Buat anda yang bekerja di pejabat mesti faham akan keletihan setiap hari yang dirasakan. Bagi orang yang bukan kerja pejabat mungkin mereka berpendapat kerja di dalam bilik berhawa dingin bukanlah satu perkara sukar pun.
Namun hakikatnya ia tidak begitu dan cukup meletihkan. Apatah lagi jika kerja yang dilakukan memerlukan perahan otak yang banyak terutama dalam meyelesaikan masalah, melakukan pembahagian kerja serta menyiapkan tugasan spesifik megikut kemahiran anda masing-masing.
Kepenatan inilah yang akan turut dirasai oleh fizikal anda. Belakang jadi lenguh, kepala pening dan kaki juga boleh berlaku kekejangan.
Namun anda sebenarnya boleh mengembalikan atau mengekalkan kesegaran tubuh jika amalkan 10 perkara ini setiap hari. Jom jadikan diri lebih bertenaga dan segar setiap hari.
TIDUR CUKUP
Pastikan anda mendapat tidur yang cukup selama enam hingga lapan jam sehari. Percayalah tidur yang cukup menjamin hari yang lebih menyegarkan!
MULAKAN DENGAN SENAMAN
Curi masa yang sedikit sahaja setiap pagi, anda tak rugi! Asingkan diri selama 5 hingga 10 minit untuk melakukan senaman sama ada di rumah atau pejabat. Badan yang bersenam akan lebih peka dan segar.
Ads
JANGAN SKIP MAKAN PAGI
Tahukah anda bahawa makanpagi merupakan waktu makan yang paling penting! Ia memberikan sumber tenaga awal kepada badan anda dan mampu mempengaruhi mood anda sepanjang hari. Jadi jangan skip breakfast ya!
MINUM AIR DENGAN CUKUP
Ini perkara asas yang sering orang lupakan. Pastikan badan anda sentiasa cukup air. Minum air kosong juga boleh elak anda mengambil makanan tak berkhasiat dan berminyak. Badan segar bila minum air yang cukup. Kalau tak percaya anda boleh cuba.
Buah-buahan merupakan antaera makanan yang penting kepada badan. Kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan ia mampu membuatkan badan anda berasa lebih segar dan bertenaga.
POSTUR BADAN
Ya, kedudukan bagaimana anda berdiri, duduk atau berehat juga sangat penting. Pastikan anda sentiasa mengamalkan kedudukan postur yang baik kerana ia boleh mempengaruhi kesegaran badan. Ia juga boleh elak anda berasa sakit otot.
Ads
JAGA BAU BADAN
Ini indikasi yang paling ketara bagi menunjukkan anda seorang yang mementingkan kebersihan dan juga kesegaran badan. Jika anda mempunyai masalah badan mudah berpeluh pastikan anda menggunakan deodoran yang sesuai. Usahlah guna deodoran yang tak sesuai dengan badan dan hanya menghasilkan bau kurang enak bukan sahaja untuk anda tetapi orang sekeliling.
PAKAIAN BERSIH SETIAP HARI
Elakkan memakai baju yang sama setiap hari. Untuk reaksi balas minda akan kesegaran badan pakailah baju yang bersih setiap hari. Cuba elak ulang pakai baju yang sama melebihi sekali.
JAGA KEBERSIHAN KAKI
Setiap hari di pejabat anda mungkin sentiasa memakai kasut. Kalau dibuka pun mungkin ketika anda berehat untuk menunaikan solat. Kebersihan kaki dengan menggunakan stokin dan kasut yang bersih boleh mempengaruhi mood seharian anda. Kaki yang berbau boleh buat anda rasa kurang senang dengan diri sendiri.
JANGAN TINGGAL SOLAT
Percayakah anda jika anda tidak menionggalkan solat perjalanan aktiviti harian akan berjalan dengan lebih lancar. Malah jika menyegerakan solat anda tidak akan rasa masa itu tak mencukupi. Segalanya akan lebih tenang dan menyegarkan. Faktor wudhuk juga boleh memberikan kesan kesegaran badan dengan luar biasa.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat yang baik untuk anda terutamanya yang sentiasa sibuk saban hari di pejabat. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda yang mempunyai bajet lebih memiliki threadmill sendiri di rumah merupakan satu kelebihan besar. Manakala bagi anda yang mempunyai keahlian gimnasium, gunakanlah sebaiknya kemudahan threadmill yang disediakan.
Melakukan larian di atas threadmill memang mudah dan menyeronokkan. Namun ia sebenarnya sedikit berbeza berbanding melakukan larian di atas trek atau pun jalan raya. Apa yang pasti aktiviti kecergasan menggunakan threadmill mampu membantu anda membakar kalori dan membina kecergasan diri dengan baik.
Tapi ada beberapa perkara perlu anda tahu untuk melakukan larian di atas trheadmill dengan efisien dan berkesan.
Berikut merupakan 6 tip penting ketika melakukan senaman treadmill.
SESUAIKAN DIRI
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan senaman tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan yang lain pula.
KESEIMBANGAN BADAN
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan keseimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan dengan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan menggunakan treadmill. Ayunkan tangan berselang-seli dengan langkah kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan ini mampu untuk membakar kalori anda dengan cepat.
Foto: Runtastic adidas
KADAR KELAJUAN
Kelajuan treadmill mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5-10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang ditetapkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
RUTIN HARIAN
Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
TAK PERLU LAMA
Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. Tempoh masa 20-30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman aerobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baharu sahaja memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5-10 minit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada mitos yang mengatakan terung tidak baik untuk alat sulit lelaki dan menjadikan ia mudah ‘layu’. Apa benar dakwaan ini? Ia ternyata salah berdasarkan laman sesawang vemale.com. Ini kerana terung sebenarnya mengandungi flavonoid, kandungan yang berkhasiat bertindak sebagai anti oksidan dalam melancarkan pengaliran darah. Malah, tidak secara langsung membuatkan aliran darah menuju deras dan menguatkan kekuatan alat sulit lelaki. Malah, terung didapati boleh mengurangkan tahap kolestrol seseorang.
AGIHAN KERJA TINGKAT KUALITI SEKS
Berdasarkan realsimple.com, para penyelidik dari University of Alberta mendapati pasangan yang memiliki aturan seks hangat adalah pasangan yang mempunyai sumbangan adil dalam tugasan kerja rumah. Kajian melibatkan dua pemboleh ubah, penglibatan lelaki dalam pekerjaan serta persepsi lelaki pembahagian tugas tersebut dirasakan adil atau tidak. Hasilnya? Mereka yang merasakan pembahagian tugas adil, mempunyai kepuasan lebih tinggi dalam soal seks. “Dalam apa juga hubungan, jumlah tugasan kerja tentunya berbeza bagi setiap pasangan. Tetapi kajian ini dilihat daripada perbandingan apa yang mereka harapkan dari pasangan masing-masing,” jelas Dr. Matt Johnson, ketua penyelidik.
G-SPOT BUKAN SATU SAHAJA!
Ramai lelaki mendakwa sukar untuk menemui g-spot pasangan ataupun lebih dikenali sebagai titik rangsangan pada tubuh wanita dalam memuaskan mereka. Namun ketahuilah, titik rangsangan bukanlah hanya pada bahagian intim wanita atau titik erotik seperti yang diketahui ramai. Padahal, titik rangsangan berbeza mengikut individu dan sebenarnya banyak lagi bahagian yang perlu diterokai untuk merangsangnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi yang tidak boleh meninggalkan nasi, apa kata cuba konsep diet Sukusukuseparuh untuk menurunkan berat badan. Maklum sahajalah tidak semua orang boleh menukar menu makanan semata-mata untuk kurus.
Jadi untuk melatih perut anda agar kekal kenyang walaupun berdiet, konsep Sukusukuseparuh ini sememangnya sesuai untuk anda amalkan.
Dalam konsep diet Sukusukuseparuh ini, anda masih makan nasi tapi dalam jumlah yang sedikit bersama sayur-sayuran yang banyak dan makanan sumber protein untuk membuatkan anda kenyang lama.
Sekiranya anda sedang mencari diet yang sesuai untuk menurunkan berat badan, konsep Sukusukuseparuh yang dikongsikan Doktor Khairul Hafidz Alkhair ini boleh anda jadikan panduan.
Di situ nampak pinggannya penuh & membukit kan? Itu kerana lebih separuh di pinggan saya adalah sayur-sayuran.
Ayam saya makan dan kulitnya saya buang.
Nasinya hanya suku pinggan sahaja.
Sedikit berlebihan kalori saya kerana saya sudah dalam maintainence phase, kalau yang mahu turunkan berat badan, ganti kuah sambal tu kepada sup kosong.
Dan makanan beginilah saya makan sewaktu saya berdiet dulu. Setiap kali lunch saya makan nasi, saya tak pernah tinggal makan nasi. Yang penting, jaga portion.
Sebab itu saya tak pernah rasa stress bila nak turunkan berat dahulu. Saya jadikan perjalanan menurunkan berat badan satu perjalanan yang menyeronokkan.
Kenyang ke makan begini? Sebenarnya sudah cukup.
Yang rasa kenyang itu bukan berapa banyak nasi yang kita makan, tapi apa yang kita makan untuk penuhkan ruang perut kita.
Gunakan sayur sebagai ganti nasi kita tadi.
Nak ikut?
Silakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.