MASKULIN percaya ramai di antara anda cukup aktif dengan sukan futsal sama ada untuk kegiatan riadah, senaman atau pun secara serius.

Kehidupan yang sentiasa sibuk dan kekurangan padang telah menjadikan futsal sebagai aktiviti sukan yang sangat popular terutamanya di kawasan bandar-bandar besar di seluruh negara.

Futsal juga boleh dimainkan pada waktu malam, sesuai untuk anda yang mungkin sentiasa sibuk dengan kerja dan komitmen lain pada sebelah siang. Dan nak bermain futsal pun bukanlah perlu peralatan banyak sangat.

Apa yang penting anda ada sepasang kasut futsal. Tapi adakah selama ini anda memilih dan menggunakan kasut futsal yang sesuai?

Buat anda yang ingin membeli kasut futsal, ikuti beberapa tip penting sebelum anda membelinya.

FUNGSI KASUT FUTSAL

11 Tip Berguna Sebelum Beli Kasut Futsal Agar Tak Alami Kecederaan Ketika Bermain

Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah kegunaan kasut futsal. Ia direka khas untuk kegunaan di atas padang yang lantainya keras. Kasut futsal juga direka untuk lebih tahan lama dan lasak.

IKLAN

TERIMA IMPAK

Kasut futsal juga direka untuk menerima pelbagai jenis impak ketika digunakan di dalam permainan. Impak tersebut datang daripada bola, hentakan kaki, terjahan lawan dan heretan di atas permukaan.

TAHAP KUALITI

11 Tip Berguna Sebelum Beli Kasut Futsal Agar Tak Alami Kecederaan Ketika Bermain

Biasanya kasut futsal yang berkualiti mempunyai ciri-ciri sama pada kasut bola padang. Dan kualiti itu ditentukan berdasarkan rekaan, ketahanan, material yang digunakan dan juga faktor berat kasut itu sendiri.

BACA: Tip Memilih Tali Pinggang Yang Sesuaio Sebelum Membelinya

IKLAN

SAIZ KAKI

11 Tip Berguna Sebelum Beli Kasut Futsal Agar Tak Alami Kecederaan Ketika Bermain

Sebelum membeli kasut futsal anda harus mengetahui terlebih dahulu saiz kaki. Untuk menentukan saiz kaki anda boleh melakukan ukuran dengan alat pengukur yang terdapat di kedai-kedai sukan dan kasut. Pastikan anda memilih kasut yang true to size. Ia tidaklah terlalu ketat dan juga longgar. Saiz kasut futsal sama sahaja dengan jenis kasut lain di pasaran.

KESAN SALAH SAIZ

Jika kaki anda tak sepadan dengan kasut futsal yang dipakai ia boleh memberikan kesan yang sangat buruk semasa bermain. Lebih teruk lagi ia juga boleh menyebabkan anda mengalami kecederaan seperti terseliuh dan juga melecet.

BAHAGIAN PENTING

Antara bahagian penting pada kasut futsal ialah di kawasan ‘strike zone’. Bahagian ini terletak di atas kasut dan anda perlu pastikan zon ini betul-betul ketat dengan kaki anda. Ini untuk memberikan keselesaan pada kaki ketika andamelakukan rembatan. Jika anda rasa tak selesa di bahagian ‘strike zone’, tendangan anda akan tak sempurna dan kurang kencang.

IKLAN

KELANCARAN PERGERAKAN

11 Tip Berguna Sebelum Beli Kasut Futsal Agar Tak Alami Kecederaan Ketika Bermain

Semestinya anda inginkan sepasang kasut futsal yang selesa dipakai sepanjang permainan, bukan? Oleh itu pilihlah kasut futsal yang benar-benar fit atau ‘mendakap’kaki agar ia memberikan kelancaran pergerakan kaki. Ia bukanlah bermakna ketat di hujung jari atau tumit tepai ketat di bahagian atas hingga ke tapak kaki.

SEDIKIT RUANG

Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas saiz kasut futsal perlulah dipilih berdasarkan true to size. Pemilihan sizing begini memberikan sedikit ruang di hujung kaki dan tumit agar lebih pergerakan selesa dan kaki dapat ‘bernafas’sedikit. Jika kasut futsal terlalu ketat anda boleh alami kekejangan otot.

JENIS MATERIAL

Kualiti kasut futdsal juga ditentukan oleh material apa ia diperbuat. Antara material yang bagus ialah kulit kanggaru kerana ia akan mengecut mengikut saiz kaki anda setelah beberapa kali digunakan.

KELEBARAN KASUT

Faktor kelebaran kasut juga cukup penting. Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis kasut futsal yang mempunyai kelebaran berbeza. Jika anda berkaki lebar elakkan menggunakan kasut futsal yang tapaknya kecil. Jika silap pilih anda boleh kehilangan keseimbangan lalu mudah mendapat kecederaan. Tip untuk anda berkaki lebar, gunalah kasut futsal diperbuat daripada kulit kanggaru.

JANGAN IKUT TREND

Kadangakal anda mungkin ingin membeli kasut futsal yang berjenama, terbaru dan bergaya. Iyalah, di samping beraksi di atas padang futsal anda juga ingin tonjolkan gaya tersendiri. Tapi jangan jadi mangsa gaya dan memakai kasut futsal yang tak sesuai semata-mata nak kelihatan hebat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI