BERTUBUH KECIL, SEDERHANA ATAUPUN BESAR, SOAL PENJAGAAN DIRI PERLU DIUTAMAKAN. ANDA SENDIRI PERLU SELIDIK DAN ARIF TENTANG FIZIKAL LUARAN ANDA. INI ADALAH UNTUK MEMASTIKAN DIRI SENTIASA AKTIF, SIHAT DAN SELESA WALAU DIMANA ANDA BERADA. MASKULIN SENARAIKAN TIP-TIP YANG BOLEH ANDA GUNA BERSESUAIAN DENGAN JENIS TUBUH ANDA

 Do And Don’t Untuk Orang Gempal

DIET PEMAKANAN DAN JENIS MAKANAN YANG SESUAI UNTUK MEREKA YANG BERSAIZ GEMPAL

# Pastikan pengambilan makanan anda dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu 50% karbohidrat / 45% protein dan 5% lemak.

# Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Nasi memang boleh menggemukkan kalau berlebihan. Banyakkan makan oats, buah-buahan dan sayuran bagi mengawal saiz badan.

# Disaran untuk mengamalkan diet atkin, iaitu sejenis diet mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaha, badan terpaksa membakar lemak. Proses ini dinamakan ketosis.

 

PRODUK MAKANAN TAMBAHAN YANG SESUAI UNTUK DIAMBIL UNTUK MEREKA YANG BERBADAN GEMPAL

IKLAN

# Buat yang bersaiz gempal, dinasihatkan untuk mengambil protein kerana ia lebih ekonomi.

#Jangan bergantung kepada produk-produk tertenu untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan baik, kehidupan yang cergas dan gabungkan dengan makanan tambahan seperti multivitamin.

Do And Don’t Untuk Orang Gempal

TIP SENAMAN PALING SESUAI DIPRAKTIKAN UNTUK MEREKA YANG BERBADAN GEMPAL

IKLAN

# Heavy weightlifting atau senaman mengangkat beban. Kelebihan yang paling utama adalah ia dapat menambahkan kekuatan badan dan meningkatkan metabolisma badan seseorang, kedua-dua faktor ini penting untuk mengekalkan kesihatan badan manusia. Kombinasi latihan kardiovaskular dan latihan mengangkat beban boleh membantu membakar lemak 40% lebih banyak daripada melakukan latihan kardiovaskular sahaja pada tempoh masa yang sama.

# High Intensity Interval Training (HIIT). Ia melibatkan selang-seli antara senaman ‘pantas’ dan senaman ‘perlahan’. Sebagai contoh, ‘sprinting’ selama 30 saat, kemudian berjalan selama 60 saat. HIIT boleh dilaksanakan serentak bersama anarob (weights) dan aerobic (cardio). latihan selang-seli membolehkan andamelakukan ‘higher exercise intensity’ untuk tempoh yang lebih lama daripada keadaan ‘steady’, jadi anda membakarlebih banyak lemak.

 

APA YANG PERLU DIELAK DALAM SOAL PERMAKANAN / DIET UNTUK YANG BERBADAN GEMPAL?

IKLAN

# Elakkan dari mengambil karbohidrat di waktu pagi terutama sekali buat mereka yang berbadan gempal. Ini kerana di waktu pagi tahap sensitiviti insulin sangat tinggi. Maka ia akan menggalakan penyerapan glukosa di dalam tubuh badan dan akan menyebabkan penyimpanan tenaga tambahan yang tidak diingini.

Do And Don’t Untuk Orang Gempal

TIP FESYEN YANG SESUAI BUAT MEREKA YANG BERBADAN BESAR

# Pastikan pakaian yang disarung tidak terlalu ketat terutama di bahagian peha dan pinggul. Sedikit longgar akan menyerlahkan personaliti anda.

# Pakai mengikut keselesaan. Less is more!

# Pakaian berwarna hitam dapat menyamarkan saiz anda yang berlebihan.

# Pemakaian blazer dan jacket juga sesuai untuk mereka yang berbadan besar bagi menutupi bahagian perut.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI