Apa perasaan bawa penumpang terutamanya kekasih hati menaiki kereta anda. Tapi bila buka pintu bau hapak segera menerjah kedua-dua rongga hidung!
Memang malu bro, mana nak letak muka.
Kebiasaannya bau hapak dan berkepam ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya bau peluh atau rokok, karpet basah, tumpahan makanan dan minuman, bau daripada barang-barang pasar serta sebagainya. Jika tidak dibersihkan, ia boleh menimbulkan bau busuk yang menusuk ke hidung.
Bagi mengembalikan aroma segar, kita akan menggunakan bahan pewangi kenderaan yang banyak dijual di pasaran. Namun sesetengah orang cukup alah dengan bau daripada bahan pewangi kenderaan ini sehingga menimbulkan rasa pening dan mual.
Foto: freepik.com
Jadi sebagai alternatif untuk tidak menggunakan bahan pewangi kenderaan, anda boleh bertukar kepada bahan semula jadi untuk mewangikan kereta. Selain mudah didapati, bahan semula jadi ini juga boleh menjimatkan wang.
Untuk menghilangkan bau hapak dan berkepam dalam kereta, ini antara bahan semula jadi yang boleh anda gunakan.
Ads
SERBUK ATAU BIJI KOPI
Aroma segar daripada serbuk kopi atau serbuk Nescafe juga boleh membantu mewangikan kenderaan.
Anda hanya perlu masukkan serbuk ini ke dalam uncang kain dan gantung berdekatan air-cond untuk memberi bau yang segar. Paling penting, gunakan serbuk kopi atau Nescafe yang original dan bukannya serbuk segera 3 dalam 1.
BAKING SODA
Baking soda juga antara bahan alternatif yang boleh menyerap bau. Ia efektif untuk menghilangkan bau busuk, hapak, kepam dan bau hancing dalam kereta.
Penggunaannya mudah iiatu anda hanya perlu letakkan baking soda ke dalam sebuah bekas ataupun anda taburkan baking soda di tempat yang berbau busuk. Kemudian, biarkan ia selama dua hingga tiga jam sebelum mencucinya atau menyedut baking soda tadi dengan vakum.
Ads
LIMAU KASTURI ATAU LEMON
Untuk menghilangkan bau busuk di dalam kereta, gunakan jus lemon atau limau kasturi yang dicampur bersama air dan sedikit cuka sebagai bahan semburan untuk mewangikan kereta.
Semburan ini akan menyegarkan kereta sekali gus menghilangkan bau busuk kesan daripada makanan atau minuman yang tertumpah di dalam kereta.
DAUN PANDAN ATAU DAUN PURUT
Hiris nipis daun pandan atau daun limau purut lalu masukkan ke dalam kain uncang yang berlubang dan gantung di dalam kereta.
Ads
Aroma daripada daun ini akan menyerap bau hapak sekali gus menghilangkan bau busuk di dalam kenderaan. Apabila daun pandan atau daun limau purut semakin layu, gantikan uncang ini dengan uncang yang baharu.
ARANG
Setelah membersihkan bahagian di dalam kereta, masukkan arang yang telah dipecahkan kecil-kecil ke dalam satu bekas yang tidak bertutup dan letakkan ia di atas lantai.
Selain cara ini, anda juga boleh balut arang tersebut menggunakan tisu dan letakkan di tempat yang berbau hapak. Setelah beberapa hari, bau busuk tadi akan beransur hilang.
Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rakyat Malaysia yang teringin menggunakan cermin gelap sepenuhnya (tinted) pada kereta masing-masing nampaknya sudah boleh ‘bergembira’.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat pengumuman pemilik yang ingin gunakan cermin gelap sepenuhnya boleh membuat permohonan dengan fi sebanyak RM50.
Standby bayar RM5,000 jika pentingkan faktor keselamatan
Sekiranya permohonan tersebut lulus, pemilik perlu membayar RM5,000 kepada JPJ sebagai fi dan penggunaan cermin gelap sepenuhnya itu sah untuk dua tahun.
Selepas tamat tempoh, pemilik boleh membuat permohonan semula dengan fi yang sama serta bayaran yang serupa jika diluluskan pada masa akan datang untuk faktor keselamatan.
Pindaan pada tempat penumpang di belakang
Menurut Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, peraturan sedia ada menetapkan ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin hadapan kenderaan adalah 70%.
Bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu adalah 50% manakala cermin sisi kiri dan kanan serta cermin belakang penumpang adalah 30%.
Pindaan terbaharu menyatakan ketelusan cahaya tampak menerusi cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan dibenarkan dengan sebarang kadar peratusan VLT.
Tertakluk untuk kenderaan milik peribadi sahaja
Walau bagaimanapun, kebenaran tersebut hanyalah untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja.
Kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak tidak boleh kurang dari 70%.
Fi dikecualikan jika berkait dengan faktor kesihatan
Bagi pemilik atau pemandu yang memerlukan penggunaan cermin gelap sepenuhnya kerana faktor kesihatan, permohonan pengecualian boleh dibuat.
Caranya, mesti dapatkan pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan sekali gus membolehkan pemilik dikecualikan daripada sebarang bayaran berkenaan fi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang memiliki kereta baharu pastinya berasa cukup sensitif dan peka dengan perkara yang boleh memberikan kesan negatif kepada kereta. Namun sebenarnya ramai tidak sedar bahawa ada beberapa tabiat yang dianggap normal sebenarnya bolegh membawa banyak keburukan kepada kereta anda.
Malah jika dilakukan secara berterusan ia boleh merosakkan bukan satu tetapi banyak komponen kereta. Malah kos membaiki untuk sesetengah kerosakan itu sangatlah. Jadi untuk elak perkara ini berlaku, anda harus kenal pasti apakah tabiat yang boleh merosakkan kereta. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa jenis tabiat yang boleh anda elak bermula hari ini!
TERUS LENJAN KERETA SELEPAS ENJIN DIHIDUKAN
Kebanyakan kereta baharu di pasaran memang tidak memerlukan anda tunggu masa lama untuk dia ‘warm up’. Namun jika anda amalkan terus bawa kereta dengan tekan minyak atau lenjan dengan terus boleh menyebabkan berlakunya tekanan tinggi pada enjin kerana minyak enjin belum berada pada tahap optimum.
Jadi bawalah secara relaks dahulu ya. Selepas dalam tempoh 15 minit barulah boleh tekan seadanya.
TIDAK BREK DENGAN ELOK BILA MELALUI BONGGOL
Ini juga salah satu tabiat yang boleh menyebabkan kereta baru jadi rosak lebih cepat. Sama seperti kenderaan lain kereta juga mempunyai sistem suspension yang cukup sensitif.
Jika anda ‘langgar’ sahaja bonggol tanpa brek dengan baik, ia bukan sahaja merosakkan sistem suspension malah boleh merosakkan mounting kereta dan juga casis boleh menjadi longgar. Bila rosak bukan sahaja susah nak dibaiki malah memakan kos yang tinggi.
PUSING STERENG DENGAN KUAT
Foto: cartreatment.com
Stereng merupakan komponen yang sangat penting dalam memberikan navigasi yang baik terhadap kereta. Disebabkan itulah anda juga perlu lebih peka dan berhati-hati untuk tidak terlalu kasar apabila memusingkan stereng.
Jika disentap kuat streering rack boleh rosak dan mengeluarkan bunyi. Lama-kelamaan pemanduan pun akan rasa tidak lancar seperti sedia kala.
TIDAK MENGGUNAKAN LAMPU ‘SIGNAL’
Foto: Indianauto
Apa kaitan lamou signal dengan kerosakan pada kenderaa? Mungkin itu yang bermain di fikiran anda. Tahukah anda banyak kemalangan jalan raya berlaku akibat daripada sikat pemandu yang tidak memberikan lampu signal ketika hendak membelok?
Jadi gunalah lampu signal setiap kali ingin membelok atau menukar lorong. Anda selamat, kereta pun selamat!
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat untuk anda!
Apabila membincangkan kesesakan trafik di Malaysia, ramai yang secara automatik membayangkan Kuala Lumpur sebagai bandar paling sibuk.
Namun, berdasarkan laporan tahunan TomTom Traffic Index 2024 oleh syarikat teknologi navigasi TomTom, George Town di Pulau Pinang kini mencatat rekod sebagai bandar paling sesak di Malaysia.
Menurut data, pemandu di George Town mengambil masa purata 26 minit 36 saat untuk perjalanan sejauh 10 kilometer, dengan kadar kesesakan mencecah 40%.
Foto : Berita Perak
Ini bukan sahaja menjadikan George Town mendahului bandar lain di Malaysia, malah menempatkannya di kedudukan ke-73 dalam senarai bandar paling sesak di dunia.
Kota Bharu Tempat Kedua, Kuala Lumpur Jatuh Ke Tangga Kelima
Sementara itu, Kota Bharu, Kelantan mencatat masa purata 22 minit 30 saat bagi perjalanan 10 kilometer, menjadikannya bandar kedua paling sesak di negara ini dengan kadar kesesakan 34%.
Apa yang mengejutkan, Kuala Lumpur, yang sering dikaitkan dengan kesesakan lalu lintas ‘teruk’, hanya berada di tangga kelima.
Statistik menunjukkan pemandu di ibu negara mengambil masa purata 17 minit 26 saat untuk perjalanan sejauh 10 kilometer, dengan kadar kesesakan sebanyak 28%.
Lapan Bandar Paling Sesak di Malaysia
Berikut adalah senarai lengkap lapan bandar paling sesak di Malaysia bagi tahun 2024 untuk perjalanan sejauh 10 kilometer:
Senarai ini memberikan gambaran jelas mengenai tahap kesesakan di bandar-bandar utama negara, sekaligus menjadi rujukan penting bagi pelan perancangan infrastruktur pada masa akan datang.
Maklumat ini boleh membantu mereka dalam membuat keputusan berkaitan perjalanan harian, terutamanya bagi yang tinggal atau bekerja di kawasan-kawasan ini.
Mengurangkan kesesakan bukanlah tanggungjawab satu pihak sahaja, tetapi memerlukan usaha bersama antara kerajaan, komuniti dan pengguna jalan raya untuk mewujudkan sistem trafik yang lebih cekap dan mesra pengguna.
Sumber : Siakap Keli
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
@maskulinmyCabaran dalam dunia content creator memang tak dapat dielakkan, apatah lagi bila content banyak tapi masa tak cukup! #maskulin #majalahmaskulin #fyp♬ original sound – Maskulin
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.