Masanya hampir tiba! Buat pertama kalinya, MASKULIN menerusi Nu Ideaktiv membawakan sebuah rancangan realiti berkonsepkan kecergasan yang penuh dengan suntikan adrenalin, ‘Who’s Your Bro’!
Ia merupakan siri pertandingan yang mendebarkan dan membawa dimensi baru dalam definisi persaudaraan antara lelaki, kerjasama dan mencapai matlamat sebenar!
Seramai 12 peserta bakal berdepan dengan cabaran fizikal dan emosi yang menguji kekuatan, daya tahan, kelajuan, ketangkasan, keseimbangan dan pemikiran strategik.
Jadi kenapa anda harus menonton program realiti kecergasan ini? Ini 10 sebab paling mantap kenapa ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ harus menjadi rancangan wajib tonton untuk anda!
Format Pertama Seumpamanya di Malaysia
‘Who’s Your Bro’ merupakan program realiti kecergasan yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia.
Menampilkan format unik yang menggabungkan cabaran kecergasan dengan elemen kerjasama yang kuat antara peserta, ini adalah rancangan yang wajib ditonton bagi mereka yang gemarkan aksi dan cabaran menguji batas diri.
Tengok Bakal Bintang Kecergasan Malaysia
Program ini mengetengahkan bakat-bakat lelaki dari pelbagai latar belakang, masing-masing membawa kekuatan, kecergasan, kepantasan, dan ketahanan terbaik mereka.
Ini adalah peluang untuk melihat bakat-bakat luar biasa yang mungkin menjadi inspirasi kepada anda dalam perjalanan kecergasan anda sendiri.
10 Episod Penuh Cabaran
Dengan 10 episod yang penuh dengan pelbagai jenis cabaran, anda akan disajikan dengan aksi yang menguji segala aspek kecergasan peserta.
Ads
Selain kekuatan fizikal, cabaran ini juga menilai mentaliti mereka, bagaimana mereka mengatasi tekanan dan kekalahan untuk terus maju. Setiap episod menawarkan sesuatu yang baru, tidak pernah membosankan!
Pelbagai Latar Belakang Peserta
Seramai 12 peserta akan bersaing dalam program ini, dan setiap seorang mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.
Dengan pelbagai latar belakang kerjaya, jenis kepakaran kecergasan, dan semangat juang yang tinggi, setiap peserta memberikan impak yang berbeza dalam rancangan ini.
Konsep Kerjasama BRO
Slogan ‘Siapa Bro, Siapa Lawan’ menjelaskan konsep kerjasama yang diterapkan dalam program ini.
Meskipun bersaing, para peserta juga perlu bekerjasama untuk mengatasi cabaran yang diberikan. Aspek kerjasama ini adalah salah satu elemen yang memberikan kelainan dan menarik minat penonton.
Setiap cabaran yang ditawarkan kepada peserta adalah hasil saranan daripada pakar kecergasan terkenal, Captain Raeiz.
Dengan pengalaman luas dalam dunia kecergasan, cabaran yang diberikan tidak hanya menguji kekuatan fizikal tetapi juga kecerdasan dalam merancang strategi untuk menghadapinya.
Maskulin Who’s Your Bro! bukan hanya sekadar menilai fizikal, tetapi juga kekuatan mental peserta. Peserta bukan sahaja perlu bertahan dengan cabaran fizikal yang sukar, tetapi mereka juga diuji untuk tetap kuat mental dan fokus pada objektif mereka. Anda akan teruja untuk melihat siapa yang mampu bertahan hingga ke akhir.
Ads
Semangat Juang Tinggi
Dari pertama hingga episod terakhir, anda akan melihat semangat juang yang tak pernah padam daripada para peserta.
Setiap mereka mempunyai visi yang jelas dan semangat untuk memenangi cabaran. Ini adalah motivasi yang hebat untuk kita semua dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Tayangan Eksklusif
Program ini akan ditayangkan setiap Jumaat bermula 29 November 2024 pada jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro GO. Pastikan anda tidak terlepas setiap episod kerana hanya di sini anda dapat menyaksikan aksi mendebarkan dan cabaran yang semakin mencabar.
Kepuasan Menonton Aksi Penuh Ketegangan
Tidak kira anda peminat sukan atau hanya penonton yang suka melihat cabaran luar biasa, ‘Who’s Your Bro’ menjanjikan pengalaman menonton yang penuh ketegangan dan kepuasan. Saksikan bagaimana peserta mengatasi cabaran demi cabaran, membawa mereka lebih dekat untuk menjadi juara sebenar.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan program yang bakal menjadi kegemaran ramai ini.
Setiap cabaran bukan hanya menguji kecergasan, tetapi juga mempamerkan nilai-nilai seperti kerjasama, ketahanan mental, dan semangat juang.
Saksikan ‘Maskulin Who’s Your Bro’ dan lihat siapa yang akan menjadi ‘Bro’ sejati dalam program kecergasan yang penuh aksi ini.
Saksikan malam ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Episod ke-9 MASKULIN Who’s Your Bro menyaksikan cabaran paling getir buat Nad dan Chee Wai, sekali gus menyaksikan mereka tersingkir.
Dari awal musim, mereka berdua telah membuktikan kehebatan masing-masing dalam aspek kekuatan dan ketahanan. Namun, pusingan penyingkiran dalam episod kali ini benar-benar menguji kebolehan mereka di luar zon selesa.
Dalam episod ini, cabaran penyingkiran yang disediakan benar-benar bersifat teknikal dan jauh dari kelebihan utama mereka.
Nad dan Chee Wai yang terkenal dengan keupayaan dalam ketahanan dan kekuatan fizikal, kali ini berdepan dengan Spear Throw Challenge yang menuntut ketajaman minda dan teknik.
Ia merupakan sesuatu yang asing buat mereka berdua dan menyebabkan mereka bergelut untuk menyesuaikan diri.
“Saya akui ada masanya rasa macam nak give up ketika larian. Tapi dengan sokongan dari partner saya, Chee Wai, saya akan buat terbaik untuk habiskan,” ujar Nad yang mengalami sedikit kecederaan dan merasa terganggu kerana tidak dapat memberi prestasi terbaiknya.
PERJUANGAN SAMPAI TITISAN PELUH TERAKHIR
Strategi awal Nad dan Chee Wai adalah untuk menamatkan triathlon dengan sebaik mungkin dan mencuba yang terbaik dalam pusingan penyingkiran.
Namun, cabaran tombak yang disediakan oleh Who’s Your Bro benar-benar di luar jangkaan mereka.
“Kekuatan kami berdua lebih kepada kekuatan, ketahanan dan weight. Tapi cabaran elimination ini adalah sesuatu yang bukan kepakaran kami berdua.
“Kami ambil masa yang sedikit lama untuk sesuaikan diri dengan tombak dan cari jalan terbaik,” jelas Chee Wai yang tetap optimis untuk memberikan yang terbaik.
Sayangnya, nasib lebih menyebelahi Ikmal dan Hakimi yang berjaya menamatkan cabaran dengan menjatuhkan karung guni lebih pantas.
“This is not our day dan not our luck,” kata Nad yang menerima keputusan dengan hati terbuka.
NAD & CHEE WAI – THE POWER DUO
Sepanjang episod pertama hingga kesembilan, Nad dan Chee Wai membuktikan mereka adalah antara pesaing terkuat dalam MASKULIN Who’s Your Bro.
Chee Wai merupakan antara peserta pilihan awal dengan skil keseluruhannya, manakala Nad yang dikenali sebagai ‘The Tank’ pula menyerlah dengan kekuatan luar biasa.
Namun, seperti yang kita tahu, Who’s Your Bro bukan sekadar cabaran fizikal. Ia turut menuntut fleksibiliti dan ketajaman minda dalam menghadapi situasi yang mencabar.
Apa pun, mereka telah menunjukkan semangat brotherhood yang sejati, berjuang hingga ke titisan peluh terakhir!
All the best buat Nad dan Chee Wai. You guys dah tunjukkan siapa bro, siapa lawan! Jangan lupa saksikan FINALE MASKULIN Who’s Your Bro pada 7 Januari 2025, Jumaat ini jam 9 malam di Astro Ria! Siapakah yang bakal muncul sebagai juara? Jangan ketinggalan!
Siapa bro, siapa lawan?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menurut pelakon dan influencer terkenal, Imran Aqil, program realiti Who’s Your Bro yang diterbitkan oleh Astro membawa kelainan dan mencipta satu fenomena baharu dalam dunia hiburan Malaysia.
Sebagai program televisyen pertama bertemakan fitness, Imran memuji usaha Astro memperkenalkan konsep ini yang memberi inspirasi kepada penonton dari pelbagai latar belakang.
“Bila tengok peserta dari latar belakang berbeza ada doktor, anggota tentera, malah rider dispatch, ia menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh kekal fit jika berusaha,” kata Imran.
Beliau percaya bahawa program ini mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan.
Cabaran yang Menguji Mental dan Fizikal
Imran turut mengulas tentang cabaran yang dilalui para peserta dalam program tersebut.
Sebagai penonton, beliau mengakui bahawa halangan yang disediakan sangat mencabar dan memenatkan.
“Bila tengok mereka berjaya selesaikan cabaran, rasa terpegun. Pada mulanya saya ingat ada peserta seperti ‘pretty boy’ atau badan besar tak boleh buat, tapi rupanya mereka lebih daripada itu. Saya salute komitmen dan semangat kental mereka,” katanya.
Kejayaan peserta menyelesaikan cabaran yang sukar telah membuka mata Imran bahawa kemampuan seseorang tidak boleh dinilai secara luaran sahaja.
Baginya, semangat juang peserta adalah sesuatu yang wajar dicontohi oleh semua.
Sokongan Buat Kawan-Kawan
Imran turut menyatakan sokongan terhadap dua peserta kegemarannya, Ikmal Amry dan Hakimi Noordin, yang juga merupakan kenalannya.
“Saya ada dua orang kawan dalam program ini, jadi memang saya sokong mereka berdua setakat ini,” ujarnya sambil berharap mereka dapat terus memberikan persembahan terbaik dalam setiap cabaran.
@maskulinmySebagai penonton, Imran Aqil berkongsi apa yang membuatkan Who’s Your Bro begitu unik dan menarik adalah dari segi keaslian setiap cerita yang disampaikan, personaliti peserta yang pelbagai dan sentuhan kreatif yang membuatkan setiap episod penuh dengan kejutan! Jangan lupa saksikan Whos Your Bro setiap Jumaat jam 9 malam hanya di Astro Ria! #maskulin #majalahmaskulin #maskulinWhosYourBro #SiapaBrosSiapaLawan #astro♬ original sound – Maskulin
Imran Aqil percaya bahawa program seperti Who’s Your Bro bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi impak positif kepada masyarakat.
Penonton di rumah dapat mengambil inspirasi daripada peserta untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Usaha Astro ini disifatkan sebagai satu langkah progresif dalam dunia penyiaran tempatan.
Who’s Your Bro membuktikan bahawa kecergasan bukan sekadar tentang fizikal, tetapi juga tentang semangat, keazaman dan kemampuan untuk mengatasi cabaran. Program ini pasti akan terus mencuri tumpuan ramai!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
@maskulinmy Walaupun memenangi Fire Fighter Challenge di episod 6 Maskulin Who’s Your Bro, Theebaan dan Hakimi “salute” kerjaya anggota bomba kerana tidak semua orang mampu lakukannya. Terima kasih Abang Bomba 🫡 #Maskulin #WhosYourBro#SiapaBroSiapaLawan♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Program realiti kecergasan terbaharu, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB), kini memasuki episod keempat dengan penuh debaran.
Episod terdahulu menyaksikan dua peserta, Faidzal, yang dikenali sebagai ‘Abang Nasi Lemak’, dan Kelvin, seorang pempengaruh kecergasan, terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas tersingkir dalam cabaran penyingkiran.
Kehilangan mereka meninggalkan kesan mendalam kepada 10 peserta lain. Saddam menggambarkan Kelvin sebagai seorang yang pendiam tetapi berisi dengan semangat yang tinggi.
“Dia sangat-sangat ramah, Kelvin dia macam pendiam sikitlah tapi diam-diam dia berisi. Semangat dia memang bagus,” kata Saddam tentang Kelvin.
Nad pula memuji sifat mesra Faidzal, menyatakan bahawa beliau antara orang pertama yang mesra dalam masa singkat dan sering berkomunikasi untuk berbincang bersama.
“Faidzal ni dia sangat friendly, dia antara orang yang first yang tak sampai dua minit dah macam kawan lama. Dia juga antara peserta yang selalu teks saya, mesej tanya dan bincang sama-sama,” tambahnya.
CABARAN MENANTI
Pemergian dua peserta ini pastinya dirindui, namun ia juga menyuntik semangat yang lebih padu dan berdaya juang kepada peserta yang masih bertahan.
Mereka kini lebih berazam untuk menghadapi cabaran seterusnya dengan tekad yang tinggi.
Dalam episod keempat, para peserta dibawa ke kawasan sawah padi untuk menghadapi ujian stamina yang luar biasa.
Selepas mengharungi sungai dan memotong kayu balak dalam episod lalu, cabaran kali ini dijangka lebih mencabar, menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta.
Pemenang cabaran episod lalu, Saddam dan Asyraf, dijangka akan meneruskan kecemerlangan mereka dalam episod kali ini.
Namun, persoalannya, adakah pasukan ini akan terus dikekalkan atau dipisahkan? Mampukah peserta lain memberikan saingan dan kejutan yang lebih hebat?
Adakah akan ada lagi penyingkiran dalam episod ini? Segala persoalan ini bakal terjawab dalam episod keempat yang pastinya penuh dengan aksi dan drama.
Jangan lupa saksikan ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ episod 4 pada Jumaat, 20 Disember jam 9 malam di Astro Ria. Siapa bro, siapa lawan? Semuanya akan terungkai dalam episod yang mendebarkan ini.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program ini, layari laman rasmi MASKULIN di laman sesawang Maskulin.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.