Paling tidak selesa sewaktu bersenam mahupun jalani aktiviti di gimnasium apabila terkena wayar-wayar berselirat di bahagian kepala. Jadi kali ini Jabra Malaysia telah mengumumkan beberapa lagi siri Elite di pasaran tempatan, termasuklah versi yang lebih tahan lasak iaitu Jabra Elite Active 65t dan juga Elite 65e dan Elite 45e. Siri Elite merupakan siri yang menyokong sambungan tanpa wayar terhebat! Kini anda akan lebih stailo dan selesa di gimnasium.

3 Headphone Tanpa Wayar Stailo, Sesuai Untuk Bersenam Selepas Raya

 

Elite 45e

Direka untuk pengalaman suara dan muzik terbaik. Elite 45e adalah untuk pengguna yang mahukan gabungan pengalaman suara dan muzik yang terbaik pada headset dengan reka bentuk yang tidak menonjol dan padanan yang baik. Headset neckband lembut (dengan memory wire) ini mempunyai faktor rupa bentuk yang ringan dan penyelesaian mikrofon kotak yang unik yang membawakan komunikasi suara yang paling jelas pada mana-mana headphone stereo wayarles.

IKLAN

3 Headphone Tanpa Wayar Stailo, Sesuai Untuk Bersenam Selepas Raya

Elite 65e

IKLAN

Dihasilkan untuk membawakan panggilan dan muzik wayarles yang terbaik dalam kelasnya. Elite 65e memberikan dua peringkat pembatalan bunyi termasuklah penyelesaian utama oleh Jabra iaitu Active Noise Cancellation (ANC) menerusi 2 mikrofon dalam setiap earbud untuk membawakan pembatalan bunyi yang memenuhi standard dagangan. Ia juga membawakan kualiti perbualan yang luar biasa dengan teknologi tiga mikrofon yang menghasilkan zon penghalang bunyi – untuk memastikan suara anda disampaikan dengan begitu jelas sekali.

3 Headphone Tanpa Wayar Stailo, Sesuai Untuk Bersenam Selepas Raya

IKLAN

Elite Active 65t

Direka untuk pengguna aktif yang mahukan pengalaman suara dan muzik wayarles sebenar semasa sedang melakukan aktiviti senaman. Jabra Elite Active 65t adalah untuk mereka yang menginginkan ciri-ciri Elite 65t, tetapi boleh menggunakan earbuds tersebut dalam persekitaran sukan atau ketika menjalani latihan. Earbuds ini mempunyai cengkaman yang lebih baik, menerusi salutan khas, akselerometer bersepadu bagi ciri-ciri pengesanan, dan pensijilan IP56 bagi peluh, air dan habuk. Dengan Elite Active 65t, pengguna dapat mendengar muzik selama lima jam dengan sekali cas dan ia disertakan dua pengecas tambahan pada cradle.

3 Headphone Tanpa Wayar Stailo, Sesuai Untuk Bersenam Selepas Raya

Ciri-ciri utama rangkaian Elite

  • Pengalaman suara yang terbaik: teknologi mikrofon unik yang termaju dalam pasaran memastikan panggilan dan interaksi suara yang terbaik di pasaran. Ini ditambah pula dengan sokongan bagi semua pembantu maya yang utama termasuklah integrasi yang baru dengan Amazon Alexa-on-the-go.
  • Pengalaman muzik tersendiri: pengguna boleh menyesuaikan bunyi mengikut pilihan mereka dengan app Jabra Sound
  • Kepelbagaian pilihan gaya pemakaian: wayarles sebenar, neckband, neckband lembut, headband – yang sentiasa membawakan suara, muzik dan panggilan yang terbaik
  • Ketahanan yang tiada bandingannya: waranti dua tahun terhadap kemasukan air dan habuk**, waranti dua tahun bagi varian Active & Sport terhadap peluh dan habuk
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI