Jika anda seorang perokok tegar, pasti anda akan skip artikel ini kan? Ini kerana anda masih lagi berdegil tidak mahu berhenti merokok. Sebanyak 20-25 peratus kematian di hospital adalah disebabkan oleh penyakit jantung dan salah satu puncanya adalah merokok. kalau dah sakit dada, berpeluh-peluh, sakit ulu hati, muntah dan pening kepala yang melampau, bawak-bawaklah ke hospital. Anda mungkin mangsa baru Penyakit Jantung.
Bila dah terkena tu, mulalah nak insaf. Kalau boleh, jangan sampai dah kronik baru nak bertidak. Jika sudah psang niat untuk berhenti merokok, baik teruskan. Apa-apa pun ia datang dari keinsafan diri sendiri. Sifat kecekalan yang tinggi perlu ada, kerana merokok sudah menjadi tabiat dalam hidup anda. Terdapat pelbagai jenis cara untuk berhenti merokok, antaranya seperti terdapat patch yang boleh dilekat di lengan untuk mengurangkan keinginan merokok atau gula gula getah yang turut juga membantu.
Ads
Ads
Okaylah, rokok tak boleh, kita beralih kepada Vape, ‘halal’ sikit. Kajian tentang Vape di Malaysia masih belum boleh di isukan jika nak dibandingkan dengan rokok. Maka kita tidak tahu apa yang akan terjadi dalam jangka masa panjang. Walaubagaimanapun kadar asap yang tinggi dan kandungan kimia digunakan dalam Vape masih merbahaya, bukan sahaja kepada penghisap Vape tetapi juga kepada orang disekeliling. So yang dah pasang niat, atau dah berpindah kepda Vape tu, renung-renungkan lah ye.
Ads
Nasihat kami di Maskulin, jangan jadikan merokok satu tabiat kerana ia merbahaya dan boleh membawa padah dalam jangka masa panjang. Sayangilah diri anda dan juga orang yang rapat disekeliling, Bukan sahaja effect kepada serangan jantung, Kanser atau penyakit kronik paru-paru juga boleh singgah jika anda tidak berhenti merokok.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kecergasan merangkumi pelbagai aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi, dipercayai membuatkan seseorang individu itu bebas dari pelbagai penyakit juga masalah kegemukan. Setiap dari kita haruslah sentiasa meningkatkan tahap kecergasan fizikal sehingga ke tahap maksimum agar kekal cergas sepanjang hari, itulah yang diamalkan oleh penghias ruangan Fit Lokal bulan ini, Edison Chua, seorang pelajar juga model kecergasan yang sangat menitikberatkan elemen kecergasan dalam dirinya agar kekal berkeyakinan dan sihat sepanjang hari.
SERBA SEDIKIT MENGENAI EDISON CHUA?
Merupakan Pelajar jurusan Perbankan di Universiti Taylor’s Kuala Lumpur,berusia 23 tahun, berdarah campuran Cina dan Kadazan serta pernah memenangi pertandingan ‘Sabah Model Of The Year 2016’. Kini saya sedang berjinak-jinak di dalam dunia peragaan dan akan lebih serius untuk menggapai cita-cita tersebut.
TRANSFORMASI FIZIKAL YANG ANDA LALUI?
Saya perlu memahami diri saya sendiri terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu rencana transisi fizikal. Mula menanam iltizam sejak usia 19 tahun lagi, saya berjinak-jinak dengan gimnasium untuk mula membina otot badan. Mengambil masa sekitar dua tahun sahaja saya kian mulai rasa akan perubahan, dahulu saya seorang yang sangat kurus, berkat usaha dan kegigihan saya berjaya memiliki bentuk badan seperti hari ini.
Buat anda yang sekadar mahu menurunkan berat badan, anda harus benar-benar mengubah plan diet harian, kerap melakukan senaman dan kekal dengan disiplin. Jika mahu mendapatkan struktur badan yang menarik, gandakan usaha dan lebih fokus pada bahagian badan tertentu untuk mendapatkan bentuk yang anda inginkan, kira kalori makanan serta jangan sesekali berputus asa!
MENU HARIAN ANDA?
Saya kurang mengambil makanan yang berminyak juga tidak lagi menyentuh makanan tidak sihat seperti makanan segera, jika boleh elak saya cuba elakkan. Setiap apa yang kita makan akan memberi kesan. Setiap pagi saya hanya mengambil menu seperti roti dan susu segar, tengah hari sesuatu yang mempunyai protein tinggi dan malam saya akan cuba menikmati hidangan yang tidak terlalu berat untuk di hadam selain amalkan senaman lima kali dalam seminggu untuk memastikan tubuh kita imun dengan latihan setiap hari.
GYM BUDDY ATAU SENDIRI?
Keduanya memberi kesan positif untuk anda yang baru berjinak-jinak ke dalam dunia kecergasan. Bila anda aktif di gimnasium sambil dibantu rakan ketika melakukan senaman, latihan anda akan menjadi lebih mudah dan ringan di samping mempunyai teman untuk sama-sama bersaing membentuk tubuh dan prestasi kekal di momentum yang tinggi, berbeza dengan melakukan latihan secara sendiri, segala-galanya anda lakukan seorang diri dan hasilkan anda juga yang perolehi sendiri, mungkin sedikit membosankan tetapi jika diberi pilihan saya lebih suka melakukan latihan secara individu kerana saya boleh fokus dengan latihan dan terus pulang tanpa perlu berborak panjang bersama teman.
Ya, saya akui saya dahulu pernah obsesi dengan senaman sehingga tiada masa untuk diri sendiri dan rakan-rakan, kini saya sudah mulai sedar bahawa bersenam dan masa bersosial itu sangat penting. Harus bijak mencuri masa untuk terus kekal sihat, tidak semestinya anda perlu kerap ke gimnasium, apa salahnya sesekali beriadah bersama teman dan keluarga asalkan tetap melakukan aktiviti sihat dan cergas.
BAHAGIAN PALING MENARIK DI TUBUH ANDA?
Saya rasa adalah bahagian dada, walaupun six pack adalah elemen paling sukar untuk dibentuk, tetapi dada membuatkan seorang lelaki itu nampak seksi dan bidang ketika menyarungkan pakaian. Itu adalah bahagian tubuh yang sangat saya hargai.
TIP UNTUK KEKAL SIHAT TANPA ADA MASALAH KEGEMUKAN?
Cuba elak makan lewat malam, amalkan corak pemakanan yang sihat dengan pengambilan setiap menu harian sebelum jam 8 malam. Setiap makanan yang kita ambil itu sekurangnya memerlukan 4 jam untuk dicerna, jika ia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik ia akan bertukar menjadi lemak. Kerap lakukan senaman sekurangnya tiga kali seminggu untuk permulaan, jangan lupa bersarapan setiap pagi dan kekal mengambil gizi seimbang dengan pengambilan banyak buah-buahan dan air untuk mudah lawas dan akhir sekali pastikan anda cukup tidur kerana badan kita perlu rehat yang mencukupi.
ELAK JALAN MUDAH
Saya percaya, ramai di kalangan anak muda yang mahu cepat memiliki bentuk badan menarik secara singkat dengan mengambil bahan terlarang, saya sekerasnya menolak perkara ini. Amalkan corak latihan beban yang selamat dan sentiasa taman di dalam fikiran tiada perkara di dunia ini yang boleh dapat dengan sekelip mata, bersabar dan elak dari terjebak dengan perkara sedemikian. Steroid khususnya memberi lebih kesan negatif dari sebaliknya, ingat kita bersenam untuk sihat, bukan mahu menyakitkan lagi tubuh kita. Di antara kesan buruk steroid yang akan anda alami jika terus mengambilnya tanpa nasihat pakar, tubuh akan berjerawat, cepat marah, imunisasi menjadi lemah serta kemurungan. Jadi, amalkan corak senaman yang sihat dan kekal cergas setiap hari kerana kita memerlukan tubuh yang sihat ini untuk tempoh masa yang lama, jangan persiakan nikmat yang diberikan tuhan hanya kerana terlalu obses untuk cantik dan pujian masyarakat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pada Mei lalu, skuad Harimau Malaya mencipta keputusan membanggakan apabila berjaya mengikat pasukan Cape Verde, ketika itu berada di ranking ke-72 dunia, dengan keputusan 1-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Namun, sejurus tamat perlawanan itu, ramai penyokong luar terutama dari Indonesia tampil memperlekeh keputusan tersebut.
Ada yang mendakwa Malaysia “beruntung tak kalah” dan kononnya seri itu “tak ada apa yang boleh dibanggakan”.
Lima bulan kemudian, kenyataan itu terbukti silap besar.
Kini, pasukan yang dahulu menjadi bahan ejekan itu telah membuktikan keupayaan mereka setanding pasukan bertaraf dunia seperti Cape Verde.
Pasukan yang sama Cape Verde kini sah melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Eswatini 3-0 dalam kempen kelayakan.
Dengan populasi hanya sekitar 524,000 orang, Cape Verde menjadi negara kedua terkecil dalam sejarah yang layak ke Piala Dunia selepas Iceland pada 2018.
Pasukan kendalian Pedro Leitao Brito menamatkan pusingan kelayakan dengan rekod cemerlang: tujuh kemenangan, dua seri dan hanya satu kekalahan.
Skuad ini dibarisi pemain diaspora dari Eropah termasuk Belanda, Portugal, Perancis dan Ireland yang menjadi tulang belakang kejayaan mereka.
Apabila difikirkan semula, Harimau Malaya yang hanya berada sekitar ranking ke-130 dunia berjaya menyaingi Cape Verde pasukan bertaraf Piala Dunia.
Keputusan seri 1-1 bukan kebetulan, tetapi hasil permainan berdisiplin, taktikal kemas, dan semangat juang tinggi.
Perlawanan itu membuktikan bahawa Malaysia kini mampu bersaing dengan pasukan di pentas antarabangsa.
Seri dengan Cape Verde menunjukkan peningkatan kualiti permainan serta kematangan taktikal yang semakin menyerlah di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan.
Apa yang dulu dijadikan bahan ejekan kini jadi bukti kekuatan sebenar bola sepak Malaysia.
Cape Verde sudah layak ke Piala Dunia, dan Malaysia pula sedang menuju ke arah yang sama dengan keyakinan baru.
Seri dengan pasukan sekuat itu menunjukkan Harimau Malaya tidak lagi boleh dipandang rendah.
Ia bukan sahaja mengubah persepsi luar, tetapi juga membakar semangat penyokong tempatan bahawa Malaysia sedang berada di landasan yang betul.
Daripada “dihina Indonesia” kini Malaysia terbukti setanding Cape Verde satu kenyataan yang mengangkat maruah bola sepak negara ke tahap baharu.
Susulan penularan wabak COVID-19, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan penangguhan pembayaran balik pinjaman sedia ada untuk tempoh enam bulan.
Dalam tempoh ini, pelanggan yang mempunyai pinjaman atau pembiayaan yang memenuhi syarat-syarat tidak perlu membuat apa-apa pembayaran balik, dan bayaran lewat atau penalti tidak akan dikenakan.
Namun selepas pengumuman tersebut dibuat, ada pihak yang cuma mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan.
Menurut perkongsian Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, BNM tidak pernah melantik mana-mana pihak atau ejen untuk membuat proses permohonan penangguhan bayaran balik ini.
Oleh itu, elakkan diri anda menjadi mangsa penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Sekiranya anda mempunyai kemusykilan, berhubunglah terus dengan bank pinjaman anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Admin yakin semua dah tahu tentang penangguhan bayaran balik dan dah mencari pencerahan di laman-laman sosial.
Post kali ni bukan untuk menerangkan tentang perkara itu tetapi untuk ingatkan masyarakat bahawa :-
1. Bank Negara Malaysia (BNM) TIDAK MELANTIK mana-mana pihak atau ejen untuk membuat proses permohonan penangguhan bayaran balik.
2. Sila berhubung terus dengan bank pinjaman anda. Tidak perlu ke cawangan bank. Bank yang akan uruskan secara automatik untuk anda.
JANGAN LAYAN panggilan telefon yang menyamar dari pihak bank dan meminta BUTIRAN PERBANKAN anda.
JANGAN serahkan no KAD ATM, no PIN ATM, ID PENGGUNA atau KATA LALUAN perbankan internet anda kepada mana-mana individu melalui panggilan telefon atau whatsapp!
INGAT! Penangguhan bayaran balik adalah AUTOMATIK! Anda tidak perlu membuat permohonan.
JANGAN JADI MANGSA!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.