Senaman kuatkan kaki ini terbukti dapat meningkatkan prestasi larian dan mengelakkan berlakunya risiko kecederaan masa bersenam. Masa yang paling sesuai untuk anda melakukan senaman kaki ini adalah selepas anda melakukan larian jarak dekat, kerana ia penting untuk memanaskan otot.
1. CLOCK MOBILIZER
Berdiri tegak menggunakan kaki kiri dalam posisi di pertengahan jam. Kaki kanan di letakkan di posisi jam satu.
Pusingkan pinggang serta bawa kaki kanan dari arah jam 1 ke arah jam 7 dan tahan dalam masa 10 saat. Tangan kanan juga dibawa seiring dengan pergerakan kaki kanan.
INFO: Lakukan sebanyak lima kali bagi setiap kaki.
2. SINGLE LEG SQUAT
Ads
Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan kaki kanan diangkat rata ke belakang.
Rendahkan badan sebaik mungkin dan pastikan lutut kaki kanan tidak melepasi kaki kiri.
Berhenti seketika di posisi paling rendah dan tolak badan ke atas menggunakan tumit kaki kiri.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki.
3. CURTSY LUNGE
Ads
Berdiri tegak dan kaki kanan diletakkan di belakang kaki kiri dalam keadaan selari.
Tangan diletakkan rapat ke dada.
Rendahkan badan sebaik mungkin dan kaki kanan ditolak ke kiri.
Tolak badan ke atas menggunakan bahagian hadapan tapak kaki.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
4. SINGLE LEG HIP HINGE
Ads
Imbangkan badan menggunakan kaki kiri dan angkat kaki kanan ke balakang dan pastikan ia selari dengan tubuh.
Rendahkan badan sebaik mungkin sambil mengimbangi badan.
Tolak semula badan ke atas dan ulang dengan kaki kanan.
INFO: Tahan selama 30 saat bagi setiap kaki.
5. HOP-UP
Berdiri menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedua-dua tangan diangkat ke belakang, manakala badan perlu direndahkan sedikit.
Lompat kehadapan menggunakan kaki kiri.
Pastikan anda imbangi badan.
INFO: Ulang sebanyak 10 kali bagi setiap kaki
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi seorang lelaki sejati di antara bahagian anggota badan yang sangat penting untuk tampak sasa ialah di bahagian tangan dan lengan. Ini termasuklah di kawasan bisep dan juga trisep.
Lihat sahajalah pelakon-pelakon aksi Hollywood popular yang rata-ratanya memiliki otot lengan yang cukup hebat. Mantap mata memandang namun untuk dapatkan lengan berotot seperti mereka bukanlah satu perkara yang senang. Tapi ia tidak bermakna ia mustahil untuk dilakukan.
Percayakah anda jika MASKULIN mengatakan anda mampu mendapatkan otot lengan yang hebat dalam masa sebulan?
Pertama sekali anda perlu ingat bahawa untuk membina otot lengan yang hebat dalam tempoh tersebut anda perlu pertimbangkan beberapa perkara penting seperti pemakanan, latihan dan juga gaya hidup.
Berikut beberapa tip pemakanan dan gaya hidup boleh membantu anda membina otot lengan yang hebat dalam tempoh hanya satu bulan sahaja.
Pastikan anda mengambil makanan yang kaya dengan protein, karbohidrat kompleks dan lemak yang sihat. Protein sangat penting untuk membina otot, manakala karbohidrat kompleks menyediakan tenaga untuk latihan dan lemak sihat membantu dalam penyembuhan tisu otot.
Latihan beban seperti push-up, pull-up, dan curl bicep sangat penting untuk membina otot lengan. Anda boleh mencuba latihan-latihan ini dengan berulang kali selama seminggu dan meningkatkan berat beban secara berperingkat-peringkat.
Anda perlu melatih otot lengan anda secara konsisten dan mengelakkan daripada mengambil cuti lebih dari dua hari. Ini kerana latihan yang konsisten dapat membantu mempercepatkan pembinaan otot.
Tidur yang mencukupi sangat penting dalam membina otot lengan. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam untuk membantu dalam pemulihan otot.
Hindari pengambilan makanan yang tinggi dengan gula dan lemak tidak sihat seperti makanan segera dan minuman ringan. Ini kerana pengambilan makanan ini dapat memperlambatkan proses pembinaan otot.
Lakukan aktiviti harian seperti berjalan kaki atau berlari, kerana aktiviti ini dapat membantu meningkatkan pengeluaran hormon yang mempengaruhi pertumbuhan otot.
Selain itu, anda juga perlu biak mengatur jenis senaman yang sesuai. Jadi apakah bentuk senaman dan juga latihan yang mampu membantu lengan jadi mantap dalam tempoh sebulan?
Berikut merupakan tip senaman dari MASKULIN.
Berdiri dengan kaki selebar bahu dan pegang barbel dengan telapak tangan menghadap ke atas. Angkat barbel ke bahu anda dengan mengencangkan otot bicep. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan.
Berdiri dengan kaki selebar bahu dan pegang barbel dengan telapak tangan menghadap ke bawah. Angkat barbel di atas kepala dan tekuk siku untuk menurunkannya ke belakang kepala anda. Kemudian kembali ke posisi semula. Lakukan 3 set dengan 10-12 ulangan.
Gantungkan diri anda pada sebuah bar dan angkat badan anda hingga dagu melewati bar. Turunkan kembali badan anda ke posisi semula. Lakukan 3 set dengan 8-10 ulangan.
Dengan mengikuti tips ini dan berlatih dengan konsisten, anda dapat membina otot lengan yang hebat dalam satu bulan. Namun, ingatlah bahawa pembinaan otot adalah proses yang memerlukan kesabaran dan kesungguhan, jadi bersabarlah dan jangan putus asa!
Jangan lupa subscribe YouTube, TikTok dan Facebook MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam pada kita asyik mencari makanan yang sihat dan seimbang, tahukah kita bahawa Rasulullah S.A.W juga turut menikmati makanan yang berkhasiat, untuk kesihatan tubuh badan. Sempena bulan mulia ni, kami nak senaraikan makanan pilihan Rasulullah yang sesuai untuk anda selitkan ketika sahur dan berbuka puasa pada bulan Ramadhan tahun ini.
1. Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin
Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur
Nabi suka buah anggur. Mungkin hari ini buah anggur mahal, namun ia bertindak untuk membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, dan juga membersihkan perut
5. Madu
Anda pun tahu kan, madu memang penghulu segala ubat. Ia boleh mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis)
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan
Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Sabda Rasulullah SAW; “Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walau pun sudah tiada.”
Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila bercakap mengenai topik awet muda, pada kebiasaanya ia akan merujuk kepada kaum wanita. Yela, bila sebut pasal penjagaan, kecantikan, dan awet muda mesti ada sangkut paut dengan kaum wanita. Tetapi di zaman sekarang para lelaki pun berlumba-lumba untuk kelihatan muda dan bergaya. Nampak lebih muda dari usia sebenarnya jadi dambaan semua orang termasuk golongan lelaki. Siapa tak mahu kan.
Awet muda ini terserlah dari kulit kita yang sihat dan cerah bersinar. Berikut adalah praktik mudah untuk mendapatkannya sekali gus membantu anda tampil lima tahun lebih muda dari usia sebenar.
1. Elakkan merokok/jauhkan dari orang-orang yang merokok.
Kalau yang memang hisap rokok tuh, no comment la. Untuk pengetahuan, asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.
2. Jauhkan dari memakan makanan yang kurang berkhasiat.
Contoh-contoh anda semua sudah tahu, paham-paham jela k! Makanan ringan, meggi, fast food MCD, KFC, Burger King dan sewaktu dengannya (sekali-sekala tuh ok kot, tapi jangan jadikan ia makanan asasi/wajib kita).
3. AMALKAN memotong kuku atau rambut pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. Insya Allah anda akan kelihatan lebih muda.
4. Banyakkan ambil ulam-ulaman dalam makanan.
Ulam-ulaman sangat bagus untuk kesihatan. Ia mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Selain itu, ia kaya dengan vitamin C, vitamin A, asid folik dan zat galian yang sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat.
5. Bersenam/ bersukan.
Bersenam secara teratur juga dapat mengekalkan kecergasan dan juga boleh mengurangkan stress.
6. Mengamalkan doa untuk awet muda.
Ini adalah salah satu doa sendiri (bahasa melayu) yang boleh kita amalkan, insyallah.
” Wahai Tuhan, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan dan ketuaan dan aku berlindung kepada Mu daripada timpaan bala celaka, kecelakaan dan nasib yang buruk. Ya Allah, daku ( insan ) lemah, kuat dan segarkanlah diriku, ya Allah yang Maha Pengasih.
7. Sentiasa positif dan tenang dalam menghadapi stress.
Lelaki yang sentiasa tenang ketika masalah timbul dan bijak menyelesaikannya, kebiasaanya kurang mengalami stress. Lihat saja wajah mereka, kelihatan tersenyum saja seolah-olah tidak ada apa-apa masalah yang berlaku. Arwah datuk aku juga seorang yang cool dan seorang yang pandai berbincang serta mengawal sesuatu keadaan.
8. Meminum air herba tongkat ali, kacip atimah atau akar kayu dan air suam. (teh herba, teh hijau, buah goji, aprricot)
Ini berdasarkan petua orang-orang dahulu, sebabnya dulu mereka ramai yang bekerja di kebun-kebun, bertani, menyawit, menabang pokok dan bersawah. Jadi, banyak extra tongkat ali tenaga diperlukan. Jadi, tidak hairan sebenarnya kalau kita tengok orang-orang dulu, sihat dan umur panjang.
Mengenai air suam, ia memang bagus, sebab ia mencuci dan meneutralkan (kira buah pinggang kita tak bekerja keras dalam menstabilkan kandungan gula dalam darah).
9. Air embun.
Letak piring, sebelum tidur di tempat yang luas, kemudian ambil airnya dan menyapu badan dengan air embun setiap pagi selepas solat subuh untuk mendapatkan tubuh yang segar. Insyallah
10. Vegetarian.
Yang ini mungkin berkesan. Kalau mengikut kajian, orang vegetarian nie tak makan daging, jadi berat badan menjadi stabil. Sayur dan buah memiliki banyak warna.
Semakin berwarna semakin sehat makanan Anda. Misalnya, sayur dan buah berwarna oren dan hijau, kaya akan beta karoten. Kelebihannya, tak hanya berkhasiat mngelak radikal bebas, tapi juga menjauhkan tubuh dari sel kanser. Sementara, sayur dan buah berwarna kemerahan, kebiruan dan keunguan seperti plums, ceri, paprika, blueberry, mengandung antisianin. Manfaatnya, mencegah proses penuaan .
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang