Sememangnya menderma darah merupakan amalan baik lagi terpuji kerana kita dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Tak kiralah apa sahaja sebab-sebab anda menderma darah. Sebenarnya, banyak faedah pada kesihatan yang boleh kita dapat dari usaha kemanusiaan yang tak seberapa ini.
Pun begitu, masih ramai rakyat Malaysia yang belum pernah menderma darah. Mungkin mereka tidak pernah terfikir tentangnya atau takut pada jarum menjadi faktor utama. Dan mungkin ramai yang masih tidak tahu betapa banyaknya kelebihan boleh diperolehi dengan menderma darah.
Berikut adalah 12 Kelebihan dan Manfaat Menderma Darah Yang Anda Wajib Tahu.
1. Anda boleh menyelamatkan nyawa
Setiap kali menderma darah, anda dapat menyelematkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekali gus memberi faedah kepada kedua – dua penderma dan penerima.
2. Lebih mengetahui darah anda
Selain dapat mengetahui kumpulan darah, darah penderma juga akan diuji di makmal sebelum diberikan kepada pesakit. Ini membolehkan anda dapat mengetahui sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal.
3. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Kajian mendapati kandungan besi dalam darah pada tahap optimum dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Pendermaan darah dapat mengurangkan sedikit besi dalam darah kita.
Ads
Selain itu, pendermaan darah juga membantu badan mengawal tahap kolesterol.
4. Penyakit kronik
Talasemia merupakan sejenis penyakit genetik. Masalah ini disebabkan kekurangan hemoglobin dalam darah pesakit.
Satu-satunya cara mengatasi masalah ini adalah memindahkan darah kedalam badan pesakit secara konsinten.
Selain itu, pesakit kanser darah juga memerlukan darah dalam tempoh tertentu. Bayangkanlah jika tiada sesiapa yang ingin menderma darah, apa akan terjadi kepada mereka?
5. Darah tidak disimpan selamanya dalam badan
Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.
Ads
6. Mudah dan selamat
Tidak ada yang perlu ditakuti. Semua tugas pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan merasa sedikit pun kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja.
7. Meneruskan kehidupan normal
Kandungan besi dalam darah membawa oksigen dan hormon-hormon lain ke seluruh badan. Ini sangat – sangat membatu pesakit agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
8. Mengurangkan risiko strok otak
Berdasarkan kajian sekumpulan pakar perubatan, menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit strok otak dari 35 – 85%!
9. Membakar kalori
Individu boleh melakukan `diet’ atau kekal sihat dengan kerap menderma darah. Satu pain darah, iaitu kira-kira 450 milimeter, apabila didermakan membakar sebanyak 650 kalori dalam badan penderma.
Ads
10. Warga emas rasa lebih bertenaga
Ramai warga emas melalui pendermaan darah dan menjadikan badan berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi ia antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.
Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain.
12. Menjadi lebih produktif dan berkesan
Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48-72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, efektik dan segar.
Oleh itu, menderma darah bukan sahaja menyelamatkan darah seseorang, tetapi juga memberi faedah kepada penderma dari aspek kesihatan.
Jom derma darah.
Sumber : sentiasapanas
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Khasiat buah durian belanda kini menjadi tumpuan utama rakyat Malaysia kerana ia dikatakan dapat mencegah dari penyakit kanser. Walaupun ada segelintir pakar perubatan terkenal dan tidak tidak terkenal menafikan kebolehupayaan buah ini untuk merawat kanser, ia tetap menjadi rebutan ramai orang di luar sana.
Melihat daripada gejala ini, Datuk Rosyam Nor terusik untuk membuka ladang durian belanda dan sekaligus memperkenalkan produk baru Adraa yang telah diberi nama sempena nama cucu pertamanya. Setelah 5 tahun menanam dan 3 tahun membuat penyelidikan, kini, Datuk Rosyam Nor dengan bangganya melancarkan 3 produk ADRAA yang berasaskan durian belanda iaitu Teh Daun Durian Belanda, Pati Buah dan Ekstrak Daun Graviola Gold (GG) dan Jus Minuman Durian Belanda.
Melihat kepada gaya hidup masyarakat yang gemar dengan makanan berbentuk On The Go yang menyebabkan pencemaran radikal bebas pada tubuh, maka agen antioksida yang tinggi diperlukan bagi meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Usia yang meningkat juga memerlukan antioksida yang tinggi untuk terus kekal sihat. Dan kandungan antioksida yang tinggi ini terdapat dalam pohon ajaib iaitu Durian Belanda atau nama saintifiknya Graviola atau Annona Muricata. Pohon ajaib ini turut dikenali dengan nama sirsak (Indonesia), nangka belanda (Sabah), dalam pada masa yang sama Datuk Rosyam membantu penguasaha-pengusaha baru bagi membina masa dengan dengan perniagaan sendiri. Adraa adalah pemakanan tambahan untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna di samping rawatan sedia ada.
Namun menurut Datuk Rosyam, Durian Belanda Adraa belum disahihkan lagi untuk merawat kanser sepenuhnya. Buat sementara waktu ini, ia hanya bertindak sebagai makanan tambahan yang mampu untuk menghindari seseorang dari penyakit seperti darah tinggi, kening manis dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, penyelidikan masih diteruskan dan dengan izinNya, Adraa mampu untuk merawat kanser pada masa akan datang.
Sekotak Teh Daun Durian Belanda yang terdiri dari 100% daun Durian Belanda mengandungi 20 sachets dijual dengan harga RM85, Pati Buah dan Ekstrak Daun GG yang dibotolkan dengan isian 500 ml dijual dengan harga RM168, sementara jus minuman Durian Belanda dengan isian 350 ml berharga sekitar RM5. Anda boleh dapatkan produk ADRAA daripada stokis/toko-toko jamu dan secara online di web rasmi kami.
Sumber Gambar produk dari laman web Adraa
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk menjaga kecantikan diri bukan sahaja tertumpu kepada wajah mahupun rambut, malah kuku juga harus diambil penekanan kerana kebersihan kuku juga melambangkan keperibadian kita sebagai seorang lelaki. Jadi, sudah tiba masanya untuk anda memberi lebih perhatian terhadap penjagaan kuku supaya tampak lebih kemas dan bersih.
Kuku yang panjang melambangkan dia seorang yang pengotor. Kuku yang panjang juga memudahkan ia memerangkap kekotoran. Bayangkan, anda makan nasi dengan kuku yang panjang dan ada kekotoran pada kuku anda? Mestinya banyak kuman dan bakteria masuk dalam badan. Eeuuww!
Kesalahan pertama ialah menggunakan pengetip kuku yang sama untuk ketip kuku tangan dan kaki. Hal ini boleh menyebabkan bakteria membiak dengan cepat dan boleh menyebabkan kaki jadi berbau. Pastikan anda menyediakan pengetip yang berbeza dan basuh selepas ia digunakan.
Kesalahan kedua adalah kebanyakan lelaki memotong kuku secara salah. Ada yang mengetip terlalu dalam sampai terketip isi lalu berdarah dan ada pula yang mengetip tanpa mengikut bentuk jari anda. Jangan ketip terlalu dalam atau pendek, tetapi jangan pula sampai boleh memerangkap kekotoran. Pastikan anda mengetip mengikut bentuk jari anda untuk kuku yang lebih kemas dan menarik.
Mengetip sewaktu kuku anda keras akan menyebabkan anda tidak dapat menghasilkan bentuk kuku yang kemas. Seeloknya, anda ketip kuku selepas mandi. Jika anda tidak mahu mandi lagi waktu itu, rendamkan seketika kuku di dalam air. Kuku yang lembut akan memudahkan anda untuk mengetip dan akan menghasilkan bentuk kuku yang kemas.
Jangan berkongsi ketip kuku sama ada dengan adik beradik ataupun kawan-kawan anda. Ini sebenarnya akan menggalakkan lagi penyebaran kuman dan bakteria. Lagipun, anda tidak tahu sama ada kawan-kawan anda ada penyakit berbahaya atau tidak yang mungkin boleh berjangkit kepada anda. Biar kawan-kawan kata anda kedekut sebelum anda menyesal dikemudian hari kerana sudah dijangkiti penyakit.
Apahal sampai nak gigit-gigit kuku ni? Lapar sangat ke? Ish. Ok, ni pun antara kesalahan besar yang dibuat orang lelaki. Menggigit kuku sebab tak jumpa ketip kuku atau malas nak guna. Bila gigit, lagi mudahlah bakteria dan kuman nak masuk ke dalam badan. Tak pasal-pasal anda dapat penyakit. Lagi satu, menggigit kuku akan buat kuku anda jadi buruk dan tidak kemas. Tolonglah jangan malas sangat nak guna ketip kuku ye, bukannya susah pun.
Itulah dia antara 5 kesalahan yang selalu dilakukan oleh kaum lelaki sewaktu mengetip kuku. Kami harap anda tidak mengulangi kesilapan yang disebutkan andainya anda pernah melakukannya. Menjaga kuku dengan baik sebenarnya memberi manfaat yang besar kepada kesihatan anda, jadi, tolonglah ketip kuku tanpa melakukan kesalahan seperti yang disebutkan.
Banyak cara nak kempiskan perut. Selain produk, boleh juga guna air detoks untuk kempiskan perut yang maju ke depan. Kini macam-macam perasa air detoks yang direka sesuai dengan masalah yang dihadapi.
Ramai yang dah amalkan air detoks untuk kempiskan perut. Memandangkan amalan ini semakin diminati, Ibrahim Yop berkongsi petua kempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Petua yang diperolehnya daripada orang Cina ini dikongsikan menerusi laman Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Petua untuk mengempiskan perut yang dah maju ke hadapan. Dapat daripada orang cina semalam.
1. Sebiji lemon 2. Halia dalam dua atau 3 inci 3. Air 1.5 liter
Seeloknya dibuat waktu malam dan dibiarkan sejuk semalaman sebelum diminum pada keesokan harinya.
1. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk dan panaskan. Masukkan lemon yang dah dipotong dan halia yang telah ditumbuk ke dalam periuk tersebut.
2. Biarkan mendidih selama 5 minit. Jangan lupa kacau.
3. Selepas 5 minit mendidih, kecilkan api dan biarkan selama 10 minit. Tutup periuk dan tinggalkan ruang sedikit semasa tempoh 10 minit tersebut.
4. Padamkan api dan tutup habis periuk tersebut. Letak benda berat supaya wapnya tidak mudah keluar.
Seteguk dua sahaja sekali minum. Maksudnya satu periuk tu boleh dihabiskan dalam masa sehari. Letakkan dalam bekas minuman dan boleh dibawa ke pejabat. Minum sedikit-sedikit. Dilarang minum selepas jam 8 malam. Banyakkan minum air masak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.