pankreas, ia boleh mengakibatkan masalah pencernaan dan salur hempedu tersumbat sehingga boleh menyebabkan kekuningan. Walau pun penyakit barah pankreas bukanlah penyakit yang lazim berlaku berbanding penyakit barah yang lain,namun tanpa mengetahui punca dan simptom serta mencegahnya pada peringkat awal, pasti risiko kematian lebih cepat menanti penghidapnya.
PUNCA DAN SIMPTOM
Pengambilan gula dan kopi yang terlalu banyak, diabetes dan merokok, antara punca penyakit barah pankreas. Barah ini biasanya menyerang lelaki dan hanya boleh dikenal pasti pada peringkat serius. Pada peringkat awal barah menyerang tubuh kita, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering mengandaikan simptom itu ‘ tidak ada apa-apa’ atau sakit biasa-biasa sahaja. Itulah sebabnya sesetengah orang mengambil jalan mudah untuk menelan panadol atau makan apa sahaja ubat yang ada di farmasi. Tersilap makan, buruk padahnya kerana ini akan menyebabkan risiko mendapat penyakit lain yang lebih berbahaya. Biasanya pada peringkat awal, penderita akan mengalami gejala ringan seperti sakit perut atau mual. Ia akan menyebabkan tumor menjadi semakin membesar dan menekan organ di sekitarnya. Sedar atau tidak, sakit ini akan menjadi-jadi atau bertambah setelah makan atau berbaring. Berat badan juga akan turun mendadak kerana sel-sel kanser telah menguasai sel-sel yang sihat. Selain itu, barah ni juga dikatakan mampu menurunkan kemampuan tubuh untuk mencerna dan menyerap makanan. Antara gejala lainnya termasuklah kulit dan bola mata menjadi kuning kerana tingginya kandungan bilirubin, iaitu pigmen kuning yang dihasilkan oleh pemecahan hemoglobin (hb) di dalam hati.
Gejala-gejala
Ads
Berat badan turun mendadak dan sering lesu
Kerap demam dan terkena jangkitan
Lebam teruk atau mengalami pendarahan yang tidak berhenti
Mengalami sakit di bahagian abdomen akibat tumor menekan saraf
Najis berwarna pucat dan kelabu serta ada lebihan lemak dalam najis
Hilang selera makan, mual dan muntah
JALANI RAWATAN KHAS
Ads
Jika dikesan pada peringkat awal, ia amat membantu pesakit kerana ketumbuhan yang biasanya hadir di bahagian kepala pankreas masih boleh dibuang. Tetapi jika ketumbuhan itu menutup saluran hempedu, masalah lain pula akan timbul. Sama ada kekuningan yang tidak menyakitkan ataupun ketumbuhan membentuk kanser. -Sekiranya sel barah masih kecil dan belum merebak ke organ lain, pembedahan masih boleh dilakukan untuk membuang sel tersebut. Jika terlambat menyedari dan ia menjadi lebih serius sehingga sel kanser sudah merebak di hempedu dan hati, pembedahan yang dilakukan tidak dapat membuang kanser. – Melakukan pembedahan sekadar untuk merencatkan sel barah supaya ia tidak terus merebak ke bahagian lain. Pesakit juga tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya mendapatkan rawatan untuk mengurangkan simptom sahaja.
Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?
Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.
1. Kekerapan pembuangan air kencing
Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing sama ada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.
2. Mengalami keletihan yang melampau
Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.
3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan
Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk berfungsi.
4. Mengalami kegatalan yang teruk
Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.
5. Sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda
Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
6. Mengalami loya dan muntah-muntah
Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
7. Berasa sejuk sepanjang masa
Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
8. Kesukaran untuk bernafas
Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
9. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah
Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
10. Kerap berasa pening kepala
Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.
Kaedah mencegah penyakit ginjal
Jalani pemeriksaan ginjal.
Amalkan pemakanan seimbang.
Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.
Jangan merokok, lebih baik berhenti terus.
Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang.
Kekalkan berat badan seimbang.
Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagai menjadi trend buat ibu bapa moden kini memberikan gajet kepada anak-anak untuk mengelakkan mereka merengek ketika memerlukan perhatian. Penggunaan gajet tanpa kawalan akan memberi kesan kepada urat saraf kanak-kanak kerana terdedah kepada cahaya berterusan. Saraf yang rosak akan mengakibatkan kesihatan mereka terganggu. Malah terdapat beberapa bukti pendedahan gajet terlalu awal menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti pembelajaran terjejas dan perubahan perlakuan.
Baru-baru ini isteri kepada penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim mendedahkan anak ketiga mereka Muhammad Akid Qassyaff, 3 tahun, nyaris mengalami keadaan sama akibat penggunaan gajet yang menyebabkan mata anakya tidak berhenti berkedip selain mengalami sakit kepala.
Sheila berkata, dia sangat bernasib baik kerana cepat menyedari perubahan anaknya itu dan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan daripada kejadian tidak diingini.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pasangan suami isteri ini bertindak menyimpan semua gajet dan tidak membenarkan Akid bermain dengan gajet tersebut.
“Akid mengamuk sepanjang hari sebab tak dapat gajet. Tapi kami kentalkan hati biar sampai dia lupa gajet”
Kesan daripada tindakan segera itu, keadaan Akid kembali pulih seperti sedia kala dan Akid juga sudah berjaya melupakan gajet hanya dalam masa seminggu saja.
Tambahnya lagi, kesan mata berkedip dan sakit kepala yang dialami Akid juga sudah hilang.
Alhamdulillah, nasib baik cepat perasan dan dapat diubati. Korang pun kena pastikan anak-anak tak bermain dengan gajet terlalu lama ya!
Berdasarkan kajian Akademi Pediatrik Amerika dan Persatuan Pediatrik Kanada berkenaan penggunaan teknologi mengikut umur, kanak-kanak berusia dua tahun tidak sepatutnya didedahkan dengan gajet, manakala penggunaan selama sejam sehari sahaja bagi kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun dan dua jam sehari bagi berusia enam hingga 18 tahun.
Jadi buat ibu bapa diluar sana, berhati-hati jika memberi gajet kepada anak jika mahu anak anda membesar dengan sihat dan sempuna.
Semoga bermanfaat kepda semua
Sumber : Instagram Shelarazlan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun Ramadan ini bulan untuk kita memberi perhatian lebih pada soal ibadah, tetapi kesihatan tubuh juga perlu dititikberatkan. Memanglah kita menahan lapar dan dahaga sepanjang hari, tetapi bolehkah kita menahan nafsu melihat pelbagai juadah enak ketika berbuka puasa?
Admin kongsi 5 tip yang boleh buat badan anda kurus sepanjang Ramadan ini. Kata orang sambil mengumpul pahala, badan pun tetap maintain untuk menyarung pakaian disukai Syawal nanti.
Merancang aktiviti fizikal
Lakukan 15-45 minit senaman ringan seperti berjalan, mengemas rumah dan sebagainya. Ianya baik untuk pengedaran darah semasa berpuasa.
Kurangkan tidur dan lebihkan solat yang juga merupakan satu senaman. Anda dapat membakar sebanyak 60-80 kalori (mengikut berat badan anda) dengan menunaikan solat 5 waktu atau 17 rakaat.
Solat tarawih adalah juga satu kegiatan fizikal yang menguja kekuatan anda. Cuba kirakan berapa kalori dibakar apabila anda mengerjakan solat tarawih 20 rakaat?
Tahukah anda, anda dapat membakar 50-80 kalori membaca selama satu jam? Bacalah Al-Quran di mana-mana jua anda berada. Ia membuatkan anda sentiasa peka dan minda anda juga dapat diasah.
Makan mengikut kalori yang bersesuaian
Mengambil sebanyak 1200-2000 kandungan kalori setiap hari.
Walaupun puasa kita masih perlu mengira secara terperinci kandungan kalori setiap makanan . Jangan lupa dua biji kurma mengandungi sekurang-kurangnya 45 kalori. Kalau anda memakan 10 biji kurma, anda telah mengambil sekurangnya 225 kalori.
Makanlah seperti sediakala. Tidak perlu ditokok tambah pemakanan anda semasa berbuka puasa.
Berbuka dengan makanan penurunan berat badan
Lebihkan makan buah-buahan yang mengandungi banyak serat dan vitamin.
Makan makanan yang tinggi fiber & protin untuk menyeimbangkan kandungan gula, menghilangkan rasa lapar dan berlebihan makan.
Elakkan makanan yang bergoreng dan berminyak.
Mengawal kadar pengambilan air
Minum dengan kadar yang bersesuaian dengan berat badan.
Elak mengambil makanan yang masin kerana boleh menambahkan rasa dahaga di siang hari.
Elakkan minuman berais atau minum secara berlebihan semasa berbuka.
Rancangkanlah pemakanan anda
Bangun sahur dan mengambil makan dan minum yang secukupnya untuk bekalan puasa seharian.
Membeli dan menyediakan juadah yang berkhasiat dan bersahur dengan kadar yang mencukupi.