Setiap orang yang mempunyai kereta pasti akan berdepan perkara sama iaitu servis kereta. Dan untuk itu adan harus berhati-hati agar tidak menjadi mangsa cekik darah oleh sesetengah bengkel yang tidak bertanggungjawan.

Jangan biarkan anda menjadi mangsa kena ‘ketuk’ dengan harga tinggi dan bukan-bukan walhal ia sebenarnya harganya tidaklah tinggi sangat.

12 Tip Jimat Servis Kereta Yang Boleh Selamatkan Poket Anda

 

1. MINYAK HITAM

Minyak hitam jenis bukan sintetik perlu ditukar pada setiap 5,000km perjalanan ataupun selama tiga bulan. Kalau minyak digunakan jenis sintetik, waktu untuk ditukar adalah di mileage antara 7,500km hingga 10,000km.

2. PENAPIS MINYAK (OIL FILTER)

Oil Filter biasa perlu ditukar selepas 5,000km manakala oil filter sintetik ditukar apabila menjangkau 10,000km. Biasanya bila menukar minyak enjin, korang disyorkan juga tukar oil filter.

3. SPARK PLUG

12 Tip Jimat Servis Kereta Yang Boleh Selamatkan Poket Anda

IKLAN

Jadual penukaran spark plug tidak sekerap minyak hitam. Kalau ikut buku selenggaraan kereta, ia ditukar selepas 20,000km perjalanan. Tetapi, jika tidak ditukar ketika 30,000 atau 40,000km pun tidak menjadi masalah. Cuma, jika melebihi 40,000km electrode spark plug akan menipis maka spark plug perlu ditukar segera. Harga untuk empat biji spark plug biasanya di antara RM20 hingga RM25.

BACA: Amal 8 Perkara Ini Agar Gear Kereta AUTO Tahan Lama

4. BATERI KERETA

Hayat bateri kereta korang bergantung kepada cara penggunaan. Kalau pakai bateri jenis ‘free maintenance, anda tidak perlu isi air bila air bateri berkurangan. Tetapi harganya mahal sedikit daripada bateri biasa. Kalau bateri biasa yang selalu anda jaga dengan mengisi, ianya mampu bertahan sehingga dua tahun. kalau asyik lupa isi air sehingga menjadi kering, tak sampai enam bulan pun bateri boleh rosak.

Tip beli bateri: Bateri kereta pun ada yang cetak rompak. Jadi, berhati-hati. Nak selamat, beli jenama yang boleh dipercayai seperti Bosch atau Century.

IKLAN

5. TIMING BELT

12 Tip Jimat Servis Kereta Yang Boleh Selamatkan Poket Anda

Jadual menukar timing belt berlainan mengikut jenis kereta. Kereta Waja biasanya boleh bertahan sehingga 90,000km sementara Honda CRV pula sehingga 160,000km.
Jadi, korang hanya perlu menukar timing belt mengikut kenderaan yang korang pandu. Ramai yang tersilap-60,000km dah tukar sedangkan timing belt keretanya masih elok lagi.

6. AIR FILTER

Perlu ditukar setiap 20,000km.

7. ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ini sangat penting bagi kereta jenis AUTO. Dalam buku manual tertulis ia ditukar bila mencapai 20,000km. tetapi nak anjak kepada 30,000 pun tidak mengapa asalkan jangan lebih daripada itu. Pastikan jangan melebihi 30,000 tanpa ditukar kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada auto gearbox yang bakal memerlukan belanja lebih besar.

IKLAN

8. GEAR OIL (KERETA MANUAL)

Minyak gear ini untuk anda yang pakai kereta manual (Tak perlu ATF). Ia boleh ditukar setiap 60,000km perjalanan.

9. BRAKE FLUID & POWER STEERING FLUID

Kalau rajin dan ada duit lebih sikit, tukar fluid baru setiap 60,000km.

10. RADIATOR COOLANT

Botol dengan cecair bewarna hijau. Sesuai ditukar coolant setiap 60,000km perjalanan. Kalau air radiator bewaarna jernih, guna air paip tak berapa bagus. jadi, gunakan coolant kerana ia akan memudahkan enjin untuk cepat panas dan tak mudah mendidih.

11. MINYAK GEAR

Kalau kereta manual, setiap 40,000km atau kurang 5 tahun, bolehlah tukar minyak gear ini. Juga boleh ditukar apabila saat menukar gear rasanya seperti agak ketat. Untuk kereta auto, minyak gear ATF perlu ditukar setiap 20,000km perjalanan.

12. WATER PUMP

Elok dibuat sekaligus apabila menukar timing belt buat kali kedua. Contohnya, anda menukar timing bel pertama kali pada 80,000km, kemudian pada 160,000km, bila nak buat tukar sekali water pump kerana untuk tukar water pump, timing belt perlu dibuka dahulu. Kebaikan melakukan kedua-dua perkara ini sekaligus ialah anda tidak akan dikenakan caj tambahan. Kira ‘satu harga’ sahaja.

Sumber : page Prowheels M Sdn Bhd.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI