Salah satu aksesori yang cukup penting buat seorang lelaki ialah tali pinggang. Tak kiralah sama ada anda menggayakan seluar jeans, formal atau pun separa formal, tali pinggang harus ada meilit di pinggang kamu.
Salah satu perkara yang anda sebagai lelaki kena ingat ialah anda WAJIB memakai tali pinggang. Tak kiralah sama ada seluar itu fit betul-betul dengan pinggang anda atau tidak. Ia harus dipakai!
Fungsi tali pinggang bukan sahaja mengetatkan seluar tetapi ia lebih kepada pelengkap pakaian anda terutamanya di bahagian pinggang. Secara tak langsung ia juga manjamin faktor keselamatan agar seluar tak terlondeh.
Jadi bagaimana untuk anda pilih tali pinggang dengan betul Ikuti perkongsian dari MASKULIN di bawah.
SAIZ & KESESUAIAN
Sebelum beli tali pinggan antara perkara paling penting anda harus ambil kira ialah kesesuaian tali pinggang untuk digayakan serta saiz tali lilitan.
PILIH YANG SESUAI
Seperti mana anda tahu tali pinggang ialah aksesori yang digayakan ke majlis rasmi mahupun santai. Ada tali pinggang yang sesuai untuk seluar denim, corduroy mahupun khaki bergantung kepada jenis rekaan tali pinggang itu sendiri.
Ads
UKURAN DI PASARAN
Tali pinggang ada pelbagai jenis saiz yang sesuai dengan ukur lilit pinggang anda. Tapi kebiasaannya tali pinggang menyamai saiz seluar iaitu 28 inci, 30 inci, 32 inci, 34 inci hinggalah lebih 50 inci.
Sebagai contoh, andai saiz pinggang anda adalah 32 inci, pilihan terbaik untuk tali pinggang ialah bersaiz 36 hingga 40 inci.
UNTUK FORMAL
Ads
Tidak bermakna mahal dan berjenama mewah sesuai untuk digayakan ke semua acara. Untuk acara formal, ideal memilih lebar tali satu hingga satu setengah inci. Bagi kategori kasual, pilihan tidak terhad.
PADANAN WARNA KASUT
Pastikan tali pinggang tidak terlalu berbeza dengan pilihan kasut mahupun sandal. Penampilan akan lebih terserlah andai bijak menyuai padan warna dan rekaan antara tali pinggang dan kasut.
Ads
JUMLAH LUBANG
Jumlah lubang pada tali harus sesuai dengan lilitan pinggang. Jangan terlalu banyak tebuk hingga mencacatkan penampilan secara keseluruhan.
GANCU SESUAI
Pemilihan gancu tali pinggang penting bagi mencerminkan keseluruhan gaya berfesyen. Jangan terlalu ghairah pada reka bentuk gancu tali pinggang hingga menjejaskan penampilan. Untuk ke acara kasual, orientasi gaya tidak terbatas. Bagaimanapun, hati-hati memilih gancu untuk disesuaikan pakaian ke acara formal.
BAHAN TALI
Kalau ingin membeli tali pinggang ke pejabat, pilihlah daripada bahan berasaskan kulit, material berkilat dan bermutu tinggi. Bagi acara lebih santai, pilih saja bahan daripada kanvas, getah mahupun PVC.
RUJUK TREND
Sebelum beli tali pinggang adalah baik juga anda semak fesyen tali pinggang di gayakan selebriti dan moden sebagai panduan sebelum memilih untuk membeli tali pinggang. Barulah anda sentiasa up-to-date dengan trend semasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahi lalat merupakan pertumbuhan bintik hitam pada kulit tak kira di mana saja. Kebanyakkan daripada mereka yang ingin melenyapkan tahi lalat memerlukan kos yang tinggi di pusat kecantikan atau di hospital sendiri. Setiap sorang pasti akan mempunyai 10 ke 40 tahi lalat pada badan, hidup ataupun tidak. Namun, ada beberapa cara tradisional yang anda boleh dapati di dalam dapur anda untuk membuang tahi lalat.
Bawang putih
Ada yang berpendapat bahawa bawang putih boleh menghilangkan tahi lalat pada kulit anda. Ini kerana bawang putih mengandungi enzim yang boleh membubarkan kluster sel yang menyebabkan tahi lalat.harus berhati-hati dalam menggosok bawang putih pada kulit anda, jika keterlaluan, ia akan menyebabkan kulit anda luka.
Campuran minyak Castor baking soda
Campurkan minyak Castor dan baking soda yang boleh membuang tahi lalat jika diamalkan selama beberapa minggu. Teori di sebalik ini adalah baking soda mengeringkan tahi lalat dan minyak kastor membantu melindungi kulit. Jadi ia akan hilang dengan senangnya.
Lodine
Anda boleh mendapatkan Iodine di farmasi dan lihatlah hasilnya selama beberapa minggu. Lodine boleh membakar kulit anda, jadi sebelum anda sapu di bahagian tahi lalat anda, sapu petroleum jelly untuk perlindungan kulit. Lodine merupakan toksik, jadi berhati-hati ketika menggunakannya. Jangan sekali-kali sapu pada kulit yang rosak.
Kentang
Kentang dianggap mempunyai kesan pemutihan semulajadi. Walaupun kentang tidak boleh mengeluarkan tahi lalat sepenuhnya, ia boleh membantu memudarkan tahi lalat jika diamalkan sepanjang masa.
Kulit Pisang
Kulit pisang mengandungi enzim dan asid tertentu yang sesetengah orang berfikir boleh membantu menghilangkan tahi lalat. Satu manfaat berpotensi menggunakan kulit pisang pada kulit ialah ia akan berfungsi sebagai pelembap.
Minyak kelapa
Minyak kelapa juga membantu kepada mereka yang ada masalah dengan kulit namun tiada kesahihan menunjukkan ia dapat membantu menghilangkan tahi lalat. Walau bagaimanapun, sesetengah orang percaya ia boleh mengurangkan saiz tahi lalat jika digunakan setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Filem ini telah dibuat pada tahun 2007, ketika itu Umie Aida masih tidak berhijab dan Elyana sedikit berisi. Menurut sumber, filem ini dekat dengan sejarah yang menimpa negara kita sekitar tahun 90an. Kerana filem ini dikaitkan dengan kes berprofil tinggi, maka keluarga pihak terbabit mengharamkan filem ini ditayangkan. Setelah pihak Astro Shaw berjaya membuktikan bahawa filem ini tidak begitu berkait rapat dengan kes terbabit, masing-masing mencapat kata setuju untuk tayangan filem ini.
Video Viral Kebaya Merah
Baru-baru ini kecoh satu Malaysia tentang video viral gadis berkebaya mereh yang dijumpai oleh seorang pemandu berkali-kali sepanjang pemanduannya. Sebenarnya netizen tertipu dengn helah yang dibuat oleh pihak Astro Shaw sendiri kerana ia merupakan gimik untuk mempromosikan filem ini. Namun, netizen tidak langsung dapat mengaitkan gadis berkebaya merah itu dengan filem Dukun yang telah mula ditayangkan pada hari ini.
Filem tersebar sebelum tayangan
Hakikatnya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan filem tersebut sebelum hari tayangan rasminya. Jika anda melihat filem yang tular di sosial media tempoh hari, pasti anda akan melihat perbezaan dengan filem sebenar. Dalam filem yang tular tersebut, anda akan dapat melihat filem tersebut dipotong pada penghujungnya. Ada segelintir pihak mengatakan bahawa filem yang tular itu merupakan salah satu gimik Astro Shaw untuk mempromosikan filem Dukun.
Para Pelakon mengalami gangguan ketika di set
Pengalaman ini diceritakan sendiri oleh Umie Aida dan Elyana. Menurut cerita Elyana beliau sepatutnya ke set pengambaran pada jam 4 pagi, dan ketika dalam perjalanan ke sana, banyak bunyi-bunyi pelik yang didengarinya. Mendengar cerita dari pelakon hebat Umie Aida pula, dia hampir histeria di scene-scene terakhir filem ini. Ini berikutan Umie Aida harus menjiwai watak Diana Dahlan dimana dia perlu melakukan ritual-ritual pelik sepanjang pengambaran.
Filem berdasarkan kes berprofil tinggi Mona Fendi
Walaupun filem ini dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan kes seorang bomoh terkenal, namun seluruh Malaysia tahu ia berkait rapat. Jika anda pernah menonton dokumentari Mona Fendi, pasti anda dapat gambaran filem ini. Mona Fendi merupakan seorang penyanyi pada tahun 90an, namun telah menukar profesionnya dengan menjadi seorang bomoh dengan mengamalkan ilmu hitam. Mona bersama suaminya telah disabitkan kesalahan dan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah ketika itu. Kes yang melibatkan seorang ahli politik Mazlan Idris yang mayatnya telah dikerat 18 dan dijumpai di sekitar kawasan perumahan Mona Fendi. Walaupun motif sebenar filem ini berbeza dari kisah benar, namun penceritaannya masih sama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kadang-kadang tak semua orang ada aktiviti hujung minggu. Mungkin ada diantara korang yang lebih suka duduk rumah. Nak nak kepada yang single tu, nak keluar takut nanti duit cepat habis. Sini kami sediakan list untuk anda yang single, malas nak keluar, tapi tak nak bosan.
Hiking
Pagi-pagi sabtu ahad tu, apa kata kalau anda ke mana-mana bukit berdekatan dan mula mendaki. Jika anda berada di kawasan Selangor, anda boleh ke Bukit Puchong, Bukit Gasing. Bukitnya tidaklah terlalu tinggi, cukup untuk anda mengeluarkan peluh, dan rehat dari stress berkerja.
Memasak
Tak salah jika anda masuk ke dapur sekali sekala. Masak disini bukanlah bermaksud anda kena menumis, mungkin anda boleh cuba buat cookies, ataupun karipap. Kalau kecik-kecik dulu anda rajin tolong mak di dapur, tak kan dah besar tak nak masuk dapur langsung?
Kemas Rumah
Seminggu anda berkerja, hujung minggu tu dah boleh basuh baju, tukar cadar, vacuum rumah. Lepas breakfast tu, anda dah boleh terus mengemas. Percayalah, anda akan habis mengemas pada jam 2 petang.
Tonton Filem
Isnin sampai Jumaat anda tak habis-habis dengan kerja, sabtu ahad nilah masanya anda update filem yang masih belum tonton. Kalau memang malas nak keluar, tengoklah Drama Korea/ Running Man/Teduhan Kasih/ Siri Marvel berulang kali. Baru hilang bosan.
Membaca
Membaca merupakan aktiviti yang sangat membosankan. Namun, kita boleh menjadikan ia menarik dengan memakai earphone ditelinga. Ataupun, set jumlah helai bacaan anda. Contohnya, bangun saja dari tidur, anda perlu menghabiskan 10 muka surat. di sebelah petang pula, anda boleh membaca lagi 10 muka surat. Barulah masa lapang anda terisi.
Basuh kereta
Jika anda bukan seorang yang pandai menggodam kereta, anda boleh cuci kereta pada hujung minggu. Jika anda pandai bermain dengan komponen dalam kereta, anda boleh menukar minyak hitam, cuci enjin kereta dan sebagainya.
Berjalan di kawasan perumahan
Anda mungkin bukan seorang yang rajin menegur jiran, jadi apa kata anda berjalan pada waktu petang. Bukan ber jogging tau, tapi berjalan. Hirup udara segar, lihat kanak-kanak bermain di taman, mungkin dengan cara ini anda tidak akan mengharungi Monday Blues?
Dah tahu dah nak buat apa hujung minggu ni? Selamat berhujung minggu!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.