Sikap obses dan terlalu mempercayai sesuatu produk boleh menyebabkan kerugian pada diri sendiri. 10 mitos nak kacak ini selalu kita buat dan percaya, namun sebenarnya boleh menyebabkan keadaan lebih teruk apabila mempercayainya.
1. Terlepas membasuh wajah punca bintik hitam
Ya Betul! Jika anda tidak membasuh wajah, minyak akan terkumpul pada liang pori sekaligus mengumpul kekotoran sehingga membentuk bintik hitam. Tapi jika anda terlampau kerap membasuh wajah terutamanya pencuci yang mengandungi bahan penyental, ia akan membuatkan wajah anda menjadi lebih teruk. Kulit akan kurang kelembapan semulajadi dan akan menjadikan kulit mengalami iritasi.
2. Syampu anti-kelemumur boleh menghapuskan kepingan kelemumur
Ada sesetengah syampu memang berkesan menghapuskan kepingan kelemumur pada kulit kepala. Tetapi, menggunakan syampu yang sama setiap hari tidak memberi kesan yang ketara untuk masalah ini. Malah, syampu khusus kelemumur lebih banyak kandungan bahan kimia. Rawatan anti-kelemumur setiap hari akan mengeringkan kulit kepala. Lebih baik mengantikan syampu anda kepada syampu biasa untuk kegunaan rutin tanpa masalah. Tambahan pula, masalah kulit kepala menandakan anda kurang pengambilan vitamin B.
3. Tekanan merupakan punca rambut beruban
Terdapat bukti bahawa tekanan mencetuskan radikal bebas yang boleh mempengaruhi pengeluaran atau menggalakkan pelunturan melanin iaitu pigmen yang bertanggungjawab untuk warna rambut. Namun, uban bukan berlaku semalaman. Jika benar spekulasi ini, tekanan hanyalah mempercepatkan proses yang tidak dapat dielakkan ini.
Ads
4. Berus gigi setelah makan menguatkan gigi
Bunyi seakan idea yang sangat baik untuk mengelakkan nafas berbau dan mengelak sisa makanan di celah gigi. Secara realiti, memberus sebaik saja makan akan meningkatkan hakisan enamel kerana makanan berasid dan minuman yang kita ambil. Disebabkan itu, doktor mengesyorkan anda menunggu 30 minit atau sejam sebelum boleh memberus gigi.
5. Lebih banyak krim pencukur lebih baik
Sebenarnya, sedikit lebih baik. Yang penting, cari produk yang mempunyai buih yang berkesan dan ‘mesra’ kulit untuk melindungi lapisan kulit dari tercedera terkena bilah pencukur.
Ads
6. Kulit berminyak perlu menggunakan pelembap
Pelembap membantu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit. Jika disapu pada kulit yang berminyak, ia akan kelihatan lebih kotor dan lebih berkilau! Sebelum mahu menggunakan pelembap yang berasaskan air ini, adalah penting anda membersihkan wajah terlebih dahulu.
7. Topi punca kepala botak
Ianya benar jika anda menggunakan topi 24 jam yang boleh memberi rasa kurang selesa dan menyekat perjalanan darah pada kulit kepala! Hakikatnya, botak adalah disebabkan oleh faktor genetik yang mungkin datangnya dari ayah, ibu atau datuk anda. Genetik tetap genetik melainkan anda seorang saja yang botak di dalam ahli keluarga, ia mungkin punca kegagalan anda menjaga rambut.
Ads
8. Mencukur dari bawah ke atas boleh elak iritasi
Ramai menyangka mencukur dari atas turun ke bawah akan menyebabkan kecederaan. Walhal, perkara sebetulnya adalah mencukur mengikut arah pertumbuhan rambut halus ini.
9. Makan coklat punca kulit berjerawat
Punca pertumbuhan jerawat tidak ada kena mengena dengan makanan ringan seperti coklat. Semuanya adalah disebabkan oleh faktor perubahan hormon tumbesaran. Maka, jangan takut untuk mengambil coklat yang dikatakan dapat membantu memberi emosi yang baik buat anda.
10. Mencukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat
Bulu dikawal oleh genetik bukan pencukuran. Bayangkan jika anda takut untuk mencukur kerana gusar menjadi seperti ‘orang gua’, hakikatnya anda tetap menjadi ‘orang gua’ kerana tidak mencukur! Kerap mencukur tidak ada kena-mengena dengan pertumbuhan yang semakin banyak sebaliknya bulu mungkin semakin hitam dan tebal kerana faktor usia dan genetik anda.
Sebagai seorang lelaki yang segak anda perlu sentiasa menjaga penampilan diri dan kesihatan tubuh. Jangan terlalu mempercayai mitos. Apa pun, cara yang betul boleh membantu anda menjaga diri dengan lebih baik. Bukankah penampilan melambangkan karakter anda? Lakukan, lakukan dengan betul!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Luar biasa! Itulah yang mungkin kita boleh ungkapkan di atas kejayaan ‘Polis Evo 3’ yang kini telah melepasi angka RM25 juta.
Filem aksi yang menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak serta Sharnaz Ahmad membawakan watak antagonis dengan cukup mantap. Karya arahan Syafiq Yusof ini sememangnya telah dijangka mampu memecahkan rekod berdasarkan populariti dua filem terdahulunya.
Selain barisan pelakon yang MASKULIN nyatakan di atas peminat yang telah menonton filem ini turut hangat membicarakan tentang Inspektor Julie yang dilakonkan oleh Sofia Jane.
Rata-rata bukan sahaja memuji kecantikannya malah turut kagum dengan lagak aksi lakonannya yang sangat berkesan. Sekali imbas, wajahnya seiras dengan pelakon legenda, Sofia Jane.
“Jatuh cinta dengan watak dia dalam Polis Evo 3, lawanya tapi still lasak”, komen seorang warganet.
“Padu gila! Sesuai sangat awal dengan watak lasak macam ni,” jelas seorang lagi warganet di ruang komen hantaran Farali Khan di Instagram.
Siapakah gerangannya figura jelita di sebali nama Farali Khan ini?
Farali sebenarnya bukanlah pendatang baharu kerana dia mempunyai banyak pengalaman lakonan dalam beberapa buah sinetron di Indonesia. Tidak gentar walaupun dianggap masih baharu, Farali dilihat tidak kekok untuk serasi bersama pelakon-pelakon lebih senior yang lain.
Pernah melakukan kemunculan menerajui drama komedi, ‘Black Belt Kaler Pink’ ditayangkan di Astro Warna dan Mustika HD pada tahun 2017 yang lalu.
Memang la bagus berdiet untuk kebaikan tubuh badan dan mampu bukan korang nampak elok dipandang. Tapi jangan pula disalah ertikan pula maksud ‘berdiet’ tu. Nak kurus macam mana sekalipun, jangan lah sampai berlapar. Tabiat tersebut sangat bahaya dan boleh memudaratkan kesihatan korang. Berikut merupakan 6 akibat buruk untuk korang yang suka berlapar untuk diet!
1. Fikiran Lesu & Keliru
Ya, fikiran akan jadi lemah disebabkan badan kita tak cukup tenaga. Jika glukosa dalam badan rendah, fikiran akan jadi tak betul dan akan jejaskan tumpuan serta mood kita.
2. Cepat Marah
Kalau lapar, mood manusia akan jadi tak menentu. Salah satunya, akan cepat melenting
3. Kuat Makan
Kalau tak makan ikut waktu sepatutnya, kajian mendapati seseorang akan lebih terdorong untuk makan lebih banyak. Selain itu, anda akan lebih cenderung untuk makan makanan yang lebih kalori.
4. Tinggalkan senaman
Bila berlapar, tubuh akan jadi tak bermaya. Bila dah lemah, nak bersenam pun rasa malas. Jadi apa guna diet tanpa bersenam kan.
5. Seluar lebih ketat
Tahukah anda berlapar sangat tak bagus sebab badan anda ada sejenis hormon yang mendorong pembentukan lemak. Jadi, ia membuatkan badan jadi lebih gemuk.
6. Mulut Berbau
Katone dalam hati akan terhasil sebagai sumber tenaga ketika gula dalam badan kurang. Jadi, apabila badan korang kurang tenaga, proses ini akan menghasilkan nafas berbau .
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan Kurt Cobain bersama band Nirvana telah banyak mengubah lanskap muzik popuar pada era 90-an dahulu. Malah impak yang dibawa oleh Kurt Cobain dapat dirasai hingga ke hari ini.
Vokalis legenda ini telah banyak memberikan pengaruh kepada pemuzik-pemuzik pada hari ini merentasi pelbagai genre. Di antara persembahannya yang cukup diingati sehingga ke hari ini ialah ‘Nirvana MTV Unplugged in New York’ pada tahun 1993.
Jika ditanya peminat muzik amnya apakah persembahan dari siri MTV tersebut paling diingati pasti nama Nirvana akan menjadi antara yang pertama muncul dibibir mereka.
Dengan reputasi tersebut maka tidak hairanlah apabila gitar akustik yang digunakan oleh Kurt Cobain untuk persembahan tersebut dilelong dengan harga yang sangat tinggi.
Pada bulan Mei lalu, gitar Kurt Cobain dari siri 1959 Martin D-18E telah mula dilelong pada harga USD1 juta di Julein’s Acution. Namun hasil lelongan gitar tersebut naik sehingga enam kali ganda kepada USD6 juta (RM25.6 juta).
Turut dilelong bersama gitar tersebut ialah kotak hard-shell gitar. Lelongan ini sekali gus menjadikan gitar Kurt Cobain sebagai gitar yang paling mahal pernah dijual.
Namun di sebalik lelongan ini muncul sedikit kontroversi tentang pemilik sebenar gitar tersebut. Ini kerana anaknya Frances Bean dan bekas isterinya, Courtney Love memfailkan tuntuan ke atas gitar ini.
Gitar tersebut kini menjadi milik pengasas jenama audio mikrofon RODE, Peter Freedman. Dai dilaporkan ingin membawa gitar tersebut sebagai item pertunjukan bagi meraih dana untuk pelbagai kegioatan seni oleh badan keseniaan bebas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.