10 pasangan artis dan pemain bola sepak tempatan yang telah berkahwin dan bahagia sehingga ke hari ini.
Ayu Raudhah & Zaquan Adha Abdul Razak
Bekas penyerang utama pasukan kebangsaan itu telah berkahwin dengan Ayu Raudhah pada tanggal 21 Januari 2011. Baru saja menimang cahaya mata keenam pada Mei tahun lalu, pelakon jelita, AyuRaudhah kini dikhabarkan sedang hamil anak ketujuh. Malah, dilaporkan usia kandungan Ayu sudah mencecah tujuh bulan dan bakal menimang anak ketujuh itu pada Julai nanti. Meriah!
2. Khairul Fahmi Che Mat & Lieuney Natasha
Penjaga gol pasukan kebangsaan itu telah menjalani bahtera perkahwinan bersama model dan bekas juara Bintang Kecil, Lieuney Natasha. Walaupun pernah terpalit dengan kontroversi satu ketika dahulu, pasangan tersebut kekal bahagia dengan kehadiran 3 orang cahaya mata.
3. Azman Adnan & Az Feminin
Siapa tidak kenal dengan lagenda bola sepak negara, Azman Adnan? Beliau merupakan pemain terhebat pada eranya dan pernah dilabel sebagai pemain termahal Malaysia ketika itu. Azman berkahwin dengan Asfarina Muhamad atau lebih dikenali sebagai As Feminin oada tahun 2004. Pasangan tersebut turut pernah membuat penampilan bersama untuk program Sehati Berdansa.
4. Izham Tarmizi & Mia Ahmad
Ads
Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Saif Issa. Hubungan rumah tangga diantara pelakon dan penjaga gol pasukan JDT ini pernah dilandai badai. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini.
5. Wan Khatijah & Azlisham Ibrahim
Wan Khatijah merupakan juara pencarian bakat Dewi Remaja 1995/1996. Dia memilih untuk berkahwin bersama bekas penjaga gol kebangsaan itu dan kini dikurniakan lima orang cahaya mata. Wan kini tidak lagi aktif dalam bidang seni sebaliknya sibuk dengan perniagaan.
6. Subadron Abdul Aziz & Salwa Abdul Rahman
Siapa tidak kenal dengan penyanyi era 90-an Salwa Abdul Rahman yang popular menerusi lagu Kembalikanlah Cintamu. Salwa berkahwin dngan Subadron yang merupakan bekas penjaga gol pasukan kebangsaan. Salwa kini dilihat kembali aktif membuat persembahan di kebanyakkan majlis.
Ads
7. Ani Morat & Shahril Arsat
Pelakon, Ani Morat telah berkahwin dengan lagenda bola sepak Selangor, Shahril Arsat pada tanggal 10 Mac 2000. Hasil perkawinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
8. Aidil Zafuan Abdul Razak & Zarema Zainal
Selepas bercerai dengan pelakon Rita Rudaini, pemain bola sepak Aidil Zafuan memilih Instafamous, Zarema Zainal sebagai suri di hatinya. Perkahwinan mereka berlansung meriah pada tanggal 14 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, Zarema dan Aidil dikurnia empat orang cahaya mata.
Ads
9. Safiq Rahim & Zandra Aziela
Bekas kapten bola sepak negara, Safiq Rahim telah melansungkan perkahwinannya bersama model yang juga bekas ratu bowling negara, Zandra Aziela pada 8 Februari 2014. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki hasil daripada perkahwinan tersebut.
10. Fandi Ahmad & Wendy Jacobs
Lagenda bola sepak Singapura itu telah bekahwin dengan bekas model Afrika Selatan, Wendy Jacobs. Wendy kini menetap bersama suaminya di Singapura dan memiliki 5 orang anak dan dua daripadanya telah mengikut jejak langkah bapanya untuk bergelar pemain bola sepak.
Antara ilmu atau kebolehan yang berbaloi untuk dipelajari oleh kaum lelaki adalah seni mempertahankan diri.
Bagi bekas jaguh silat negara Al Jufferi Jamari, 32, ilmu mempertahankan diri mampu menjadi ‘senjata’ di saat senjata fizikal sudah tidak berguna lagi.
“Apabila pisau dah tiada, senjata dah tiada, semua dah tiada, tangan kosong dan akal fikiran kita ini lah yang kena ada menjadi senjata,” kata Al Jufferi ketika ditemui Maskulin.
“Tapi nak menjadikan ia senjata itu, macam mana? Pelajarilah seni mempertahankan diri”.
Ilmu itu juga merupakan persediaan yang penting sebelum seseorang ditimpa musibah, tambahnya.
Bukan Sekadar Ajar Bertempur, Ia Membentuk Adab Seseorang
Walaupun Al Jufferi seorang pengamal ilmu persilatan, namun baginya sebarang jenis ilmu membela diri juga membawa manfaat yang setara walaupun berbeza teknik.
Baginya, golongan lelaki khususnya wajib mempunyai ilmu mempertahankan diri.
“Kita kena pertahankan maruah keluarga kita, diri kita. Kalau yang mana dah berkahwin, mesti mempertahankan isteri dan anak-anak,” tambahnya.
Bukan sekadar mengajar cara bertempur, namun seni bela diri turut membentuk jati diri, disiplin, adab serta kesopanan seseorang, ulasnya lanjut.
Usia Muda Lebih Mudah Dilentur
Mula mempelajari ilmu persilatan seawal usia 12 tahun, Al Jufferi mengakui pentingnya untuk mempelajari seni bela diri seawal usia kerana golongan dewasa sedikit sukar untuk dilatih.
“Kalau untuk yang macam umur 18, 20an lah senang cerita, mereka agak lambat sikit,” jelasnya.
Namun dengan minat dan semangat yang tinggi, tidak mustahil untuk melenturkan mereka, tambahnya lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bulan Ramadan mengajar kita untuk lebih bersabar. Menahan lapar dan dahaga serta perbuatan yang boleh membatalkan puasa. Dari segi senaman pula mungkin ada yang tertanya-tanya adakah ia oleh dilakukan?
Ya, mengapa tak boleh! Namun rutin senaman yang anda lakukan itu perlulah sesuai dengan keadaan fizikal dan badan yang sedang berpuasa. Jangan terlalu mengikut nafsu bersenam bersungguh-sungguh. Senaman ringkas selama 15 minit pada waktu petang ketika dalam satu jam sebelum waktu berbuka juga boleh dilakukan.
Terdapat beberapa jenis senaman yang boleh dilakukan secara ringan. Berikut senaman yang boleh anda lakukan.
PLANK
Ketika bangun pagi, lakukan plank kira-kira 2hingga 3 minit. Anda pasti dapat rasa kesannya serta merta. Usah terlalu lama, risau nanti anda jadi terlalu penat dan hilang banyak air.
PUSH UP
Jangan buat terlalu banyak. Cukup sekadar untuk lakukan selama 20 kali dalam satu set. Ini akan membangkitkan otot lengan dan dada anda pada waktu pagi.
BIRD-DOG
Regangan ini mampu memberikan sensasi yang cukup baik untuk otot keseluruhan badan anda.
SQUATS
Berdiri dan lakukan squats dengan perlahan-lahan. Tarik nafas dan uang selama beberapa minit.
DEAD BUG
Senaman yang nampak ringkas ini sebenarnya memberikan impak kepada bahagian perut. Lakukan selama beberapa minit sudah mencukupi.
DOWN DOG
Selepas itu lakukan down-dog. Aliran darah dari kepala turun ke badan akan dirasai. Memang badan akan jadi lebih segar.
WALL-SIT
Satu lagi senaman untuk perut. Guna sahaja dinding dalam bilik tidur. Lakukan selama kira-kira 5 minit. Jika terlalu lama, berhenti dan ulang semula.
Semoga senaman ringkas ini boleh membantu anda mengekalkan kecergasan dan kekuatan otot walaupun sedang berpuasa. Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video senaman seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sakit-sakit badan ataupun sengal otot selepas bersenam merupakan perkara yang biasa berlaku, terutamanya bagi mereka yang pertama kali bersenam atau yang baru memulakan semula rutin senaman selepas meninggalkannya untuk satu tempoh yang panjang.
Rasa sakit boleh berlanjutan adakalanya sehingga seminggu dan kadangkala agak menganggu pergerakan kita untuk menjalani aktiviti harian.
Menurut jurulatih kecergasan Aiman Radzi, rasa sakit yang dialami itu merupakan tindak balas semulajadi otot, memberi petanda senaman yang telah anda lakukan adalah efektif.
“Kalau tak sakit badan tu, kemungkinan kalian tak hit (otot) betul-betul,” katanya ketika ditemui Maskulin.
Oleh itu, Aiman memberikan beberapa nasihat bagi anda menangani rasa sakit tersebut.
1. Tidur Secukupnya
Selepas bersenam di gim, penting bagi anda untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Aiman barkata, waktu tidur merupakan waktu bagi tubuh anda untuk memperbaik pulih segala kerosakan otot yang berlaku susulan senaman yang telah anda lakukan.
2. Makan Secukupnya
Aktiviti senaman memerlukan tenaga daripada nutrisi yang banyak. Maka, adalah penting untuk anda makan makanan dengan nutrisi yang cukup demi menggantikan semula nutrisi yang telah digunakan ketika bersenam. Tanpa nutrisi yang cukup, tubuh anda tidak mampu memaksimakan keupayan proses pembaik pulihan.
Untuk pemahaman mudah, Aiman membandingkan tubuh kita dengan sebuah kereta.
Katanya, sebuah kereta yang kehabisan minyak perlu diisi minyak semula untuk memastikan ia mampu bergerak semula.
“Sama dengan badan kita. Tak cukup nutrisi, mana dia nak dapat ‘minyak’ untuk dia mulakan proses pembaik pulihan badan kalian,” tambahnya.
3. Kekal Aktif
Meskipun tubuh anda masih dalam keadaan sakit, usah terlalu manjakan diri anda dengan menjadi malas untuk bergerak, demikian nasihat Aiman.
“Saya tak kata pergi ke gim dan hentam ‘kaw-kaw’ lagi, tidak. Tapi sekadar bagi aktif, bergerak walaupun rasa sakit”.
Hal ini kerana pergerakan tubuh badan adalah penting untuk melancarkan kembali peredaran darah dan membantu proses pembaik pulihan tubuh sekaligus mempercepatkan pemulihan rasa sakit yang dialami, tambahnya.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.