Tak best langsung jadi lelaki dengan perut menggelebeh. Paling boring bila bentuk badan keseluruhan nampak okay, tetapi perut pula yang buncit. Melepas peluang nak bergaya dengan skinny jeans yang tengah IN sekarang ni. Jangan risau, ikuti tip-tip di pemakaian skinny jeans di bawah yang sesuai untuk lelaki yang gemuk atau perut buncit.
1. Pilih skinny jeans daripada warna-warna gelap seperti ungu untuk menyembunyikan bahagian-bahagian tertentu tubuh. Elakkan warna cerah seperti merah sebab ini akan buatkan kaki kamu nampak besar. Kalau nak pilihan senang dan selamat, beli yang warna hitam sebab ia sesuai dipadan dengan mana-mana baju T dan bakal menampakkan kaki kamu lebih kecil.
Ads
2. Pastikan kamu tahu potongan skinny jeans yang sesuai untuk lelaki berbadan besar atau buncit. Untuk lelaki macam ni, potongan skinny jeans mestilah di bawah paras pinggang dan tidak terlalu ketat. Kalau ketat, habis nanti nampak tersembul perut ketika berjalan atau duduk.
Ads
3. Elak beli skinny jeans diperbuat daripada fabrik getah yang ketat. Nanti kamu bakal kelihatan seperti mahu beriadah di padang.
Ads
4. Elakkan seluar jeans skinny yang mempunyai banyak poket kerana ini akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar. Begitu juga dengan jaket. Jangan padankan dengan jaket yang besar kerana ia bakal menampakkan badan kamu tidak seimbang. Cukup sekadar baju T biasa atau kemeja dengan corak garis menegak.
Mudah kan tip pemilihan skinny jeans? Kalau mahukan inspirasi, kamu boleh ambil inspirasi daripada pelakon filem dan pelawak Hollywood, Black Jack yang pandai memilih skinny jeans untuk tubuhnya yang agak besar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi seorang lelaki yang berkerjaya terutamanya boleh dikatakan sepanjang hari anda akan berada di dalam keadaan memakai seluar panjang. Bagi penulis sendiri itulah senario harian yang dihadapi dari pagi hinggalah ke lewat petang.
Jadi faktor keselesaan serta suai padan untuk penggayaan yang menarik sememangnya menjadi perkara sangat penting. Seluar kini bukanlah bertindak sebagai pakaian menutup diri semata tetapi ia telah banyak berubah menjadi item personaliti yang unik.
Mencari seluar yang benar-benar mampu memberikan kedua-dua perkara di atas sebenarnya tidaklah sukar tetapi juga tidaklah begitu mudah. Melitupi anggota badan dari bahagian perut hingga ke buku lali memerlukan tip yang sesuai jika anda ingin tampil sebagai seorang lelaki menarik.
Di antara kesilapan biasa yanh ramai orang lakukan ialah pemilihan jenis fabrik tidak sesuai dan paling teruk sama ada terlalu ketat atau terlalu longgar.
Berikut MASKULIN kongsikan beberapa tip untuk mencari seluar yang selesa dan kelihatan baik:
Carilah seluar yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan selesa seperti katun, linen, atau denim yang berkualiti tinggi. Elakkan bahan yang kasar atau mengakibatkan reaksi alergi pada kulit.
Pastikan anda memilih ukuran yang betul untuk tubuh anda. Seluar yang terlalu ketat atau terlalu longgar mungkin tidak akan memberikan keselesaan optimum. Ujilah seluar sebelum membeli untuk memastikan ia mempunyai keselesaan dan bentuk yang baik.
Setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza, jadi carilah potongan yang sesuai dengan bentuk badan anda. Seluar yang terlalu besar di pinggang atau terlalu panjang di kaki mungkin tidak akan memberikan penampilan yang baik.
Pilihlah warna-warna yang serbaguna seperti hitam, kelabu, biru tua, atau krem. Warna-warna ini mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian dan gaya, serta memberikan penampilan yang lebih bergaya.
Beberapa reka bentuk seluar yang popular dan serba guna adalah seluar lurus, seluar bootcut, seluar skinny atau seluar palazzo. Cari reka bentuk yang memenuhi keperluan gaya anda dan juga memberikan keselesaan.
Pastikan anda merawat seluar anda dengan betul mengikut petunjuk penjagaan. Seluar yang bersih dan dijaga dengan baik akan kelihatan lebih baik dan tahan lebih lama.
Dengan mengikut tip-tip ini, anda akan dapat mencari seluar yang selesa dan juga kelihatan baik pada masa yang sama. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Nama Tyakasha dalam dunia fesyen Asia sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah kali ini TYAKASHA yang sering tampil dengan rekaan versatil, eksperimental dan lebih ‘raw’ bakal membawa jenama asal Shanghai ini ke peringkat lebih tinggi.
Kali ini TYAKASHA melakukan kolaborasi eksklusif bersama PUMA dengan menghasilkan koleksi unik diinpirasikan daripada tema space pirate.
Dengan mengambil rekaan sebuah bot space pirate diberi nama Tyakasha, label ini menghasilkan 5 karakter angkasawan hebat yang bekerjasama untuk menumpaskan raksasa dan juga lanun angkasa.
Karakter rekaan itu ialah Aka selaku kapten, Mr. Green, Handsome Boy, Oring dan Rabbit-Dragon.
Antara yang menarik dalam koleksi PUMA X TYAKASHA serba eksperimental ini ialah barisan sneakers yang ditawarkan. Ia meliputi sneakers edisi terhad daripada model RS-X, Basket, Roma dan Cali.
Setiap pasang sneakers PUMA X TYAKASHA juga menampilkan ciri-ciri unik yang berkait dengan setiap satu daripada lima karakter dicipta Tyakasha.
Selain itu, koleksi ini turut menampilkan pelbagai pakaian dengan tema sama dengan corak abstrak raksasa, lanun dan kapal selam yang digabungkan dengan logo PUMA.
Aksesori yang ditawarkan pula merangkumi daripada beg sandang, beg silang, topi dan beanie. Koleksi ini boleh didapati di pasaran sekarang di oulet PUMA terpilih di seluruh negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, Levi’s memperkenalkan Year of the Horse Capsule Collection, sebuah koleksi eksklusif yang menggabungkan simbolisme budaya Timur dengan warisan denim Barat yang ikonik.
Koleksi ini bukan sekadar rekaan bermusim, tetapi refleksi tentang kebebasan, daya tahan dan semangat pergerakan ke hadapan, sebuah nilai yang sinonim dengan lelaki moden hari ini.
Dalam budaya Cina, kuda melambangkan kekuatan, ketabahan dan semangat pantang menyerah.
Mereka Levi’s menterjemahkan simbol ini ke dalam DNA jenamanya, yang menurut Levi’s, nilai tersebut telah “tertanam dalam jenama ini sejak 1886”.
Ia merujuk kepada sejarah panjang Levi’s sebagai pelopor denim berkualiti tinggi dan menjadi simbol ketahanan sebenar dalam fesyen lelaki moden.
Antara elemen paling ikonik dalam koleksi ini ialah Two Horse Patch, simbol klasik Levi’s yang menggambarkan dua ekor kuda menarik seluar denim ke arah bertentangan tanpa mengoyakkannya.
Dalam koleksi Year of the Horse 2026, simbol ini diberi makna baharu sebagai “A Perfect Pair” — dua kuasa yang menjadi lebih kuat apabila digabungkan. Tema ini menonjolkan semangat kerjasama, keseimbangan dan optimisme menjelang tahun baharu.
Dari sudut rekaan, Levi’s menyuntik elemen visual yang sarat makna dan gaya. Kemasan merah pada Two Horse Patch menjadi simbol tuah dan perayaan, selari dengan warna ikonik Red Tab jenama tersebut.
Setiap helaian turut dihiasi dengan motif tapak kuda emas, membawa maksud tuah dan nasib baik kepada pemakai.
Antara helaian utama yang menjadi tumpuan ialah Reversible Jacket dan Woven Shirt, yang menampilkan gabungan fungsi praktikal serta sentuhan rekaan yang halus.
Levi’s turut memperkenalkan Unlined Relax Type III Trucker, reinterpretasi moden siluet denim klasik yang lebih santai dan kontemporari — sesuai untuk gaya lelaki moden sepanjang musim perayaan.
Bagi melengkapkan gaya, Levi’s mempersembahkan Batwing Tee yang menawarkan gaya kasual sofistikated.
Padanan terbaik untuknya ialah 578™ Baggy Jean dan 568™ Loose Straight, yang memberikan keseimbangan antara keselesaan dan sikap bergaya — sesuai untuk acara santai mahupun perayaan Tahun Baharu Cina.
Kempen Year of the Horse turut mendapat inspirasi daripada seni tradisional Chinese shadow puppetry, iaitu seni penceritaan yang menonjolkan cahaya dan pergerakan.
Levi’s menggunakan seni ini untuk menghidupkan tema A Perfect Pair, simbol kepada kreativiti, hubungan dan permulaan baharu dalam gaya hidup lelaki moden.
Koleksi Levi’s Year of the Horse 2026 kini boleh didapati di butik Levi’s seluruh negara dan secara dalam talian.
Bermula 5 Januari 2026, ahli Red Tab™ yang berbelanja minimum RM599 dalam satu resit akan menerima dua barangan edisi terhad Tahun Baharu Cina sebagai hadiah eksklusif, tertakluk kepada terma dan syarat.
Secara keseluruhan, koleksi Levi’s Year of the Horse 2026 menampilkan Levi’s pada titik pertemuan antara simbolisme budaya dan gaya hidup lelaki moden. Ia membuktikan bahawa pakaian bukan sekadar luaran, tetapi cerminan nilai, sejarah dan masa hadapan — sesuai dengan semangat perayaan yang penuh gaya dan makna.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai anggap hamstring sekadar “tarik otot”. Hakikatnya, kecederaan ini boleh menjejaskan prestasi atlet dan ada yang memerlukan pembedahan jika tidak dirawat dengan betul.