![25waystogetripped](https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/c96210acf5879e04556fca00f72f6125/25waystogetripped.jpg)
Hal paling utama dalam usaha untuk menurunkan berat badan adalah anda harus membakar kalori jauh lebih banyak daripada kalori yang masuk ketika anda makan. Kejayaan anda dalam melakukan diet menurunkan berat badan adalah bergantung kepada rutin yang konsisten dari anda.
Jangan sampai anda menyerah kalah di tengah jalan. Yang pasti perlu untuk tekad dan keinginan yang jitu untuk merubah bentuk tubuh anda yang berisi menjadi bentuk tubuh yang ideal.
Bagaimana tips cara paling berkesan untuk mengurangkan berat badan? Jom lihat ulasan lengkap dari kami :
1) Sarapan Lebih Awal
Sarapan lebih awal pada waktu pagi akan membantu untuk mempercepatkan proses pembakaran kalori dalam tubuh. Misalnya jika anda bermula untuk sarapan setiap jam 7 pagi, maka anda mampu untuk mengawalkan waktu sarapan menjadi seawal jam 6 pagi.
2) Minumlah Sebelum Makan
Apabila kita minum segelas air sebelum kita mulakan makan, maka perut kita akan berasa seolah-olah lebih kenyang sehingga secara automatik bahagian makan anda akan turut berkurang (tidak terlalu banyak) dan jika dilakukan secara rutin maka berkesan untuk menurunkan berat badan kita
3) Gunakan Piring Berukuran Kecil
Anda boleh mengurangkan bahagian makanan anda dengan selalu menggunakan piring yang berukuran kecil sehingga makanan yang masuk ke tubuh anda tidak menjadi terlalu banyak. Cara ini telah terbukti cukup efektif dalam menurunkan berat badan anda.
4) Jangan Malas Bergerak
Anda haruslah juga bergerak sebanyak mungkin. Jangan hanya berbaring dan melepak di rumah. Kerap melakukan aktiviti yang menggerakkan tubuh pada setiap hari. Anda juga boleh mencuba untuk kerap naik turun tangga atau berjalan di sekeliling kawasan perumahan anda.
5) Paparan Sinar Matahari
Berdasarkan penelitian, sering berada di luar rumah dan terdedah kepada sinar matahari, akan mampu meningkatkan metabolisme pada tubuh sehingga tubuh sanggup untuk membakar lebih banyak kalori. Hal ini juga mampu membantu dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan.
sumber: lelakisihat.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Diet Maghan Markle Sesuai Untuk Semua Orang
![Diet Maghan Markle Sesuai Untuk Semua Orang](https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/977e06ae77f8e1640513f78c822a32f9/370540.jpg)
Ramai yang nak cantik seperti Maghan Markle yang merupakan mantan selebriti Hollywood yang kini adalah suri rumah sepenuh masa kepada Putera Harry, Putera yang berasal dari England itu. Mei lalu, seluruh dunia telah menyaksikan upacara perkahwinan diraja yang serba gemilang dan penuh dengan adat istiadat.
Tidak terkecuali juga mereka yang iri hati terhadap bentuk badan wanita yang sudah mendapat gelaran Duchess of Sussex dilihat mempunyai bentuk badan yang sangat menarik dan anggun ketika memakai gaun putih pada majlis perkahwinannya itu. Kami terkejut dengan cara diet yang diamalkan oleh Maghan Markle ini yang tidak memerlukan ‘effort’ yang lebih. Menerusi temu bual beliau dengan media British, ini antara menu makanan yang diamalkan. Lelaki juga layak untuk meniru makanan ini kerana ia tidak tertumpu kepada wanita sahaja.
- Air suam dan lemon
Markle memulakan paginya dengan segelas air suam yang diletakkan sehiris lemon di dalamnya. Wanita ini bangun sekitar 4.15 pagi hampir setiap hari kerana tugasnya sebagai keluarga diraja dan untuk mendapatkan tenaga yang cukup, beliau mengambil segelas air ini untuk kelihatan segar sepanjang hari.
- Steel-Cut Oats With Bananas and Agave Syrup
Anda boleh makan makanan lain dari oats ini, namun jika anda obses dengan diet yang diamalkan oleh Maghan, maka anda boleh cuba makanan ini. Biasanya Maghan mengambil ini setelah siap dari berpakaian untuk bersarapan pagi dengan keluarganya, menurut temu bual bersama media British. Oleh kerana jadualnya yang sibuk, makanan ini dianggap mudah untuk disediakan dan ini akan menjimatkan masa beliau.
- Daily Green Juice
Sama dengan Martha Stewart, Markle juga merupakan peminat besar green juice yang diambil hampir 3 cawan sehari bergantung kepada keinginannya. Jus ini disifatkan sebagai snek hariannya jika dia berasa lapar ketika sedang sibuk dengan kegiatan harian. Jika orang ramai membawa kopi kemana-mana, Maghan mengambil Green jus ini sebagai penganti kopi. Maghan turut memberitahu media bahawa dia sering mengambil green juice atau Kombucha kerana menurutnya ia adalah sumber tenaga semulajadi yang sangat baik. Cara hidangan:
1 1/2 cawan air.
2 cawan kale.
2 epal hijau, kacau.
Daun 1/2 cawan pasli.
1 medium timun, bersaiz.
2 tangkai sederi, dicincang.
Sekeping halia 1 (1 inci), dikupas.
2 buah lemon, perah jusnya.
- Roast Chicken
Kita semua tahu bagaimana ayam panggang menjadi detik pertunangan antara Putera Harry dan Meghan Markle, jadi tidak hairanlah bahawa ayam panggang adalah salah satu kegemaran Markle. Markle memberitahu Good Housekeeping pada tahun 2016 bahawa salah satu resipi ayam kegemarannya adalah dari Ina Garten.
- Badam yang sangat banyak!
Menyentuh kepada makanan ringan, almond dan mentega badam adalah pilihan pertama Markle, menurut The Daily Meal. Ramai yang telah menjadikan makanan ini sebahagian dari kehidupan memandangkan lemak yang terkandung dalam badam dan mentega badam adalah sihat dan protein berasaskan tumbuhan yang lebih baik untuk anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Sekarang Lelaki Kacak Semakin Sukar Diramal Identiti Seksual Mereka! Ini 10 Selebriti Kacak Tapi….
![Sekarang Lelaki Kacak Semakin Sukar Diramal Identiti Seksual Mereka! Ini 10 Selebriti Kacak Tapi….](https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/a480501e046ee43481fa613fa36dcf10/Untitled-design-2-2.jpg)
Kacak dan maskulin, antara ciri lelaki dambaan setiap wanita. Petik sahaja nama aktor Hollywood yang mempunyai daya penarik mata pasti terbayang penampilan mereka segak dan watak macho mereka dilayar perak. Walaupun mereka kacak bergaya tapi ketahuilah, ada diantaranya mempunyai kehidupan yang disebaliknya. Wanita bukanlah yang mereka minati tapi dengan jantina sejenis mereka inginkan.
1. Matt Bomer
Kini sudah berkahwin dengan Simon Halls pada tahun 2011. Dia secara rasmi mengumumkan menjadi gay pada tahun 2012. Kehidupan Matt dan suami lengkap dengan kehadiran 3 orang cahaya mata.
2. Zachary Quinto
Lakonan hebat Zachary dalam filem francais Star Trek sebagai Mr. Spock memang tidak dapat ditandingi. Zachary kini menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang model Miiles McMillan.
3. Neil Patrick Harris
Neil Patrick Harris antara selebriti Hollywood yang paling awal menonjolkan diri sebagai seorang gay sekitar tahun 2006. Dia dan pasangan David Burtka telah bersama lebih dari 10 tahun dan memiliki sepasang anak kembar hasil ibu tumpangan.
4. Ricky Martin
Anda ingat lagi tak lagu hits “Livin’ la Vida Loca”? Tak sangka penyanyinya kini seorang gay yang dahulu menjadi kegilaan wanita dari seluruh pelusuk dunia. Ricky dan teman lelakinya Jwan Yosef, pelukis baru sahaja mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu. Selain itu, dia juga mempunyai anak kembar lelaki dari ibu tumpangan.
5. Matt Dallas
Pernah tengok tapi dimana ya? Matt Dallas peneraju utama drama sains fiksyen Kyle XY yang pernah ditayangkan di Malaysia dulu. Dia kini sudah berkahwin dengan pasangan seorang ahli muzik, Blue Hamilton dan mengambil anak angkat, Crow berumur dua tahun.
6. Luke Evans
Pelakon kacak yang membintangi watak Gatson di dalam filem Beauty & the Beast ini pernah menimbulkan kontroversi apabila beliau melakonkan adegan yang berunsur gay di dalam filem tersebut.
Sebelum ini, aktor kacak berasal dari Wales ini memang terbuka mengaku dia seorang gay pada tahun 2002. Menurut dari media Sepanyol Luke sedang menjalinkan hubungan dengan model lelaki Jon Kortajarena.
7. Mark ‘Westlife’ Feehily
Mark Feehily membuat jutaan remaja perempuan patah hati ketika dia mengumumkan dirinya adalah seorang gay. Kebanyakan peminat salah satu anggota boyband Westlife itu kecewa saat Mark membuat pengakuan tersebut.
‘Saya gay dan saya bangga akan itu. Saya ingin semua orang tahu tentang kebenaran kecenderungan seks saya yang menyukai lelaki,’ katanya.
‘Saya tak peduli dengan reaksi orang tentang saya kerana saya bangga dengan diri saya,’ ucapnya.
Mark mengaku rakan-rakan dan keluarganya menghormati keputusan tersebut. Dia juga bahagia dengan pilihan hidup yang dijalaninya itu.
‘Saya ingin mengatakan saya bahagia. Saya memiliki kekasih yang membuat saya boleh tertawa. Tidak ada orang yang ingin bersendirian di dunia ini,’ ucapnya.
8. Adam Lambert
Sejak Adam Lambert menyertai pertandingan nyanyian American Idol 2009, banyak pihak yang telah menduga bahawa dia adalah seorang gay. Tetapi, Adam selalu berusaha menutupinya dan mengelak apabila perkara itu dibangkitkan.
Namun menjelang acara final American Idol, foto-foto Adam yang sedang bermesraan dan berciuman panas dengan seorang lelaki beredar luas di internet.
Setelah acara final American Idol selesai, tidak lama selepas itu, lelaki yang gemar berfeyen pelik ini membuat pengakuan di majalah Rolling Stone. Adam menjadi cover di majalah tersebut dan mengakui dirinya adalah gay.
‘Saya gay dan saya sangat selesa dengan hal itu,’ kata Adam terus terang.
Adam yakin pengakuannya itu tidak akan membuat orang ramai terkejut. Dia merasakan sudah masatnya untuk dia membuka kehidupan peribadinya yang lebih tertarik pada kaum lelaki.
9. Clay Aiken
Satu bulan setelah mendapatkan anak dari Jaymen Foster, akhirnya Clay Aiken membuat pengakuan yang mengejutkan ramai pihak. Penyanyi ini mengakui bahawa dirinya adalah seorang gay. Dia berbangga dengan statusnya sebagai seorang ayah yang gay.
‘Ini keputusan saya untuk menjadi ayah. Saya tidak berfikir anak ini untuk berbohong atau menyembuyikan status saya. Bukan untuk itu,’ katanya.
Bagi Clay Aiken membuat pengakuan tentang orientasi seksnya yang lebih tertarik dengan lelaki merupakan suatu hal yang berat. Tidak mudah baginya untuk melakukan hal tersebut. Diperlukan persiapan yang matang dan mental yang kuat.
Clay berharap agar pengakuannya itu tidak akan membuatkan peminatnya kecewa. Dia meminta para peminatnya untuk mengerti dan memahami keputusan tersebut.
‘Saya berusaha untuk tidak membohongi sesiapapun. Saya tidak mau mereka membenci saya,’ ucapnya.
10. Stephen Gately
Salah satu anggota kumpulan Boyzone ini membuat pengakuan yang mengejutkan ramai pihak pada tahun 1999 yang lalu. Stephen mengakui dirinya adalah gay dan sedang jatuh cinta dengan lelaki. Dalam wawancara itu, Stephen mengakui sedang menjalin hubungan dengan sesama anggota boyband, Eloy de Jong, boyband berasal dari Belanda, Caught in the Act.
Stephen mengakui menjalin hubungan dengan Eloy sejak tahun 1998. Dia sangat bahagia dengan hubungan cinta tersebut.
Hubungan Stephen dengan Eloy tak berjalan lancar. Pasangan ini berpisah pada Januari 2002. Setelah itu, pemilik nama Stephen Patrick David Gately ini membina cinta dengan Andrew Cowles, lelaki yang berkerjaya sebagai usahawan internet.
Pasangan ini mengikat cinta mereka dengan ikatan perkahwinan di Las Vegas pada tahun 2003. Andrew setia mendampingi penyanyi itu sehingga ke akhir hayatnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Tip Mudah Atasi ‘Syndrome Monday Blues’, Lepas Ini Baru La Mood Kerja ‘ON’
![5 Tip Mudah Atasi ‘Syndrome Monday Blues’, Lepas Ini Baru La Mood Kerja ‘ON’](https://cdn.maskulin.com.my/Maskulin/e814e62e72823ca451d5dbb0339f5ff4/viel_los.jpg)
“Arrrghh…isnin datang lagi!” Pasti itu rungutan yang sering diluahkan apabila tibanya hari Isnin. Setelah berseronok pada hujung minggu, bangkit awal pada pagi hari Isnin antara cabaran terbesar bagi mereka yang sudah berkerjaya.
Apa itu ‘Monday Blues’?
Boleh dikatakan masalah global menyelubungi pekerja yang kebanyakan waktu teknikal bekerja setiap minggu bermula pada hari Isnin. Akibat dua hari sebelum terisi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, kemalasan serta mood untuk bekerja pada hari seterusnya seolah-olah sudah tiada.
TIP UNTUK ATASI
1) Bangun lebih awal
Set jam penggera anda seawal yang boleh. Selepas membuka mata, ambil sedikit momen untuk menarik nafas panjang dan renggangkan badan di atas katil. Pasti anda akan lebih segar dan lebih bertenaga.
2) Sarapan ringan
Jangan biarkan perut kosong pada awal permulaan hari Isnin. Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi amat penting bagi menstabilkan momentum fizikal agar lebih bertenaga. Pengambilan bijirin (cereal) dan susu antara pilihan yang bijak. Anda juga boleh memilih untuk menikmati dua keping roti bersama segelas jus.
3) Mendengar muzik
Ya, tidak dinafikan trafik pada hari Isnin kebiasaannya sesak. Oleh itu, jangan ambil peduli akan kesesakan tersebut. Sebaliknya berfikiran positif dan putarkan radio atau mainkan lagu-lagu kegemaran anda. Apa jua genre, muzik terbukti menenangkan dan mampu menyegarkan mata anda.
4) Elak terus membuka komputer
Jangan biarkan anda terbeban dengan tugasan setibanya sampai di pejabat. Elakkan dari terus membuka komputer dan membaca lambakan e-mel yang boleh membuatkan anda tertekan. Seeloknya selesakan dahulu diri anda dengan menyusun jadual kerja.
5) Senyuman dan bicara ringan
Mulakan hari anda yang positif dengan senyuman. Ambil masa dan pergilah menyapa rakan sekerja serta kongsi aktiviti sepanjang hari minggu anda bersama mereka bagi meningkatkan keterujaan. Gelak ketawa mampu membangkitkan mood anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI