Permukaan kulit bawah lengan atau ketiak merupakan bahagian yang sangat penting bagi seorang lelaki. Apatah lagi buat anda yang selalu mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan atau bersenam di kawasan umum.

Bayangkan anda sedang bersenam di gym mengenakan t-shirt tanpa lengan. Dalam tak sedar ketiak anda akan menjadi sebahagian daripada anggota badan yang terdedah.

10 Punca Utama Bagaimana Kulit Bawah Lengan Menjadi Hitam

Mungkin anda fikir ia dapat disembunyikan dengan ‘rambut’ bawah lengan namun ia tidak semudah itu.

Menjaga kebersihan kulit bawah lengan merupakan satu amalan yang baik. Selain dapat menghindarkan daripada penyakit kulit anda juga dapat elakkan diri daripada berbau.

Tapi apakah punca sebenar ia menjadi hitam?

Jangan Cabut

Awas, jangan sebarang cabut ya. Tabiat cabut bulu ketiak juga boleh menyebabkan kehitaman. Ia boleh mengganggu kulit bawah lengan terutamanya bila ia dicabut secara keseluruhan.

IKLAN

Tabiat Mencukur

Mungkin ramai di antara anda memilih untuk mencukur ketiak kerana ingin lebih selesa. Namun dengan cara yang salah ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit lantas menyebabkan ia menjadi hitam. Cara yang salah serta penggunaan perlatan mencukur tidak sesuai juga boleh menyumbang kepada keadaan ini.

Jangkitan Bakteria

Ini merupakan antara punca lazim yang menyebabkan keadaan kulit bawah lengan menjadi hitam. Ia bukan sahaja jadi hitam tetapi bau badan juga akan menjadi sangat busuk. Bakteria yang sebabkan keadaan ini dikenali sebagai corynebacterium minutissimum.

Pakaian Ketat

Memakai pakaian yang terlalu ketat terutamanya di bawahan lengan dapat meningkatkan risiko kehitaman ketiak. Ini kerana kulit di baawah lengan tidak dapat ‘bernafas’ dengan baik akibat tidak memiliki ruang mencukupi.

BACA: Hanya Guna Krim Safi & Vaseline, Kulit Tangan Cerah Dalam Masa Singkat

IKLAN

Kumpulan Sel Mati

10 Punca Utama Bagaimana Kulit Bawah Lengan Menjadi Hitam

Antara punca utama ketiak menjadi hitam ialah akibat jarang membersihkan di bahagian tersebut. Lantas ia menybebkan banyak sel kulit mati terkumpul dan lama-kelamaan menyebabkan bahagian kulit bawah lengan menjadi gelap.

Merokok

Umum sudah mengetahui bahawa tiada satu pun faedah yang anda boleh dapat jika merokok. Malah, ia hanya boleh mendatangkan pelbagai jenis keburukan. Bagi perokok tegar lama-kelamaan kulit di bawah lengan mereka akan menjadi gelap. Oleh itu, jauhilah dari rokok!

IKLAN

Hormon

Setiap orang mempunyai perubahan hormon yang berbeza-beza. Dan untuk sesetengah orang yang hormonnya tidak stabil mereka akan selalu berpeluh terutamanya bahagian bawah lengan. Usah risau, jika berdepan dengan keadaan ini dapatkan nasihat daripada doktor. Untuk seimbangkan kadar hormon pastikan terlebih dahulu anda mengambil makanan yang sihat.

Sel Kulit Mati

Kulit kita akan sentiasa melalui proses regenerasi kulit. Begitu juga dengan bahagian bawah lengan yang akan sentiasa menghasilkan sekl kulit mati. Jadi bila anda mandi gunakan sabun skrub yang sesuai untuk membersihkan dan membuang sel kulit mati.

Deodoran

Setiap orang mempunyai jenis kulit, kadar respirasi dan juga kondisi hormon yang berbeza. Oleh itu, anda harus bijak memilik deodoran yang sesuai dengan jenis kulit. Jika tersalah memilih jenis deodoran yang tidak sesuai ia juga boleh sebabkan kehitaman ketiak.

Gangguan Pigmentasi

Acanthosis Nigricans merupakan sejenis kondisi gangguan pigmentasi kulit yang berlaku kepada sesetengah orang. Antara petanda utama kondisi ini ialah kulit berwarna lebih gelap dan tekstur yang kasar. Kawasan yang dijangkiti juga akan berbau dan kondisi ini biasanya terjadi kepada orang yang memiliki masalah obesiti. Anda boleh mengatasinya dengan salicylic acid bagi mengurangkan warna hitam di ketiak.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI