Ramai lelaki fikir badan besar, otot ketul-ketul tu tanda fit.
Tapi bila suruh lari sikit dah semput, suruh plank terus surrender.
Real talk kekuatan sebenar bukan terletak pada rupa, tapi apa kau boleh buat dengan badan kau.
Ini 10 ujian asas bukan untuk tunjuk sado, tapi untuk ukur sama ada badan kau berfungsi atau tak.
Kalau kau lelaki, especially yang umur dah masuk 20-an ke atas kau patut boleh lepas semua ni.
Kalau tak, masa untuk reset balik mindset & training.
Ads
Lari 1.5km dalam masa 9 minit
Kalau kau tak mampu sustain cardio untuk lari 1.5km bawah 9 minit, itu tanda stamina kau ada masalah.
Ini bukan soal nak jadi pelari maraton ini ujian basic ketahanan jantung, paru-paru, dan mental.
Sebab dalam situasi sebenar, kadang kau perlu lari untuk hidup, bukan suka-suka.
Kalau 1.5km pun dah pancit, jangan mimpi nak perform bawah tekanan.
30 Push-Up Dengan Form Betul
Push-up ni simple, tapi ramai kantoi bila suruh buat dengan form betul.
Turun sampai dada hampir sentuh lantai, badan lurus, siku tak flare ke luar.
Kalau form kau buruk, 100 push-up pun tak bermakna. Yang kita nak uji ialah kekuatan dada, bahu, triceps, dan disiplin kawal badan sendiri macam tentera buat, bukan macam budak sekolah fizikal.
Foto : BarBend
Plank Selama 7 Minit
Ramai orang fikir plank ni cuma tahan sakit kat perut. Tapi sebenarnya, ia uji grit mental toughness kau.
Nak tahan 7 minit? Kau kena ada core yang padu, stabiliti penuh dari kepala sampai kaki, dan paling penting, minda yang tak mudah give up.
Kalau tak mampu tahan statik dalam satu posisi pun, macam mana nak hadap pressure dalam hidup?
5 Pull-Up Tanpa Bantuan
Pull-up ni bukan workout suka-suka. Ini ujian kejantanan literally. Kau angkat seluruh berat badan kau guna kekuatan badan atas.
Tak ada bantuan mesin, tak ada cheat. Kalau kau berat tapi boleh buat 5 rep solid, itu tanda kau memang kuat, bukan sekadar besar.
Ini beza antara show muscle dengan go muscle.
Foto : Men’s Health
60 Squat Tanpa Berat
Ramai fokus upper body, tapi lupa kaki yang bawa kau ke mana-mana.
60 squat tanpa beban pun dah cukup untuk test ketahanan, mobiliti, dan stabiliti sendi.
Kalau lepas 30 pun lutut dah goyang, itu petanda kau kena banyak repair bawah. Nak lari, naik tangga, hiking, main bola semua perlukan leg endurance ni.
Sentuh Jari Kaki Tanpa Bengkok Lutut
Simple test tapi ramai fail. Kalau badan kau terlalu ketat, especially hamstring dan lower back, itu bukan sekadar masalah flexibility itu red flag untuk kecederaan.
Tak boleh sentuh jari kaki maksudnya badan kau kurang bebas bergerak. Silap-silap, batuk pun boleh terseliuh pinggang.
Deadlift 1.5x Berat Badan Sendiri
Ads
Deadlift bukan sekadar angkat besi ia test kekuatan total body.
Kalau berat kau 70kg, kau patut boleh deadlift sekurang-kurangnya 105kg dengan form yang solid.
Ni bukan untuk flex kat gym, tapi sebagai tanda badan kau mampu urus tekanan fizikal sebenar macam angkat barang berat, tolak kereta rosak, atau bawa orang pengsan.
Foto : Andscape
Berenang 200 Meter Tanpa Henti
Swimming ni underrated gila. Tapi ini survival skill sebenar. Dalam air, kau tak boleh pura-pura fit.
Sama ada kau boleh bertahan, atau kau tenggelam. 200 meter tanpa henti bukan mudah ia uji kawalan nafas, koordinasi, dan stamina.
Kalau tersangkut kat tengah laut, kolam, tasik takde siapa boleh tolong kecuali kau sendiri.
Berdiri Dengan Satu Kaki Selama 1 Minit
Nampak remeh, tapi ni test balance dan neuromuscular control. Cuba tutup mata dan buat lagi susah.
Balance ni makin penting bila usia meningkat. Kalau sekarang pun tak boleh, bayangkan bila dah tua, silap langkah boleh jatuh dan patah tulang. Nak functional? Mula dari sini.
Tahan Nafas 45 Saat
Ads
Tahan nafas bukan pasal ego. Ini ujian kawalan pernafasan dan mental calmness.
Bila kau panik, nafas laju. Bila kau tenang, nafas slow dan terkawal. Kalau kau boleh tahan 45 saat, itu tanda paru-paru sihat, jantung steady, dan minda tak mudah gelabah satu skill penting bila berdepan situasi tegang atau kecemasan.
Fitness bukan tentang siapa paling kuat, paling laju, atau paling padu kat gym.
Tapi tentang badan kau bersedia atau tak untuk cabaran dunia sebenar sama ada panjat bukit, lari kejar anak, selamatkan orang lemas, atau sekadar tahan grind hidup harian.
Kalau kau boleh lepas semua ni salute. Tapi kalau belum? Bukan alasan untuk malu. Itu blueprint untuk kau aim.
Teh hijau terkenal sebagai antara minuman yang banyak kebaikan. Amalkan pengambilan teh hijau ini untuk kecantikan dan memberi kesihatan yang hebat untuk tubuh badan.
Bukan sahaja perempuan, lelaki juga bakal mendapat banyak manfaat jika mengamalkan pengambilan teh hijau ini. Jadi pastikan anda tidak mensia-siakan amalan minum teh hijau yang cukup hebat ini.
Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi penulisan Dr Jue tentang 10 sebab kenapa anda mesti minum teh hijau. Semoga perkongsian ini akan membuka mata anda betapa hebatnya teh hijau ini jika dijadikan sebagai minuman harian.
Assalamualaikum anda semua! Anda minum apa hari ini. Minuman anda merosakkan atau memberi kebaikan pada anda semua?
Dr Jue minum teh hijau setiap hari. Ada yang tanya Dr Jue kebaikan teh hijau. Di sini Dr Jue akan share segala kebaikan teh hijau pada anda semua. Lepas ni semua bertukar pada minuman yang berkhasiat ini yer!
Teh hijau (green tea) adalah minuman paling berkhasiat di planet ini.
Ianya kaya dengan antioksidan dan zat makanan yang mempunyai kebaikan yang sangat hebat pada tubuh kita.
Kebaikan teh hijau meliputi menambah fungsi otak, membakar lemak, menurunkan risiko kanser dan banyak lagi yang Dr Jue akan huraikan di sini.
10 khasiat teh hijau yang telah dibuktikan melalui kajian saintifik adalah seperti berikut.
Teh hijau bukan setakat cecair berwarna hijau biasa!
Terdapat banyak kompaun bioaktif dalam daun teh yang membawa kepada minuman yang mempunyai banyak kandungan zat penting makanan.
Teh hijau mengandungi banyak Polyphenol seperti flavonoids dan catechins yang berfungsi sebagai antioksidan yang kuat.
Bahan ini boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam badan, melindungi sel-sel dan molekul-molekul daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Radikal bebas bertanggungjawab dalam proses penuaan badan. Efek ini menjadikan kita awet muda.
Salah satu kompaun dalam teh hijau adalah Epigallacatechin Gallate (EGCG), di mana kajian menunjukkan bahan ini melindungi badan dari pelbagai penyakit. Ini menjadikan teh hijau mempunyai kesan seperti ubat yang kuat.
Teh hijau juga mengandungi sedikit mineral yang membantu kesihatan.
Carilah teh hijau yang betul-betul berkualiti . Teh hijau yang rendah kualiti mengandungi kandungan fluoride yang tinggi!
Ada kenyataan menyatakan, walaupun kita mengambil brand yang rendah quality, kita masih lagi mendapat banyak manafaat dari teh hijau tersebut.
Teh hijau bukan sahaja membuatkan anda celik, malah membuatkan anda lebih bijak.
Bahan yang membuatkan anda cergas adalah perangsang semula jadi dalam teh hijau iaitu caffeine.
Kandungan caffeine dalam teh hijau tidaklah setinggi kandungan caffeine dalam kopi. Walau bagaimanapun, ia sudah mencukupi dan tidak menyebabkan ketagihan seperti minum kopi.
Apa yang caffeine buat adalah menghalang pengeluaran Adenosine iaitu neutotransmitter pembantut. Cara ini meningkatkan aktiviti neuron dan juga meningkatkan neurotransmitter perangsang iaitu dopamin dan norepinaphrine.
Kajian terhadap caffeine menunjukkan ia boleh mengawal mood, kelakuan, tindakan pada masa dan ingatan.
Teh hijau juga mengandungi L-theanine yang boleh sampai ke otak dan mengurangkan Stress dan Anxiety.
Kombinasi rendah caffeine dan L theanine meningkatkan fungsi otak! Menjadikan anda lebih bijak.
Ramai yang merasa lebih bertenaga dan lebih produktif selepas minum teh hijau.
Banyak suppliment pembakar lemak menambah teh hijau di dalamnya! Ini adalah kerana kajian pada manusia menunjukkan teh hijau boleh meningkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan kadar metabolisme badan.
Kajian pada 10 lelaki aktif menunjukkan teh hijau menaikkan tenaga sebanyak 4%.
Kajian menunjukkam teh hijau meningkatkan kadar pembakaran lemak sebanyak 17%. Kesan ini bergantung pada individu dan bukan pada semua orang.
Kanser adalah disebabkan pembiakan sel yang tidak terkawal.
Teh hijau adalah sumber antioksidan yang tinggi.
*Kanser payudara*
Kajian dari Meta-analysis menunjukkan wanita yang minum teh hijau mempunyai risiko kanser payudara 22% rendah wanita lain.
*Kanser kelenjar prostat*
Satu kajian mendapati lelaki yang kerap minum teh hijau mendapat kanser prostat kurang 48% dari lelaki lain.
*Kanser usus*
Kajian dari 69,719 wanita China yang minum teh hijau mendapati mereka kurang mendapat kanser usus sebanyak 57%.
Banyak lagi kajian mendapati peminum teh hijau kurang dengan jelas dari mendapat pelbagai kanser lain.
*Diingatkan di ini bahawa minum teh hijau bercampur susu boleh mengurangkan kesan antioxidan teh hijau!*
Not only can green tea improve brain function in the short term, it may also protect your brain in old age.
Banyak kajian di makmal dan pada haiwan menunjukkan kompaun catechins dalam teh hijau mempunyai kesan menjaga otak dan mengurangkan risiko penyakit nyanyuk dan Parkinsons
Catechines dalam teh hijau juga mempunyai kesan biologikal.
Kajian menunjukkan ia boleh membunuh bakteria, menghalang virus dari membiak seperti virus influenza juga mengurangkan risiko jangkitan kuman.
Kajian mendapati catechins menghalang pembiakan mutan bakteria sterptococcus yang selalunya menyebabkan kerosakan gigi. Ia juga mengurangkan bau mulut!
Kajian menunjukkan teh hijau menurunkan sensitiviti insulin dan menurunkan paras gula dalam darah.
Satu kajian di Jepun mendapati mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko kurang mendapat kencing manis sebanyak 42%.
Menurut laporan dari 7 kajian yang melibatkan 286,701 orang, peminum teh hijau kurang mendapat kencing manis sebanyak 18%.
Teh hijau boleh mengurangkan cholesterol dan triglycerides peminum. Ini boleh menurunkan risiko penyakit jantung.
Teh hijau juga juga meningkatkan keupayaan antioksidan darah. Ini membantu melindungi partikel LDL cholesterol dari proses pengoksidanan yang membawa kepada sakit jantung.
Kesan ini membantu peminum teh hijau dari bahaya sakit jantung sebanyak 31%.
Teh hijau meningkatkan kadar metabolisma badan yang membantu untuk kurus.
Beberapa kajian menunjukkan teh hijau menurunkan lemak badan terutamanya pada bahagian perut.
Kajian terhadap 40,539 orang dewasa Jepun menunjukkan mereka yang minum teh hijau 5 cawan sehari mempunyai umur yang lebih panjang dari mereka yang tidak minum teh hijau.
Kajian lain terhadap 14,001 penduduk dewasa Jepun mendapati mereka yang berumur 65-84 tahun adalah mereka yang meminum teh hijau.
Saranan Dr Jue, jaga diet anda, minum teh hijau tanpa gula sebagai minuman utama anda setiap hari untuk kesihatan optimum.
Sekian
#drjuesrikandipejuangkesihatan
Bahan rujukan: Kris Gunnars, BSc
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika tubuh anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat, pastinya hari-hari anda akan berjalan dengan lancar.
Lebih-lebih lagi jika anda bebas dari sebarang penyakit dan boleh melakukan pelbagai aktiviti yang anda gemari tanpa sebarang halangan.
Namun begini, anda juga perlu tahu dan memahami 12 waktu fisiologi tubuh badan anda beroperasi dan menjalankan proses dalamannya :
5 – 7 pagi
Waktu ini usus besar anda sedang bekerja. Anda mesti disiplinkan diri untuk buang air besar dalam waktu ini. Jika tidak, penyakit akan berkumpul.
7 – 9 pagi
Wajibkan diri anda untuk bersarapan. Jika tidak, metabolisme badan anda akan turun mendadak. Sebab itu kadang-kadang orang yang bersarapan lewat selepas pukul 9 pagi, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
9 – 11 pagi
Organ limpa bekerja. Kalau boleh elakkan makan dalam waktu ini.
11 – 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
1 – 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.
3 – 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.
5 – 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.
7 – 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.
9 – 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur.
11 – 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.
1 – 3 pagi
Hati bekerja untuk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.
3 – 5 pagi
Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai lelaki mengidamkan bentuk badan yang nampak “macho” dengan urat timbul terutama di bahagian lengan.
Tapi, macam mana nak buat urat tu muncul dengan lebih jelas? Coach Hanif Loid ada jawapannya dan ia bukan mitos, tapi fakta yang real!
Menurut Coach Hanif, kebanyakan lelaki percaya bahawa wanita suka lelaki yang nampak berotot, dengan urat yang menyerlah.
Urat yang timbul bukan sekadar simbol kekuatan, tapi juga petunjuk tahap kecergasan dan komitmen terhadap gaya hidup sihat.
Tapi untuk capai benda tu, bukan dengan senaman magik atau produk-produk segera ia perlukan dua asas penting: pemakanan dan latihan.
Nak nampak urat? Kurangkan lemak badan dulu.
Coach Hanif tekankan tentang pentingnya defisit kalori, iaitu apabila kalori yang anda ambil lebih rendah daripada kalori yang anda bakar.
“Anda harus berada dalam kalori defisit untuk kurangkan lemak di badan anda,” jelasnya.
Kurangkan makanan bergoreng, minuman manis, dan makanan proses. Sebaliknya, fokus pada makanan whole food yang kaya dengan protein, karbohidrat kompleks dan lemak sihat.
Bila lemak badan berkurang, urat akan mula nampak secara semula jadi, terutamanya di kawasan seperti lengan, perut, dan kaki.
Kalau hanya jaga makan tanpa bersenam, susah juga nak capai bentuk badan idaman.
Coach Hanif menekankan pentingnya aktifkan dan kuatkan otot melalui senaman kekuatan seperti:
– Dumbbell curl (untuk biceps)
– Triceps dips
– Pull-up
– Push-up
– Weight training secara konsisten
Bila otot semakin kuat dan besar, urat yang dulunya tersembunyi di bawah lapisan lemak akan mula timbul.
Ini kerana muscle mass meningkat, sekaligus menjadikan urat lebih ketara.
Coach Hanif juga mengingatkan bahawa tiada shortcut atau “trick khas” untuk buat urat timbul.
“Tak ada senaman yang khas atau pemakanan khas yang boleh bantu anda nampak urat tu. Hanya kalori defisit, makanan seimbang dan senaman yang boleh kuatkan otot,” katanya.
Nak nampak urat? Bukan dengan sapu minyak panas atau angkat berat sehari dua.
Mulakan dengan pelan pemakanan seimbang, pastikan anda dalam defisit kalori, dan kekalkan latihan kekuatan secara konsisten. Dengan izin dan usaha berterusan, confirm lengan anda pun boleh “berurat” macam bodybuilder!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.