Anda boleh mula dengan mengurangkan sedikit demi sedikit pengambilan makanan anda terutamanya makan malam namun janganlah anda buang ia terus dari diet harian anda.
Jika anda belajar untuk mengikut peraturan secara perlahan-lahan, kemungkinan besar anda akan mendapat otot yang anda ingini dan perut yang kempis sepanjang hidup anda jika diamalkan dengan betul.
Berikut adalah beberapa kesilapan yang anda kerap lakukan yang meyebabkan masalah kegemukan pada anda.
Meninggalkan Waktu Makan
Tidak makan apa-apa boleh menyebabkan anda merosakkan sepenuhnya kebolehan tubuh anda untuk mengawal selera makan anda.
Oleh itu jika anda meninggalkan sarapan atau sebarang waktu makan yang penting, otak anda akan kekurangan tenaga untuk mengatakan tidak kepada godaan makanyang tidak dapat dielakkan.
Ads
Makan Terlalu Cepat
Anda tidak seharusnya menolak keinginan anda untuk makan, tapi anda harus mengamalkan mengambil makanan secara perlahan-lahan.
Benarkan masa untuk tubuh anda benar-benar menikmati dan menghadam agar anda tidak makan dalam keadaan perut penuh.
Makan Dengan Banyak Hujung Minggu
Jika anda kerap berparti dan mengikuti majlis makan pada hujung minggu anda tentu akan mengalami masalah pada hari yang berikutnya.
Ads
Asid palmitik selalunya akan boleh didapati dalam lemak tepu yang terkandung dalam setiap hidangan hujung minggu anda dan ia seterusnya boleh menyebabkan keinginan anda untuk makan bertambah pada hari yang berikutnya.
Makan Snek Yang Masin
Sodium boleh menyebabkan terlebih makan tanpa kita sedari. Dan ia juga begitu cepat untuk bertambah.
Ads
Namun anda boleh mengurangkan ketagihan kepada snek yang masin setelah beberapa lama mengamalkan diet kurang garam.
Meminum Arak
Alkohol boleh menyebabkan berat badan anda bertambah dengan cara yang lebih mendadak. Cuba anda kira berapa banyak minuman keras yang telah anda ambil dan anda akan lebih terperanjat dengan hasilnya.
Selain dari membekalkan tiada kalori langsung, minuman keras membantutkan keinginan anda yang menyebabkan selera makan anda bertambah dengan mendadak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak kebelakangan ini, tajuk berita mengenai kes buli, rogol dan paling teruk kes bunuh berlaku di sekolah seolah menjadi suapan harian berita buat kita semua. Sebelum bercakap tentang peranan bapa, terdahulu kita perlu akui perkara ini semua secara tak langsung menjadi satu cerminan bahawa ada sesuatu yang rosak dalam sistem nilai dan moral masyarakat kita.
Persoalannya, di mana silapnya? Adakah pada sistem pendidikan? Institusi keluarga? Atau pada budaya moden yang kita sendiri cipta dan agungkan?
Kita selalu menuding jari ke sekolah apabila anak-anak tersasar, tetapi realitinya, pembentukan akhlak dan moral tidak bermula di pagar sekolah tapi ia bermula di rumah.
Di situlah akar nilai manusia terbentuk, di situ juga asas empati, hormat dan kasih sayang dipupuk. Sekolah hanyalah medan melatih minda. Manakala rumah pula medan membina jiwa.
Namun dalam dunia moden yang serba pantas dan berteknologi ini, persekitaran yang sepatutnya menjadi benteng emosi bagi anak-anak semakin longgar.
Tekanan hidup, ketidakseimbangan masa antara kerja dan keluarga, serta pendedahan berlebihan terhadap dunia digital menjadikan generasi muda kita keliru. Bukan hanya tentang dunia, tetapi tentang diri mereka sendiri.
Peranan Bapa Dalam Membentuk Sahsiah Anak
Sekolah hari ini menjadi tempat anak-anak menimba ilmu dan kemahiran teknikal. Mereka belajar mengira, membaca, berdebat, dan memahami sains.
Tapi sejujurnya, pendidikan moral dan sahsiah tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada guru. Guru ialah pembimbing, bukan pengganti ibu bapa.
Dalam banyak kes buli dan salah laku, akar masalah sering bermula dari rumah. Ada anak yang membesar dengan bapa yang tidak hadir secara emosional walaupun ada secara fizikal.
Ada yang tidak pernah mendengar kata pujian atau nasihat penuh makna daripada seorang ayah.
Peranan bapa dalam membentuk sahsiah anak amat penting kerana dari situlah nilai moral dan keteguhan jiwa anak terbina.
Bapa Sebagai Sumber Nilai dan Teladan
Kita terlalu menekankan pencapaian akademik, tetapi gagal menanam asas moral dan kawalan diri.
Lalu lahirlah generasi yang pintar dalam skor peperiksaan, tetapi kosong dalam memahami nilai kemanusiaan.
Dalam konteks pembentukan sahsiah anak-anak, khususnya remaja lelaki, peranan bapa tidak boleh diremehkan. Seorang bapa bukan sekadar pencari rezeki atau penguat kuasa disiplin, tetapi simbol kestabilan dan kekuatan moral.
Kehadirannya bukan sekadar fizikal, tetapi juga emosi, membantu membentuk cara anak melihat dunia, menilai tindakan dan menghormati orang lain.
Kajian psikologi menunjukkan bahawa remaja yang rapat dengan ayah lebih cenderung mengawal emosi dan membuat keputusan matang.
Mereka kurang terdedah kepada pengaruh rakan sebaya yang negatif kerana tahu nilai diri mereka. Ayah yang melibatkan diri dalam kehidupan anak bukan hanya membantu secara akademik, tetapi juga membina empati dan keteguhan jiwa.
Ini membuktikan bahawa peranan bapa dalam membentuk sahsiah anak bukan sekadar penting tapi ia adalah asas kepada kesejahteraan sosial.
Dunia Moden dan Cabaran Terhadap Peranan Bapa
Namun realitinya, ramai bapa hari ini terlalu letih dengan beban kerja dan tanggungjawab sosial sehingga lupa bahawa anak tidak perlukan kemewahan semata-mata — mereka perlukan perhatian, panduan dan contoh.
Mereka tidak belajar tentang kekuatan lelaki daripada media sosial, tetapi daripada ayah yang mereka lihat setiap hari.
Kita tidak boleh menafikan bahawa cabaran zaman sekarang jauh lebih kompleks. Tekanan akademik, buli siber, perbandingan sosial dan kehilangan arah diri menjadi punca utama gangguan emosi dalam kalangan remaja.
Namun, masih ramai ibu bapa, terutamanya bapa, yang melihat isu ini sebagai “manja” atau “lemah semangat”.
Hakikatnya, kesihatan mental anak-anak adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal mereka. Jika remaja tidak tahu cara mengurus tekanan, mereka akan mencarinya di tempat lain, mungkin melalui pemberontakan, buli, atau tingkah laku berisiko. Inilah sebab utama mengapa peranan bapa dalam membentuk sahsiah anak mesti diberi keutamaan dalam kehidupan moden hari ini.
Kes buli dan keganasan di sekolah bukan masalah terpencil — ia adalah simptom kepada penyakit sosial yang lebih dalam.
Rumah yang kehilangan peranan sebagai tempat membina nilai, dan bapa yang hilang dari peranan mendidik, menjadi antara punca utama.
Anak-anak tidak dilahirkan ganas; mereka dibentuk oleh dunia yang tidak stabil dan kasih sayang yang tidak cukup.
Dan selagi bapa terus menjadi figura yang hanya memberi arahan tanpa menjadi contoh, selagi itu kita akan terus membaca tajuk berita yang sama iaitu tentang anak-anak yang hilang arah. Dan kita sebagai masyarakat akan terus tertanya, “Di mana silapnya kita?”
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seperti biasalah, wanita dah stalk nya memang tidak dapat dipisahkan. Belum sampai seminggu Ahli Perliment Muar iaitu Syed Saddiq menang dalam pilihan raya, sudah kecoh satu Malaysia mengatakan bahawa ia sudah mempunyai teman wanita dan ingin menamatkan zaman bujangnya tahun hadapan. Laju betul mak cik bawang ye.
Persoalannya, betul ke? Apa yang pastinya, netizen khususnya wanita mula meroyan dengan berita yang tersebar. Menerusi Instagram Salmah.jones ada satu gambar dia bersama Syed Saddiq dilihat sungguh mesra. Netizen beraggapan bahawa ia merupakan teman wanita lelaki tersebut. Namun sejauh mana kebenaran berita ini?
Namun, mungkin wanita di luar sana sudah boleh merarik nafas lega berikutan penjelasan YB SS di laman Twitternya sempena Hari Ibu semalam.
Why is there news that i have a Girlfriend and am about to get married ?
Mum said in the spirit of a transparent democracy, kena ada sistem open tender where my mum will be the ultimate decider. Mum’s humour is still impeccable ? pic.twitter.com/wDM9OzXpQz
Kajian terbaharu pakar kesihatan di London mendapati pemakaian gigi palsu terutamanya pada warga emas akan meningkatkan risiko mengalami masalah lemah sendi dan otot.
Portal berita Mail Online melaporkan, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Geriatrics & Gerontology International itu menemukan kaitan rapat antara pemakaian gigi palsu dengan risiko kelemahan muskuloskeletal.
Penemuan tersebut diperoleh hasil kajian ke atas tahap kesihatan lebih 1,800 warga Amerika Syarikat (AS) berumur 50 tahun dan ke atas.
Pemakai yang berusia 50 tahun ke atas dengan kurang daripada 20 batang gigi kekal dikesan lebih cenderung mengalami kelemahan pada sendi dan otot.
Walaupun punca sebenar masalah tersebut masih belum dapat dipastikan, pakar-pakar pergigian percaya fenomena itu berlaku kerana tabiat pemakai gigi palsu yang sering mengelak makanan tertentu sehingga mereka kehilangan banyak nutrien penting.Wwalaupun gigi palsu meningkatkan fungsi kunyahan makanan, kekuatan gigitan mereka masih lemah jika dibandingkan dengan gigi kekal.
“Mereka yang mempunyai lebih daripada 20 batang gigi kekal berupaya mengambil nutrien dalam kuantiti besar sepanjang tempoh kajian dan mereka dengan kurang daripada 20 batang gigi kekal sama ada menggunakan gigi palsu atau tidak, didapati hanya mampu mengambil nutrien yang sedikit dan lebih rendah daripada diet harian yang disyorkan.
Penemuan itu mendedahkan keperluan warga emas mengekalkan keupayaan mengunyah serta meningkatkan pengambilan nutrien bagi mengekalkan jisim otot serta menghindari kelemahan muskuloskeletal
Berikut adalah beberapa efek samping gigi palsu :
Infeksi
Infeksi atau terjadinya peradangan atau bahkan pembusukan pada gusi. Pembusukan gusi ini akan mengakibatkan rasa ngilu yang menyakitkan.. Pembusukan pada gusi ini bisa saja disebabkan kesalahan pemilihan bahan gigi palsu, misalnya bahan akrilik yang hanya diperuntukan untuk gigi tiruan , tidak boleh digunakan untuk gigi yang original.
Ngilu
Rasa ngilu disebabkan oleh infeksi gusi akibat kesalahan pemilihan bahan atau penggunaan gigi palsu lekatan dengan sistem tanam yang ternyata kualiti tulang giginya sudah tipis, sehingga mengenai saraf gigi.
Tertelan
Tertelan gigi palsu sistem lekatan boleh terjadi apabila mutu simen gigi yang digunakan tidak berkualiti, masalah tertelan ini biasa terjadi sewaktu sedang tidur.
Lepas
Gigi palsu lepasan sebagian atau keseluruhan mungkin saja terlepas saat digunakan untuk menggigit makanan yang terlalu kenyal.
Tidak Selesa
Rasa tidak selesa pada permukaan gigi seberangnya bisa saja disebabkan pengukuran panjang gigi yang kurang tepat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.