Curang bukan sesuatu yang boleh dimaafkan dengan mudah. Ia meninggalkan luka yang dalam dan kadangkala memusnahkan kepercayaan yang selama ini dibina.
Tapi sebelum kita terlalu cepat menghukum, penting untuk kita faham kenapa perkara ini berlaku. Dalam kebanyakan kes, kecurangan bukan hanya tentang nafsu semata-mata – ia berkait rapat dengan emosi, tekanan hidup, dan ketidakpuasan yang terpendam.
Artikel ini bukan untuk menyebelahi sesia pa, tapi lebih kepada membuka mata agar kita lebih bijak membaca tanda-tanda dan mengenali realiti hubungan moden.
Bila kita mula faham punca di sebalik tingkah laku seseorang, barulah kita boleh buat keputusan yang lebih waras – sama ada untuk selamatkan hubungan, atau melangkah keluar dengan maruah.
1. Kekosongan Emosi
Ramai lelaki yang curang sebenarnya sedang bergelut dengan kekosongan emosi dalam hubungan. Bila mereka rasa tak dihargai, tak didengar atau kurang sokongan emosi, mereka mula cari pengisian di luar.
Kajian oleh American Association for Marriage and Family Therapy (AAMFT) menunjukkan bahawa ketidakpuasan emosi merupakan salah satu punca utama kecurangan dalam hubungan jangka panjang.
2. Kurangnya Kepuasan Fizikal
Keintiman fizikal bukan hanya tentang seks, tetapi juga pelukan, sentuhan, dan belaian yang memberi rasa dihargai. Bila elemen ini makin kurang, lelaki boleh rasa tersisih dan mencari pengganti luar yang menawarkan perhatian dan kehangatan yang hilang.
Ads
Sentuhan fizikal intim bukan seksual sangat penting untuk membina dan menguatkan hubungan. Mereka yang menjadikan sentuhan sebagai bahasa kasih utama, ketiadaannya boleh menyebabkan rasa tidak disayangi.
3. Rasa Ingin Dihargai Semula
Apabila lelaki rasa tak lagi dilihat sebagai ‘hero’ dalam hidup pasangannya, mereka mula mencari tempat di mana mereka rasa dihargai, dipandang hebat, dan diangkat egonya.
4. Ketagihan Kepada Pengalaman Baharu
Ada lelaki yang sentiasa kejar “excitement”. Bila hubungan jadi rutin dan membosankan, mereka mula meneroka hubungan baru di luar untuk cari semula rasa thrill dan adrenalin.
Ads
Kajian oleh Garcia et al. (2010) mendapati bahawa individu dengan varian tertentu gen DRD4—yang dikaitkan dengan sifat suka mencari keseronokan—lebih cenderung untuk terlibat dalam hubungan seksual yang tidak komited, termasuk kecurangan.
5. Lemahnya Kawalan Diri
Kadang-kadang bukan sebab ada masalah dalam hubungan pun. Tapi sebab tak mampu kawal nafsu dan godaan. Ini selalunya berpunca daripada kekurangan prinsip atau disiplin diri.
6. Pengaruh Rakan atau Persekitaran
Lelaki yang dikelilingi kawan-kawan yang normalisasikan kecurangan lebih mudah untuk ikut jejak. Persekitaran yang toksik boleh sangat mempengaruhi keputusan seseorang.
7. Masalah Komunikasi
Apabila komunikasi dalam hubungan tak sihat atau pasif-agresif, lelaki mungkin memilih untuk cari seseorang yang boleh “dengar tanpa drama” – walaupun itu bermula hanya sebagai tempat mengadu.
Ads
8. Isu Ego & Dominasi
Ada lelaki yang rasa tercabar bila pasangan lebih berjaya, lebih berdikari atau lebih dominan. Untuk “membalas dendam” secara senyap, mereka memilih untuk curang.
Ramai lelaki masuk hubungan sebab tekanan sosial atau hanya kerana masa yang sesuai, bukan kerana benar-benar sedia. Bila rasa terperangkap, mereka ambil jalan keluar melalui kecurangan.
10. Sejarah atau Trauma Silam
Lelaki yang membesar dalam persekitaran toksik atau pernah dikhianati juga cenderung untuk mengulangi kitaran yang sama. Trauma yang tak diubat boleh jadi punca kepada corak tingkah laku yang merosakkan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rata-rata rakyat Malaysia masih lagi dalam mood meraikan Hari Kebangsaan dan juga kemunculan Hari Malaysia tidak lama lagi. Selepas menyaksikan pelbagai aktiviti bagi membangkitkan rasa patriotik, ketibaan Hari Malaysia pada 16 September juga bakal diraikan dengan cukup meriah.
Gembox yang terletak di Nilai dikenali sebagai Pasar Malam Kebudayaan Simbolik Malaysia bakal menganjurkan konsert istimewa pada 15 September 2022.
Seramai 11 artis dan pempengaruh popular tempatan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang akan muncul membuat persembahan sempena Hari Malaysia.
‘WOW! Malaysia Music Festival’ bakal menampilkan kemunculan penyanyi hebat dan legenda seperti Datuk Sheila Majid, Alvin Chong, Dolla, Masha Mashitah, Rynn Lim, Jeryl Lee, Phei Yong, Danny Koo, Chang Yong, Chang Le, Susan, Pink Tan, dan bakat baharu Lil J. Konsert ini akan berlangsung selama 180 minit, dan lebih daripada 30 buah lagu akan dipersembahkan pada malam tersebut.
Lebih menarik konsert yang berlangsung di Gembox, Nilai ini tidak mengenakan apa-apa cas bayaran atau dalam erti kata lain, masuk adalah percuma!
Selain itu, sekiranya pelawat menambah nilai sekurang-kurangnya RM100 ke GEMBOX App, mereka boleh menebusi tiket ‘Rock Zone’ di kaunter yang disediakan.
Banyak aktiviti turut disediakan pada malam tersebut. Pelawat boleh menikmati makanan tempatan dari 13 negeri dan juga persembahan bunga api sempena menyambut Hari Malaysia.
Maklumat lanjut berkenaan dengan penebusan tiket, sila layari ke www.gembox.com.my atau pun ikuti media sosial Gembox.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
11 cara paling berkesan menurunkan berat badan tanpa sedar
1) Tidur Yang Cukup
Anda mungkin berfikir bahawa tip pertama adalah sesuatu yang berkaitan dengan makanan atau senaman, tetapi cuba teka? Ini sebenarnya tentang kesihatan tidur anda.
Tidak kira berapa sihat anda makan atau berapa banyak anda bersenam setiap hari, dengan tidak mendapat tidur berkualiti yang cukup secara automatik ia lebih sukar untuk anda mengurangkan berat badan lebih semulajadi.
Tidur mengawal banyak hormon penting yang mengawal selia metabolisma, selera makan, dan fungsi tiroid. Tidur juga boleh mempengaruhi tahap gula dalam darah dan kesihatan jantung untuk jangka masa yang panjang.
Rehat pada waktu malam yang berkualiti juga boleh mengubah ketagihan anda terhadap makanan. Jadi tidak kira apa alasan, anda perlu tetapkan untuk tidur 7-8 jam setiap malam.
2) Minum Lebih Air Putih
Tip ini mungkin kedengaran membosankan untuk ramai orang, tetapi ia adalah benar. Air adalah penting untuk menurunkan berat badan, dan anda mungkin memerlukan lebih daripada standard yang disyorkan 8 cawan sehari.
Jika anda mendapati susah untuk minum air yang mencukupi, anda boleh mula dengan menggantikan pilihan minuman harian anda dengan air putih untuk membuat ia lebih mudah. Contohnya, kebiasaan anda minum air sirap waktu lunch, jadi mulai esok amalkan air putih ya.
Kenapakah air mampu untuk menurunkan berat badan?
Air bukan sahaja menyingkirkan toksin yang telah sedia tersimpan di dalam lemak dengan lebih mudah, tetapi ia juga membantu metabolisma anda supaya bekerja secara optimum. Tambahan lagi, penghidratan adalah penting untuk semua sel-sel dalam badan anda. Jadi minumlah secukupnya!
3) Makan Sebiji Epal Sehari
Epal adalah buah-buahan yang unik kerana ia mengandungi tahap pectinyang tinggi, sejenis serat yang boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih mudah. Pectin membuat anda rasa penuh dan kenyang lebih cepat walaupun jika anda tidak mengambil banyak kalori.
Pektin juga akan mengurangkan tahap gula darah, kolesterol tidak baik yang lebih rendah, dan ia juga membantu dalam penghadaman.
Ini adalah salah satu sebab mengapa ramai orang makan epal sebelum makan; ia membantu mereka mencegah daripada makan berlebihan bila tiba waktu makan. Epal juga satu sumber vitamin C, antioksidan, dan kalium jadi epal juga baik untuk tahap imuniti badan dan tekanan darah anda.
4) Makan Lebih Sayuran Hijau
Sayur-sayuran berdaun hijau dan hijau gelap adalah makanan yang terbaik untuk menurunkan berat badan yang boleh anda makan. Makanan ini hebat untuk membekalkan lebih banyak nutrien dalam makanan anda yang rendah kalori.
Makanan hijau gelap tetap penting untuk penurunan berat badan yang optimum dalam tempoh jangka panjang disebabkan oleh bagaimana ia mampu mempengaruhi metabolisma badan anda. Sebagai permulaan, buat target untuk amalkan 3 cawan sayur-sayuran hijau atau hijau gelap setiap hari.
5) Amalkan Diet Seimbang
Percaya atau tidak, diet terbaru yang mana mengelakkan pengambilan makanan bukanlah cara yang terbaik untuk menjaga berat badan.Badan anda memerlukan keseimbangan karbohidrat, lemak, dan protein untuk berfungsi pada tahap metabolisma yang optimum.
Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran kemudian kenalpasti jenis karbohidrat, protein, dan lemak sihat yang bekerja untuk badan anda.
6) Kurangkan Gula, ASAP
Walaupun gula mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi kesannya terhadap berat badan atau kesihatan jangka panjang adalah tidak dijanjikan.
Gula merupakan makanan yang tidak membekalkan nutrisi dan kalori langsung untuk badan kita.
Jadi, amalkan buah-buahan sebagai pilihan apabila anda teringin untuk makan sesuatu yang manis, dan jauhkan diri anda daripada semua sumber gula yang terdapat dalam makanan yang diproses.
Anda juga perlu berhati-hati terhadap makanan yang kelihatan sihat, kerana tanpa anda sedari ia mungkin tinggi kalori. Bahkan, madu asli lebih baik untuk menurunkan berat badan berbanding gula, yang terdapat dalam makanan diproses.
7) Hati-hati Memilih Bijirin Anda
Anda mungkin pernah mendengar grain-free diets dan bagaimana ia dapat membantu penurunan berat badan. Tetapi hakikatnya, sesetengah bijirin sebenarnya menjadikan penurunan berat badan lebih mudah. Salah satu bijirin ini adalah oat gandum. Bukan jenis yang segera, tetapi asli.
Cuba semangkuk oatmeal sebagai sarapan pagi menggantikan roti bakar, atau kuih muih. Anda akan terkejut, betapa mudahnya oatmeal boleh membuat anda kenyang, dan ia penuh dengan nutrien yang meningkatkan tahap mood dan tenaga anda juga!
Bijirin tertentu juga boleh membantu mencegah kelaparan dengan lebih cepat dan dapat meningkatkan fungsi metabolisma badan anda.
8) Bergerak Setiap Hari
Pergerakan harian boleh membantu anda menurunkan berat badan lebih semulajadi, cepat, dan berkesan – walaupun ia hanya berjalan atau melakukan yoga secara sederhana selama 30 minit setiap hari.
Jadi mulakan hari anda dengan beberapa bentuk gerakan atau isi waktu rehat tengah hari anda dengan sesi latihan. Setelah anda berjaya jadikan ini sebagai tabiat harian, anda akan menyukainya kerana anda akan mendapati ia dapat membantu anda supaya lebih mudah untuk menurunkan berat badan.
9) Kawal Pengambilan Lemak Anda
Lemak juga adalah sumber nutrien penting yang anda perlukan untuk kesihatan optimum, tetapi yang lagi penting adalah memantau berapa banyak lemak yang anda ambil dalam setiap hari dan ia adalah penting untuk menjadi selektif mengenai jenis lemak yang anda makan.
Mengapa? Kerana lemak tidak memerlukan banyak ruang dalam perut kita yang mana keadaan ini lebih mudah untuk menyebabkan kita makan berlebihan. Mengambil terlalu banyak lemak juga boleh menyebabkan kita lebih sukar untuk makan serat yang cukup, dan serat adalah salah satu daripada nutrien yang paling penting untuk diambil bagi penurunan berat badan yang optimum.
Secara umumnya, 1-2 sudu besar lemak yang sihat pada setiap waktu makan adalah pilihan bijak untuk memulakannya jika anda tidak pasti berapa banyak lemak yang anda perlu makan – kekacang, ¼ avokado, atau mentega kacang.
Untuk sesetengah orang, pengambilan kurang lemak dalam diet harian mereka adalah lebih baik, manakala yang lain mereka sebenarnya memerlukan lebih banyak. Cuba perhatikan yang mana sesuai dengan anda dan berhati-hati dengan berapa banyak lemak yang anda makan.
10) Pilih Snek Dengan Bijak
Selalu juga ada rungutan biasa kita dengar bahawa sesetengah orang mereka tidak mempunyai masalah untuk makan makanan yang sihat; sebenarnya ia adalah makanan ringan yang menyebabkan usaha penurunan berat badan mereka tidak berjaya.
Jadi ruangkan masa lebih awal untuk memilih makanan ringan secara bijak. Pastikan anda simpan satu pek badam, epal, dan sekerat coklat gelapdalam beg atau laci meja anda. Saderi dan hummus, atau hirisan pear dan mentega badam juga pilihan yang hebat jika berdekatan anda terdapat peti sejuk untuk menyimpannya.
Kesemua ini antara makanan yang boleh membantu atasi kelaparan anda sehingga waktu makan berikutnya dan ia memberi anda lebih banyak nutrien bagi meningkatkan fungsi metabolisma lebih baik daripada makanan ringan yang diproses.
11) Buat Senarai Runcit Yang Menyokong Usaha Anda
Tukarkan pengetahuan ke dalam bentuk tindakan adalah sesuatu yang akan membantu supaya berat badan anda boleh turun. Maksudnya adalah anda kenalpasti makanan yang berkhasiat dan senaraikan ke dalam diet anda. Jadikan makanan tersebut sebagai amalan.
Dan salah satu tempat yang sesuai untuk menukarkan pengetahuan ke dalam tindakan adalah di kedai runcit. Oleh itu, buat senarai runcit yang menyokong penurunan berat badan yang optimum.
Ingat bahawa penurunan berat badan bukan berlaku dalam sekelip mata. Proses tersebut perlukan masa. Untuk tidak membebankan anda, cara paling mudah adalah ubah gaya hidup anda ke arah lebih baik.
SUMBER : DIARI KURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tanyalah mana-mana lelaki yang meminati muzik rock yang kini berusia 30-an dan 40-an tentang band Butterfingers, MASKULIN yakin mereka akan kenal.
Butterfingers merupakan salah sebuah band yang muncul dari era underground pada penghujung tahun 1990-an ketika muzik grunge menjadi ikutan ramai. Tidak dinafikan Butterfingers merupakan salah sebuah band yang mempunyai signifikasi cukup besar dalam scene underground atau indie di Malaysia.
Pada awal kemunculan, muzik Butterfingers memang cukup kuat dengan pengaruh bunyian dari Seattle. Namun lama kelamaan mereka mula menemui hala tuju bunyi sendiri dengan dikepalai oleh Emmet dan Loque, Butterfingers mula mengadunkan muzik Melayu dan Nusantara ke dalam karya mereka.
Selepas kali terakhir melakukan konsert pada tahun 2019, Butterfingers hadir sekali lagi melepaskan kerinduan peminat mereka dengan konsert ‘Malayneum 23’.
Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, konsert ini berlangsung pada Sabtu lalu dengan kira-kira 6,000 peminat setianya membanjiri segenap ruang stadium tertutup tersebut.
MASKULIN tiba di lokasi pada kira-kira jam 8 malam. Ketika ini suasana masih tenang dan kelihatan ramai juga yang beratur di khemah yang menjual barangan rasmi Butterfingers. Memasuki ruang stadium satu perkara yang cukup jelas adalah rata-rata yang hadir berusia penghujung 30-an dan juga 40-an.
Ternyata ia bukan sekadar konsert tetapi turut menjadi acara gathering atau pertemuan semula rakan-rakan lama. Inilah salah satu perkara yang menarik wujud dalam scene peminat muzik seperti ini.
Selepas resah menantikan kemunculan Butterfingers yang selang-seli ‘dijamu’ dengan himpunan video artistik menarik, mereka akhirnya muncul di pentas kira-kira pada jam 8:45 malam dengan membawakan lagu ‘Malayneum’. Sorakan gemuruh disambut peminat yang jelas kelihatan cukup merindui persembahan grup dianggotai oleh Emmet, Loque, Kadak dan Loco tersebut.
Persembahan diteruskan tanpa sebaran bicara dengan tiga bauah lagu iaitu ‘No One Else’, ‘Antidotes’ dan ‘State of Abysmal’. Selesai dengan tiga lagu ini, pemetik gitar legenda mereka Loque mengambil peluang untuk bertanyakan khabar. Begitu juga dengan Emmet yang walaupun sudah menginjak usia namun tetap memberikan yang terbaik.
Konsert kali ini juga nampak jauh lebih baik dengan yang terdahulu walaupun kadangkala bunyi dari gitar Loque agak bingit, namun ia masih dalam keadaan terkawal. Begitulah muzik Butterfingers, ada ‘chaos’ dalam seni artistik mereka tersendiri.
Sorakan paling kuat diterima Butterfingers apabila mereka hadir membawakan lagu-lagu dari tiga album penuh terawal mereka iaitu ‘1.2 Milligrams’, ‘Butter Worth Pushful’ dan juga ‘Transcendence’.
Lagu-lagu seperti ‘Ugly’, ‘Royal Jelly’, ‘The Chemistry’, ‘Epitome’, ‘Garden City Of Light’, ‘E’, ‘Wer Blanket’ dan lagu instrumental yang cukup ikonik, ‘Viopipe’ merupakan melodi-melodi yang bagaikan membawa penonton menelusuri nostalgia masing-masing.
Persembahan Butterfingers dengan lagu-lagu dari album selepas itu juga tidak kurang hebatnya. Seleksi lagu-lagu dari album ‘Malayneum’ sebagai contohnya menonjolkan keupayaaan dan kebolehan mereka yang berbeza.
Di antara persembahan yang menarik perhatian MASKULIN ialah menerusi lagu ‘Sad Sunday’, To Gather’, Suddenly’, ‘Mating Season’ dan ‘Floating in a Vacuum’.
Konsert ‘Butterfingers Malayneum 23’ berakhir pada kira-kira jam 12 tengah malam itu dengan dengan ‘encore’ menerusi lagu ‘Jump And Dive’ dan ‘Tahun 2001’.
MASKULIN difahamkan turut hadir di konsert tersebut ialah peminat setia Butterfingers yang juga penyampai radio Hot FM dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Tahniah buat Butterfingers di atas kejayaan penganjuran konsert ini. Semoga akan ada lagi konsert yang menarik dari mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang