1. MOHON KEKUATAN DARIPADA ALLAH

Tip melupakan orang yang kita sayang ialah memohon kekuatan daripada Allah swt dalam menjalani kehidupan mendatang.

Mohonlah Allah tunjukkan hikmah di sebalik perpisahan itu.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

[2:216]

 7 Perkara Lelaki Buat Bila Putus Dengan EX

  1. PERBANYAKKAN SOLAT SUNAT DAN BACALAH AL-QURAN

 …..hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang.” [Surah Ar-Rad:Ayat 8]

Hati yang terluka perlukan ubat. Mintalah Allah ubatnya kerana Allah pemilik setiap hati manusia. Ingatilah Allah kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

IKLAN

 

  1. TERIMALAH KENYATAAN

Perkara paling penting ialah diri kita perlu menerima kenyataan. Terimalah kenyataan bahawa perpisahan sudah terjadi dan masing-masing sudah mempunyai haluan sendiri. Sentiasa ingatkan diri bahawa dia bukanlah yang terbaik untuk kita dan yakinlah kita akan menemui insan yang lebih baik.

Percayalah pada ketentuan jodoh. Jika dia memang tercipta untuk kita, dia pasti kembali kan? Redhalah dengan ketentuanNYA.

 

  1. BUANG SEGALA PERKARA TENTANG DIA

Perkara ini memang perit untuk dilakukan tetapi inilah cara terbaik untuk melupakan orang yang kita sayang. Buanglah segala perkara tentang dia.

IKLAN

Buang nombor telefonnya, block Facebook dan apa sahaja medium yang membolehkan anda berhubung dengannya. Jika sayang untuk membuat hadiah

pemberiannya, simpanlah di dalam satu kotak dan sorokkannya di tempat yang jauh dari pandangan anda. Kuatkan diri anda supaya tidak menghubunginya.

7 Perkara Lelaki Buat Bila Putus Dengan EX

  1. SIBUKKAN DIRI

Sibukkan diri anda dengan kerja dan kawan-kawan. Luangkanlah masa dengan perkara yang anda minati. Jangan biarkan diri anda bersendirian kerana anda akan merasa sunyi lalu mengingati kenangan-kenangan lalu.

IKLAN

 

  1. HINDARI SEMUA PERKARA TENTANG DIA

Cuba hindarkan semua perkara yang mengingatkan kita pada si dia. Contohnya, jangan pergi ke tempat makan yang selalu kita pergi bersama si dia.

Jangan dengar lagu yang berkaitan dengan si dia. Kalau terdengar,cepat-cepatlah tutup radio tu.

7 Perkara Lelaki Buat Bila Putus Dengan EX

  1. CERITAKAN MASALAH KEPADA ORANG YANG DIPERCAYAI

Ceritakanlah masalah anda ini kepada orang yang anda percayai. Mintalah nasihat daripadanya dan mintalah sokongan daripada rakan-rakan anda supaya membantu anda keluar daripada masalah ini. Terakhir sekali, bantulah diri kita untuk keluar daripada kemelut ini. Jangan biarkan diri kita menderita kerana kenangan lalu. Buktikan padanya kita mampu hidup lebih baik tanpanya.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI