Sebagai manusia biasa, anda mungkin tidak dapat lari daripada untuk menikmati makanan yang sedap-sedap atau malas untuk bersenam.
Namun demikian, untuk memiliki kehidupan yang baik serta memastikan badan anda kekal aktif dan sihat sepanjang masa, ini perkara yang perlu anda lakukan :
1. Minum air dengan banyak
Ads
Air merupakan bahan yang paling baik untuk membersihkan dalaman tubuh. Selain itu, ia mampu mencegah anda daripada terhidrasi.
2. Paksa diri untuk bersenam
Ads
Kalau tak mampu atau tak sempat bersenam selama 10 minit sehari secara terus, amalkan gaya 5 minit pagi – 5 minit petang. Maksudnya, sebelum mandi pagi, buatlah senaman ringkas selama 5 minit kemudian buat selepas anda pulang dari kerja sewaktu menuju ke bilik mandi.
Penuaaan sering dikaitkan dengan penyakit, keuzuran, keperluan kepada perkhidmatan sosial dan kesihatan, bantuan kewangan, ketidakupayaan serta kebergantungan kepada penjaga atau ahli keluarga.
Penuaan berjaya didefinisikan berdasarkan model multidimensi iaitu bebas daripada penyakit kronik, ketidakupayaan fizikal serta fungsi kognitif yang lebih baik. Apa yang membimbangkan adalah dalam masa lebih sedekad ini, kadar penuaan berjaya berdasarkan definisi sama dalam kalangan warga emas menurun kepada 11 peratus.
Faktor utama penuaan pada tahap keupayaan yang tinggi ialah obesiti, penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, osteoporosis, demensia (nyanyuk) dan sebagainya.
Penuaan adalah perkara semula jadi. Tetapi fenomena penuaan yang dicerap di kebanyakan negara Asia adalah membimbangkan kerana tidak seiring dengan peningkatan Gross National Index (GNI) serta pembangunan infrastruktur terutama berkaitan sokongan sosial dan kesihatan untuk populasi menua.
kesihatan fizikal dan fungsi kognitif yang lebih baik, sokongan sosial yang kuat, tahap pendidikan yang lebih tinggi dikenal pasti menyumbang ke arah penuaan sihat.
Selain itu, kurang pembabitan dalam aktiviti baik pulih mekanikal serta tidak menggunakan teknologi moden dan kurang mengambil buah-buahan serta jus selain jarang berpuasa turut memainkan peranan penting.
“Berpuasa setiap Isnin dan Khamis berupaya mengurangkan emosi kurang baik termasuk melambatkan proses penuaan dalam kalangan warga emas.
“Sekiranya amalan itu diteruskan selama tiga bulan, tabiat berkenaan mengurangkan berat badan selain menurunkan peratus lemak tubuh, tekanan darah dan aras lipid darah.
Amalan berpuasa yang digabungkan diet pengehadan kalori (FCR) mengurangkan 300 sehingga 500 kalori pada hari biasa, mampu mengurangkan berat badan, peratus lemak tubuh, tekanan darah dan aras lipid darah.
“Orang yang kerap berpuasa menunjukkan pengurangan kerosakan DNA yang memberangsangkan berbanding yang tidak berpuasa.
“Diet ‘superfood’ merangkumi sumber protein daripada ikan serta memperbanyakkan pengambilan buah dan sayur amat penting untuk mengekalkan kesihatan warga emas,” katanya.
Ikan daripada spesies salmon kaya asid lemak omega bagus untuk fungsi otak dan jantung selain bersenam untuk menguatkan fungsi otot.
Ikan tempatan seperti kembung dan cencaru mengandungi asid lemak omega malah lebih tinggi berbanding susu omega yang dijual di pasaran.
Memasak menggunakan kaedah memanggang dan berkuah seperti singgang, asam pedas atau sup mengekalkan kandungan omega berbanding menggoreng.’
Superfood lain adalah ulam-ulaman seperti daun kesom, ulam raja dan daun selom kaya dengan polifenol khususnya daun selom meningkatkan daya ingatan dan fungsi sosial warga emas yang mengalami gangguan emosi. Beliau juga mengingatkan berat badan sihat juga antara satu kunci utama pada penuaan sihat terutama bagi golongan pertengahan usia.
“Beberapa kajian jangka panjang menunjukkan hubungan antara berat badan dan risiko kematian adalah berbentuk U iaitu mortaliti meningkat pada berat badan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi.
“Adalah penting bagi golongan pertengahan usia untuk mencapai berat badan sihat iaitu berat badan ideal sebagai satu faktor ke arah penuaan sihat.
“Bagaimanapun, pakar kesihatan awam sangat bimbang dengan gejala obesiti yang menjadi epidemik kian meningkat dalam kalangan populasi di Malaysia kebelakangan ini.
Pengambilan buah-buahan tropika seperti jambu batu berpotensi meningkatkan fungsi otak termasuk meningkatkan daya ingatan seterusnya mengurangkan risiko nyanyuk.
Selain itu, talbinah yang menjadi pemakanan sunah yang diamalkan masyarakat Arab mengurangkan risiko kemurungan di institusi penjagaan warga emas.
Ia adalah sejenis minuman barli yang dimasak bersama susu dan dimaniskan dengan madu (25 gram talbinah dalam 100 milileter air suam).
Panduan bagi penuaan kognitif sihat
• Kawal paras gula ke tahap normal.
• Kawal aras lemak ke tahap normal.
• Ambil buah-buahan dan sayur sayuran lima hidangan sehari.
• Ambil ikan lima hidangan seminggu.
• Amalkan pengehadan kalori melalui berpuasa sunat atau diet rendah kalori.
• Lakukan aktiviti merangsang minda.
• Bersenam paling kurang 30 minit lima kali seminggu.
• Elakkan merokok dan alkohol.
Minyak ikan:
• Kaya dengan DHA
• Meningkatkan fungsi kognitif ringan, daya ingatan pendek dan ingatan bekerja bagi warga emas.
Faktor risiko diemensia:
• Kegemukan
• Kurang cergas
• Kurang membaca
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rupanya ada cara nak makan kurma. Walaupun kurma banyak khasiat dan kerap dimakan ketika berbuka atau bersahur, namun kalau makan tak kena dengan caranya, manfaatnya kurang berkesan untuk tubuh badan.
Jadi sebelum nak makan kurma tak kiralah pada waktu bila sekali pun pastikan anda makan mengikut saranan Dr Zubaidi Hj Ahmad ini. Barulah anda akan rasai kesannya.
1. Makan dengan cara tersendiri, terutama ketika berbuka puasa atau ketika betul-betul lapar. Ia memberikan tenaga.
2. Jangan ketika masih kenyang.
3. Jangan makan kurma lepas makan nasi atau lepas minum teh tarik.
4. Saya cadangkan awal pagi, dikisar dengan minyak zaitun atau minyak kelapa. Letak sedikit air. Ia akan menjadi sarapan yg terbaik bagi orang yang sibuk dan tidak mahu membuang masa dengan mengunyah di kedai makan. Ia memberikan tenaga dan membekalkan nutrien yang banyak.
5. Bagi pesakit diabetis, ambil satu atau dua biji untuk satu hidangan. Jangan ambil dengan teh tarik atau minuman/makanan yang manis. Ambil dengan air kosong (atau zam-zam). Makan bila betul-betul lapar atau ketika berbuka puasa.
Mempunyai dada yang tegap dan bidang adalah satu impian setiap lelaki yang ingin tampil lebih perkasa. Bila MASKULIN menyebut tentang dada yang tegap ia bukanlah bermakna anda harus membina otot yang terlalu besar dan bagak.
Ia cukup hanya untuk menampakkan bentuk badan bersifat maskulin yang lebih tegap dan nampak steady. Terdapat pelbagai jenis senaman yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan bahagian torso nampak lebih berotot dan pejal.
Salah satunya ialah senaman yang MASKULIN kongsi di bawah. Anda boleh lakukannya selama 8 minggu dengan mengikuti langkah-langkah susunan berikut. Selamat mencuba!
Lakukan senamam di bahagian dada ini sebanyak 2 ke 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya selang rehat sehari. Lengkapkan sebanyak tiga set senaman dengan selang rehat selama kira-kira dua minit. Sasarkan agar anda melakukan antara 10 hingga 15 reps. Namun ingat jangan paksa diri melakukan secara berlebihan untuk mengelak kecederaan.
Sama seperti press-up biasa cuma kedudukan tangan lebih lebar daripada bahu.
Mulakan dengan kedudukan standard press-up. Gerakkan tangan kanan rapat ke tangan kiri. Manakala tangan kiri digerakkan ke kedudukan lebih jauh. Lakukan press-up dan ulang ke bahagian kanan. Ia merupakan dua press-up tetapi dikira sebagai satu reps.
Press-up yang dilakukan dengan kedua-dua belah tangan dirapatkan dengan ibu jari dan jari telunjuk dan membentuk diamond.
Untuk melakukan senaman ini anda perlu mendapatkan sebuah kotak kecil. Lakukan press-up dengan tangan kanan di atas lantai dan tangan kiri di atas kotak. Kemudian tukar kedudukan tangan yang berada di atas kotak dan lengkaplah satu reps.
Lakukan press-up dengan tangan kiri di atas kotak. Dari kedudukan asal angkat tangan kanan ke kiri. Manakala angkat tangan kiri ke atas lantai dengan kedua-dua bahagian bahu melebar. Lakukan press-up dan lengkap satu reps!
Sama seperti diamondpress-up cuma bezanya ia dilakukan di atas kotak bagi memberi kedudukan badan lebih tinggi. Rapatkan tangan dengan jari membentuk diamond dan lakukan press-up.
Tetapkan kedudukan seperti di atas. Lakukan press up dan dan semasa badan dinaikkan alihkan kedua-dua tangan ke atas lantai dengan cepat. Ulang perkara sama dan kali ini naikkan semula tangan ke atas kota. Senaman ini akan memberikan kesan yang besar di bahagian lengan dan perut.
Untuk dua minggu pertama anda akan rasakan perubahan di bahagian torso. Ini merupakan fasa di mana anda telah berjaya membina asas utama dan mendapatkan stamina kekuatan baru. Ya, ia bukanlah satu perkara yang senang untuk dilakukan. Tapi dengan keazaman dan perancangan anda pasti boleh.
Dalam minggu yang ketiga senaman anda akan bertambah laju dan gerakan ketika melakukan senaman ini juga makin lancar. Itu menandakan badan anda telah selesa. Jika dilakukan dengan betul dalam tempoh 8 minggu pasti anda berjaya dapatkan dada yang bidang serpeti diimpikan.
Good luck!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang