Untuk menghilangkan jerawat, anda perlu mulakan dengan membersihkan muka anda. Jerawat mengandungi bakteria yang telah menawan liang pori muka anda dan langkah pertama ialah dengan melawan balik menggunakan pembersih jerawat yang lembut tetapi berkesan.
Biasakan diri untuk mengelupas kulit dengan skrub jerawat setiap minggu, ya setiap minggu! Pengelupasan bermaksud menanggalkan dengan lembut lapisan atas sel kulit mati yang terkumpul di atas epidermis seterusnya membuka laluan untuk lapisan kulit baharu yang berseri dan bebas jerawat. Apabila anda membasuh muka anda dengan pengelupas yang lembut, berhati-hati untuk tidak menggosok terlalu kuat.
Gunakan air sejuk dan bilas muka anda secukupnya sambil menggosok dengan lembut.
Astringen ialah agen yang menyebabkan kulit mengecut atau mejadi lebih kecil. Sesetengah rawatan jerawat komersil menggunakan pelbagai agen anti bakteria, antimikrob dan sebatian astringen untuk melawan jerawat dan melicinkan kulit. Walau apapun yang anda rancang untuk guna bagi membersihkan kulit anda, astringen adalah cara paling cepat dan paling berkesan untuk melakukan semua itu sekiranya anda mempunyai masa yang terhad.
Benzoil peroksida digunakan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Benzoil peroksida boleh didapati dalam beberapa kepekatan namun tahap keberkesanan benzoil peroksida dengan kepekatan 2.5% sama sahaja seperti larutan dengan kepekatan 5-10% malah ia kurang merengsakan kulit. Benzoil peroksida juga membantu mengelupas lapisan-lapisan kulit mati dan meninggalkan kulit baharu yang lebih cerah dan lebih muda di tempatnya.
Seperti benzoil peroksida, asid salisilik membunuh bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan jerawat tumbuh. Ia juga menyebabkan sel kulit untuk bersalin dengan lebih cepat lalu menggalakkan tumbuhnya kulit baharu. Sapukan sedikit asid salisilik pada kawasan kulit yang terlibat sebelum anda masuk tidur iaitu selepas anda selesai membasuh muka anda.
Anda mungkin mempunyai sesuatu di dalam almari makanan atau peti sejuk anda yang mempunyai kualiti astringen yang anda boleh guna tanpa perlu pergi ke kedai. Jika anda sedang cuba menghilangkan jerawat secepat yang mungkin, bagaimana jika anda gunakan salah satu daripada bahan-bahan semula jadi yang berikut:
Gosokkan kiub ais pada jerawat itu sehingga bahagian tersebut rasa kebas. Apabila muka anda rasa kebas, berhenti. Biarkan muka anda sehingga ia kembali hangat.
Minyak pokok teh ialah minyak pati yang anti bakteria dan boleh menghapuskan mikrob yang telah menetap dalam liang pori anda. Dengan menggunakan penitis, titiskan sedikit minyak pokok teh ke atas putik kapas dan sapukan pada jerawat apabila diperlukan. Berhati-hati agar anda tidak meletakkan terlalu banyak.
Hancurkan sebiji tablet aspirin dan campurkan air secukupnya untuk membuat pes. Dengan mengunakan putik kapas, sapukan pes aspirin tadi pada jerawat dengan perlahan-lahan, pastikan anda menutup keseluruhan kawasan berjerawat. Biarkan kering. Aspirin ialah satu lagi bahan anti radang. Maksudnya ia akan membantu kulit melawan keradangan, membuat jerawat menjadi kurang ketara. Biarkan pes aspirin melawan jerawat semalaman.
Ubat gigi mengandungi silika yang merupakan agen pengeringan yang boleh kita dapati dalam daging salai, antara contohnya. Secara teori, ubat gigi boleh membantu mengeringkan jerawat anda dalam masa semalaman, mengurangkan saiznya walaupun ini bukan cara berkesan untuk membersihkan kulit anda.
Kurang tidur dan tekanan boleh menyebabkan perubahan hormon, dan ini boleh membuat muka anda lebih mudah ditumbuhi jerawat. Pastikan anda cukup tidur selama lapan jam setiap malam.
Para doktor tidak pasti sepenuhnya kenapa tetapi mereka tahu bahawa terdapat perkaitan di antara tekanan dan masalah kulit, terutamanya tekanan dan jerawat. Atas sesuatu sebab, sel-sel yang menghasilkan sebum iaitu bahan yang akhirnya menyebabkan jerawat, menjadi tidak teratur apabila seseorang itu mengalami tekanan yang tinggi.
Minyak daripada rambut anda boleh menyebabkan jerawat. Selain daripada itu, tukar sarung bantal setiap minggu. Minyak yang berpindah ke sarung bantal daripada muka dan rambut anda selalunya adalah kotor dan merengsakan. Lebih baik ia dielakkan.
Jika anda berambut panjang, ikat di belakang, jauh daripada muka anda.
Bagi kebanyakan penyakit, selain daripada kerosakan otot dan tulang, bersenam adalah penyelesaiannya. Bersenam ialah pilihan yang bagus untuk peredaran darah dan apa-apa sahaja yang menggalakkan peredaran darah yang baik juga akan membuat kulit anda sihat dan kelihatan berseri. Dua perkara yang perlu diingat apabila anda membuat senaman:
Ini telah dibuktikan dapat mengurangkan atau menghapuskan jerawat dalam pelbagai cara. Berbincanglah dengan doktor atau pakar kulit anda tentang ubat-ubatan yang mungkin paling berkesan untuk anda.
sumber: zolace.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang